Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

Inilah Rupanya Hudud PAS. Dah Lama Dahh..


Hangpa lihat dan nilaikan sendiri..
Nampaknya hudud pas boleh dikira dengan mesin kira untuk tentukan untung atau rugi jika ia dilaksnakan..
Jelas disini, PAS hanya cuba merancang perlaksanaan hukuman hudud di negeri-negeri yang jelas mampu bagi untung kat depa saja..
Yang nampak samar-samar atau yang nampak boleh rugi, takkan dibangkitkan isu ini
Boleh ka macam ni? lagi hangpa mau percaya?

Geng Hudud 1/10,000 Kembali Dalam Sidang DUN

Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang masuk hari kedua hari ini dilaporkan agak tegang semasa wakil kerajaan Khazan Che Mat (BN-Batu Rakit) menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang).

Abdul Hadi ingin tahu bilakah kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan enakmen kesalahan jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) oleh kerajaan Terengganu.

Khazan berkata sehingga ini kerajaan tidak mampu untuk menjanjikan bila tarikh tepat enakmen itu dapat dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya kerajaan pasti melaksanakan enakmen itu apabila semua prasarana, kemudahan-kemudahan, persiapan, teknikal sudah sempurna, dan apabila para ulama berpendapat bahawa pelaksanaannya sesuai dan mampu mencapai Syariah daripada perlaksanaannya.

Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) bangun mencelah kerana tidak puas hati dengan jawapan Khazan, namun ia tidak dibenarkan Speaker, dan ketegangan bermula.

Wakil Bukit Payong itu tidak mengendahkan arahan Speaker supaya duduk sehinggalah Speaker menasihatkan anggota dewan supaya jangan menunjukkan perangai yang tidak sepatutnya.

Sebelum itu penyokong kerajaan Rosol Wahid mencelah dengan menyatakan isu hudud timbul kembali setelah hampir pilihan raya.

Katanya semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004 Presiden PAS sendiri Abdul Hadi yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu pada 6 Mac 2000 menyatakan keberatan untuk melaksanakan hudud hanya 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.

MB: PAS tak ikhlas

Mengulas perkembangan itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata PAS sebenarnya tidak ikhlas dalam memperkenalkan hukum hudud kerana ia semata-mata bertujuan dijadikan wadah politik parti itu untuk memenangi hati rakyat.

terengganu ahmad said and state assembly 130509
Beliau berkata hukum hudud sering dijadikan isu semasa pilihan raya dan kini ia dibangkitkan kembali kerana pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) hampir tiba.

"Kita lihat negeri Kelantan yang sudah lama diperintah PAS, kenapa tak dilaksanakan hukum itu kalau mereka betul-betul berkemampuan dan berkebolehan? Jalankanlah hukum itu di sana," katanya kepada pemberita semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhenti rehat.

Ahmad berkata demikian ketika mengulas soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang) yang ingin tahu bilakah kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebagaimana yang telah diwartakan pada 2002.

Ahmad, yang juga ADUN Kijal, berkata PAS tidak ikhlas kerana parti itu tahu perkara itu sukar dilaksanakan.

"Mereka (PAS) luluskan enakmen itu pada 2001 di Terengganu dan mereka ada masa tiga tahun untuk laksana, kenapa tak buat? Di Kelantan hampir 10 tahun enakmen itu diluluskan, tapi tak dilaksanakan juga," katanya.

Mangsa Rogol Dipenjara Atas Tuduhan Zina! PAS Nak Buat Macam Ni Ke?


Ini bukan cara Islam sebenar..Afganistan telah memberi imej buruk tentang Islam kepada masyarakat antarabangsa.

Yang anehnya, kenapa perogol itu dipenjara sahaja?
Tidak dikenakan hukuman sebat ataupun rejam?
Sebaliknya mangsa yang dirogol itu pula dipenjara atas tuduhan zina?

Adakah hukum hudud beginikah juga yang diperjuangkan oleh PAS dimana kita dapat lihat tiada keselarasan antara draf di Kelantan dan Terengganu?
Nauzubillah..


KABUL 2 Dis. - Presiden Afghanistan mengampunkan seorang wanita yang menjadi mangsa rogol oleh seorang ahli keluarganya, tetapi kemudian dipenjarakan atas kesalahan melakukan zina, dalam kes yang menimbulkan kebimbangan mendalam terhadap hak asasi wanita di negara ini.

