EDITOR SARAWAK REPORT MENGAKU 90% PENDEDAHAN YANG DIBUAT OLEH SARAWAK REPORT ADALAH MENGGUNAKAN DOKUMEN YANG DIUBAHSUAI DAN DIREKA OLEH GRAPHIC DESIGNER DI LONDON



KENYATAAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA
JULAI 15, 2015

1.​ Telah dibawa kepada perhatian saya pagi ini, satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report: Claire Rewcastle Brown.

2. ​Laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

3.​ Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar: “Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB”.

4.​ Selain daripada itu, pengadu juga mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

5.​ Pengadu juga mendakwa bahawa segala tindakan – termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut – telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.

6.​ Saya difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis – termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu – di laman web Sarawak Report.

7.​ Sehubungan dengan itu, saya menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.

8.​ Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

9.​ Saya telah dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.

10.​ Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report. Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh Polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

11.​ Selain daripada video pengakuan tersebut, saya dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, sesalinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown telah didakwa menulis:

“Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”

12.​ Pada masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan. Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, saya berharap pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan.

13.​ Akhir sekali, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat laporan polis ini dengan terperinci, profesional dan telus. Saya juga mempunyai tahap keyakinan yang sama bahawa pihak Interpol akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengesahkan dan mencari kebenaran dalam isu pemalsuan fakta dalam Sarawak Report.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional
Putrajaya
Malaysia

7 comments:

Anonymous said...

kah kah kah kah,,Pecacai pecacai umno paria dah buat lakonan kah kah kah demi nak cover Najib tercinta,,,paria Rao oh paria Rao,,,,

Anonymous said...

Tension bunyi ketawa tu cai....:))
Nak cover najib ker nak cover org2 yg dengki????
Makin terserlah kebenaran...makin ramai yg berniat nak gantung diri...kesian sungguh.
Tak kesahlah apa pon jwpnnya...timbul rasa geli hati dgn macai2 dan para spekulator bercerita hal 1mdb bagai loyar2 buruk tepi jln berdemo Bershit 2.0 sedangkan mangsa tuduhan relaks jer jaga negara.Klu gay tua, ntah pejabat duta mana dia akan pegi dan brapa bnyk saman dia akan sebut.Beza org benar2 bersalah dgn tidak bersalah...meroyan beb!!!hehehe

Anonymous said...

Sarawak Report dah respon tu..Mamat Melanyi tu BUKAN Sarawak Report la..tapi Sarawak Tribune.

aduhai..

Memalukan sungguh la wakil rakyat ni..

Anonymous said...

Woooi Mamak Kutty Madey Haramjaddah, Mahacelaka Mahazalim, aper citer? Bateri czj jantong kau kuat lagi....

Bila hzng madey, nak mampos, pukumzk.

Anonymous said...

Sarawak Report cakap ini tipu.. dia suruh saman. Baik saman saja kalau berani daripada pusing berbelit2 macam ni.

http://www.sarawakreport.org/

What an objective fellow this ‘NGO leader’ turns out to be. A fan of 1MDB and BN!

It is a sign of desperation that ministers are trying to make headlines out of nonsense in order to attempt to distract people from the facts, which include the billions of debt that 1MDB is unable to pay interest on and the fact that billions have also gone missing.

Over the past several months 1MDB’s defenders have not been able to counter or undermine any single one of the reports we have written on the scandal torn fund, which is why they resort to these ridiculous stories, rather than trying to sue us or answer back on the detail.

Now they are claiming that Lester Melanyi, who has never written for Sarawak Report is the author of this site and claims to have been a forger for us!

We are surprised these types are teaming up with the man who got sacked from Sarawak Tribune for publishing the Allah cartoons.

But, of course, Melanyi is notorious for taking money from whoever will pay and desperation makes strange bedfellows.

Let us confirm. Lester Melanyi has never ever written a word of Sarawak Report – sorry Lester, but we are out of your league.

wahab latiff said...

Jadi ketupat la SR dan jadi kuah satey basi laa puak pkr yg sokong depa ni...
Nampak tak? Hahaha

Anonymous said...

blogger copy paste...tak dak kajian apa pon...sarawak tribune la..bukan SR...bongok....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...