BN akan kembali dapat 2/3 majoriti di Parlimen??.. hahaha


Mengikut artikel dibawah,AS mengandaikan ada 3 MP yang akain join group masuk BN jika ia benar akan berlaku
-Zahrain
-Zulkifli Nordin (ini macam musathil)
-Ibrahim Ali (sekarang bebas)

According to seorang ahli politik senior DAP, dia percaya ada 3 orang akan lompat.
Mansor dari PKR penang juga confirmkan memang dia sendiri menerima luahan beberapa orang MP PR yang berniat lompat. Tapi kalau dah juak pakatan haprak dah tertekan sejalipun, jangan la sampai kata BN beli, yang sebenarnya MP Pakatan Haprak dah jelak dengan cara korang tu. hahah

tapi isu bn kemaruk sangat 2/3 ni bukan isu bn. tak tau sapa punya agenda. BN menumpukan pada lain.Agenda pembangunan. agenda modal insan, agenda memakmurkan ekonomi dan sosial negara. AS pun tak terlalu yakin dan mengharap perkara ini berlaku. kalau benar berlaku maka lepas ni jawatan ketua Pembangkang sure DAP ambil alih kan? Sebab mereka yang paling banyak menang seat MP lepas ni. Biar rakyat menilai betapa lintang pukangnya Pakatanhaprak ini. hehehe


PULAU PINANG, Jan 30 — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen.
Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Kini, PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).
“Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.
Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin.

Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dari Pulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain.
Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga lapan orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah.

Malah ada sumber yang mengatakan jumlah itu boleh sampai 10 orang bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
BN memerlukan 11 lagi kerusi daripada 222 anggota di Dewan Rakyat untuk mencapai sasaran itu.
Usaha ke arah itu juga disebut-sebut akan menerima sokongan wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin yang akan dirujuk kepada lembaga disiplin.

“Itu saya tidak tahu (sama ada membabitkan negeri lain)... macam mana anda tahu, saya pun dapat tahu ada wakil rakyat yang menunjukkan hasrat keluar parti,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 negeri.
Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP 28.
Kata Mansor walaupun beliau ada sudah lama mendengar hubung tidak mesra Zahrain dengan Lim, tetapi isu hendak keluar PKR “hanya baru didengar.”

Mansor juga berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pagi esok.
The Malaysian Insider difahamkan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat (PR), juga esok. Pemimpin PR bersidang selepas MPP PKR.

Semalam Mansor berkata beliau kesal dengan kenyataan Zahrain yang juga Parlimen Bayan Baru, yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.
“Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama itu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai ketua PKR tahun lalu.

Mansor juga dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti tahun lalu.
Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.
Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.
Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Sehubungan itu Mansor berkata, walaupun Zahrain pernah mengkritik kepimpinan Lim tetapi hanya kali ini ia kelihatan “terlalu keras.”
“Isu ini akan dibincangkan esok, akan dibincang Datuk Seri Anwar dan kenyataan akan dikeluarkan kemudian,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Hoi Mansur apa yang senior nya LGE tu. Bodoh, celaka, haprak punya melayu.

Kalau sbb bukan DAP tu kepunyaan LKS & Sons, dah lama dah bungkus mamat tu.Kau pikirlah org Melaka dah tolak dia habis-habisan

Anonymous said...

sok depa salahkan umno la jugak tu..

blog musibat pakatan rabak dah mula canag yg 11 org kena beli dgn bn..

Anonymous said...

mansur lu bodoh ka apasal lu kasi bela itu komnis olang melayu punya walong dia kasi lobo ini macam pun ala boloh punya km tala tahu kerja punya olang lulu bn tak lak lobo-lobo olang punya kedai lagi kasi niaga semua oliang bo;ih makan lu mansor cina ka melayu.

Anonymous said...

TKM mansur kayu sekarang rakyat semua tahu PKR sudah tiada harapan lagi untuk bela nasib orang melayu sebab itu MP PKR cari tempat berlindung.Jangan salahkan BN dalam hal ini tanya Anuar,Anuar ada jawabpan nya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...