Siasat dakwaan konspirasi tokoh politik tempatan, termasuk Tun Mahathir - Datuk Huan

HUAN: Dakwaan tersebut adalah sangat serius dan mampu menjejaskan keselamatan negara. 

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis terhadap sebuah laman web yang memuatkan artikel yang mendakwa terdapat konspirasi termasuk cubaan memanipulasi institusi kehakiman, memanipulasi pasaran kewangan, percubaan untuk urusan wang haram dan memalsukan pertuduhan ke atas perdana menteri.

 Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan berkata laman web itu mendakwa konspirasi itu turut melibatkan beberapa tokoh politik tempatan. Guan yang ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi memberitahu pemberita laporan polis dibuat setelah mendapati dakwaan tersebut adalah sangat serius dan mampu menjejaskan keselamatan negara.

 "Dakwaan ini sangat serius dan berharap pihak polis melakukan siasatan menyeluruh bagi menentukan kesahihannya," katanya. Laman web www.malaysiaopinion.com dalam salah sebuah artikelnya didakwa menamakan beberapa individu politik termasuk Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan pemilik Sarawak Report, Clare Brown.

 Kesemua mereka pada masa turut dikaitkan dengan bekas pekerja syarikat PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang dipenjarakan tiga tahun oleh mahkamah Thailand atas kesalahan mengugut majikannya itu.

 Selain itu, laman web berkenaan turut mengaitkan penglibatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahahithir Mohamed yang didakwa mempunyai kaitan secara langsung dengan pemilik syarikat The Edge, Tong Kooi Ong. Pemilik The Edge itu sebelum ini berdepan siasatan polis di bawah Seksyen 124 dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan secara haram termasuk dakwaan sebagai individu yang mempunyai kaitan dengan proksi kekayaan Anwar.

 "Sekiranya dakwaan ini benar maka polis tidak seharusnya gentar dan takut untuk menyiasat di bawah mana-mana undang-undang berkaitan," katanya lagi.
-Astro Awani

4 comments:

Anonymous said...

Nasib baik dekat korea kalau kat Malaysia curi la berapa bilion pun masih selamat Jibby adalah PM PALING TAK TAHU MALU MUKA TEMBOK HARAM JADAH http://www.astroawani.com/berita-dunia/bekas-pm-korea-selatan-masuk-penjara-kerana-dana-politik-haram-70648

Unknown said...

Kalau yang disiasat tu TUN M aku berani confirm takda penyiasat yang akan ditukar atau dipecat.So tunggu apa lagi siasat la cepat.

Anonymous said...

Sapa berani siasat mahataik tu!!!!
Mulut laser nya dah cukup buat bulu tulur gugur bertaburan....
Tak heran lah klu dia digelar mahafiraun dsbnya...
Klu nuar kutuk dia di luar negara...dia mengeluh buat lakonan sedih...
Tapi mahataik kutuk negara sendiri di luar negara...no hal..melonjak macai2 nya...
Bodoh mahataik!!!
Klu dia tak ada agenda..demi parti, bangsa , agama dan negara...dia akan bertemu jibby n geng secara tertutup dan bukan membuka pekung di dada sampai 1 dunia tahu...
Aku sumpah sial lah pemimpin yg suka buka aib org sdgkan aib sendiri pun bersepah...

Anonymous said...

No point telling all of you the truth, you all still prefer to listen to the lies...Allah akan lindungi perjuangan Najib...In Shaa Allah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...