Awek Cun Ni Pulak! Tak Habis-Habis

Satu demi satu kes remaja perempuan samada melarikan atau dilarikan oleh kekasih mereka. 
Kesianlah kat ibu bapa dan keluarga tu! 
Tergamak buat perangai macam ni! 


Berfikir panjanglah wahai adik-adik sekalian. 
Buat perangai macam ni bukannya boleh selesaikan masalah jika ada. 
Nanti bila kena rogol baru nak ingat mak bapak? 


Kalau geng pakatan haram senang, semua masalah yang timbul 
kerja depa hanya tala kat UMNO!


 ***************************

“Pulanglah Angah, nenek Saodah kini ­jatuh sakit sejak pemergian dan menanti kepulangan mu,”. Itu antara luahan Noorlilie Baharuddin, 31, dari Taman Bukit Permai Jerantut dekat sini, yang merayu anak saudaranya, Nur Aliah Baharuddin, 19, pulang ke pangkuan keluarga. Noorlilie berkata, Nur Aliah atau dipanggil Angah dalam keluarganya, dipercayai dilarikan teman lelakinya pada malam 25 Mac lepas, kira-kira jam 11 malam, dari kediaman neneknya (Saodah) di Felda Jengka 1 Maran.

Menurutnya, anak kedua daripada tiga beradik itu hanya membawa beberapa helai pakaian dan sehingga kini tidak diketahui nasibnya dan lokasinya. “Sebelum kejadian, ­memang ada sedikit perselisihan faham antara Angah ­dengan keluarga berikutan dinasihatkan ibu bapanya, Baharuddin Taib, 45, dan Mariam Nayan, 42, supaya `berenggang’ ­dengan teman lelakinya yang juga seorang duda berusia 38 tahun.

“Pada malam kejadian, saya pulang ke Felda Jengka Satu, Maran untuk bertemu emak saya, Saodah Ishak, 65, yang tinggal bersama Angah, tetapi anak saudara saya tidak menunjukkan apa-apa ke­risauan dan berbual mesra ­malah begitu manja dengan neneknya,” katanya. Noorlilie berkata, kehi­langan Angah disedari emak (Saodah) pada 26 Mac lepas iaitu ketika emak masuk ke ­bilik untuk mengejutkan Angah, tetapi tergamam apabila Angah tiada di tempat tidur.

Menurutnya, emak mendapati Angah tiada dan ­menyelak selimut, hanya menjumpai bantal peluk yang digunakan Angah untuk ­mengelirukan, seperti seolah-olah dia sedang tidur. “Sehingga kini selepas kehilangan Angah, emak sering juga jatuh sakit dan tidak berselera makan kerana terkenangkan Angah yang sangat dikasihinya,” katanya. Noorlilie berkata, Angah berkemungkinan keluar dari rumah setelah kecewa hasrat untuk mengahwini ­kekasihnya itu mendapat tentangan keluarga. Menurutnya, mereka ­sekeluarga kini berasa risau kerana Angah tidak dapat dihubungi sejak dia keluar ­rumah pada minggu lepas.

 “Kami tidak tahu apa ­nasibnya kini. Justeru kami mengharapkan Angah pulang semula dan boleh berbin­cang mengenai kehendaknya dan merestui perhubungan Angah. “Keluarga tidak marah dan ingin berunding secara baik dan jika Angah ingin berkahwin kita boleh adakan ­majlis dengan cepat. Apa pun kami mahukan Angah balik ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat,” katanya.

Berikutan kehilangan Nur Aliah, Noorllilee bersama ­keluarganya membuat ­laporan di Balai Polis Sungai Jerik, Maran pada 26 Mac jam 9 pagi. Noorlilie berkata, sesiapa yang mengetahui lokasi dan menjumpai Nur Aliah (­gambar) diminta meng­hubungi bapanya, Baharuddin Taib, di talian 013 2787332 atau Saodah Ishak di talian 013 6060975.

Tu Dia! Skandal Noh Omar Siap bawa Anak Pinak lagi..

keluarga Bahagia Noh Omar
Berhentilah menabur fitnah wahai juak pakatan haram..
janganlah sebab terlalu nak menang pilihanraya, sanggup korang makan daging saudara sendiri!

Nak menang pilihanraya pun bukan dengan cara yang sebegini dengan mengaibkan orang lain dengan cerita yang palsu, buatlah kerja cara orang Islam..
Sesungguhnya juak pakatan haram amat keji sikap mereka.

Fitnah sembrono dan adu domba menjadi makanan ruji juak pakatan haram



Sadis.. Mangsa simbah asid bunuh diri!


