Auta baru Badol Amin! Rasuah P.A pulak dah..!


Lagi sketsa terbaru Badrol Amin. Lepas satu demi satu spinnya tak menjadi, Badol keluarka auta baru pula.
 Badrol kata pembantunya ditawarkan imbuhan lumayan oleh sekumpulan lelaki sebagai dorongan supaya menjadi saksi memburukkannya.

Fitnah Badrol lagi, pembantunya itu diugut supaya memberi kerjasama dan ditawarkan upah lumayan bagi membantu menjayakan satu rancangan pihak tersebut.

Kata Badrol, pembantunya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama. Sekiranya dia (pembantu) sanggup berikan kerjasama dengan menceritakan kononnya saya begitu dan begini, dia akan diberikan imbuhan lumayan,

Lagi lawak, dia kata pembantunya itu kuat semangat tidak melayan tawaran berkenaan sebelum memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu.

Korang nampak tak betapa terdesaknya Badrol nak melepaskan diri dan cuba meletakkan dakwaan kesalahan dirinya kepada orang lain. UMNO pun tanak buang masa nak perangkap guna P.A badrol dengan cara sebegitu.

Kalau benar nak busukkan musuh politik, dah lama Pok Nik atau Hadi Awang kena camtu..

Sudah-sudahla Badolll!

Panas! Namewee Vavi Kembali Lagi dengan Video Klip Lynas Yang terbaru

Budak ni tak habis-habis cari pasal!
Kalau nak protes Lynas sekalipun, protes Lynas dengan berhemah!
Tak perlulah nak perburukkan negara Australia dimana ini akan perburukkan hubungan Malaysia dan Australia.
Namewee vavi tak pikir ke semua ni!
Bongok!

Mesti Baca! Percaya Atau Tidak Kehebatan Tentera Malaysia?


1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando² Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera² asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

 2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?

 3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak?

 4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas² lain tanpa mengambil masa yang lama.

 5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu²nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…
 ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

 6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!

 7 – Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu.

8 – Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarjkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para)

 9 – Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara.

 10 – Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar ber”clutch”percaya atau tidak?

11 – Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

12 – ATM menjadi rebutan amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

 13 – Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia.

 14 – Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka….percaya atau tidak?

 15 – Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak?

 16 – Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya atau tidak?

 17 – Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kafir, setakat ini kontinjen² negara PBB yang datangnya dari negara² melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu.

Nuar buat per tu?

Gambar dirakamkan semasa 'retreat' PKR di Swiss Garden Pahang baru-baru ini yang menjadi saksi pemberi motivasi disyaki berkhalwat dengan isteri orang jam 2 pagi.

Bung Nuar yang kehabisan bateri nampaknya terpaksalah terduduk sampai macam tu macam orang mintak sedekah. Tengok muka pun semak semacam je..
Apalah lagi yang nak dibohong lagi oleh Nuar gamaknya?

Tu Dia! Wardina Akui Dia Lebih cantik Dari Jennifer Lopez

Apa yang dituturkan oleh Wardina ini aku akui ada kebenarannya dan perlu dihayati khususnya kepada wanita Islam. Dah benda betul takkan aku nak bangkang pulak kan?


Tapi kenapa mesti J-Lo? Bukan Lisa atau Neelofa? Hehe


Nak cari pasal?


************

Selebriti tanahair terkenal, Wardina Safiyyah yang kini menceburkan diri di dalam bidang motivasi minda mendakwa bahawa beliau lebih cantik dari penyanyi, pelakon dan model antarabangsa terkenal, Jenniffer Lopez.

 Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya. “Saya merasakan bahawa saya lebih cantik dari J-Lo.

Kita semua dilahirkan sebagai wanita Islam dan itu sudah cukup cantik. “Lebih cantik lagi kita tak payah nak pamerkan kecantikan kita kepada khalayak umum. Kecantikan kita terhad hanya untuk diri kita sendiri,”.

Jangan plak ada pecacai kata aku tak paham, ye lah J-Lo tu contoh..
Saja nak usik Sambil tu aku bleh kongsi ilmu ni.

Apa Lagi Yang Orang Cina Marah kat Najib ni?


Berdasarkan keratan akhbar di atas, aku perasan ramai orang kaum cina terkejut dan meluahkan di  facebook setelah dapat tahu yang orang Siam ni mendapat taraf bumiputera.

