Ada ke Pak Menteri, MP & ADUN yang nak ikut jejak Menteri Ini?

Peter Chin: Nama saya tiada dalam senarai

– Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengesahkan nama beliau tiada dalam senarai calon yang dikemukakan parti kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN).  

 "Parti komponen telahpun mengemukakan senarai mereka dan senarai itu, khususnya oleh SUPP, nama saya tiada di situ," kata Chin, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

  Chin, 67, menjadi anggota Parlimen Miri sejak 1986. Pada 2008, beliau memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,216 undi mengalahkan calon DAP Fong Pau Teck.   

A.S KATA; SECARA TERBUKA AKU BERHARAP AGAR MANA-MANA PEMIMPIN UMNO/BN YANG DAH UZUR,KURANG KOMPETEN DAN SUDAH JADI MP/ADUN LEBIH 3 PENGGAL AGAR DAPAT MEMIKIRKAN TINDAKAN YANG SAMA SEPERTI DATUK PETER CHIN INI.

BERILAH PELUANG PULA KEPADA BARISAN PELAPIS MUDA YANG LEBIH SEGAR IDEA DAN TINDAKANNYA UNTUK MEMBUKTIKAN KEMAMPUAN MEREKA BERBAKTI KEPADA RAKYAT.

RAKYAT JUGA MENILAI DARI ASPEK INI SEMASA MEREKA MEMILIH CALON YB DALAM PRU13 AKAN DATANG.

Published with Blogger-droid v2.0.8

DS Rosmah: Saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga!

Rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang mereka kecapi kerana di negara tertentu, rakyatnya hanya mampu mengecapi keamanan dan kemakmuran dalam mimpi, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Berkongsi pengalamannya ketika menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, beliau berkata golongan ibu di sana tidak pernah dapat memastikan anak-anak mereka yang pergi ke sekolah, akan pulang dengan selamat ke rumah.

“Saya dimaklumkan keadaan di sana, apabila anak hendak ke sekolah, ibu-ibu akan cium anak, memeluk anak dengan erat sehingga menangis, kenapa begitu?“Kerana mereka tidak pasti anak mereka akan pulang ke pangkuan,” katanya.

Beliau berkata rakyat di negara ini seharusnya bersyukur dengan apa yang dikecapi dan melihat kesengsaraan rakyat Palestin sebagai tanggungjawab bersama membantu mereka.

“Di sana anak-anak membesar dengan makan tak cukup, hospital tidak selesa, jalan raya berlubang, bangunan sekolah tidak selesa.

“Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan,” katanya.

Beliau berkata apa saja kerumitan dan kesulitan yang dihadapi rakyat di negara ini tidaklah seberat yang dihadapi rakyat Palestin.“Di sini, kalau bas atau teksi lambat pun kita dah marah, di sana (Palestin), bas dan teksi tak ada pun,” katanya.

Beliau berkata rakyat perlu rasional dan tidak beremosi dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan tidak mudah terpedaya dengan agenda pihak tertentu yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat hidup di negara Malaysia yang aman ini.

“Di sana (Palestin), hanya keamanan di fikiran mereka, di negara kita, janganlah hanya fitnah di fikiran kita,” katanya.

Mengenai pilihan raya umum, Rosmah berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya itu.

Secara berseloroh, Rosmah berkata: “Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga,” katanya. – Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.8

Kenyataan Terkini Dr Shaik Hussain terhadap auta Guan Eng dalam isu rumah 'mampu milik' di P.Pinang

LGE MENGELIRUKAN RAKYAT MISKIN PP DENGAN TEMA "RUMAH MAMPU MILIK" YANG TIDAK MAMPU DIMILIKI OLEH RAKYAT MISKIN

Pemuda UMNO PP meragui keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang terutamanya LGE yang mengumumkan pendaftaran untuk rumah mampu milik di batu kawan dan jalan SP Chelliah. 

Sepatutnya LGE membina lebih banyak rumah kos rendah dan bukannya mengelirukan rakyat dengan tema RUMAH MAMPU MILIK tetapi pada hakikatnya tidak mampu dimiliki oleh rakyat miskin PP .

Antara keraguan yang menjadi persoalan rakyat PP adalah Mengapa masa yang diambil hampir 5 tahun untuk mengumumkan pendaftaran sedangkan pengumuman untuk membina perumahan di Batu Kawan dan SP Chelliah telah mengambil masa lebih setahun. 

Pemuda meragui bahawa pelan pembangunan telah diluluskan oleh PBT kerana didapati tiada rekod pelan pembangunan diluluskan bagi kedua dua tapak.Mengapakah harga yang ditawarkan dikedua-dua tempat hanya melibatjkan rumah kos sederhana dan sederhana rendah?Dimanakah rumah kos rendah?

Harga yang ditawarkan juga amat tinggi dan menampakkan bahawa LGE masih mengambil untung daripada rakyat miskin PP apabila harga yang ditawarkan masih tinggi berbanding kos pembinaan.Adakah ini adalah gimik pilihanraya LGE melalui PDC untuk menutup pengkhianatan mereka terhadap rakyat miskin tidak mampu PP selama 5 tahun memerintah yang hanya tahu menjual tapak rumah kos rendah taman manggis dan perumahan mampu milik di bayan mutiara.

Rakyat yang berpendapatan RM5000 sebulan pun akan merasa perit untuk memiliki rumah kos sederhana bernilai RM 400 ribu ,Bagaimana pula dengan mereka yang miskin tegar yang mana kononnya telah dihapuskan oleh LGE apabila mengumumkan bahawa minimum pendapatan rakyat pulau pinang akan dijadikan RM770 untuk hilangkan miskin tegar?

Apakah harga rumah mampu milik mereka? bukankah mereka sepatutnya diberikan rumah kos rendah.

Terbukti LGE amat licik menipu rakyat miskin pulau pinang apabila telah mengumumkan pembinaan rumah mampu milik dan pendaftaran rumah mampu milik yang masih belum diluluskan sedangkan yang rakyat sebenarnya mahu memiliki rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang perlu diukur daripada garis kemiskinan rakyat miskin bukannya nasihat perunding pakar daripada luar negara yang tidak tahu tahap kemiskinan rakyat. 

Sudah sampai masa LGE dan sekutunya DIAJAR DALAM PRU13 !!!

Ir.Dr.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP

Published with Blogger-droid v2.0.8

Terbaik dari rakyat Klate! 4 faktor Nik Aziz perlu berunduq!

Inilah luahan dari rakyat Klate yang mahukan perubahan.

Nik Aziz sewajarnya menginsafi diri yang mana dia tak boleh lagi berikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat serta kecelaruan semakin ketara dalam agama bila Islam dijadikan bahan dagangan dalam berpolitik.