Wanita Pakistan, Fakhra Younus yang telah menjalani lebih 30 pembedahan sepanjang satu dekad lalu untuk memulihkan wajah dan badannya yang terjejas teruk akibat serangan asid membunuh diri baru-baru ini. 

Bekas penari berusia 33 tahun, yang didakwa diserang oleh bekas suaminya, seorang wakil rakyat dan anak kepada ahli politik negara itu, melompat dari tingkat enam sebuah bangunan di Rom, Itali. Fakhra tinggal di Rom untuk mendapatkan rawatan. Wanita berkenaan membunuh diri pada 17 Mac lalu, lapor portal majalah mingguan TIME. Jenazahnya dibawa pulang ke Pakistan Ahad lalu dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.

 Fakhra mengambil tindakan membunuh diri kurang sebulan selepas penerbit film Pakistan menerima anugerah Oscar bagi dokumentasi berkaitan dengan mangsa-mangsa serangan asid, kata laporan itu lagi. Nasib dilalui wanita itu menggambarkan keperitan layanan buruk dialami kebanyakan wanita di Pakistan. Suami wanita itu, Bilal Khar, telah dibebaskan daripada tuduhan serangan asid ke atasnya.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, ramai percaya bahawa dia menggunakan hubungan dan pengaruh untuk melepaskan diri daripada tuduhan. Lebih daripada 8,500 serangan asid, perkahwinan paksa dan keganasan dalam bentuk lain ke atas wanita dilaporkan di Pakistan tahun lalu.

Industri Rumah Urut Yang Maju


Kerana DAP, industri urut semakin pesat berkembang di Selangor !

Agak mengejutkan sekali bila melihat angka peratusan besar peningkatan pertumbuhan rumah urut di Selangor sejak kerajaaan Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.

 Kalau FDI sebanyak 85 % masuk ke negeri memang hebat lah kerajaan itu menarik pelaburan . Tapi itu buka pelaburan sebaliknya industri rumah urut !

 Macam sudah menjadi satu cabar baru sektor perlancongan di Selangor dan ini sudah tentu hasil usaha dan kebijaksanaan seorang Exco iaitu Ronnie Liu yang nampak peluang baik ini .

 Di P.Pinang pun banyak juga rumah-rumah urut baru dibuka kerana peluang keemasa diberikan kerajaan Pakatan untuk memang suka industri ini berkembang .

Lagi Kes Baling Selipar! Kali Ni PKR Nak Jadi Hero!

Aku harap cikgu ni tak tak buat lagi perangai macam ni pada masa akan datang. 
Marah macamana sekalipun, baling selipar kepada murid adalah sesuatu yang agak biadap dan melampau. 

Tambahan pula insiden ini membabitkan guru melayu dengan pelajar India dan ruang ini diambil oleh PKR untuk menjadi hero kononnya merekalah yang bagi selesai. Setiap insiden yang berlaku pasti ada pihak yang cuba mengambil mileage politik, Setiap pihak harus berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan agar tak menjadi beban kepada kerajaan

*********************!


Guru Bahasa Inggeris yang tidak sengaja membaling selipar ke muka anak muridnya meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut di masa akan datang. Guru berkenaan Nur Adha Mat Ali, 30, berkata, apa yang berlaku benar-benar di luar kawalan dan dia sendiri menyesal di atas apa yang berlaku.

“Saya minta maaf kepada murid saya iaitu Sritharan di atas apa yang berlaku begitu juga dengan ibu dan bapanya,” katanya pada sesi pertemuan dari hati ke hati antara pihak Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 1 (SKDD 1) dan keluarga mangsa, semalam. Dalam kejadian pada waktu persekolahan petang Isnin lalu, murid tahun satu terbabit M. Sritharan dibaling selipar oleh gurunya hingga menyebabkan dia mengalami cedera ringan pada bahagian mata kiri. Sementara itu bapa mangsa A. Murugan, 46, ketika ditemui berpuas hati dan memaafkan guru itu di atas apa yang berlaku.

“Saya menerima maaf cikgu Nur Adha dan saya berharap selepas ini anak saya dapat meneruskan pembelajaran selepas mendapat tiga hari cuti sakit oleh pihak hospital,” katanya. Murugan berkata, dia juga akan menarik semula laporan polis yang telah dibuat mengenai insiden tersebut sebelum ini.

Pertemuan yang dipengerusikan oleh Setiausaha PKR Cabang Subang G. Manivanan itu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak saling bermaafan antara satu sama lain. Mengulas lanjut mengenai insiden yang berlaku, Yang Dipertua PIBG SKDD 1 Zakir Abdul Rahman ketika dihubungi memaklumkan supaya ibu bapa yang mempunyai sebarang kemuskilan atau masalah membabitkan anak mereka di sekolah boleh melaporkan kepada pihak PIBG untuk diselesaikan.

