Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), menerima dengan tangan terbuka sekiranya bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berhasrat menyertainya.
Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, atas asas dan wadah perjuangan menegakkan Islam yang sama, penyertaan Nasharudin amat dialu-alukan.
Menurutnya, kerjasama Nasharudin sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia amat diperlukan.“Tidak timbul masalah untuk beliau menyertai Ilmu, meskipun masih lagi menjadi ahli Pas.
Ilmu merupakan NGO yang proUmno dan bukannya sepenuhnya dengan Umno.“Bagaimanapun, tiada paksaan untuk Nasharudin. Terpulang kepadanya untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Fathul Bari sebelum itu membalas cadangan pihak tertentu supaya Nasharudin menyertai Ilmu dalam laman sosial Twitter miliknya.Dipetik dalam tweetnya, Fathul Bari membalas, ‘ahlan wa sahlan’ atas cadangan tersebut dan menyifatkan Nasharudin sebagai seorang yang menghormati perjuangan dan pandangan orang lain.
Majlis Syura Ulama Pas, pada mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 Januari, menggugurkan Nasharudin sebagai anggota majlis itu kerana didapati melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh parti.
Keputusan menggugurkan Nasharudin diambil setelah mendapati tindak-tanduk beliau kebelakangan ini merugikan parti.
No comments:
Post a Comment