Biadap! Dalam Hal Ini Karpal Telah Menghina Hudud! Pas Menikuih!

BAGI A.S HUKUM HUDUD INI TIDAK BOLEH DIFIKIRKAN MENGIKUT LOGIK AKAL.

MUNGKIN DI MINDA DAN AKAL PARA PEMBACA SEMUA APA YANG DICAKAPKAN ITU ADA BETULNYA, NAMUN DALAM HAL INI KARPAL TAK SEPATUTNYA MENCAMPURI HAL EHWAL URUSAN ISLAM.


APA KOMEN NIK AJIS DAN PARA PENYOKONG TEGAR DAP DALAM PAS DALAM HAL INI?


PAS TELAH MEMBIARKAN ISLAM TERUS DIHINA OLEH DAP.
BILA SOI LEK MEMBERI KOMEN DALAM HAL HUDUD, PANDAI PULA MEREKA KAITKAN UMNO, SEKARANG KENAPA TAK TUDING PADA MUKA SENDIRI?


Karpal: Penjenayah bebas di bawah hukum hudud


Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpenfgalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi.

DARI LAPORAN KL POS PULA,

GEORGE TOWN, 31 Okt 2011 - Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya kerana mustahil bagi pendakwa dapat membuktikan kes pendakwaan yang sewajarnya.

Beliau berkata syarat-syarat yang begitu ketat mahukan empat saksi dibawah perlaksanaan hudud bermakna kes jenayah perlu dibuktikan secukupnya tanpa sebarang kesalahan.

Karpal turut menyentuh perlaksanaan hudud adalah bertentangan dengan norma sistem undang-undang jenayah semasa yang hanya memerlukan pendakwa membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Beliau menambah dibawah undang-undang perlaksanaan hukum hudud, keempat-empat saksi perlu bersih dari sebarang dosa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Karpal turut berkata pihak pendakwaan cukup sukar dalam menyediakan empat saksi bagi membuktikan berlakunya kes zina, sumbang mahram, rogol dan liwat.

“Penjenayah pasti akan memilih hukum hudud kerana mustahil bagi pihak pendakwa mahu membuktikan kes.

“Hudud akan menyebabkan penjenayah bebas dan kes jenayah pasti meningkat," kata Karpal kepada wartwan semasa membuat lawatan di kawasan parlimennya.

Karpal menolak cadangan bahawa undang-undang hudud ciptaan Tuhan bertujuan untuk mencegah jenayah dan menanamkan rasa takut dalam rakyat, dan menyifatkannya sebagai "kesalahfahaman konsep".

Beliau turut merujuk kepada deklarasi Amnesty International, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang mengatakan hukuman mati adalah kejam dan zalim malah mempersoalkan betapa teruknya memotong kaki dan tangan di bawah undang-undang hudud.(KLPOS)

(video-video & gambar-gambar) Tragedi Keretapi langgar lori tangki di Kota kinabalu!

Alhamdulillah. Tiada Yang Terkorban. Hanya 6 sahaja yang cedera.





video
[/IMG]




Guan Eng Penipu Pinggirkan Orang Islam Demi Nak Tunjuk Kononnya Dia Hebat!

Laporan Audit Negara telah mendedahkan bahawa negeri Pulau Pinang telah mengadakan perbelanjaan berhemah sejak kerajaan BN lagi!

Lim Guan Eng DAP suka angkat bakul sendiri dengan surplus beliau tetapi jika kita rujuk kepada kenyataan dan jadual di bawah, tidak ada yang perlu dibesar-besarkan oleh lidah biawak itu.

Manakala surplus tahun 2010 adalah jauh lebih rendah daripada surplus tahun 2007 ketika BN memerintah negeri Pulau Pinang.




Rujuk pula jadual di bawah :-

Daripada 9 Jabatan negeri, Pejabat Ketua Menteri Dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja yang menunjukkan prestasi perbelanjaan yang rendah iaitu 54.7%.

Jika sekali imbas kita akan menganggap bahawa Lim Guan Eng berhemah dan cermat menggunakan wang.


Tetapi dek kerana itu, 23 projek untuk kesejahteraan rakyat Pulau Pinang tidak dapat disiapkan atau ditangguhkan!