Depa ni ingat etnik siam sama dengan orang Thailand. Di atas ni siap kata ini plot BN untuk dapat undi, Swalhal keturunan siam malaysia memang dah lama dapat bumiputera pun. Tak salah aku 5-6 tahun dah.

Untuk orang cina yang nak pertikaikan hal ini, aku nasihatkan buka buku sejarah dan kalau rajin layan cerita 'queen of langkasuka'.

Link FB

Tengku Mahkota Sahkan Yang Beliau 'Tak Hingin' Nak campurtangan kes Badul!


Kalau ye pun wahai cik Amin nak cover line sekalipun, janganlah memandai-mandai guna nama kerabat diraja. Kan Badrol dah malu! 
Bersalah atau tidak biar mahkamah yang menentukannya. La ni bukan masa nak bagitau kononnya Tengku Mahkota mengenali Badrul secara peribadi.

Tengku Mahkota pun takde masa nak layan orang macam badrul yang DISYAKI berkhalwat itu.
Sendiri pandai bagi kaunseling jam 2 pagi dengan bini orang, sendiri tanggung la dol!

***********

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.

Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit. Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Februari lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

 "Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Semalam, Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrolamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya. Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

JAIP pada Sabtu lepas dilaporkan menahan seorang pemimpin PKR kerana disyaki berkhalwat dengan wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Gazali Abd Aziz menafikan dakwaan Badrolamin bahwa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu. Sebaliknya, beliau menegaskan tindakan itu dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa Jaip supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

Menurut sumber berkenaan, dakwaan yang mengatakan Tengku Mahkota telah mengarahkan orang kanannya bertemu Dr Badrolamin adalah tidak benar sama sekali. Tengku Mahkota kini menjalani rawatan di sebuah hospital di Seoul dan dijangka berangkat pulang pada 6 Mac ini. - Bernama

Info A.S: Indonesia hadapi 5 negara jika berperang dengan Malaysia

Kalau korang baca artikel ni, agak-agak korang berani ke Indon nak provoke lebih-lebih sampai tahap nak 'declare war' dengan Malaysia? 
Bagi aku tak payah la gaduh-gaduh, kita kan serumpun. 
Bukan semua setuju dengan geng buluh runcing tu..

*********
 
Terdapat beberapa analisis yang menarik Universiti Indonesia, Andy Wijayanto pemerhati ketenteraan, tentang kemungkinan perang terbuka antara Indonesia dan Malaysia dalam konflik Waters kawasan Blok Ambalat. Apabila Jakarta mengisytiharkan perang terbuka dengan negara-negara jiran kita, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono harus mengambil kira pakatan negeri yang akan menyokong negara-negara jiran dalam konfrontasi.

Andy mendedahkan, Malaysia mempunyai sistem persekutuan pertahanan dengan England, Australia, Singapura dan New Zealand. Perikatan yang dipanggil Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa (FPDA). Salah satu perjanjian negara-negara FPDA adalah satu klausa bahawa serangan terhadap satu negara ahli juga merupakan serangan terhadap negara anggota yang lain.

"Malaysia hanya meminta fasal untuk diaktifkan. Jika dipersetujui, ia bermakna Indonesia mesti bersedia untuk berjuang juga dengan UK, Australia, Singapura dan New Zealand yang mempunyai sebuah pasukan perjuangan yang jauh lebih kuat dan canggih, "jelasnya selepas perbincangan draf Pertahanan dan Keselamatan.

Dari laman web rasmi Suruhanjaya Tinggi British, Kuala Lumpur, diketahui bahawa FPDA ditubuhkan pada 1971 sebagai agensi perunding dan menjangkakan satu serangan ke atas Singapura dan Malaysia. Apabila memperingati 30 tahun FPDA pada November 2001, lima negara anggota bersetuju untuk mewujudkan kerjasama jangka panjang. Salah seorang daripada mereka, perjanjian untuk menyokong satu sama lain sekiranya mana-mana negara anggota yang menyerang negara lain.

Tahun ini, FPDA untuk menumpukan kajian beliau mengenai keselamatan maritim. Dengan tumpuan itu, kemungkinan empat negara lain untuk menyokong Malaysia dalam konfrontasi dengan Indonesia menjadi lebih besar. Bukan itu sahaja. Jika di negara kita akan menghadapi konfrontasi dengan pihak British, negara kemungkinan besar akan meminta satu artikel lima NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) yang membolehkan. Barang-barang serupa kepada lima fasal perjanjian NATO FPDA yang dasarnya berkata bahawa serangan yang dialami oleh satu negara ahli boleh dianggap sebagai satu serangan ke atas negara-negara anggota lain dan perlu dihadapi bersama-sama.