Sudah.. Cukup cukup sudahh
23 tahun dah beri peluang menjadi pemerintah negeri..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Artikel menarik mesti baca! Najib sudah, beranikah pula Anwar ke Gaza?

Bukannya mudah untuk ke Gaza. Bukan macam pergi memancing ikan di Ceruk Tok Koon sambil makan sandwic. Bukan juga macam balik ke Kota Bharu untuk pekena nasi kerabu berlaukkan budu di Pasar Khadijah.

Justeru, biarpun buat seorang itu bertaraf perdana menteri hatta presiden sekalipun, bumi Gaza tidak menyediakan selimut keselamatan atau pakaian kalis peluru untuk pengunjungnya.Bagi Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia, isu Palestin dan Gaza merupakan isu agama yang tidak pernah padam dari peta perjuangannya.

Di PBB, Malaysia mengambil pendekatan diplomatik manakala dalam negara, sokongan ditunjukkan melalui pelbagai cara.Paling kecil program puisi serta lain-lain program kemanusiaan menjadi sebahagian dari atur cara.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dilihat menjuarai perjuangan rakyat Palestin di luar negara itu.Sokongan rakyat Malaysia pada perjuangan rakyat Palestin bermula jauh lebih lama dulu.

Dalam tahun 1970an lagi, belia-belia Malaysia mendepani cabaran bagi menyuarakan sokongan kepada penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.Tanpa memikirkan apa saja risiko, mereka sanggup berdemonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat. Bendera Israel dan AS serta juga potret Presiden AS sering dibakar bagi merakamkan protes dan kebencian.

Pada ketika itu, Anwar Ibrahim muncul memainkan peranan sebagai salah seorang pemimpin muda yang berjuang menentang kemaraan rejim Israel serta mahukan Palestin bebas sepenuhnya.

Usianya belum pun mencecah 30 tahun namun dari segi komitmen dan semangat, isu Palestin serta kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin diberi keutamaan. Anwar dan Palestin sudah jadi macam aur dan tebing.

Tapi itu dulu. Bak kata orang, lain hulu lain parang. Kalau dulu tidak lengkap atau tidak cukup syarat jika rombongan Arab dan Palestin tidak menemui Anwar di pejabat beliau di Abim terletak di Jalan Pantai Baru, hari ini sokongan Anwar terhadap perjuangan Palestin hanya suam-suam kuku.

Ini cukup berlawanan dengan imej  Anwar dulu, Presiden Abim yang paling prolifik.Justeru bagi umat Islam di Malaysia kalau Najib tak boleh pergi, Anwarlah yang patut mengetuai rombongan ke Gaza ataupun ke Palestin.

Tapi, seperti yang dikatakan, Anwar macam terpisah dari Palestin. Umno pula sudah lama memberi keutamaan pada Palestin.Dasar yang pro Palestin menyebabkan rejim Israel melihat kita dengan geram. Para pemimpin di Amerika Syarikat yang pro Israel juga tidak senang dasar luar Malaysia.

Dr Mahathir semasa masih menjadi perdana menteri dan sehingga sekarang dilabel anti Yahudi dan anti Amerika.Kita melihat apa yang Najib lakukan telah dimulakan kerajaan BN (dulu Perikatan) dan Mahathir jauh sebelum Anwar menjuarai isu Palestin dalam tahun 1970an. Mahathir belum menjejak kaki ke Gaza namun gambarnya terdapat di banyak tempat.

Rakyat Palestin dan Gaza mengenali Najib sebelum Perdana Menteri melakukan lawatan bersejarah itu.Justeru bagi Anwar, lawatan Najib ke Gaza lebih bermotif politik untuk meraih sokongan umat Islam.

Katanya “Helah lebih terserlah. . . .dalam usaha memenangi hati umat Islam di sini, mereka tidak sedar mereka melakukan kekhilafan.”Tapi kenyataan di atas tentu tidak sama dengan lawatan Perdana Menteri menyaksikan sendiri penderitaan rakyat di Gaza.

Bagi Najib ia memulakan suatu perjalanan yang tidak berani dibuat pemimpin asing dari Barat mahupun Timur.Najib mengambil risiko dengan lawatan ini yang kurang disenangi Barat  apatah lagi Amerika Syarikat dan Israel.

Bagi Israel, Malaysia bakal masuk dalam sejarah baru hubungan tidak rasmi ini. Masa depan Malaysia dan Islamnya di sini bakal diuji melalui pelbagai cara.Sama ada kita suka ataupun tidak, pertukaran rejim yang menjadi amalan Barat adalah kerana mahukan Malaysia ikut acuan mereka. Kalau tak boleh gantikan kerajaan, gantikan pemimpin yang pro mereka.

Hal sebegini disedari Dr Mahathir sehingga banyak tulisan dalam blog serta ucapannya menjurus ke arah subjek ini.Maka tidak hairan jika dulunya Anwar dilihat pemimpin Islam yang lantang mendasari perjuangan Palestin.

Lama kelamaan Anwar duduk di kerusi belakang manakala barisan depan pula, Najib dan Umno. Sama ada ia helah politik ataupun pilihan raya, langkah Najib ke Gaza harus mendapat penghargaan.

Bagi Anwar ataupun sesiapa saja dalam Pas, jika mereka tak mampu melakukan apa yang Najib buat, elak dari mencemburuinya. Dengan mengkritik Najib  bererti mereka menambahkan lagi derita rakyat Palestin.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

GAMBAR TRAGIS..Murid Darjah 2 Yang Berteduh Bawah Lori Hancur Digelek Kenderaan Tersebut

Kezuhudan Nik Aziz bersama Mercedeznya disambut dengan bantahan penduduk Klate!

Bantahan dari penduduk Gua Musang terhadap Pok Nik semasa lawatannya ke Gua Musang sebentar tadi.

Bantahan ini meliputi pelbagai sudut dan segi hasil dari manifestasi kekecewaan rakyat Klate terhadap pelbagai isu yang menyerlahkan kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Klate.

Antaranya hal yang menyebabkan rakyat Klate bangkit memberontak terhadap Pok Nik ialah kegagalan membekalkan air bersih dengan sempurna, tanah yang diberi kepada orang luar termasuklah cina dap dan cina singapore, pas terus menjadi anjing suruhan dap dan terbaru kekecewaan terhadap pemecatan Ustaz Nasha dari majlis syura Pas hanya kerana bersama Pm melawat saudara seagama di Palestin.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Hasil Kajian YES Yang Terbaru!! 63% Jangka BN Mampu Menang


Adakah Nasha bakal bersama Fathul?

Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), menerima dengan tangan terbuka sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berhasrat menyertainya.

Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, atas asas dan wadah perjuangan menegakkan Islam yang sama, penyertaan Nasharudin amat dialu-alukan.

Menurutnya, kerjasama Nasharudin sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia amat diperlukan.“Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai Ilmu, meskipun masih lagi menjadi ahli Pas.

Ilmu merupakan NGO yang proUmno dan bukannya sepenuhnya dengan Umno.“Bagaimanapun, tiada paksaan untuk Nasharudin. Terpulang kepadanya untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Fathul Bari sebelum itu membalas cadangan pihak tertentu supaya Nasharudin menyertai Ilmu dalam laman sosial Twitter miliknya.Dipetik dalam tweetnya, Fathul Bari membalas, ‘ahlan wa sahlan’ atas cadangan tersebut dan menyifatkan Nasharudin sebagai seorang yang menghormati perjuangan dan pandangan orang lain.

Majlis Syura Ulama Pas, pada mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari, menggugurkan Nasharudin sebagai anggota majlis itu kerana didapati melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh parti.

Keputusan menggugurkan Nasharudin diambil setelah mendapati tindak-tanduk beliau kebelakangan ini merugikan parti.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tahniah! Nik Aziz dapat cicit kembar!

TAHNIAH LE AKU UCAPKAN.
CUMA POK NIK DAH UZUR SANGAT TU, BAWA-BAWA LA BEREHAT.
PRU13 NI ELOK TAK PAYAH BERTANDING DAH.
BAIK LUANGKAN MASA BERSAMA CUCU-CUCU DAN CICIT KEMBAR TU.

KOTA BHARU - Sambutan hari lahir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini lebih bermakna apabila beliau menerima kelahiran cicit sulungnya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan.Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki.

“Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.“Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam.

Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar.Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, selamat dilahirkan Isnin lalu kira-kira jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian.

Bayi kembar itu adalah cucu sulung kepada anak Nik Aziz yang pertama iaitu pasangan Nik Aini, 50 dan Fakhruddin.Pasangan kembar itu adalah anak sulung kepada Nik Farhana, 27 yang juga anak kedua Nik Aini.SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sadis! 50 mayat dibuang seperti sampah ke dalam sungai

Sungai-sungai di Malaysia apabila air kering dipenuhi sampah sarap dan ranting kayu, manakala sungai di Syria apabila air surut terbujur jasad-jasad para syuhada. 

50 Jasad penduduk awam ditemui di Aleppo bersama tangan diikat dan kesan tembakkan di belakang. Mayat-mayat mereka kemudiannya dibuang ke sungai ini oleh anjing-anjing Syiah Assad.

Sebenarnya yang menjadi dalang dalam semua ini Yahudi laknatullah, mereka merancang mengkucar kacirkan umat islam agar bergaduh sesama islam..nauzubillah..

Begitulah jua perancangan puak kafir harbi di Malaysia yang sekarang hampir berjaya memecahbelahkan umat Islam di Malaysia dibantu oleh si kitol melayu yang sanggup lakukan apa saja demi memenuhi nafsu serakah politik mereka.
Sedarlah wahai pecacai pakatan sekaliann..

YA ALLAH KAU HANCURKAN LAH DAN JAHNAMKAN LAH BANGSA YAHUDI...ALLAHUAKBARx3

Published with Blogger-droid v2.0.8

Luahan kekecewaan terhadap majalah Hijabista

Surat versi Melayu dari Muslimah risau... pendapat anda bagaimana?

Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau sayan dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab.

Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali.

Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah andaTudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup.

Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan.

Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim.

Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka.

Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong.

Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain.

Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini?

Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki.

Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya.

Ianya palsu semata. Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu.

Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah.

Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung.

Walahu’alam

Ikhlas,Muslimah yang Risau

Sumber FB

Published with Blogger-droid v2.0.8

Buat Event Hari Thaipusam Pun Masalah Ke Ramasamy?

RENTETAN DARI ENTRY AKU SEBELUM INI BERKAITAN PENANG ADALAH HAK EKSKLUSIF TOKONG LIM GUAN ENG. 

TKM2 P RAMASAMY JUGA MENJADIKAN ISU PENANG RUN KONONNYA TIDAK SENSITIF TERHADAP AGAMA HINDU TAPI LEBIH 100 ORANG INDIA YANG MENYERTAINYA!
HA? CAMNA CERITA?

HABIS TU?
BILA RAYA MELAYU, RAYA CINA ATAU APA-APA PERAYAAN SEKLIPUN, PERLUKAH KITA MELARANG APA JUA PROGRAM?

JUAK PEMIMPIN FCUKTAN P.PINANG DARI HARI KE HARI MAKIN MEROYAN NAMPAKNYA!

Penang Deputy Chief Minister II Dr P. Ramasamy had also slammed the organisers of the run for being “insensitive” by holding the event yesterday —the same day as Thaipusam.

The organisers were the Tanjung Social Club and Penang Forward Sports Club.The report said that despite the controversy, some 100 Indians took part and three out of the seven categories were won by Hindus.

R. Muniandy, 35, from Sungai Petani, who won the Men’s Open category, said it was not an issue that the run was held on the same day as Thaipusam.National marathon record holder K. Baskaran, 41, who was the Men’s Junior Veteran category champion, hoped that in future the run would not be held during a festive period.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Hantam punya hantam, adik dia sendiri yang masuk!

A.S KATA, INI TOKONG GUAN ENG CAKAPNYA MEMANG TAK BOLEH PAKAI! RAKYAT PENANG PUN TAK HERAN DENGAN APA YANG DIKATAKANNYA, TERMASUKLAH ADIK LGE SENDIRI! HAHAHA

LU APEK MELAKA, SAPA LU MAU TEGUR ORANG GUNA NAMA PENANG?

Guan Eng’s brother surprise participant at Penang Run

The Penang Run 2013 yesterday, which drew criticism from Chief Minister Lim Guan Eng, saw a surprise participant — his younger brother, consultant cardiologist Dr Lim Guan Choon.

According to a report in The Star, Dr Lim was spotted among the 3,200 participants at the Universiti Sains Malaysia stadium at about 7.30am before the prize-giving ceremony. He declined to say anything to reporters.

Guan Eng had caused controversy when he reportedly suggested that any organiser who wants to use the word “Penang” for an event must seek approval from his administration.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Nasha Tak Dicalonkan dalam Pru13. Nik Aziz samakan laki bini bercerai & persatuan sukan?

Anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak dicalonkan lagi.   
"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.   Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.  

 Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.   "Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu. 

  Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.   "Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.  

 Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.  

 Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

 Di IPOH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, rakyat khususnya penyokong Pas akan menilai sendiri tindakan parti itu menggugurkan Nasharuddin.Zambry berkata tindakan itu juga akan menyedarkan mereka tentang perjuangan sebenar Pas.

"Rakyat akan menghukum mereka pada pilihan raya ini," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-11 Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Perak, hari ini.

Beliau berkata, bukan semua anggota parti itu "pak turut".Ada di kalangan mereka yang mempunyai pandangan sendiri berhubung sesuatu perkara, katanya.  - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.8

Zahid Mat Arip & Ustaz Hafiz Nordin menggegarkan Nibong Tebal!

FAKTA BENAR.!! 25 Januari 2013 berlangsungnya satu ceramah isu semasa di kampung Tasek Chempedak.

Penganjur mendatangkan 2 orang penceramah yang cukup hebat iaitu Mantan Naib Ketua AMK Malaysia Saudara Zahid Mat Arip yang juga Mursyidul Am TIBAI dan Ustaz Hafiz Nordin merupakan Mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang yang kini Pengerusi Jaringan Muslim Pulau Pinang.

Ceramah anjuran UMNO Bahagian Nibong Tebal bersama cawangan Tasek yang bermula pada jam 9.45 malam tu dihadiri hampir 500 orang penyokong UMNO dan juga pembangkang yang datang untuk mendengar FAKTA BENAR yang disampaikan oleh ke dua-dua penceramah.

Ketua UMNO Cawangan Tasek Saudara Anuar Md Desa ketika ditemubual berkata ceramah ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan isu-isu semasa.

Beliau juga menyatakan kehadiran orang ramai pada hari ini adalah atas kehendak diri sendiri kerana UMNO Cawangan tidak sediakan pengankutan untuk menghadiri ceramah ini dan cukup memberi tanda dan isyarat bahawa UMNO kini telah berubah dan akan terus membuat transformasi untuk menghadapi PRU 13 nanti.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Polis Sahkan Ibu Bapa Dera William? (video)

Ketua Polis Subang mengesahkan selepas keterangan 30 saksi,budak yang hilang iaitu William mengalami gangguan fizikal dan mental selain masaalah tekanan. Mangsa juga sering dipukul dan dimarahi ibu-bapa.

Hudud?? - Mesin potong jari/tangan dicipta.Senang saja (Pics 18SG)

Iran telah mencipta mesin potong
http://observers.france24.com/co ... ting-thieves-finger
ran unveils machine for amputating thieves’ fingers                    
     

Gambar Nik Aziz Happy Sambut Besday Di Rumah Karpal Singh

Dah berapa kali agaknya Pok Nik sambut  besdaynya tahun ini?
Dimaklumkan Pok Nik sekarang berada di P.Pinang untuk menyampaikan ceramah sambil makan angin.

Kesian tengok Pok Nik, saudara seagama dikafirkan sesuka hati, Karpal Singh yang terang-terangan anti Islam dipuja oleh Pok Nik sehingga sanggup Pok Nik pi 'menyembah' di rumah Karpal Singh di Gelugor.

Kesiann tengok...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gempar! DS Najib Razak Ada Affair Dengan Rozita Che Wan???

Lihat akhbar harian metro hari ini.
Ini bukannya edit, tapi memang betul!

Kenapalah dalam banyak-banyak nama, nama Najib Razak juga yang dicetak!
Sepatutnya nama Najib Razak itu adalah Zain Saidin.
Ini kelalaian yang cukup memalukan bagi akhbar harian metro. Akhbar ini harus tampil segera untuk memohon maaf diatas kesilapan yang mengaibkan ini. Pihak editor juga harus dipertanggungjawabkan diatas kesilapan ini.

Published with Blogger-droid v2.0.8

KJ balun kit Siang: Apa punya jenis pemimpin haramjadah la Kit Siang Ni?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana mempolitikkan insiden tragis kematian kanak-kanak enam tahun, William Yau Zhen Zhong.

Khairy mempersoalkan kenyataan Kit Siang di laman Twitternya yang mendakwa Malaysia sebuah negara' masih tidak selamat walaupun untuk kanak-kanak seperti William'.

"Insiden tragis ini pun nak dikaitkan dengan politik? Pemimpin jenis apakah ini?"Daripada kita kerjasama menjaga keselamatan kanak-kanak, ada yang tak melepas peluang untuk berpolitik. Sila tunjuk etika anda," katanya yang dipetik daripada laman Facebook miliknya, semalam.

William sebelum itu dilaporkan hilang di Jalan Putra Mahkota, Putra Height, Subang Jaya, sejak 16 Januari lalu sebelum mayatnya ditemui di jeti Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira 30 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.

Bapa kanak-kanak malang itu, Yau Kok Kang dan isterinya, Goh Ying Ying sudah mengesahkan mayat  ditemui itu adalah anak mereka. Punca kematian masih disiasat.SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

Lagi Gambar-Gambar Dr Mazlan Ismail, BAKAL calon UMNO kerusi Parlimen Permatang Pauh!

Entri ini adalah lannjutan dari artikel semalam di SINI.
 
Menurut sumber rakan-rakan daripada Telekom Malaysia,Dr Mazlan Ismail juga adalah Pegawai Memerintah semboyan Pakar Diraja Telekom(AW) dengan Pangkat Leftenan Kolonel Dr Hj Mazlan Ismail.Semboyan Pakar Diraja Telekom dianggotai oleh 1000 anggota Telekom Malaysia yang akan bertanggung jawab terhadap Rangkaian Telekomunikasi Negara sewaktu kecemasan.

Ayat Al-Quran Diubah Dalam Aplikasi Apple App Store / Android. Mohon Edarkan!!!


Lalat 'protes' ucapan Obama: Tepat di dahi!

SERANGGA itu (dalam bulatan) hinggap di dahi Obama.

WASHINGTON - Seekor lalat menganggu Presiden Amerika Syarikat (AS, Barack Obama yang sedang berucap di dalam sebuah bilik di White House di sini kelmarin.Lalat tersebut berterbangan dekat Obama dan hinggap di dahinya buat seketika.

Ketika kejadian, Obama sedang berucap bagi mengumumkan bekas peguam, Mary Jo White sebagai calon yang akan mengetuai Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan.Dalam ucapannya itu, beliau turut mengumumkan Richard Cordray sebagai calon yang bakal mengekalkan jawatan sebagai Pengarah Biro Perlindungan Kewangan Pengguna.

Presiden AS itu juga cuba menghalau lalat tersebut daripada mendekatinya.Bagaimanapun, Obama turut membuat komen tentang lalat itu."'Orang ini' (lalat) mengganggu saya di sini," katanya.