Namun, masih tidak jelas sama ada Gulnaz, 21, akan berkahwin dengan lelaki yang menyerangnya iaitu suami kepada sepupunya selepas tawaran membebaskannya sebelum ini mengarahkan dia berkahwin dengan lelaki tersebut.

Kenyataan pengampunan yang dikeluarkan oleh Hamid Karzai semalam merupakan langkah yang jarang-jarang dilakukan memandangkan Afghanistan merupakan sebuah negara yang berpegang kuat kepada kehidupan Islam yang konservatif.

Kes wanita itu menarik perhatian antarabangsa selepas dia menyertai sebuah filem dokumentari yang dihasilkan oleh Kesatuan Eropah (EU) tetapi penggambaran filem itu kemudian dihalang.

Gulnaz sebelum ini telah bersetuju dengan syarat untuk berkahwin dengan penyerangnya jika mahu dibebaskan tetapi peguamnya berkata, pengampunannya minggu ini tidak meletakkan syarat tersebut.

Menurut peguam Gulnaz, Kimberley Motley, masih tidak jelas sama ada dia akan meneruskan rancangannya berkahwin dengan lelaki itu.

Penyerang Gulnaz itu kini menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun atas jenayah yang dilakukan.

Motley berkata, dia berharap anak guamannya itu akan dibebaskan secepat mungkin dan ditempatkan di pusat pelindungan wanita. - Reuters

Hudud: Pemuda PAS & AMK Berdemo Desak Karpal Singh Pohon Maaf!

Kahkahkah... Kalau dengan DAP dua-dua biji telor hilang masuk ke dalam perut..

Diatas adalah muka-muka si bacul geng sekreteriat jingga 13 yang diketuai oleh Fariz Musa budak upahan anwar telah buat demo bantahan terhadap Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mana kononnya beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menghina hudud.

CSL telah menyatakan
perlaksanaan hukuman hudud di negara ini kan menyebabkan Malaysia mundur dan pelabur asing akan takut melabur di negara ini.

Tapi cuba hangpa baca entry A.S sebelum ini di SINI dimana Karpal Singh juga secara terang telah perlekehkan hukum Islam ini.
Bukan itu saja, sudah acapkali 'Mr Over My Dead Body' telah menghina hukum hudud tapi puak pakatan haram saja-saja buat tak dengar dan tak membantah pun kerana mereka takut disergah oleh big bro mereka iaitu DAP.

Biadap! Dalam Hal Ini Karpal Telah Menghina Hudud! Pas Menikuih!

BAGI A.S HUKUM HUDUD INI TIDAK BOLEH DIFIKIRKAN MENGIKUT LOGIK AKAL.

MUNGKIN DI MINDA DAN AKAL PARA PEMBACA SEMUA APA YANG DICAKAPKAN ITU ADA BETULNYA, NAMUN DALAM HAL INI KARPAL TAK SEPATUTNYA MENCAMPURI HAL EHWAL URUSAN ISLAM.


APA KOMEN NIK AJIS DAN PARA PENYOKONG TEGAR DAP DALAM PAS DALAM HAL INI?


PAS TELAH MEMBIARKAN ISLAM TERUS DIHINA OLEH DAP.
BILA SOI LEK MEMBERI KOMEN DALAM HAL HUDUD, PANDAI PULA MEREKA KAITKAN UMNO, SEKARANG KENAPA TAK TUDING PADA MUKA SENDIRI?


Karpal: Penjenayah bebas di bawah hukum hudud


Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud .

Karpal, seorang peguam yang berpenfgalaman luas, berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah "tanpa sebarang keraguan yang munasabah", undang-undang hudud adalah berdasarkan "kepastian", katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi.

DARI LAPORAN KL POS PULA,

GEORGE TOWN, 31 Okt 2011 - Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata hukum hudud hanya akan menambah bilangan kes jenayah dan bukan mengurangkannya kerana mustahil bagi pendakwa dapat membuktikan kes pendakwaan yang sewajarnya.