“Jangan buat aduan atau tindakan yang boleh mengeruhkan lagi suasana kerana dalam kes ini apa yang berlaku boleh diselesaikan dengan cara yang paling baik,” katanya.

Timbalan ketua Cabang PKR Terkorban Dalam Kemalangan. Lori Dibakar, Pemandu Dibelasah

Keadaan Lori Yang Dibakar Penduduk Kampung

Sdr Bahktiar Appandi Bin Yahya seorang Ahli Majlis MPSP menemui ajal dalam kemalangan jalanraya. Beliau mati di tempat kejadian setelah motosikal yang ditunggang terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori di Tasek Gelugor.

Arwah juga merupakan Timbalan Ketua PKR Cabang Tasek Gelugor. Takziah buat keluarganya. Dikhabarkan juga lori yang melanggar arwah dibakar oleh penduduk kampung dan pemandu lori cedera parah dibelasah oleh orang kampung yang tak berpuas hati dengan kejadian tersebut

Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman...Al-Fatihah...

 

Ct Nurhaliza Makan Hati Pabila Datuk K Menyunting Rozita Che Wan?

Aku harap perkara ni tak menjadi kenyataan..
Kesian kat Tok Ti.. makan hati berulam jantung la kalau ia benar berlaku..
Harap penafian yang dilakukan oleh RCW adalah ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab..



.


.
Hmetro

Geng Superbike Malaysia Ramai Yang Buat Macam Ni?


Sejuk hati aku tengok gambar ni..
Walaupun mereka geng motor besar konvoi secara berjemaah, namun kewajipan kepada Allah tetap juga mereka lakukan secara berjemaah..
Pemandangan ini sukar dilihat di Malaysia.. Bukan aku nak kata geng superbike ni pemalas sembahyang, aku nak bagi tau sebabnya di Malaysia ni selang beberapa KM ada saja masjid dan surau yang dibina oleh Kerajaan UMNO/BN..

Begitu juga dilebuh raya, setiap R n R dan hentian sebelah sentiasa ada kemudahan ruang solat dan surau.. Alhamdulillah.. Aku Syukur dapat tinggal di Malaysia..

Video Menyayat Hati Kemalangan Maut Yang Mengorbankan 2 AJK Pemuda UMNO Bahagian Semalam



 Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa..
Diharapkan banyak-banyak bersabar dan redha menerima ketentuan ilahi..
Sebagai warga pemuda UMNO aku jua turut bersimpati sangat dan sedikit sebanyak merasai kehilangan mereka..
Al-Fatihah

Geng Tian Chua Mengganas Di Dungun!


Seorang anggota polis wanita berpangkat koperal berdepan detik cemas apabila digigit oleh seorang wanita, dipercayai mengalami gangguan mental, dalam satu pergelutan ketika cuba menahannya dalam satu kejadian 'amuk' dekat Sura Gate, Dungun, semalam.

 Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi di Pusat Perniagaan Sura Gate itu, Koperal Norliza Mohd Noor, 35, cuba menahan seorang wanita berkenaan yang cuba bertindak liar di pasar raya berkenaan. Menurut Norliza, ketika dia baru hendak memulakan tugasnya dalam ‘Ops Payung’ bersama beberapa rakannya termasuk anggota Rela dan Jabatan Pertahanan Awam di hadapan pasar raya tersebut, dia dimaklumkan oleh orang awam bahawa seorang wanita, dipercayai kurang siuman, cuba bertindak liar.

 Norliza, yang bertugas di Balai Polis Dungun, bersama beberapa rakannya kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan cuba menahan wanita terbabit. Namun suspek dikatakan bertindak agresif lalu berlaku sedikit pergelutan. “Dalam keadaan kelam-kabut, dia terus menerkam ke arah saya lalu mengigit di bahagian pergelangan tangan kanan. “Seorang rakan saya, anggota Relawati cuba membantu, namun dia turut digigitnya,” kata Norliza. Akibat kejadian itu, Norliza yang juga isteri kepada seorang anggota polis di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Dungun mengalami kecederaan di bahagian lengan manakala rakannya, Nur Rawaidi Razali, 20, cedera ringan.

 Wanita yang berasal dari Felda Ketengah Jaya itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dungun untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian berkenaan dan suspek yang difahamkan mempunyai rekod gangguan mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu. Dia kemudian dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

**************

Hangpa ingat kes ni?
Sebijik kan?
Kes dimana Tian Chua telah menghalang tugas polis dengan menggigit tangan polis tersebut di perkarangan Parlimen?
Ini bermakna Tian Chua juga mengalamai gangguan mental pada masa itu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...