Tun Mahathir!Cukup-cukuplah membuat sangkaan yang menjerat diri anda dengan dosa!


WakeUp Malaya

Wahai Tun Mahathir;

1. Imam Syafie sendiri menyuruh kita menolak pendapat dia jika ianya bertentangan dengan sunnah. Dengan kata lain, dia tak pernah mengiktiraf dirinya senantiasa betul. Namun anda, mengiktiraf diri anda senantiasa betul, orang di sekeliling anda salah, walaupun ianya dinyatakan secara tidak langsung.

2. Jika DS Najib takut dikenakan "criminal charge", mengapa beliau dengan berani mengarahkan Jabatan Audit Negara, BNM dan juga PAC menyiasat?

3. Jika benarlah anda kata DS Najib melakukan "criminal crime", kenapa tidak anda sendiri buat laporan polis dan kemukan bukti-bukti yang anda ada atas pertuduhan anda?

4. Sebaliknya, bukan setakat bukti yang anda tiada, sumber pertuduhan anda pun anda tidak tahu dari mana.

5. Malah anda menekan DS Najib pula agar mengemukakan bukti atas pertuduhan anda. Mana ada dalam dunia ini tertuduh kena mengemukan bukti dan yang menuduh hanya menunggu bukti?
Jika anda menuduh isteri anda berzina, kemudian anda minta isteri anda kemukan bukti yang dia tidak bersalah, bukankah pelik bunyinya? Undang-undang rimba yang anda pakai?

6. Persoalan sudah dijawab. Soalan terus menerus. Cukup-cukuplah membuat sangkaan yang menjerat diri anda dengan dosa.

7. Jika dahulu rakyat boleh menunggu beberapa tahun dalam kes skandal Perwaja, takkan anda tidak boleh tunggu keputusan siasatan dalam beberapa hari lagi, bersabarlah.

Boleh lihat video tersebut di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1686500968235357&id=100006264096443

Oleh Dr. Aznil Hisham,
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=483594448474281&set=a.101594550007608.3999.100004711893521&type=1

13 comments:

Anonymous said...

tubuhlah suruhjaya siasat diraja..ahli2nya berkecuali dan bukan mereka2 yang berada di bawah kuasa perdana menteri..audit negara di bawah kementerian kewangan dan pac pun ramai ahli2 umno didalamnya.

Anonymous said...

Percaya la..PRU akan datang nanti ahli UMNO sendiri yg akan menghukum PM .walaupun mereka tak memilih PR tapi mereka akan menghumban PM dengan kuncu2nya yg kuat mengampu.

Anonymous said...

ahli-ahli PAC juga terdiri daripada beberapa pemimpin PKRdan DAP. Malah Tony Phua tanpa mahu menanti siasatan dan audit PAC sendiri telah terus menerus menyalahkan 1MDB, bukankah itu tanta jelas ianya "bias' dan berniat jahat.

Percayalah PRU akan datang ahli PAS dan PKR sendiri akan memenangkan Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang huru-hara tamakkan kuasa ke Putrajaya akan sesat dalam rumahtangganya sendiri yang talak perceraiannya tidak didaftarkan.

Anonymous said...


Sekarang ni bekas ahli DAP dan PKR saja yang pertahankan Najib dan UMNO . sepatutnya Menteri seperti Nazri, Salleh Keruak, Sharil Samad lebih berani membuat laporan polis yang Tun M memfitnah dan sabotaj negara. Dah tak ada telur ka Menteri Umno sekarang, sekadar berani buat kenyataan pada media. Kami memang menunggu supaya ada pembicaraan di mahkamah tentang 1MDB supaya lebih banyak bukti dapat dikeluarkan. Tak kira Najib atau Tun M siapa bersalah akan dihumban kepenjara.

Bila bercakap tentang Perwaja kita boleh menunggu sebab Perwaja ada di Malaysia ,kita boleh lihat ada kilang ada pekerja dan siasatan dibuat oleh juruaudit bebas.Mereka yang terlibat ada di Malaysia.

Kita tidak sabar dangan 1MDB sebab yang individu yang yang dikaitkan dengan skandal entah dimana ,pelaburan pula berubah dari Cayman ke Hong Kong ke Singapura. Asset yang ada cuma IPP dan tanah kerajaan yang lain dalam bentuk kertas . Lebih pelik pulak kertas pun tak boleh simpan kat Malaysia.

Sudah sudah la saudara, kami lebih benci UMNO sekarang.

Anonymous said...