Beliau berkata syarat-syarat yang begitu ketat mahukan empat saksi dibawah perlaksanaan hudud bermakna kes jenayah perlu dibuktikan secukupnya tanpa sebarang kesalahan.

Karpal turut menyentuh perlaksanaan hudud adalah bertentangan dengan norma sistem undang-undang jenayah semasa yang hanya memerlukan pendakwa membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Beliau menambah dibawah undang-undang perlaksanaan hukum hudud, keempat-empat saksi perlu bersih dari sebarang dosa dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Karpal turut berkata pihak pendakwaan cukup sukar dalam menyediakan empat saksi bagi membuktikan berlakunya kes zina, sumbang mahram, rogol dan liwat.

“Penjenayah pasti akan memilih hukum hudud kerana mustahil bagi pihak pendakwa mahu membuktikan kes.

“Hudud akan menyebabkan penjenayah bebas dan kes jenayah pasti meningkat," kata Karpal kepada wartwan semasa membuat lawatan di kawasan parlimennya.

Karpal menolak cadangan bahawa undang-undang hudud ciptaan Tuhan bertujuan untuk mencegah jenayah dan menanamkan rasa takut dalam rakyat, dan menyifatkannya sebagai "kesalahfahaman konsep".

Beliau turut merujuk kepada deklarasi Amnesty International, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang mengatakan hukuman mati adalah kejam dan zalim malah mempersoalkan betapa teruknya memotong kaki dan tangan di bawah undang-undang hudud.(KLPOS)

Panas: Wacana Hudud Dilema & Perlaksanaannya (Video)


Wacana Sinar Harian siri 8 bertajuk Hudud Dilema & Perlaksanaannya ini telah berlangsung di auditorium karangkraf di Shah Alam pada 25 Oktober 2011.

Moderator adalah Dr.Maszlee Malik Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

3 Ahli panel ialah Prof.Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Pensyarah di Universiti Pertahanan Malaysia / Pendakwah Bebas, Dato'Mohd Amar Abdullah Exco Pembangunan Islam,Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, dan Sdr Mohd Isa Abd Ralip Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Gempar! Sapa Bikin Risalah Hina Hudud Ini? (Pics)



AS amat yakin 110% ini bukan UMNO punya kerja.
Ini semua kerja pihak ke-3 yang cuba jadi batu api melaga-lagakan rakyat!

Dewan Himpunan Penyokong PAS Bakal Berkubuq?

PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.

Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.
Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.

Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.
“Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku,” kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya.

“Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri,” katanya.
Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.
“PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya sebelum ini.
Persekitaran semasa ini adalah benar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS, yang bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh “hasil pelaburan.”

“Apabila mereka merasakan parti ini, tidak boleh dilihat sebagai parti terbaik, mereka akan bertindak keluar. PAS perlu ingat perkara ini,” katanya lagi.
PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim kerana tindakan seumpama hanya akan menyebabkan kesan ke atas parti tersebut, tambah Hu.

Katanya, PAS seharusnya menggugurkan “fobia” bukan Muslim dan menerima persekitaran blok undi baru berbanding berpegang kepada pemikiran lama hanya memperjuangkan kepentingan kaum Melayu.
“Nasihat iklhas saya kepada pemimpin-pemimpin PAS ialah jika mereka benar-benar mahu mengambil alih Putrajaya, mereka harus menerima cara hidup ini,” katanya.
Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli dikatakan berjaya merapatkan jurang antara PAS dan bukan Islam dan mewujudkan imej baru parti itu di kalangan kaum Cina dan India.

Awal bulan ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.
Bulan lalu, Nik Aziz berkata hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.
Nik Aziz juga menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Baru-baru ini Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.
Tambah Nik Aziz, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.-MI-

Qardhawi: Laksana Hudud Bukan Agenda Teratas..

DI saat PAS Kelantan menuntut dilaksanakan semula Hudud seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya 1990 dulu, tiba-tiba 'Malaysiakini' hari ini melontarkan tulisan 'Bangunkan Islam sebelum laksana hudud', oleh Shamsul Muda.

A.S bersetuju dengan pandangan dibawah bahawa kita haruslah menegakkan Islam secara menyeluruh terlebih dahulu di negara bertuah ini sebelum benar-benar mampu melaksanakan hukum hudud.
Persoalannya? Mampukah kita?