Pada tahun 2009, Presiden AS itu pernah membunuh seekor lalat yang sedang terbang semasa beliau menghadiri rakaman temu ramah televisyen.Sebuah kumpulan pembela hak asasi haiwan kemudian membantah perbuatan Obama yang membunuh lalat tersebut. - Agensi

A.S KATA, apa yg tersirat disebalik tersurat adalah setinggi mana dia mendabik dada berkuasa, jika Allah swt nak ia musnah, ia boleh dilakukan hanya melalui seekor lalat....

Published with Blogger-droid v2.0.8

Hot! Bakal Calon UMNO Ini Menyebabkan Anwar "Angkat Kaki' Dari Permatang Pauh??



Lagi Pengerusi DAP buat report. DAP dah jadi AAP?

Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

"Jika benar parti DAP menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.

"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang.Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan.

Eloklah DAP itu diubah kepada `Autocratic Action Party' atau AAP," katanya.Richard berkata DAP seharusnya menghapuskan amalan nepotisme dan memberi peluang kepada pemimpin baharu menguruskan parti dan mengesyorkan pemilihan CEC diadakan semula bagi menunjukkan parti itu mengamalkan demokrasi.

"DAP asyik menyebut perihal bersih di luar parti, sedangkan rumah sendiri kotor. Bersihkan rumah kita dahulu, baru negara."Jika kepimpinan tinggi DAP masih enggan mengadakan pemilihan semula CEC, usahlah bercakap soal demokrasi dalam DAP, ubahlah nama DAP kepada AAP.

Jika benar parti ini mengamalkan demokrasi, buatlah pemilihan semula," katanya yang telah menyertai parti itu sejak lapan tahun lalu.Beliau berkata laporan yang dibuat hari ini bukan bersifat peribadi sebaliknya atas kemahuan ahli akar umbi dan beliau sedia menerima tindakan disiplin daripada parti termasuk kemungkinan disingkir dari parti.

"Sebelum membuat laporan kepada ROS, saya telah berbincang dengan ahli dan mereka bersetuju dengan tindakan ini," katanya.- Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.8

Rafizi Jambu Sang Pemfitnah & Adu Domba Terbeliak Disaman Zahid Hamidi

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam.

Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawap, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya.

Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tokoh Maulidur Rasul Nyaris Ditembak Lelaki Khalwat

Jamaludin (kiri) terima Tokoh Penguat Kuasa Agama di Sungkai, semalam.

Sungkai: Pengalaman nyaris ditembak seorang lelaki yang ditangkap berkhalwat di Taiping adalah pengalaman paling tidak dapat dilupakan seorang penerima Tokoh Maulidur Rasul 1434 Hijrah di Perak.

Jamaludin Osman, 56, yang menjadi anggota sukarelawan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) sejak 2000 dipilih menerima anugerah Tokoh Penguat kuasa Agama.Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi pertengahan 2009 bersama empat lagi anggota sukarelawan penguat kuasa JAIP selepas menerima laporan pasangan bukan muhrim menginap di hotel di bandar berkenaan.

Lelaki keluarkan pistol“Ketika seorang anggota penguat kuasa hendak memberkas pasangan lelaki, dia memberontak serta mengeluarkan sepucuk pistol.“Kami cuba menasihatinya menyerah secara baik, tetapi dia terus menarik picu pistol hendak menembak saya yang berada kira-kira tiga meter darinya.

“Keadaan jadi kelam-kabut sebelum saya dapat menyelinap turun dan menghubungi polis yang berjaya memujuk pasangan itu menyerah diri tanpa kejadian tidak diingini,” katanya selepas menerima anugerah pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Maktab Rendah Sains Mara, di sini, semalam.

Ugutan di telefon
Jamaludin juga pernah menerima ugutan melalui telefon setiap hari selama sebulan yang dipercayai dilakukan seorang pesalah syariah menyebabkannya terpaksa membuat laporan polis.

Sementara itu, Tokoh Keluarga Mithali diterima pesara tentera, Danyal Ghazali, 70, atas semangatnya membesarkan 11 anak iaitu sembilan perempuan dan dua lelaki sehingga semuanya berjaya melanjutkan pelajaran di menara gading.

Danyal yang berasal dari Lenggong, berkata, beliau menganggap anaknya sebagai kawan sambil menerapkan disiplin tentera dan isterinya, Zalekha Othman, 67, membantunya memberi pendidikan agama yang sempurna kepada mereka.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Pesalah bakal menjalani hukuman mati menangis di bahu tukang gantung..

A.s KATa, sesal dulu pendapatan..sesal kemudian tiada guna..
Mungkinkah di Malaysia kita perlu juga jalankan hukuman mati di tempat awam agar menjadi iktibar kepada kita semua?

A photo from Iran is making waves worldwide, arousing debates on capital punishment, which in the Islamist Republic and many other countries is meted out not only to murderers.

Alireza Mafiha, an Iranian man convicted of a violent street robbery in Tehran, was waiting for the gallows on Sunday when he was photographed in an exceptionally human moment: Laying his head on his executioner's shoulder and weeping.

Minutes later he was publicly hanged in a square in central Tehran.Mafiha, 23, is no saint: His execution together with 20-year-old Mohamad Ali Sorouri followed their posting a video on Youtube in December in which they are both seen attacking a man with a machete in Tehran.

The two men were brought on Sunday to a Tehran square. Iranian police, their faces masked to hide their identity from the men's relatives, surrounded them and took them to the gallows.While Sorouri remained impassive, Mafiha was seen laying his head on a masked man's shoulder and bursting in tears.

The executioner rested his hand on Mafiha's back, while a group of women begged the policemen to spare the two's lives. Their pleas were unanswered: The men were lifted on a crane and hanged.

Published with Blogger-droid v2.0.8

KJ balun Nasrudin Tantawi Yang Biadap

APA PUNYA MANUSIA LA SI DIN TANTAWI NI! PM KE PALESTIN DENGAN NIAT SUCI PUN NAK DIPOLITIKKAN JUGA KE?

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.

Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.

"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasrudin dalam blognya yang mencemuh lawatan Perdana Menteri ke Gaza dengan perkataan kesat.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar-Gambar Demo AhliPas Terhadap Guan Eng Di Klate!

LOKASI DI SEKOLAH PADANG ENGGANG,KUBANG KERIAN KOTA BHARU KELANTAN..
RAKYAT DI KELANTAN TERUTAMA AHLI PAS PUN MENENTANG PENGGUNAAN KHALIMAH ALLAH DALAM BIBLE VERSI MELAYU...