Integriti kejadah apa...beli benda semua nak mark up..SPRM sila siasat kenapa barang di beli bukan ikut rega pasaran...naik berlipat kali ganda....komisen pembeli juta juta sebab beli bukan pakai duit aku...hutang pun org ramai yg bayar.....Kalau berani sila buat servey keatas 1juta rakyat...siapa caya raja songlap sekor ni...

kiasfansuri said...

terbaik tuan. kebenaran akan terbuka.

Anonymous said...

Apa yang Tun M fitnah? Segala hujahan diberi dengan fakta yang jelas. Diminta penjelasan,pahlawan Bugis tidak berani muncul. Pada pendapat saya mengikut landasan amal makruf,nahi mungkar,tindakan mempersoalkan apa yang dilakukan oleh kerajaan yang diamanahkan rakyat adalah hak rakyat. Tun M juga rakyat Msia.Tegurannnya telah menyebabkan penelitian dibuat keatas 1MDB. Jika tidak kenapa perlu dibuat penstrukturan dan pengeluaran awal deposit? Saya mahu berkongsi pengalamam pelanggan saya ditemubual oleh Tun M berkenaan perniagaan beliau dalam bidang nano teknoloji. Pertanyaan Tun M tentang satu perkara sahaja telah membuatkan kesemua ahli pengarah tercengang dan menkaji semula soalan Tun M yang tidak terfikir oleh mereka. Itu hanya satu kes. Saya ada banyak kes lain lagi.Begitu hebat pemikiran Tun.Inikan pula hal 1MDB yang memang celaru.

Anonymous said...

.. terbaik tuan... kita tidak mengatakan bahawa Najib 100% betul, namun dalam hal ini kita cuma mampu beristighfar melihat gelagat Tun .. mungkinkah ini yang dinamakan kifarah... apa2 pun kita dapati dalam masa yang sama ... ingatkan cuma BN yang kena bala, bahkan PR lagi teruk... mungkin ini sebagai peringatan kepada semua ahli & penyokong politik supaya berkelakuan lebih waras, dan jika yang ini semua tidak menginsafkan kita, bersedialah kita jadi sepertimana Yemen, Libya, Rohingya dan Syria bersedia...

Anonymous said...

Mudah je....Najib perlu letak jawatan.

Apakah kesalahan beliau?

1.penyelewengan
2.salahgunakuasa
3.tidak cekap
4.tidak bersih
5.tidak amanah
6.menggalakkan budaya ampu
7.upah bloger seterusnya perkenalkan budaya rasuah
8.bermewah mewah dan boros
9.lebih teruk dari pak lah
10.tidak tahu mentadbir
11. Seterusnya boleh tambah

Inilah Najib jika terus berkuasa bermakna UMNO

1.berkongsi kuasa dengan pembangkang
2.lebih teruk UMNO ditalkinkan

Jika chai ahjibgor masih boleh berfikiran waras;

1.selamatkan Umno menuju kemusnahan
2 masih ada masterji2 baru yg boleh bekerja
3.permintaan Najib berhenti tidaklah sesuatu yg besar kerana ramai lagi boleh ganti dan berkelayakan
4.tepok dada tanyalah selera adakah anda sayangkan Najib atau lebih sayangkan agama bangsa dan tanahair?

Fikir dan Faham.


Anonymous said...

Pembetulan;

Inilah Najib jika terus berkuasa bermakna UMNO...selepas PRU 14 Nanti

Anonymous said...

Sudahlah yang buat komen dan kritik Najib dan UMNO tak habis-habis adalah kumpulan macai yang sama dari RBA. Propaganda komunis dan agenda menjatuhkan pemimpin Melayu dengan mengulingkan kerajaan dengan FITNAH DAN PEMBOHONGAN adalah amat jelas.

Cara begini adalah diantara doktrin komunis zaman teknologi maklumat. Dalam hutan bukan lagi cara perjuangan mereka. Mereka bebas mengerakkan jari-jemari untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan tanpa digigit nyamuk maupun dihinggap pacat.

kingevans399 said...

Semuanya konspirasi tun m nak jatuhkan najib itu pun tak boleh fikirkah. Awak dah pencen doklah diam2 wahai tun m jgnlah kacau pentadbiran org lain. Buatlah amal ibadat utk akhirat sudahlah. Sy tetap sokong najib walau apa sekalipun

Anonymous said...

saya tetap sokong PM dan kerajaan selama-lamanya. Kita sendiri pun susah nak uruskan rumah tangga dengan karenah 5 org anak, inikan pula PM nak uruskan negara yg berjuta2 rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...