Di antara projek tersebut :

1. 6 projek Pembesaran Masjid Dan Sekolah Agama
2. 3 projek Tapak Perkuburan Islam.
3. 6 projek Rancangan Perumahan Murah.
4. 3 projek Penyiasatan untuk Pembangunan Ekonomi Pulau Pinang.
5. 2 projek membina Mahkamah Syariah.
6. 1 projek Pembangunan Sukan.
7. 1 projek Pembangunan K-ICT.
8. 1 projek Bekalan Air.


Keperluan pembesaran masjid dan sekolah agama tidak dilaksanakan, begitu juga dengan rancangan perumahan murah dan tapak perkuburan Islam.

Apa sudah jadi, Guan Eng DAP?

sumber: dr MiM

Gambar-Gambar 1,000 Anak Muda Bermotosikal Membantah Guan Eng Rasis!


Penang road dan sekitar komtar sesak sekali lagi.

Namun yang sahih dan pastinya, ini bukan UMNO punya kerja atau perancangan!

Sekitar 1,000 anak muda Pulau Pinang bermotosikal menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap kepimpinan Guan Eng yang ternyata berat sebelah dan seolah-olah mengecilkan hak kaum melayu. Nafsu amarah yang meluap-luap dari mereka ini tampak sudah tak tertahan lagi terhadap Guan Eng!

Sapa kata anak muda semua sokong pakatan haram?? Cuba habaq mai?

AS akui, pelbagai jenis pusat hiburan tumbuh bak cendawan selepas hujan semenjak Guan Eng memerintah Pulau Pinang. Lesen untuk membuka kelab malam, pub, disko mudah sangat diperolehi. Sapa yang pohon tu hangpa mau tau la!

Sumber Gambar: Sahabat Empayar Pemuda

Simbolik Di Final Piala Malaysia. Kelantan & Selangor Tersungkur!


Banner ini sudah pasti mampu bikin puak pakatan haram sakit mata.

Kekalahan kedua-dua pasukan terbabit sebelum melayakkan diri ke final Piala Malaysia, diumpakan dalam PRU13, kedua-dua negeri ini akan jatuh ke tangan BN!

Mampukah ia berlaku?

Astaghfirullah!! Ibu Dan Anak Melekat Hingga Mati Akibat Bersetubuh!

Kes persetubuhan ibu dan anak yang tak boleh dipisahkan telah menjadi buah mulut masyarakat Gorontalo. Kini, ibu dan anak itu telah meninggal dunia. Bilakah keduanya meninggal duniah masih menjadi pertanyaan.

Menurut maklumat dari Gorontalo Post, ibu yang berusia 30-an tahun dan anak yang berusia 15 tahun tersebut meninggal beberapa jam selepas berada di bilik pembedahan salah sebuah hospital di Gorontalo.

Ada desas desus yang mengatakan keduanya masih sempat bertahan beberapa hari sebelum meninggal dunia. Setelah menyelidik di Gorontalo Post, didapati ibu dan anak tersebut meninggal setelah pasukan perubatan berusaha melakukan pembedahan untuk memisahkan keduanya.

Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaan kedua-duanya amat kritika.Doktor tiada jalan lain untuk memisahkan keduanya selain melakukan pembedahan.

Setelah melakukan pembedahan, keduanya meninggal dunia. Mayat kedua beranak itu dituntut keluar secara tertutup.

Panass.. Gambar Khairul Fahmi Bersama Awek-Awek Seksi & Botol Arak??


Dua keping gambar ini di mana Khairul Fahmia Che Mat dan Dahlia Teck bersama rakan-rakan yang super seksi di Werner’s, Bukit Bintang.

Sebagai makluman, Werner’s merupakan tempat makanan hidangan Itali.


sumber gambar: mediamalaya.com

Terima Kasih FAM Natang! (Pics)


Dipasang pada perlawanan final Piala Malaysia semalam..
Gambar atas sekali, sudah pasti dibikin oleh orang Ganu, manakala yang bawah banner bantahan yang fipasang bagi mengutip bantahan tandatangan dari penyokong Negeri Sembilan.
Apapun, benda dah abis, apa lagi mau kecoh-kecoh..