MEREKA TURUT KESAL DENGAN GUAN ENG YANG DILIHAT SENGAJA MEMULAKAN PERBALAHAN INI DAN KEMUDIANNYA TERUS MENDIAMKAN DIRI SETELAH PUAS LIHAT MELAYU BERBALAH DALAM POLEMIK INI.

PEMIMPIN PAS DAH PENING NAK IKUT LIM GUAN ENG DAP KA ATAU NAK IKUT PERJUANGAN SONGSANG ANWAR IBRAHIM?

Published with Blogger-droid v2.0.8

Aduhai Siswiku. Dari Tarian Tiang Sampai Ke Katil..

Umpama penari bogel yang sinonim dengan ‘joget tiang’, segelintir penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dikesan rela menggadai maruah melakukan perbuatan keji itu di pusat hiburan.

Perkara itu didedahkan seorang penuntut IPT yang aktif berfoya-foya di disko, termasuk menari tiang, sehingga membiarkan tubuh dibaluti pakaian ketat dan singkat dijadikan ‘santapan mata’ lelaki hidung belang.Mahu dikenali sebagai Rozita, 23, tiada siapa sangka dia yang sopan pada siang bertukar liar apabila tiba malam.

“Siang saya rasakan diri ini mulia, terutama ketika menuntut ilmu, tetapi apabila malam menjelma saya akui diri ibarat syaitan. Kehidupan di disko bagaikan syurga kerana itu tempat paling sesuai untuk melepaskan tekanan.“Apabila mabuk, setakat melakukan tarian tiang untuk tontonan pengunjung disko bukan masalah untuk saya.

Ketika itu saya hanya mahu seronok, tetapi berasa ‘glamor’ juga sebab jadi perhatian,” katanya.Menurut Rozita, tujuan ke disko pada mulanya sekadar berseronok, termasuk mabuk, kemudian buat tarian tiang, tetapi lama-kelamaan mengambil pula pil khayal.“Kesudahannya apabila mabuk dan khayal, pulang beriringan bersama pasangan ke hotel atau rumah sewa,” katanya.

Lebih mengejutkan, Rozita mengakui dia dan beberapa rakan yang ‘satu kepala’ dengannya sanggup menggadai tubuh demi mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan berhibur dan pengajian di IPT.“Apabila habis wang, saya sanggup meminta ‘perkhidmatan’ yang diberi dibalas dengan wang. Dengan wang itu dapatlah saya tampung perbelanjaan untuk berhibur dan belajar.

“Apapun, bukan bermakna saya selalu buat begitu, sebaliknya kalau dah ‘sesak’ saja,” katanya.Jika ada bajet lebih, dia dan rakan menganjurkan parti bebas yang dihadkan kepada tetamu tertentu saja.Parti itu dipenuhi aktiviti menghisap ganja, minum arak dan seks bebas.“Akibatnya, pelajaran saya hampir musnah dan terpaksa mengulang subjek yang gagal kerana sering ponteng kelas.

“Akibat terlalu memikirkan keseronokan, ada rakan saya mempunyai ‘sugar daddy’ yang membelikan mereka telefon bimbit canggih, pinjamkan kereta mewah dan kadangkala tidur di rumah besar,” katanya.

Seorang lagi pelajar IPT yang mahu dikenali Zura, 23, berkata, dia ke disko kerana terpengaruh dengan rakan daripada golongan berada.“Saya masuk ke kelab malam sebab mahu menari, tidak kira menari biasa atau menari tiang, dan saya tidak perlu bayar sebab rakan belanja.“Inilah untungnya bila berkawan dengan orang kaya, semuanya dibelanja, termasuk bayaran masuk ke disko dan arak, “katanya.

Zura mengakui bukan aneh jika melihat ramai penuntut IPT menjadi pengunjung tetap disko, dengan ada antara mereka pandai melakukan tarian tiang dalam keadaan mabuk. HM

Published with Blogger-droid v2.0.8

Guan Eng Jahanam Kantoi Menipu Data Dalam Buletin Mutiara!


Gempar! Blogger parah ditikam berulang-ulang kali

A.S kata, Kerana mulut badan binasa..
Buat rakan-rakan blogger yang lain, hati-hati dalam setiap penulisan anda. Jangan sampai berlaku perkara seumpama ini.

                             *********

An atheist blogger in Bangladesh has been stabbed repeatedly by three suspected Islamist fundamentalists and is currently in critical condition in a local hospital.

Asif Mohiuddin, 29, was attacked earlier this week as he was leaving work at night in Dhaka, when a group of unidentified men jumped him and stabbed him repeatedly. Mohiuddin is one of the nation's most well-known atheists, and runs a Bengali blog titled "Almighty only in name, but impotent in reality," which is one of Bangladesh's most visited websites.

"We operated on him for more than three hours. He is improving but still not out of danger. He has six deep cuts including two grave ones in the shoulder," Haridas Saha, a surgeon at Dhaka Medical College Hospital, told AFP News agency.

The news has been met with widespread condemnation especially among secularists, who are demanding that the Muslim-dominated country, where Islam is a state religion, do more to protect the human rights of its citizens. Although the perpetrators have not yet been found, many suspect that Mohiuddin's atheist posts and his commentaries on free speech and human right issues are most likely the reason for the attack.-AFP

Published with Blogger-droid v2.0.8

Respon Ummi terhadap Azwan Auww. Bala Ke?



Ahli perniagaan, Ummi Hafilda menegaskan ibunya, Mak Tom sememangnya mempunyai sakit yang teruk dan bukanlah menerima bala seperti yang dikatakan oleh abangnya, Azwan Ali.Ummi menerangkan umur ibunya sudah pun mencecah 80 tahun dan sememangnya kerap mengalami gangguan kesihatan.

Mengulas mengenai tuduhan yang mengatakan Mak Tom jatuh dalam bilik air kerana mendapat bala pada hari perkahwinannya, Ummi menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan tahap kesihatan ibunya tiada kaitan dengan majlis perkahwinannya.Malah, Ummi memberitahu Mak Tom terlalu letih kerana berjaga terlalu lama dan tidak cukup rehat kerana melayan tetamu yang ramai datang ke rumah.

“Mak memang sakit. Mak Tom keluar masuk hospital terlalu kerap. Hampir setiap bulan dia akan dimasukkan ke hospital kerana enam penyakit yang dihidapinya, kencing manis, sakit jantung dan macam-macam.“Ia tak ada kena-mengena dengan majlis perkahwinan saya. Fikirlah secara logik, Mak Tom, orang tua yang berusia 80 tahun, ‘anything can happen’. Bila ada ‘function’, masa untuk Mak Tom berjaga sampai pukul 2 hingga 3 pagi, mestilah letih dan tak cukup rehat.

