Puak PAS Makin Sesat. Sabda Nabi Dipermain-Mainkan


Hangpa baca dan nilaikanlah sendiri.. Betapa kroniknya mentaliti dan persepsi totok pas.

Sanggup lafazkan apa saja hatta memfitnah nabi demi untuk melawan UMNO..
 A.S tak mau la tuduh-tuduh.. Kalau nak sokong pas sekalipun jangan la sampai terlalu taksub dan akidah kita terpesong.
Hadis mana tolong bagi tau sat?
Zaman nabi dulu ada party umno ka?.
Astgfirullahalazim.... PAS ni Islam sangat ke? Jawatan Exco pun orang tak hingin nak bagi!

Coretan Dari Ku Untuk Mu Dari Hassan Ali Tepat ke Dahi PAS!

SURAT MENARIK DARI HASSAN ALI UNTUK PAS YANG PERLU DIBACA!

Berhubung dengan perlantikan YB Dr. Ahmad Yunus sebagai EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan tempat saya bagi mewakili PAS, saya ingin memberi sedikit ulasan seperti berikut : 

Pertamanya saya ingin mengucap tahniah kepada YB Dr Yunus di atas perlantikan tersebut. Bagi saya beliau adalah calon yang terbaik di kalangan adun-adun Pas di Selangor. Sifatnya yang kurang bercakap tapi kuat bekerja ditambah dengan akhlak yang terpuji menjadikan beliau calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan yang ada. Tetapi yang lebih penting dari itu, Dr Yunus adalah seorang pimpinan PAS yang komited dengan asas-asas perjuangan PAS yang sebenarnya dan tidak mudah diresapi oleh pengaruh golongan parasit di dalam parti.

Syabas dan tahniah kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Dato Menteri Besar di atas pilihan yang tepat walaupun PAS Selangor diberitakan hanya menghantar satu nama untuk diberi pertimbangan. Adapun mengenai rombakan portfolio Exco, saya berpandangan ianya agak ganjil dan pelik. YB Dr Yunus hanya diberikan portfolio Adat-adat Melayu, Belia dan Sukan. Manakala portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang saya sandang sebelum ini telah di serahkan kepada YAB Menteri Besar.

 Bagi saya rombakan ini telah memberi satu tamparan yang hebat kepada imej dan kedudukan PAS di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Rombakan tersebut menggambarkan yang Adun PAS yang ada dilihat tidak layak dan tidak berkemampuan untuk memikul portfolio penting yang telah saya pikul sebelum ini. Lebih menyedihkan apabila portfolio agama yang selama ini menjadi kebanggaan PAS sebagai sebuah parti Islam telah terlepas ke tangan parti komponen yang lain.

Saya khuatir apabila memikirkan sebuah hadis Nabi yang menggambarkan saat kehancuran akan tiba apabila sesuatu jawatan diserah kepada bukan ahlinya akan menjadi kenyataan. Saya masih ingat pesanan dan amanat Tuan Guru Presiden sewaktu penubuhan kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Selangor pada tahun 2008 yang lalu, telah meminta saya dan kempimpinan PAS Selangor pada waktu itu memastikan portfolio agama di pegang oleh PAS dan PAS mesti mempertahankannya.

 Sayangnya dengan rombakan yang terbaru ini, maruah PAS sebagai sebuah parti Islam telah di pijak. Lebih menyedihkan apabila kepimpinan PAS Selangor sekarang ini dilihat redha dengan rombakan tersebut malah menyanjung tinggi keputusan tersebut tanpa sebarang bantahan. Sekali lagi masyarakat melihat PAS terpaksa menjadi pakturut kepada parti komponen Pakatan Rakyat yang lain. Hari ini saya dimaklumkan bahawaYAB Menteri Besar telah melantik dua orang pagawai khas untuk membantu tugas beliau dalam portfolio infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Adun Rawang, Gan Pei Nei dan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn Bhd V. Ganabatirau.

Saya tidak nampak kewajaran tindakan YAB Menteri Besar tersebut. Saya khuatir apabila memikirkan masa depan kontraktor-kontraktor bumiputera terutamanya kelas F yang terkial-kial mencari rezeki di bumi Selangor. Lebih-lebih lagi YB Xavier pernah mengatakan bawah kerajaan negeri telah memutuskan untuk membuka luas penyertaan projek-projek yang dimajukan oleh kontraktor kelas F dibuka kepada semua kaum. Walhal kelas F sejak dari awal penubuhannya adalah dikhususkan untuk bumiputera.