Nasib baik keprihatinan kedua-dua kerajaan negeri bantu bagi subsidi harga tiket kepada rakyat yang menonton semalam.

Lagi Bukti Kelemahan Kerajaan PAS Buat Naya Pada Orang Kedah..

Penduduk Flat Semakin Susah Dapat Bekalan Air

SUNGAI PETANI, 30 Okt -- Kira-kira 3,000 penduduk di kawasan flat Taman Ria Jaya di sini yang sudah dua tahun mengalami gangguan bekalan air kini menghadapi kesulitan teruk kerana terputus langsung bekalan air sejak dua minggu lepas.

Penghuni di Flat Paya Nahu 2 itu sekarang bergantung pada saluran pili bomba yang berdekatan menampung dan mengangkut air ke unit rumah masing-masing untuk kegunaaan harian menimbulkan kesusahan.

Seorang penduduk, S. Ananthan, 38, berkata masalah bermula apabila hanya sebuah sahaja daripada tiga pam penyedut air ke flat berkenaan berfungsi, mengakibatkan bekalan tidak sempat masuk ke takungan untuk dialirkan ke setiap unit rumah.

"Sudah banyak kali kami membuat aduan tetapi sehingga ke hari ini belum ada pihak berkenaan mengambil sebarang tindakan membaiki pam berkenaan, malah tidak langsung datang melihat," katanya.

Beliau berkata ada 22 blok dan satu blok ada 56 unit rumah di kawasan flat berkenaan yang penghuninya mengharapkan pihak berkenaan datang membaiki pam yang rosak itu bagi mengatasi masalah mereka.

Seorang lagi penduduk Rozekna Hashim, 45, berkata dia mengharapkan Kerajaan Negeri Kedah prihatin terhadap masalah mendapatkan bekalan air bersih dengan segera untuk mereka.

"Air dari pili bomba ini pula berpasir dan menyukarkan kami untuk masak hanya setakat mandi dan membasuh sahaja. Tambahan pula ramai penghuni di sini warga emas dan budak-budak yang terpaksa mengangkut air," katanya.

Aniza Ismail, 40, berkata yang menyedihkan walaupun tidak dapat bekalan air bersih bilnya masih terpaksa dibayar melibatkan lapan buah blok flat.

"Kami meminta wakil rakyat turun padang tinjau masalah kami ini tidak kisah siapa pun yang memerintah janji kebajikan dan hak rakyat dibela," tambah beliau.

Falijah Mat Taib, 28, berkata setiap hari dia dan ahli keluarga terpaksa turun ke bawah mandi di pili bomba, dan kalau ada pun sikit sahaja dalam tempoh dua jam tadah terpaksa pula memikul tong berat naik tangga angkut air.

AS: KESIAN, ORANG KEDAH.. SAMPAI BILA PUN TAK SELESAI MASALAH-MASALAH CAMNI..
SELAGI KEDAH DIPEGANG OLEH ORANG YANG TAK BOLEH BUAT KERJA, BEGINILAH JADINYA..

PRU13 ORANG KEDAH KENA KALIH BUANG LA DEPA NI
TRY BAGI BALIK KEPADA BN UNTUK MEMERINTAH
INSYALLAH, MASALAH SEPERTI INI DAPAT DISELESAIKAN SEGERA..

Dr Asri 'Sound' PAS jangan jadi macam taliban!

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

"Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS.

Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu.- mkini

Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya

A.S; BERITA DARI MALAYSIAKINI INI JELAS MENUNJUKKAN MEREKA SEBENARNYA BENCI DENGAN TINDAK TANDUK PAS YANG BANYAK HIPOKRIT DIDALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM. P

AS JUGA DILIHAT TERLALU EKSTRIM MEMBABI BUTA DALAM SESUATU HAL UNTUK MENUNJUKKAN SEOLAH-OLAH MEREKALAH JUARA DALAM ISLAM..

TAPI BILA HAMPAS DUDUK SEKALI DALAM PAKATAN HARAM, MEREKA LAYANKAN AJER..