Begini tulisannya...

Bicara al-Allamah Yusuf al-Qaradhawi (gambar), pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia tentang 'Hudud Dalam Wacana Feqh Masa Kini' yang disiarkan oleh setesen satelit, al-Jazeera, telah memberikan garis panduan asas berkenaan kaedah perlaksanaan hukum tersebut dalam masyarakat.

Garis panduan tersebut-yang dirumuskan daripada pengamatan beliau terhadap pendekatan Nabi SAW dalam melaksanakan hukum hudud-sangat penting dari segi menyatukan pandangan umat Islam hari ini dalam soal kaedah perlaksanaan hukum tersebut. Atau paling kurang, merapatkan jurang perselisihan pandangan berhubung soal ini.

Trend semasa wacana hudud di negara ini memperlihatkan, pihak-pihak yang memperkatakan tentang perlaksanaan hukum hudud atau yang berusaha melaksanakannya, kurang memberi perhatian terhadap kaedah atau pendekatan yang digunakan Nabi SAWdalam melaksanakan hukum itu. Trend ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada pelebaran jurang perbezaan pendapat berhubung soal ini.

Merujuk kepada kaedah Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Qaradhawi telah mengetengahkan satu fakta, yang barangkali boleh ‘mengejutkan’ sesetengah pihak. Fakta itu menyatakan, 'sebelum Nabi SAW melaksanakan hukum hudud, Baginda terlebih dahulu menegakkan Islam secara keseluruhannya, yakni menegakkan kehidupan Islam’.

Jelas tersurat, fakta ini bermakna, perlaksanaan hukum hudud adalah peringkat atau ‘projek’ terakhir dalam agenda perlaksanaan Islam. Dalam ungkapan yang lebih jelas-seperti yang dinyatakan Qaradhawi-

“dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud”. (Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09-38-15/4/5075-2011-08-12-18-22-16.html)

Kenyataan Qaradhawi ini secara tidak langsung menidakkan pandangan yang melihat 'perlaksanaan hudud' sebagai 'agenda teratas' dalam sesebuah negara Islam. Penegasan ini sebaliknya menuntut sesebuah Negara Islam, melaksanakan hukum hakam Islam dan tuntutan-tuntutan Islam yang lain terlebih dahulu, sebelum mengambil langkah untuk melaksanakan hukum hudud.

Gambaran yang jelas tentang kuantiti hukum hakam dan tuntutan-tuntutan Islam ini boleh diperolehi melalui tinjauan ke atas pembahagian ulama terhadap jenis-jenis hukum hakam Islam. Syaikh Abdul Wahab Khalaf umpamanya, membahagikan hukum hakam yang dinyatakan al-Quran kepada tiga kategori induk, iaitu Hukum Hakam Akidah, Hukum Hakam Akhlak dan Hukum Hakam Amali. Iaitu hukum hakam berkaitan perbuatan manusia.

Hukum Hakam Amali ini pula terbahagi kepada dua bahagian yang besar, iaitu Hukum Hakam Ibadat dan Hukum Hakam Muamalat (transaksi). Sementara itu, hukum hakam Muamalat pula dipecahkan kepada 7 bahagian, iaitu Hukum Hakam Kekeluargaan, Hukum Hakam Madani (sivil), Hukum Hakam Jenayah (hudud, qisas dan takzir), Hukum Hakam Perundangan, Hukum Hakam Kenegaraan, Hukum Hakam Antarabangsa dan Hukum Hakam Ekonomi (Abdul Wahab Khalaf (1998), Ilmu Usul al-Feqh, Mansurah : Darul Kalimah, ms.34-35).

Pembahagian ini memperlihatkan dengan jelas kedudukan hukum hudud sebagai salah satu juzuk daripada ‘binaan’ hukum hakam Islam yang besar, dan bukannya keseluruhan hukum hakam Islam itu sendiri. Sementara kedudukannya dalam ‘jadual’ perlaksanaan pula ialah pada kedudukan atau tertib terakhir, seperti yang telah dinyatakan Qaradhawi.