 Akhirnya secara peribadi saya tidak nampak selain daripada pilihan yang tepat terhadap YB Dr Yunus. Yang lainnya tidak memberi khabar gembira kepada ahli-ahli dan penyokong PAS. Bagi saya portfolio Hal Ehwal Islam khususnya adalah di antara portfolio penentu berhubung dengan kesejahteran rakyat di negeri ini. Hanya Islam sahaja yang dapat menjamin kehidupan yang akan memacu kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.

 YB DATO' DR. HASAN ALI ADUN
Gombak Setia
Pinggiran Taman Tun Dr Ismail
19 Januari, 2012.

Ingat Lagi Gambar Ini? Marin US punya angkara, askar perancis yang jadi mangsa.

Gambar yang dipetik dari video YouTube yang tidak bertarikh, menunjukkan askar Marin AS kencing ke atas mayat militan Taliban di Afghanistan. – REUTERS

Seorang tentera Afghanistan yang menembak mati empat tentera Perancis berkata, dia melakukan serangan itu selepas berang menonton rakaman video yang menunjukkan empat anggota Marin Amerika Syarikat (AS) mengencing mayat pemberontak Taliban.Serangan ke atas tentera Perancis yang tidak bersenjata itu pada Jumaat lalu, berlaku di pangkalan timur Afghanistan dan turut menyebabkan 15 lagi tentera cedera dengan lapan daripadanya parah.

Insiden itu turut menyebabkan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengancam menarik keluar tenteranya di negara ini dan menghantar Menteri Pertahanan, Gerard Longuet ke Kabul.Seorang tentera Afghanistan, Abdul Mansour, 21, telah ditahan dan disoal siasat ekoran insiden serangan itu.“Ketika siasatan awal oleh tentera Perancis, dia memberitahu melakukan serangan itu kerana berang dengan tindakan anggota Marin AS itu,” kata seorang pegawai tentera Afghanistan kepada AFP.

Kenyataan itu sekali gus menyokong sumber perisikan daripada Kementerian Pertahanan Afghanistan yang enggan dikenali yang menyatakan, Abdul tidak mempunyai hubungan dengan Taliban. Menurut sumber itu, Abdul turut merujuk kepada satu lagi rakaman video yang menunjukkan tentera Britain mencabul kanak-kanak Afghanistan.Kurang seminggu selepas tersebarnya video anggota Marin AS itu, polis tentera Britain telah menahan dua anggota tenteranya kerana dituduh mencabul seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan, kedua-duanya berusia 10 tahun, dan merakam kejadian itu.Seorang jurucakap di kedutaan Britain di Kabul berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung tuduhan pencabulan itu tetapi enggan mengulas mengenai komen tentera Afghanistan itu. – AFP

Kumpulan Nakal. Zambry Tak Melompat!

A.S respek dengan Dr Zambry yang tak mudah melatah dengan permainan jahat puak pakatan yang mana beliau hanya gelarkan mereka itu kumpulan nakal sahaja. Bukan dengan cara gelarkan puak jahat ini dengan gelaran buruk-buruk.


Puak pakatan haram tampak jelas tertekan dengan gunakan apa cara sekalipun untuk gagalkan apa jua program untuk rakyat yang dilakukan oleh UMNO/BN. Kemaraan UMNO/BN dalam mendekati rakyat dilihat sukar dibendung oleh puak pakatan haram sekarang ini. Segala fitnah dan tohmahan dah tak jalan nampaknya.


Buktinya, diberitakan hampir 10,000 rakyat jelata menghadiri majlis jamuan rakyat sempena sambutan tahun baru cina tersebut.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ada pihak cuba menggagalkan majlis jamuan rakyat sempena sambutan Tahun Baru Cina di pekarangan kediaman rasminya di Ipoh. 
"Saya anggap perbuatan itu dilakukan 'kumpulan nakal' yang ingin menggagalkan sambutan ini," katanya kepada pemberita selepas majlis itu. Ia tidak melunturkan semangat kerajaan negeri meneruskan majlis itu selepas menerima pelbagai pertanyaan berikutan SMS disebarkan kepada penduduk di negeri ini sebelum ini bahawa majlis itu dibatalkan, katanya.

Info A.S: Cara Mengetahui Perniagaan Yang Gunakan Pelaris.


pic hiasan

Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he..

Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas. Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

 Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

 1) Al-Fatihah.
 2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

 Ia berdasarkan hadith : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

 Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

 -Cikgu Badaruddin-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...