MALAYSIAKINI YANG ANTI ISLAM INI MENGGUNAKAN PUKUL KATA DR ASRI UNTUK 'PUKUL ANAK SINDIR MENANTU' TERHADAP PAS.

MAU TAK MAU, MALAYSIAKINI TERPAKSA 'BERLAKON' TERHADAP PAS.

Desa-Desus Michelle Yeoh Jadi Calon Pada PRU13 Makin Kuat!

Apapun alasan yang akan diberikan oleh Michelle Yeoh, bintang Hollywood kelahiran Malaysia itu untuk bersara dari dunia bergemerlapan antarabangsa kepada adegan politik tempatan, beliau mungkin akan terlibat dengan BN dan MCA khususnya.

“Sesiapapun boleh menyertai politik jika orang itu mempunyai komitmen untuk berkhidmat dengan masyarakat. Tetapi, kemungkinan besar Michelle Yeoh akan menyertai MCA sekiranya beliau memilih politik. Beliau ialah penyokong tegar BN kerana bapanya Yeok Kian Geik merupakan pengerusi MCA Perak sebelum ini.

Berita ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan buat mereka-mereka yang arif tentang cerita-cerita di Ipoh, tanah kelahiran Michelle. Namun begitu, berita bintang Hollywood kelahiran negara ini terus mengundang daya tarikan apabila akhbar the Star milik MCA menulis artikel pendek, mengalu-alukan penyertaannya dalam politik.

Memetik sina.com, artikel itu menulis yang Michelle “akan membuat keputusan yang serius menyertai arena politik Malaysia menjelang pilihanraya umum kelak”. Namun, beliau tidak dapat dihubungi untuk kepastian berita itu tetapi ibu-bapanya memberikan reaksi terkejut tentang berita itu.

“Saya dengar berita itu dari seorang kawan. Saya agak terhibur. Saya tidak tahu macam mana cerita itu wujud. Anak saya tidak pernah membincangkan soal politik dengan saya,” ibu bintang itu berkata sambil tertawa.

Di usia 49 tahun, Michelle mencuba bakatnya sebagai pelakon di kota Hong Kong dalam sebuah filem kung-fu sebelum dipanggil Hollywood untuk watak utama film popular antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon. Ironisnya, watak filem terbaru lakonannya sebagai ikon demokrasi Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi.

Bukti Kerajaan DAP Terus Memeras Rakyat! Tak Guna Betul!


Ni betul-betul punya nak peras duit rakyat.
Sebelum ni sampai 5 petang saja.
Kereta, bus dan teksi tak kena caj sampai kadar sekarang ini.
Motosikal pun percuma sebelum ini sekarang sudah kena bayar parking loorr.....

Sokong la lagi DAP komunis ni..
Kononnya depa membela rakyat
kononnya depa tak menganiaya rakyat!
semua tu pembohong dan retorik belaka saja
jangan duk percaya pada auta mereka
yang nak mengabui mata rakyat jelata..

Pakatan haram Jangan Perasan, Tee Keat Takkan Join Hangpa!

Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini menafikan khabar angin kononnya beliau akan menyertai DAP atau PKR sambil menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai “nakal dan tidak beretika.”

Laporan-laporan media siber mendakwa Ong telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok secara berasingan awal minggu ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, “perkara ini tidak berlaku, sebaliknya jika ada sudah pasti anda sudah melaporkannya.”

Sambil mengesahkan beliau ada menerima tawaran daripada parti-parti lain, bekas menteri pengangkutan ini menambah, “ia bukan sesuatu yang baru bagi saya dan sudah berlaku, sejak beberapa tahun lalu.”

“Tetapi saya berhenti di sana (setakat tawaran) dan ia adalah aliran air di bawah jambatan,” kata beliau lagi.

Spekulasi kononnya Ong akan meninggalkan MCA muncul semula Februari lalu apabila beliau bertekad menegaskan akan mempertahankan kerusi Panda meskipun digugurkan oleh parti.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menewaskannya dalam pemilihan semula parti 19 bulan lalu telah meminta Ong agar meninggalkan MCA selepas beliau mengkritik komponen Barisan Nasional itu sebagai tidak relevan.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari menjelang perhimpunan agung tahunan MCA baru-baru ini.

