'Siapa suruh masak dalam kampus?'
KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta berhenti memanipulasi saranan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang meminta pelajar universiti untuk mengamalkan masak sendiri dari makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Tegas Ahmad, ucapannya selama lebih dua jam 45 minit di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Sabtu itu dilihat menyentuh isu menyeluruh mengenai GST dan hal masak sendiri hanya tertakluk kepada mereka yang menyewa di luar sahaja.
"Saya berucap dua jam 45 minit, saya sebut macam-macam dan mereka hanya ambil satu ayat sahaja iaitu mengenai masak sendiri. "Saya tidak kata masak di kampus, saya kata masak sendiri, lebih setengah pelajar tinggal di rumah sewa dan saya sarankan mereka untuk masak sendiri.
"Saranan itu bukan untuk pelajar yang duduk di dalam kampus. Kita juga sudah nasihatkan pengusaha kafe di dalam kampus untuk menjual dengan harga berpatutan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahmad mengulas kritikan pelajar universiti yang berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk masak di dalam kampus.
Di laman Twitter, ada pelajar yang menyifatkan peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.
Dalam pada itu kata Ahmad, contoh yang diberi ialah anaknya pernah belajar di UiTM dan masak adalah ketika menyewa di luar kampus. "Saya sudah jelaskan semuanya, kita galakkan untuk mereka masak kalau sewa di luar dan pengusaha cafe tidak patut naikkan harga kerana bahan mentah tidak dikenakan GST, semuanya sudah jelas," ujarnya.-ASTROAWANI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
kalu dah budak u pun tak berapa nak faham cara penerangan. ambil pulak yang 3 minit punya penerangan untuk jadi viral. camna pulak nak bagi faham kat orang kampung yek. kita dah bagi gst dan subsidi kat semua orang kampung dan isi rumah kurang daripada 4000. kita beri dalam bentuk brim. iaitu bantuan rakyat 1 malaysia. dalam brim, duit tuan puan dah masuk gst dan subsidi. bila pi kedai bawa 2 jenis duit. 1 duit poket sendiri dan satu lagi duit brim. bila bayar guna duit sendiri. yang bersubsidi dan gst, bayar guna duit brim. jadi jangan marah la kalu harga barang naik pasal kerajaan dah beri dah duit subsidi dan gst. jangan ikut pm cakap, brim buat bayar hutang.
Budak2 u tu semua bodoh, diorang tak layak masuk u, tu pasal bagi penerangan pun tak faham. CGPA brapa? ada cecah 3.85 macam Hasan Malek??
Itu la kau ahmad,
Dulu cakap gst utk orang kaya...
Dulu ckp gst akan memurahkan barang...
La ni...
Kau suruh budak2 masak?
Tak kisah la kat kampus ke tidak...
Apsal tak suruh budak makan kat luar?
Harga makin murah kan?
Kalau tanya macai,
Mmg la jwpn standard 412..
Kosong...
Otak lembu takde akal..orang cakap lain dia faham lain..macam mana bolih masuk u.
Orang muda sekarang hanya faham perkara negatif sahaja walaupun sedikit. Tapi banyak lagi perkara positif x nampak atau pura2 x nampak. Fasal apa jadi begitu yek? Semasa di sekolah mereka macam bagos2 tapi setelah masuk U lain macam je perangai masing2. Something wrong dengan persekitaran atau cara pembelajarannya di U kot?
Gua pun lupa nasihat kalau tak mau GST masak lobster makan sama nasi putih. Pakai kayu api masak. Nanti banyak banyak pakai letrik pula kena GST lebih 300kmW. Gas tak ade GST tapi deposit tong ade GST. Dapor gas pun ade GST. Mi segar, sardin, makanan dalam tin ade GST. So jangan makan mi segara, sardine
Buka aje mulut. Orang meluat.
Buka aje mulut. Orang menyampah.
Buka aje mulut. Orang mengata.
Tak kira la yang berparti ka yang tak berparti ka yang sokong kerajaan ka yang meluat dengan kerajaan ka yang student ka yang bekerja ka rata-ratanya meluat dengan seorang menteri yang bernama Ahmad Maslan.
Masak sendiri pun kena gst la wei..korang tak pernah masak ke?
Klu xpernah cuba hr ni pegi beli segala bahan mentah dan masak..memang masak sendiri menjimatkan tapi nak simpan bahan mentah kena ada peti sejuk..nak masak nasi kena byr bil letrik..nak masak sayur..takkan sayur campur dgn air je..
aku sebelum GST ada dah masak sendiri..memang menjimatkan..bil elektrik aku tak pernah cecah RM30..kalau nak jimat, macam2 cara boleh..saya setuju dengan GST..rakyat harus dididik supaya lebih berhemah..takkan selamanya nak mengharapkan subsidi kerajaan..ibarat takkan nak mengharapkan duit mak bapak sampai masuk lubang kubur..melainkan mak bapak kaya la...
Aku terpaksa TIDAK BERPUAS HATI dengan perlaksanaan GST ni. kalau sebut tentang harga barangan TURUN...bohong saja....ada barangan yang masih kekal dan pada aku perkara biasa saja, tetapi bila dicampur dengan GST, dah bertambah pulak perbelanjaan aku.... murah tang mana ?? Pampers DIAPEX anak aku biasanya berharga RM29.50. bila kena GST..bertambah jadi RM31.30 ?? Baik mansuhkan saja sistem GST.....menyusahkan saja..
Post a Comment