Pelajar sekolah diarah balik kerana berbaju kurung!


KUALA LUMPUR: Lawrence Jayaraj telah mendakwa anaknya yang baru bertukar sekolah itu telah dihalang oleh pihak sekolah hanya kerana beliau memakai baju kurung seperti pelajar Melayu yang lain dan melanggar etika pemakaian disebuah sekolah di Cheras.

 Beliau nyata kecewa selepas pihak sekolah menyatakan hanya pelajar perempuan Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung dan bagi pelajar bukan Melayu tidak dibenarkan.

 Oleh kerana tidak dapat memasuki kelas beliau telah kembali ke sekolah untuk berbincang dengan Guru Penolong Kanan mengenai etika pemakaian ini tetapi gagal menyelesaikan masalah itu.

Lebih mengejutkan guru berkenaan telah menyuruh Jayaraj untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi memberi pakaian seragam lain.

 Bagaimanapun semasa kejadian pengetua sekolah tersebut tiada di sekolah untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

 “Kami telah membelanjakan duit untuk membeli uniform sekolah dan ia bukannya murah. Saya ada tujuh orang anak untuk disara,” katanya.

 Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan meminta pihak berkenaan membawa isu tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). “Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan di peringkat PPD, maka ajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Jika ia masih tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka saya sendiri yang akan campur tangan.”

 Ujar Kamalanathan lagi, di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran, terdapat kira-kira 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia dan adakalanya, ada pengetua yang membuat polisi sendiri tanpa kebenaran dari kementerian.

6 comments:

Anonymous said...

Apalah bodoh punya cikgu. Berbaju kurung pun jadi issue. Baik pi mampus lagi senang dari buat susah rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Anonymous said...

Cikgu tlampau .....

Anonymous said...

Bior betul, aku kat Johor ni, jiran aku India, anak dia gi sekolah pakai baju kurung Melayu takder hal pun.

Anonymous said...

Bleh jd polisi bju kurung ni utk pkai tudung sjer.. dgn bju putih skola la ni.. smua kt dlm boleh nmpk... syok ler bdk laki

Anonymous said...

Penjelasan lain kepada isu ini. Selidik dulu, jangan hentam sembarangan. http://bit.ly/1KLDh28

Anonymous said...

Katanya pelajar non mulim yang pakai baju kurung jarang sangat sampai nampak bayangan coli..kalau warna kulit tak pa..dibuatnya pink, merah, hitam tak tersembol pelajar lelaki maupun guru lelaki..nak pulak yang terlebih sehat bahagian dada..tapi setengah pelajar pompuan sengaja menonjolkan aset mereka utk perhatian, kalau pakai pinafore mana nampak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...