Hari ini, Ong memberitahu pemberita bahawa beliau tidak membincangkan sebarang pelan untuk menyertai DAP ketika bertemu dengan Kok, yang juga Exco Kerajaan Negeri ketika majlis makan tengah hari Selasa lalu.

Katanya, mereka hanya membincangkan isu kabel kuasa berkapasiti tinggi yang dipasang pada 2008 tetapi tidak beroperasi ekoran protes daripada 7,000 penduduk di kawasan terbabit.

Ong berkata, seorang anggota pihak berkuasa tempatan dan wakil persatuan penduduk juga hadir sama.

“Jika kami berbincang perkara sedemikian, mereka seharusnya tahu,” kata beliau yang menyalahkan pihak yang menyebarkan khabar angin dan panglima-panglima siber ekoran spekulasi sedemikian.

“Saya juga berpeluang untuk bercakap dengan pemimpin PAS termasuk anggota Exco dan Adun (Iskandar Abdul Samad) dalam bahagian saya. Saya tidak terkejut, selepas ini mereka akan menyebarkan spekulasi bahawa saya akan menyertai PAS,” katanya lagi

Jutaan Bertelanjang Bulat 12 Tahun Sekali! (Gambar-Gambar)


KALAU anda teringin menyaksikan jutaan orang dalam satu-satu masa bertelanjang atau bogel bulat, datanglah ke perayaan Kumbh Mela di India: Perayaan Kumbh Mela adalah sebuah ritual ziarah yang dilaksanakan oleh umat Hindu di India setiap 12 tahun sekali. Perayaan berikutnya pula akan hanya disambut pada tahun 2022.

Tradisi ziarah ini meliputi 4 lokasi: Allahabad (Prayag), Haridwar, Ujjain dan Nashik di India. Ziarah 12 tahun sekali ini dinamakan juga Maha Kumbh Mela (Kumbh Mela Besar) yang dilaksanakan di Prayag, yang dihadiri sehingga 60 juta orang. Hingga saat ini, inilah satu-satunya tradisi yang berjaya mengumpulkan pengunjung paling banyak di dunia dalam satu waktu sekaligus.


Sama sekali tidak ada rasa segan ketika jutaan orang berjalan dalam keadaan bogel melintasi sungai Gangga yang merupakan sungai suci bagi masyarakat India. Kumbh Mela adalah ziarah utama di mana orang-orang, terutama orang-orang suci (Sadhu), melakukan perjalanan jauh dan bertahan dengan ketidak-selesaan fizikal mereka. Dengan ritual ini, mereka berkesempatan untuk menyucikan dosa-dosa mereka.

Penganut Hindu yang taat sangat percaya bahawa Sungai Gangga memegang kekuasaan untuk menghilangkan dosa-dosa masa lalu. Sungai itu juga dianggap mampu membebaskan individu dari kitaran hidup dan mati (moksha) dan membawa mereka lebih dekat dengan yang maha tinggi (Braham).

Anil Sharma, seorang pengacara yang menghadiri perayaan 'mandi bogel' mengatakan, "Kerana sesuai dengan jalannya bintang, maka selama Kumbh, semua perkara baik yang anda lakukan akan berlipat ganda dan dihapuskan dosa-dosa." Sebab menurut astrologi Hindu, Mela Kumbh terjadi setiap kali planet Jupiter memasuki Aquarius dan Matahari memasuki Aries.
Sementara itu, ada mitologi yang agak berbeza disebalik perayaan Kumbh Mela ini. Sastra Hindu kuno mengatakan bahawa telah terjadi perang antara dewa-dewa dan roh-roh jahat dengan menggunakan nektar (madu) yang diperlukan untuk mencapai keabadian. Selama konflik ini, empat titisan madu tumpah ke Bumi dan mendarat di empat kota yang disebutkan di atas.

Namun, tidak semua orang yang menghadiri perayaan tersebut bertelanjang. Beberapa orang diantaranya masih memakai pakaian, sementara yang lain hanya mengoleskan tubuh mereka dengan abu.