Jangan jadikan isu mak saya jatuh sakit sebagai menerima bala,” kata Ummi ketika dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.Kata Ummi lagi, sekiranya ada pihak-pihak yang tidak percaya dengan tahap kesihatan Mak Tom, pihak tersebut bolehlah melakukan pemeriksaan rekod kesihatan Mak Tom di dua buah hospital yang sering dikunjungi untuk merawat sakitnya.

“Cuba periksa rekod kesihatan Mak Tom yang selalu keluar masuk hospital Ampang Puteri dengan Institut Jantung Negara (IJN), kalau tak percaya,” katanya.Mengulas tentang kenyataan abangnya, Azwan yang menyifatkan insiden Mak Tom jatuh pengsan semasa malam persandingannya dan dibawa ke hospital dengan menaiki ambulan sebagai bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T, Ummi menyifatkan tanggapan itu sebagai kenyataan yang melampau.

Ini kerana, Ummi menegaskan, Azwan sendiri tidak pernah pulang menjenguk ibunya untuk mengetahui keadaan diri dan kesihatan Mak Tom.Malah, Ummi turut menyelar tanggapan Azwan yang mudah mengatakan isiden itu sebagai satu bala.“Tak perlu cakap bala, ‘this is too much!’ Saya sendiri beritahu abang-abang saya mengenai kesihatan Mak Tom, melalui Twitter juga, tapi tidak ada respon. Mereka juga tidak pernah pulang menjenguk mak sendiri, dan ini dikatakan bala?

Mereka sendiri sebenarnya yang menempah bala di dunia ini kerana syurga di bawah tapak kaki ibu mereka.“Yang tetap menjaga Mak Tom, tetap saya dan kakak-kakak saya. Jadi di mana mereka ketika Mak Tom sakit dan kemudian bercakap seperti ini? Jadi, orang-orang yang keluar masuk hospital itu boleh disifatkan menerima balalah?” luah Ummi.Tambah Ummi lagi, dia enggan cerita itu diperbesarkan.

Dia mahukan orang ramai membuka mata dan berfikir secara rasional dan tidak terlalu menyempitkan otak dengan cakap-cakap negatif dari orang-orang yang suka melempar fitnah.Ini kerana, hanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu keadaan sebenar apa yang berlaku dan tahap kesihatan Mak Tom. -mynewshub

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar Ustaz Nasha Bersama PM di Gaza

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman, Menteri di JPM Jamil Khir Baharom serta Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berdoa dihadapan bangkai kereta Almarhum Ahmed Al-Jaabari yang terbunuh akibat dibom oleh Israel.

Ini adalah lawatan PM Malaysia ke Gaza melawat saudara-saudara kita di sana. Janganlah juak Pas meroyan pula!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Ini semua.. poyo.. (Pierre)


Pelakon dan pengarah filem yang makin basi ini nampaknya masih belum mengenal erti kehidupan sebenar.
Pierre Andre ini juga belum kenal betapa rumitnya menyelesaikan masalah royalti ini berdasarkan peruntukan undang-undang.

Nampaknya Pas berjaya mainkan propaganda murahan dan memperdaya busak hingusan muda seperti Pierre ini untuk membenci kerajaan.

Tahniah Pas. Sikap adu domba dan tamak kepada harta dunia semakin terserlah!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Parlimen Bubar Antara 17 hingga 28 Februari?

A.S KATA, INSYAALLAH BN AKAN MENGECAPI KEMENANGAN YANG BERGAYA DALAM PRU13 AKAN DATANG HASIL DARI PELBAGAI PROGRAM TRANSFORMASI YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PM KITA.

SUATU KESILAPAN BESAR JIKA KITA MEMILIH PAKATAN YANG HANYA MENJANJIKAN BULAN DAN BINTANG SERTA MENGAKIBATKAN KEMUSNAHAN YG DAHSYAT TERHADAP EKONOMI NEGARA JIKA MEREKA MENJADI KERAJAAN.

Penganalisis politik menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari ini.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sudah dirasai.

“Ramai meramalkan sekitar 17 hingga 28 Februari ini perdana menteri akan bubar Parlimen, dan PRU13 berlangsung selepas itu iaitu awal Mac.

“Hal ini dilihat sesuai kerana banyak perkara sudah sudah diselesaikan seperti hal persekolahan dan banjir juga sudah pulih. Apatah lagi tempoh matangnya juga sudah berada di penghujung,” katanya.

Menurutnya, PRU13 adalah pilihan raya paling sengit pernah dihadapi BN dan menjadi cabaran besar juga kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengekalkan kemenangan mereka di negeri yang telah dimenangi pada 2008.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian juga berpendapat sama iaitu PRU13 sudah hampir.

Katanya, semua pihak sudah membuat persediaan akhir dalam menghadapi PRU13.“Seperti mana kita tahu, PRU13 adalah paling sengit dan sudah pastinya semua parti politik akan membuat persediaan sebaik mungkin.

“Begitu juga dengan anggota keselamatan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi lain,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya BN masih ada kelebihan untuk menang dan mentadbir kerajaan masa hadapan.“Bagaimanapun, PRU13 ini beri cabaran getir buat mereka, berapa jumlah kerusi dan kawasan mana yang mampu dimenangi,” katanya.SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

Lagi Penangan Pas Gila! Kena Mengucap Semula!

Che Ramli Daud, 55, yang awalnya dianggap bukan penyokong Pas terpaksa mengucap dua kalimah syahadah sekali lagi sebagai tanda kembali ke dalam Islam bagi membolehkan imam dan penduduk kampung menghadiri majlis tahlil arwah ibunya.

''Biarpun terfikir bahawa saya bukan kafir, saya melakukan juga di hadapan imam di rumah arwah emak di Kampung Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, Kelantan sebelum majlis tahlil kerana sekitar kampung kebanyakannya orang Pas.

''Saya pula ketika itu dilihat sebagai penyokong UMNO kerana menjalankan usaha membuat perabot dengan bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), jabatan yang dikaitkan dengan kerajaan Barisan Nasional dan orang UMNO," ujarnya.

Menyingkap masa lalunya, dia yang menetap di Bukit Perepat dekat sini sejak hampir dua dekad lalu menceritakan ketika Amanat Haji Hadi memuncak sehingga menjadi pegangan hampir keseluruhan penduduk, UMNO seolah-olah tidak wujud.-UO

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar Terkini Tun Dr Siti Hasmah Bertudung Litup

-Gambar

Kambing dijual RM1 Seekor?