Pandangan Qaradhawi ini turut dikongsi oleh Syaikh Muhammad Abdullah al-Khatib, seorang tokoh terkenal pergerakan Ikhwanul Muslimin masa kini, yang juga merupakan pengarang Risalah al-Ta'lim, Syarh Usul al-'Isyreen dan lain-lain. Dengan ungkapan yang jelas, Muhammad Abdullah al-Khatib mengatakan,"hudud dalam Islam...datang pada [kedudukan] penghujung [proses] pensyariatan [hukum] kerana Islam lebih prihatin terhadap tangan manusia [daripada dipotong akibat mencuri], kehormatan, hak milik dan kehidupan mereka keseluruhannya".

Justeru, beliau menolak dakwaaan sesetengah pihak yang mengatakan perlaksanaan hukum hudud berada pada kedudukan teratas dalam ‘jadual perlaksanaan Islam’ berbanding hukum hakam yang lain. Beliau menyatakan, "[hukum] hudud sebagaimana yang kamu lihat dengan syarat-syaratnya yang ketat, dan dengan [syarat] menyediakan keperluan-keperluan asas kepada setiap individu umat ini [sebelum melaksanakannya], datang pada [kedudukan] penghujung hukum hakam [Islam dari segi perlaksanaan], bukannya pada permulaannya, seperti yang didakwa sesetengah [pihak]". (Lihat http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?ArtID=82931&SecID=391)

Qaradhawi bagaimana pun tidak pula menyatakan dengan jelas, dalil yang menjadi asas kepada pandangan beliau ini. Namun, boleh difahami daripada bicara beliau ketika diwawancara oleh setesen satelit, al-Jazeera pada 10 Januari 2011 itu, dalilnya ialah waktu turun ayat-ayat yang memerintahkan perlaksanaan hukuman-hukuman hudud, iaitu zina, qazaf, mencuri, dan hirabah.

Menurut beliau, ayat-ayat tersebut-yang memerintahkan perlaksanaan hukum hudud- adalah antara ayat-ayat terakhir dan pertengahan dari segi urutan penurunannya. Kedudukan pada tertib pertengahan dan terakhir ayat-ayat ini dari segi urutan penurunan, membawa makna ia juga berada pada kedudukan dan urutan yang sama dari segi perlaksanaan.

Oleh sebab itu, beliau menyatakan, “sebelum dilaksanakan [hukum] hudud, beri makan [terlebih dahulu] kepada orang yang lapar, sediakan pekerjaan kepada penganggur, ajarkan orang yang jahil dan latih [para] pekerja. Mesti dilakukan ini [semua] sebelum melaksanakan [hukum] hudud”. Bagi menyokong pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hudud ini, Qaradhawi juga dilihat berdalilkan dengan hakikat bahawa Islam tidak beria-ia mahu menghukum manusia yang melakukan kesalahan hudud. Hakikat ini adalah jelas kerana amalan Nabi SAW dan hadis-hadis Baginda sendiri menyatakan hal ini.

Jika demikian, umat Islam perlulah bergerak seiring dengan amalan Nabi SAW dari segi mengelak mengenakan hukuman hudud, meskipun ke atas orang yang datang membuat pengakuan secara sukarela. Ini boleh dilakukan dengan berusaha menghapuskan segala perkara yang boleh mendorong manusia melakukan kesalahan hudud, seperti desakan, tekanan dan keperluan hidup.

Dari sinilah, perlunya hukum hakam Islam berkaitan kewajipan menjaga kebajikan rakyat, sifat kebersamaan dan apa sahaja yang menjurus ke arah penghapusan dorongan-dorongan jahat itu, didahulukan sebelum dilaksanakan hudud. Dengan berbuat demikian, umat Islam telah bergerak seiring dengan amalan Nabi dari segi berusaha mengelak sedaya mungkin daripada mengenakan hukum hudud ke atas pesalah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kaedah perlaksanaan hukum hudud-seperti yang dijelaskan oleh Qaradhawi-ialah mendahulukan perlaksanaan Islam secara keseluruhan terlebih dahulu, sebelum melaksanakan hukum Allah itu. Justeru, dalam keadaan perlaksanaan Islam secara menyeluruh ini belum selesai dalam sesebuah Negara Islam, hudud bukan sahaja tidak dilaksanakan, bahkan tidak juga diwartakan sebagai undang-undang Negara yang boleh dilaksanakan, sehinggalah urusan perlaksanaan Islam secara menyeluruh tadi selesai dijayakan.