Edisi Deepavali DI Nibong Tebal (video)

Tok Non bersama masyarakat india di Nibong tebal yang menyambut perayaan Deepavali baru-baru ini. Sikap beliau yang mesra cukup disenangi oleh kaum india.

2-3 Kerat Yang Biadap Di Perth Ini Patut Dibuang Negara! (Gambar-Gambar)

Korang lihat sendiri gambar ni. AS kira tak lebih dari 20 orang saja yang buat perkara yang memalukan negara ini. Sekor-sekor macam kera kena belacan. Jenis manusia tak tahu dek untung memang susah nak bawak bicara!

Sepetutnya kehadiran DS Najib ke persidangan CHOGM di Perth ini diraikan oleh rakyat Malaysia di sana.
Namun AS yakin, beribu lagi orang warga Malaysia di Perth masih menyanjungi pentadbiran DS Najib sebagai PM Malaysia.

Mungkin kumpulan kecil ini jenis dasar tak sedar diri lupa daratan terhadap apa yang Malaysia telah berikan kepada mereka.
Jika ada dikalangan mereka ini pelajar Malaysia yang menuntut di sana, ambil saja tindakan yang sepatutnya diatas tindakan biadap yang memberi imej negatif serta memalukan negara.

Lucut kewarganegaraan pun Malaysia tak rugi daripada ada rakyat seperti ini.








Gempaq! Tok Maimun Akan Bertanding Lagi Dalam PRU13.

Tok Mon nak tanding lagi

KUALA TERENGGANU: Meskipun cubaannya sebelum ini pernah diperkecilkan banyak pihak, namun Maimun Yusuf, 92, tidak menolak kemungkinan dia akan bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Bagaimanapun, ketika desas-desus di kalangan ahli politik menyatakan PRU ke-13 semakin hampir dengan pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menghadapinya, Maimun pula tidak membuat apa-apa perkara yang menonjolkan dirinya sebagai calon sebaliknya terus berniaga kain seperti biasa.

“Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13.

“Jika diikutkan ada kenalan dan jiran yang tidak menggalakkan tok berbuat demikian tetapi tok dapat rasakan mereka akan menyokong jika tok bertanding,” katanya yang membahasakan dirinya tok dalam pertemuan di rumah sewanya yang disewa dengan kadar RM60 sebulan di Kampung Mengadang Akar, di sini, baru-baru ini.

Dia menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba muncul menawarkan diri sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-12 tetapi tewas teruk dan hilang deposit RM10,000.

Dalam pilihan raya 2008 Maimun memperoleh 685 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mendapat 32,562 undi manakala calon PAS, Mohamad Sabu meraih 31,934 undi.

Gelagatnya berkempen setiap hari dengan menaiki basikal ketika itu mencuri tumpuan dan tanpa diduganya, dia berjaya meraih undi walaupun kecil.

“Tapi tentu lebih baik jika tok menang,” katanya sambil ketawa kecil ketika diminta mengulas mengenai undi diterimanya itu.

Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehingga ada yang meminta bantuan daripadanya sedangkan dia sendiri penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan.

“Orang susah ada jumpa tok untuk minta bantuan dan tok pula tidak sampai hati menghampakan hasrat mereka walaupun tok sendiri pun susah.

“Jadi tok bantu ikut kemampuan. Kalau ada RM2, tok beri RM1 dan kalau ada lebih tok beri lebih,” katanya sebelum meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana mempunyai temujanji dengan pelanggan di Chabang Tiga, di sini.

Bagi menampung perbelanjaan hidup, Maimun yang juga ibu kepada seorang anak berniaga kain sejak lebih 30 tahun lalu.-hmetro

Hasan Ali Tak Risau Orang PAS Tak Sokong Dia!

Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohd Ali tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam Pas ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain.

Ini termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu yang bertujuan menyedarkan umat Islam mengenai bahaya murtad.

Hasan, bekas Naib Presiden Pas berkata, apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah ALLAH.

“Itu yang lebih penting bagi saya, bukannya pangkat, populariti dan kekayaan. Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada ALLAH SWT,” katanya.

Mengenai Himpun katanya, beliau hadir kerana menganggap perhimpunan seperti itu sangat mustahak dan selari dengan perjua-ngannya menegakkan akidah.

