Belanjawan, hutang dan ketirisan.. Mai Ushar..
Soal ketirisan perbelanjaan, sbg contoh, sama sekali tak betul malah suatu pembohongan. Tidak ada mana2 laporan tahunan KAN yg pernah menyebut angka RM28 billion sbg jumlah ketirisan perbelanjaan kerajaan. Apatah lagi sampai RM40 billion. Ianya rekaan dan pembohongan semata-mata.
Kedua, hutang kerajaan dihadkan kpd 55% KDNK atau GDP dan semenjak DS Najib, had ini telah dipatuhi. Bandingkan dgn angka 77% semasa T Razaleigh dan 100% semasa Tun Daim. Tetapi setelah Dasar Penswastaan, kerajaan dan negara mampu melalui suasana itu. Apa pula dalam keadaan hutang kerajaan terhad kpd 55% KDNK.
3 perkara yang dibangkitkan:
a) Belanjawan Tahunan
b) Hutang Negara
c) Ketirisan Perbelanjaan
Saya cuba untuk mengajak kita mendalami 3 perkara tersebut dari perspektif ekonomi. Saya mungkin tak dapat menjelaskan secara detail tetapi saya akan bekalkan sumber agar pembacaan dan kajian lanjut dapat dibuat oleh rakan2 dan juga pihak penerangan sekiranya ada usaha untuk membuat sebarang penjelasan yang lebih tepat kelak.
a) Belanjawan Tahunan
Pemahaman majoriti masyarakat umum terhadap belanjawan adalah menggunakan analogi "belanjawan rumahtangga" sebagai asas untuk menilai "belanjawan negara". Persepsi yang cuba disebarkan ialah belanjawan negara perlu menggunakan ciri-ciri belanjawan rumahtangga iaitu tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan, kerana akan mengakibatkan hutang tak terurus dan muflis. Contoh yang biasa diambil adalah Greece dan Spain. Namun begitu, perlu dijelaskan, dari sudut ekonomi, belanjawan negara tidak semestinya menggunakan rangka pengiraan rumahtangga (isirumah). Kerana banyak elemen bagi pengurusan negara yang tidak terdapat di dalam rumahtangga. Perkara ini ada dijelaskan dengan baik di http://econsmalaysia.blogspot.com/2015/04/living-beyond-ones-means.html .
Dari sudut ekonomi, belanjawan negara tidak terikat kepada kekangan belanjawan rumahtangga. Negara boleh berbelanja lebih daripada pendapatan dengan syarat, (1) ia tidak meminjam berlebihan daripada pemiutang luar negara. (2) ia meminjam untuk tujuan pelaburan pembangunan dan bukan untuk pengurusan operasi. Hasil pelaburan pembangunan akan dinikmati pada masa hadapan, terutama di dalam mempersediakan negara ke arah ekonomi yang kurang kebergantungan kepada hasil minyak kita yang terhad dan bakal habis satu masa nanti.
b) Hutang Negara
Pertama sekali, terdapat 2 kategori hutang yang perlu difahami. (1) Hutang luar negara; dan (2) Hutang kerajaan. Yang dibangkitkan oleh Dr Khairudin berdasarkan nombor2 yang diberi adalah hutang luar negara (external debt). Membincangkan external debt, satu perkara yang perlu kita tahu ialah ia BUKAN HUTANG KERAJAAN semata. Ia adalah gabungan segala hutang dan juga pegangan saham atau duit asing yang berada di dalam negara tidak kira sektor kerajaan, swasta mahupun individu. Sebagai contoh, seorang warga asing menyimpan RM1000 di dalam Maybank, bermakna hutang luar negara kita bertambah sebanyak RM1000! Ini kerana pada waktu ini Maybank berhutang kepada orang itu dan pada satu masa nanti warga asing itu akan mengeluarkan duit tersebut dan Maybank perlu membayar beliau. Kesimpulan lain yang boleh dibuat ialah, apabila hutang luar negara tinggi, bermakna negara sedang menerima dana pelaburan yang banyak dari luar negara dan dana tersebut disimpan di dalam negara ini, contohnya kemasukan syarikat2 antarabangsa yang membuka operasi dan peluang pekerjaan di dalam negara. Ia juga dikira dan termasuk di dalam hutang luar negara tersebut. Definisi hutang luar negara ini disediakan oleh IMF. Penjelasan lanjut boleh dibaca di http://maddruid.com/?p=14794 dan di http://matrodi.my/2015/03/12/malaysias-external-debt/ .
Untuk berlaku adil, kita bincang juga kategori kedua hutang iaitu Hutang Kerajaan yang juga digelar public debt atau national debt walaupun Dr Khairudin gagal menjelaskan kategori ini di dalam perbincangan (ataupun sengaja dirojakkan untuk menggelirukan pembaca). Hutang jenis ini mungkin lebih tepat digunakan untuk menilai prestasi kerajaan. Setakat ini jumlah terkini hutang kerajaan pusat mencecah RM582 bilion atau 54.5 peratus daripada KDNK/GDP (sumber astro awani Mac 2015). Nilai 54.5% berbanding GDP itu agak sihat dan agak baik berbanding banyak negara di dunia ini contohnya Greece (158%), Singapore (109%), UK (90%), malah Jepun (226%). Antara semua ini Jepun agak tinggi tetapi kenapa tidak muflis? Ini kerana mereka meminjam di dalam negara. Sama juga Malaysia, daripada jumlah RM582 bilion tersebut, hanya sekitar 20% sahaja adalah hutang luar negara, selebihnya adalah diberi oleh pemiutang dalam negara spt KWSP, Tabung Haji, KWAP dll yang juga adalah entiti berkaitan kerajaan. Jadi mengapa perlu risau? Maklumat lanjut boleh rujuk http://econsmalaysia.blogspot.com/p/faq-on-malaysian-government-debt.html
c) Ketirisan Perbelanjaan
Salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion hingga RM40 bilion? Saya rasa ada penipuan di dalam maklumat ini. Teguran oleh Ketua Audit Negara hanya melibatkan jumlah RM 1.5 billion sahaja. Dari mana datang RM23 bilion hingga RM40 bilion tersebut saya pun tak tahu. 1.5 billion adalan 0.6% sahaja daripada jumlah belanjawan negara (0.6%, bukan 6%. 6% itu GST ;) ). Ia jumlah yang kecil namun saya setuju, ia harus dibasmi, tapi adakah efficient menukar kerajaan disebabkan 0.6% punya masalah?
Tentang gaji rendah, saya tak mahu komen banyak. Guru KAFA (yang mengajar anak2 saya) di bawah kerajaan negeri Selangor pun hanya dibayar RM1300 sebulan. Jadi siapa yang menyumbang kepada kadar kemiskinan tersebut?
* Penulisan syok sendiri dari orang yang bukan pakar ekonomi.
** Jika ada kesilapan, mohon pakar ekonomi tampil membantu dalam menghuraikan dan berkongsi ilmu.
JK@Pemuda Alam Budiman, 12 April 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Siapa yang syok sendiri adakah anda sendiri?
Post a Comment