Showing posts with label br1M. Show all posts
Showing posts with label br1M. Show all posts

Ada ADUN Pakatan Haram Muka Tak Tahu Malu Sign Borang BR1M!!


A.S dimaklumkan bahawa ada ADUN Pakatan dalam Pulau Pinang dengan muka kulit biawaknya telah menandatangi borang bantuan rakyat 1 Malaysia di ruangan Pegawai penyemak. A.S tak mau bagitau la DUN mana, satgi ada orang panas pungkok weii!

Mereka nak tipu rakyat yang sesetengahnya mungkin kurang maklumat kononnya tandatangan mereka laku dan berusaha nak ambil kredit dari bantuan RM500 untuk meringankan beban rakyat.

Tapi malangnya apabila si pemohon serahkan borang tersebut kepada tempat yang sepatutnya, borang tersebut terpaksa ditongsampahkan dan diberi borang yang baru untuk diisi semula.

Kesian si pemohon ini kena tipu. Dasar muka tak tahu malu betul la ADUN ni!
A.S yakin negeri lain juga berlaku kes-kes sebegini!

Borang BR1M Palsu Pun Ada! Awas! Jangan Terpedaya!


Awas! Jangan Terpedaya!
Berhati-hati dengan Borang palsu BR1M!
Ini sudah tentu angkara suatu pihak memalsukan borang BR1M, bagi mendapatkan maklumat sulit orang ramai!

Borang yang dipaparkan ini tak sama dengan borang yang asli, dimana yang asli untuk bahagian kanan itu hanya perlu emel dan alamat kediaman sahaja. Tiada langsung maklumat mengenai bank yang perlu diisi.

Ada saja kerja golongan tak guna ini untuk mencacatkan usaha kerajaan membantu rakyat!

Kalau Haram, Jangan Ambik! Mudah Saja!


A.S sempat bertikam lidah malam tadi dengan rakan dari PKR yang mana dia mengatakan pemberian BR1M sebanyak RM500 adalah satu RASUAH POLITIK dari kerajaan UMNO/BN.

Pengiraan A.S mudah saja, bila disebutkan RASUAH, ia adalah suatu yang haram dalam Islam. Bilamana haram, ia berdosa. Orang yang menerima rasuah, juga berdosa.
Oleh yang demikian A.S cadangkan kepada rakan A.S, jika nawaitu @ pemahaman kita bahwa itu adalah rasuah, janganlah terima atau buat muka tak malu kerana ia adalah haram!

Tapi yang A.S nampak, awal-awal pagi Sabtu lagi muka puak-puak cakap pandai tong kosong inilah yang berderu-deru mengambil borang. Ada yang malu, hantar bini jadi wakil ambil borang. Hehe


Ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan RM500 ini tanpa banyak songeh untuk meringankan beban mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...