Demikianlah yang difahami daripada penjelasan dan kenyataan-kenyataan Qaradhawi yang turut disokong oleh Muhammad Abdullah al-Khatib, yang disertakan petikannya dalam tulisan ini. Pemahaman ini nampaknya selaras dengan tindakan Syaidina Umar r.a menangguhkan perlaksanaan hukum hudud secara total pada musim kelaparan, meskipun di kalangan rakyatnya tentu ada orang yang kaya atau berada yang terselamat daripada bencana kelaparan tersebut.

Tidak ada pula pihak yang membantah tindakan beliau itu dengan berhujjah bahawa hukum hudud perlu diteruskan seperti biasa, dengan membebaskan orang yang sabit mencuri disebabkan kelaparan dan mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang terbukti mencuri bukan kerana desakan kelaparan. Syaidina Umar tidak berbuat demikian. Sebaliknya beliau menangguhkan perlaksanaan hudud di musim kelaparan secara total.

Syaikh Qaradahwi, dengan pandangannya berhubung kaedah perlaksanaan hukum hudud ini, sesungguhnya telah membuat satu anjakan penting dalam diskusi dan wacana hudud, iaitu membuka perbincangan berkenaan aspek berkaitan hukum hudud yang tidak dibincangkan secara serius di negara ini, iaitu kaedah perlaksanaan hukum hudud dalam masyarakat.

Semoga dengan pandangan tokoh besar Islam ini, wacana hudud di negara ini tidak terus dikurung atau dilihat dikurung dalam skopnya yang lama, yang hanya berlegar di sekitar kewajipan melaksanakan hukum hudud, keadilan hukum hudud, kesesuaiannya dalam masyarakat majmuk dan seumpamanya. Sekian.

Komen Artis-Artis Terhadap Hukuman Hudud Di Malaysia, Maafkanlah Kesilapan Enot.







































Walaupun ada segelintir masyarakat menganggap kononnya artis ni majoritynya adalah mereka yang jahil, namun jangan kita perlekehkan keimanan orang lain sebelum kita cermin diri sendiri terlebih dahulu. Mungkin ada benarnya pendapat mereka diatas ini.

Namun, kesilapan yang Enot lakukan didalam memberi pendapat telah dikomen oleh Ustaz Fathul Bari setelah masyarakat memberi persepsi negatif kepada beliau seperti dibawah.

Individu yang melakukan kesalahan dan telahpun memohon maaf perlu diberi peluang oleh masyarakat, bukannya terus dikecam.
Demikian kata penasihat agama yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda, Fathul Bari Mat Jahaya berhubung persepsi negatif masyarakat yang dilemparkan kepada pelakon Aliza Abdullah atau Enot atas kesilapannya memberi pendapat berkaitan hukum hudud.

Menurut Fathul, memaafkan orang lain dan memberi peluang kepadanya untuk menebus kesalahan amat dituntut dalam ajaran Islam.

“Dalam hal ini, artis tersebut (Enot) telah melakukan perkara yang wajar iaitu mengakui kesilapannya serta meminta maaf.

“Islam adalah agama pemaaf, jadi sewajarnya kita ruang agar individu itu dapat memperbetulkan kesilapannya,” katanya.

Kenyataan Best Harussani, Beri Peluang Kelantan Laksanakan Hudud


AS SANGAT BERSETUJU DENGAN STATEMENT YANG DIKELUARKAN OLEH MUFTI PERAK INI. KERAJAAN PUSAT SEHARUSNYA MEMBEKALKAN SEGALA APA YANG DIPERLUKAN BAGI KELANTAN UNTUK MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD SEPERTI KERJASAMA DARI PASUKAN POLIS, UNDANG-UNDANG DAN PRASARANA DALAM KONTEKS MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH INI.

KELANTAN YANG MAJORITINYA PENDUDUK ISLAM AMAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN SATU INDIKASI/TANDA ARAS DALAM KEBERKESANAN MELAKSANAKAN HUDUD SEBELUM IA DIIMPLEMENTASIKAN DI MALAYSIA.

Sebuah kenyataan "Best, tepat dan berani!", apabila Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu “percubaan” selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

“Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.

“Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.

“Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju,” katanya.

Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan. “Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam,” katanya.

Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata “hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud.”

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP. Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS. Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.
Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ekoran satu kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum respons Najib itu, Nik Aziz memohon Najib agar menarik balik surat 1994 dan membenarkan kerajaan negerinya melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

Apa kata mereka-mereka ini pasal HUDUD..


Datuk Seri Azizan Abdul Razak (MB Kedah):

''Kerajaan Pas Kedah tidak akan laksanakan hudud buat masa ini kerana Pas berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Inilah realiti politik hari ini di Kedah. Jangan samakan Kedah dengan Kelantan. Kerajaan Pas Kedah akan berunding dengan rakan Pakatan dahulu.''

Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor):

''Kerajaan PKR Selangor tidak akan melaksanakan hudud.''

Abdul Wahid Endut (Pesuruhjaya Pas Terengganu):

''Cadangan pelaksanaan hudud oleh Kerajaan Kelantan adalah selaras dengan Islam, dan itulah perjuangan Pas sejak ditubuhkan.''

Salahuddin Ayob (Naib Presiden Pas):

''Isu pelaksanaan hudud hanya akan dibincangkan semula jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya! Tidak guna bercakap mengenai hudud sekarang. Lebih baik fokus kepada pilihan raya umum!''

Khalid Abdul Samad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor):

Pas tidak akan melaksanakan hudud tanpa persetujuan DAP dan PKR.''

Dzulkifly Ahmad (AJK Pas Pusat):

''Pakatan akan hancur jika terperangkap dengan isu hudud yang tidak penting buat masa ini! Lebih baik fokus kepada strategi memenangi pilihan raya.''

Datuk Seri Najib Tun Razak:

''Kita akui hudud adalah hukum yang datang daripada Allah, tetapi pelaksanaannya perlu dilihat kepada keadaan semasa dan realiti masa kini.''

Tan Sri Muhyiddin Yassin:

''Perlaksanaan hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di dalam masa terdekat ini, mungkin akan mengambil masa.''

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Bekas Mufti Perlis):

''Hukum hudud adalah satu kewajipan, tetapi pelaksanaannya mestilah bergantung kepada suasana yang kondusif. Nabi saw sendiri pernah memerintahkan hudud tidak dilaksanakan, contohnya semasa perang.''

Zainah Anwar (SIS) Hina Hudud..


BAGI AS SEBAGAI SEORANG MUSLIM, SECARA PERIBADI AS BERSETUJU DENGAN PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD SEPERTI YANG DIGARISKAN MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM.

AS JUGA MENYOKONG BAHAWA HUKUMAN HUDUD MASIH PERLU MENGAMBIL MASA DAN PERLU PENELITIAN YANG TERPERINCI SEBELUM IA BENAR-BENAR SESUAI UNTUK DILAKSANAKAN DI MALAYSIA.

NAMUN INI TIDAK BERMAKNA, SEBAGAI SEORANG MUSLIM, KITA TIDAK SEWAJARNYA MENGELUARKAN KENYATAAN YANG SEOLAH-OLAH MERENDAH-RENDAHKAN HUKUMAN HUDUD. ZAINAH ANWAR SEBAGAI PEMIMPIN SISTERS INI ISLAM (SIS) TIDAK SEHARUSNYA MENGELUARKAN KENYATAAN SEPERTI DIBAWAH SEKALIPUN BELIAU TIDAK BERSETUJU DENGAN HUKUMAN TERSEBUT.

-Hukum potong tangan brutal dan tak adil pada rakyat Malaysia.

-Hukum rejam pada penzina tak sempurna dan tidak adil pada wanita yang kena rogol.

-Apa kata kalau selepas pencuri yang dipotong tangannya kemudiannya dengan pantas ambil tangan dan terbang ke KL dan doktor sambung balik tangannya.

-Bagaimana pulak jika seorang Muslim seorang India dan seorang Cina sama-sama bersepakat mencuri dan tertangkap. Si Muslim akan berakhir dengan tangannya terpotong dan akan gelap hidupnya dan si Cina dan juga India pulak akan selamat dengan hukuman yang ringan dan mampu bekerja semula selepas itu tanpa rintangan.