Johor Bahru: Sempena sambutan Maulidur Rasul Khamis ini, seorang penternak kambing menawarkan haiwan itu dengan harga RM1 seekor untuk bayi yang dilahirkan pada hari berkenaan di hospital kerajaan negeri ini.

Pengarah Urusan Osman Goat Farm, Osman Cheya Kutty (gambar) berkata, tawaran itu terhad kepada 24 pasangan yang melahirkan anak di hospital awam seluruh Johor. Menurutnya, tujuan pihaknya berbuat demikian bagi meringankan beban ibu bapa beragama Islam yang ingin melakukan akikah.

“Saya memulakan perniagaan ini 20 tahun lalu dan ia antara perancangan untuk menghargai pelanggan menerusi cara unik.“Saya mengambil peluang melakukan perkara baik ini sempena Maulidur Rasul tahun ini sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Osman berasal dari Kangkar Tebrau, di sini, menawarkan kambing dengan harga RM1 kepada pasangan yang mengemukakan sijil kelahiran anak di pejabatnya di 38, Jalan Enau, Kangkar Tebrau, dalam tempoh sebulan.Menurutnya, dia berharap pasangan yang melahirkan anak pada 24 Januari tidak melepaskan peluang merebut tawaran berkenaan kerana harga sebenar kambing antara RM850 dan RM900 bergantung kepada berat dan jenis.

“Kami menawarkan harga istimewa kepada masjid dan surau iaitu RM590 seekor, tetapi tempahan perlu dibuat dalam tempoh sebulan.“Selain itu, harga istimewa itu hanya terhad kepada 400 ekor sebulan,” katanya yang menternak lebih 1,000 kambing di Kangkar Tebrau.Wakil masjid atau surau, katanya, hanya perlu membawa surat pengesahan daripada pengurusan masjid dan surat itu ketika berurusan di pejabat kami.

Sebarang maklumat boleh menghubungi di talian 019-7563000, 07-3554200 atau melayari laman web www.osmangoatfarm.com. untuk keterangan lanjut.-HM

A.S: SEMOGA ALLAH TERUS MEMURAHKAN REZEKI PENTERNAK KAMBING INI DIATAS AMAL YANG DILAKUKAN BELIAU.
SYUKUR KITA DI MALAYSIA, NEGARA AMAN MAKMUR KAYA RAYA DAN MURAH REZKI RAKYATNYA..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Ummi Hafilda. Mana Azmin dan Azwan?

Majlis resepsi perkahwinan Ummi Hafilda bersama pasangan beliau, Dr Zaman Khan yang telah diadakan di PWTC pada 18 Januari baru-baru ini. DS Najib bersama isteri beserta beberapa orang kenamaan negara turut sama hadir meraikan pasangan memepelai tersebut.

(Pics Sempoi) Syarikat-Syarikat Berlumba Guna Isu #listen listen listen Dalam Iklan mereka!

Nampaknya syarikat-syarikat di Malaysia pandai ambil kesempatan terhadap perkembangan isu semasa untuk melariskan produk/servis keluaran mereka.
Isu #listen sehingga kini masih hangat dan sering dimainkan dalam dunia internet dan menjadi bualan seharian orang Malaysia yang mengambil tahu perkembangan semasa di Malaysia.
Nando's

Anwar Femes! Nuaq Jubo?

'Papan iklan' segera ini dipercayai dikesan di Kesan di.Kedah berdasarkan loghat utaranya Nuar menjadi Nuaq.

Inilah satu manifestasi luahan hati rakyat yang  terlalu bencikan sikap Anwar yang masih tak mahu mengaku bahawa dia seorang peliwat sedangkan bila disuruh bersumpah laknat, 1001 alasan diberikan untuk mengelak.

Di dunia Nuar boleh lepas la..

Published with Blogger-droid v2.0.8

RM20.. Cukup Bermakna??

A.S NAK KATA, KORANG NAK CARI KAT MANA LAGI KERAJAAN YANG SEBAGUS DAN SEBAIK INI?

KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP KEBAJIKAN RAKYAT TERUTAMANYA KEPADA YANG BERPENDAPATAN RENDAH MEMANG TERLALU BANYAK DAN TIDAK BOLEH TERHITUNG JUMLAHNYA.

PAS BARU NAK SIBUK PEMBOHONG RAKYAT DENGAN SLOGAN NEGARA BERKEBAJIKANNYA DAN TINGGALKAN TERUS SLOGAN NEGARA ISLAM SEDANGKAN KERAJAAN UMNOBN DAH LAMA LAKUKANNYA.

RANTAU PANJANG – Usaha kerajaan melanjutkan tempoh rebat elektrik sebanyak RM20 dan ke bawah kepada pengguna yang layak sehingga hujung tahun ini disambut baik golongan berpendapatan rendah.

Kebanyakan mereka bersyukur dan melibat usaha ini sebagai langkah kerajaan membantu meringankan bebanan perbelanjaan bulanan mereka.Walaupun rebat hanya sekitar RM20, itu cukup bermakna untuk mereka yang kurang berkemampuan memandangkan duit tersebut boleh digunakan untuk kegunaan lain.

Penduduk dari Kampung Tasek Cina, Ghani Awang Kechik, 65, bersyukur dan gembira kerana lanjutan tempoh tersebut dapat membantu mengurangkan perbelanjaannya.Dia yang tinggal bersendirian sejak 15 tahun lalu mengakui tidak perlu memikirkan soal pembayaran bil elektrik sejak pengecualian ke atas bil bulanan bernilai RM20 dan ke bawah yang bermula Oktober 2008.

Menurutnya, dia gembira kerajaan prihatin nasib rakyat kurang berkemampuan sepertinya.“Bagi golongan susah seperti pakcik, setiap ringgit yang dikeluarkan amat bermakna."Pengecualian hingga akhir tahun membolehkan wang tersebut digunakan untuk membeli keperluan harian lain.

“Kebiasaannya bil bulanan kurang daripada RM10, walaupun jumlah tersebut agak kecil bagi kebanyakan orang, ia cukup bernilai bagi penarik beca seperti pakcik,” katanya.Ghani berkata, dia tidak menggunakan barang elektrik yang banyak di rumah menyebabkan bil bulanannya agak rendah.

Menurutnya, dia hanya menggunakan lampu untuk ruang tamu, radio dan televisyen sahaja.“Pendapatan bulanan pakcik tidak menentu dan hanya bergantung kepada upah membawa beca."Jadi usaha pengecualian pembayaran bil elektrik RM20 dan ke bawah di panjangkan amat dialu-alukan,” katanya.

Bagi tujuan ini, kerajaan telah membelanjakan RM146 juta membabitkan 1.1 juta pengguna domestik seluruh negara, tahun lalu.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.8

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...