“Ini semata-mata mengenai akidah, tiada kena mengena dengan sebarang parti politik,” katanya.

Hasan berkata, seruan untuk beliau menyelamatkan akidah umat Islam adalah daripada perintah ALLAH SWT, manakala arahan yang melarangnya menghadiri perhimpunan itu daripada sesama manusia.

“Oleh itu, saya memilih untuk patuhi titah ALLAH SWT. Ingin saya tegaskan di sini perjuangan dalam politik ada hadnya. Kecaman yang saya terima daripada manusia langsung tiada kesan. Apa yang lebih saya takutkan adalah kecaman ALLAH SWT, bayangkan jika tuhan mengecam kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, beliau turut menegaskan prinsip perjuangannya yang melihat politik hanya platform untuk menyampaikan pesanan agama kepada seberapa ramai umat Islam walaupun menyedari perjuangan itu akan sentiasa mendepani halangan.

“Saya tinggalkan kehidupan dahulu kerana mahu menyebarkan mesej Islam. Saya tidak menyesal menceburi bidang politik, malah lebih menyesal jika mesej tidak sampai kepada umum,” katanya-SH

Seorang Kerani Yang Bernilai 3.07 Juta !

SUSHIL KUMAR memegang cek bernilai AS$1 juta (RM3.07 juta) sambil bergambar bersama bintang Bollywood, Amitabh Bachchan.

Kerani bergaji RM399 menang kuiz RM3.07 juta

NEW DELHI - Seorang kerani kerajaan dengan gaji bulanan cuma AS$130 (RM399) menjadi peserta pertama yang pernah memenangi AS$1 juta (RM3.07 juta) dalam rancangan kuiz popular di negara berkenaan.

Kemenangan Sushil Kumar dalam kuiz Who Wants to Be a Millionaire versi India menjadikannya ikon kepada jutaan belia di India yang mahu membebaskan diri mereka daripada belenggu kemiskinan.

Kejayaan pemuda berusia 26 tahun yang berasal dari pedalaman negeri Bihar, timur India itu mirip plot filem popular 2008, Slumdog Millionaire.

Filem tersebut yang memenangi beberapa anugerah Oscar, mengisahkan tentang seorang pemuda miskin yang menjadi kaya selepas memenangi kuiz berkenaan.

Kumar dan isteri yang baru lima bulan dikahwininya menangis semasa hos rancangan itu, Amitabh Bachchan, menyerahkan cek AS$1 juta kepada mereka selepas dia berjaya menjawab semua soalan dengan betul.

"Anda mencipta sejarah. Kecekalan dan keazaman anda membolehkan anda pergi begitu jauh dalam program ini," kata Bachchan.
Program yang dirakam pada Selasa lepas itu akan ditayangkan di India pada minggu depan.

Bercakap mengenai kemenangannya, Kumar berkata, dia terpaksa menonton rancangan kuiz itu di rumah jiran kerana tidak mampu membeli set televisyen.

Menurutnya, dia akan menggunakan sebahagian wang kemenangan tersebut untuk menduduki peperiksaan pentadbiran awam bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.

Sebahagian lagi wang tersebut akan digunakan untuk membeli kediaman baharu buat isterinya, membayar semua hutang ibu bapanya dan dijadikan modal untuk adik-beradiknya membuka perniagaan kecil. - AP

Al-Fatihah: Perginya Seorang Pejuang (Ketua Bahagian Parit Buntar)

Al-Fatihah. Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Dato' Raman Suliman telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi kerana terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Parit Buntar.

Beliau baru sahaja pulang daripada menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak di Ipoh yang berakhir pada kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Dalam mesyuarat itu, allahyarham nampak ceria walaupun wajahnya kelihatan agak pucat. Beliau telah dipilih sebulat suara untuk membahaskan usul politik dan ekonomi mewakili Badan Perhubungan UMNO Perak di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia di Kuala Lumpur pada 1-3 Disember akan datang.

Jenazahnya ketika ini berada di Hospital Parit Buntar.

Didoakan rohnya ditempatkan di kalangan solehin dan semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi dugaan ini. Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...