-Apa kata seorang wanita yang tak kahwin, tetiba mengandung kerana di rogol, Sudah tentu dia akan dihukum zina sedangkan dia dirogol.

-Kenapa orang bukan Islam perlu diam dan tak layak komen tentang hudud sedangkan dia berjiran dengan mereka yang dikenakan undang-undang yang kejam.

Semua yang tersebut di atas adalah alasan kenapa rakyat Malaysia perlu menolak Hudud yang mahu dilaksanakan oleh Pas di Kelantan mengikut pemahaman Zainah Anwar dari Sister In islam yang merupakan organisasi yang sejak dulu giat membantah perlaksanaan hukum tersebut yang dilihatnya amat pincang dan tidak sesuai untuk rakyat Malaysia.

Gambar. Hukuman Rotan & Bunuh Terhadap Pembunuh 22 Kanak-Kanak. Adakah Ini Hudud Sebenar?

Menurut sumber, hukuman ini telah dijalankan di Iran. Kalau di Iran kita kena berhati-hati kerana majority di sana adalah berfahaman syiah. Adakah ini hudud yang sebenarnya? As sendiri kurang pasti.

Salah satu hukum hudud di bawah kategori Qisas. iaitu, bunuh dibalas bunuh.
Namun cara perlaksanaan nya masih dalam perdebatan ulama kerana ada yang berpendapat dipancung supaya simati tidak merasa derita sakit.

Hukum bunuh di Iran bukan sahaja berlandaskan hukum hudud. Mereka tergolong sebagai pengikut fahaman SYIAH yang membenci dan membunuh pengikut fahaman Ahli Sunnah waljamaah.
Bagaimana pula rupa hukum Hudud ala PAS nanti jika ditakdirkan ia berjaya dilaksanakan?
Alhamdulillah, jika segalanya berjalan mengikut syariat Islam.

Lelaki ini telah membunuh 22 orang kanak-kanak dan ada di antara korbannya mereka yang berumur antara 7 dan 13 tahun telah dirogol sebelum dibunuh. Lelaki ini ditangkap, di rotan dan digantung sampai mati.








DAP Akan Tentang Siapa Saja Yang Mahu Laksanakan Hukum Hudud!

DAP terus berkeras akan menentang sesiapa sahaja yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini termasuk sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, Pas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu juga membantah cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

“Cadangan Nik Abdul Aziz itu boleh menjejaskan kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya semalam.

Karpal secara sinis berkata,bukan mudah bagi Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan sekalipun jika tidak ditentang oleh DAP

“Pendirian Pas bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang dan bercanggah dengan apa yang sudah ditetapkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.

“Apa juga undang-undang berhubung kesalahan jenayah adalah termasuk dalam bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau juga hairan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara peribadi menyokong hasrat Nik Aziz menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Anwar dalam satu kenyataan kelmarin menyokong Menteri Besar Kelantan itu yang sudah lebih sedekad berhasrat mahu melaksanakan hudud sambil berkata, undang-undang itu turut melindungi hak bukan Islam.

Karpal berkata, cadangan Nik Aziz mewujudkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan Pas ke-57, pada Jun lalu yang menukar dasar penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak sekali-kali akan bersetuju dengan cadangan Pas melaksanakan hudud.

“Pendirian kita konsisten dalam perkara ini. Bagaimanapun DAP tetap boleh bekerjasama dengan Pas dalam hal-hal yang lain, yang kita sudah persetujui bersama sebelum ini, tidak termasuk hudud,” katanya.

Menurut Guan Eng, manifesto PR yang sudah dipersetujui ketiga-tiga parti tetap akan menjadi komitmen bersama.

“Perkara itu sudah dinyatakan dengan jelas dalam Buku Jingga. Hudud tidak termasuk dalam persetujuan bersama itu. Oleh itu, ia hanya pandangan peribadi Nik Aziz ataupun parti Pas saja,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam laman sosial :Twitter :berkata, DAP konsisten dengan pendirian menolak penubuhan negara Islam serta hukum hudud yang dicadangkan PAS dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Kit Siang berkata, hasrat Pas menubuhkan negara Islam dan hukum hudud bertentangan dengan dasar pakatan itu sebelum ini dan sebarang perubahan perlu diputuskan ketiga-tiga parti.-SH-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...