Oleh itu, dapat memperluaskan konfrontasi dengan Malaysia dan Indonesia mesti membuat perjanjian dengan negara-negara anggota NATO. "Jadi, kesannya juga akan berturut-turut. Itulah apa yang perlu dipertimbangkan dengan teliti oleh Presiden SBY sebelum perisytiharan konfrontasi dengan Malaysia. Rakyat mesti faham ini tidak begitu gelap mata mendesak perang dengan Malaysia, "kata Andy. Ini adalah perbandingan antara angkatan tentera Malaysia dan Indonesia.

Terjemahan dari  SINI

DS Rosmah Bertudung Labuh??

Entry ni aku tadak niat nak perlekehkan sapa-sapa.

Cuma gambar yang dikongsi ini adalah gambar photoshop yang direka oleh juak pakatan.
Walaupun fotoshop, nampak suci je muka kak Mah kita ni..  Ahaks..

Ada sebahagian kecil dari juak pakatan haram yang positif dalam memperkatakan isu ini.
Mereka tidak sebagaimana tipikal juak pakatan lain yang tidak henti-henti menghina DS Rosmah yang tidak bertudung sebaliknya mereka mendoakan agar DS Rosmah terbuka hati dan diberikan taufik dan hidayah oleh Allah.

Semoga kita semua sama-sama berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Betina Ni Logo Mercedez Buruk Tertanggal Pun Riuh Sekampung!

Adui..
Exco Lydia Ong ni nak buat sedih pulak..
Bukannya kedai tak buka pagi tadi untuk betulkan balik nombor plat tu!
Semua ni saja nak raih simpati dan berlakon sedih la konon!

Budak-budak tu pun bukan sengaja..
Iyelah, darah muda...
Lain kali pesan kat Guan Eng tu janganlah biadap dan suka provoke dan hina Melayu parti UMNO..
Bila geram macam-macam boleh jadi..

Sikit je tu, takkan tu pun nak riuh sekampung?


Bini Sendiri Pun Dibalun, Ada Hati Nak Kaunseling Bini Orang


Mungkin Inilah kuasa Allah Taala.
Satu persatu kemungkaran seorang yang bergelar Ustaz ditunjukkan agar tidak terus menipu daya orang ramai.

Walaupun cerita 2005, namun inilah hakikinya.
Sejarah tak boleh diubah.
Sejarah tak boleh dinafikan kebenarannya..


Repot polis ni menceritakan bahawa Badrol Amin kaki pukul bini. Depan anak-anak pula tu.. MasyaAllah
Lagi cerita di UNSPINNERS

Aduhai Selangor. Ayam Bersepah, Siap Ada Gambaq Blue Lagi!

pic hiasan

Selangor sebenarnya negeri yang bagus dan sebarang pusat maksiat yang tumbuh semasa di bawah BN dahulu boleh dikatakan segera diambil tindakan keras oleh PBT.

Tapi inilah realitnya bila dibawah pakatan haram.
Mana pi pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah Selangor?
Yang duk pulun buat kerja bendung aktiviti maksiat ni ialah D7 (Polis) Adakah ada tangan / suara ghaib yang halang dari penguatkuasa PBT ambil tindakan terhadap tempat macam ni?  

Penang jangan duk kata la, lagi syurrr di bawah DAP.... 

***********
 

Seramai lapan tukang urut warga Thailand dicekup dalam dua operasi berasingan, selepas dikesan menawarkan bukan sahaja perkhidmatan seks kepada pelanggan, malah turut menyediakan tayangan video lucah sebagai tarikan untuk memastikan premis kekal laris.

Dalam serbuan pertama, polis menyerbu sebuah pusat rawatan kesihatan terletak di tingkat dua Plaza Perdana, Taman Sepakat Indah, kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin dan menahan empat wanita warga Thailand bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit. Siasatan menunjukkan empat wanita berusia 32 hingga 45 tahun itu menawarkan urutan serta khidmat seks dengan menyajikan tayangan­ video lucah dipercayai untuk merangsang pelanggannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pemeriksaan ke atas premis menemui kondom dan pelbagai jenis cakera padat digital (DVD) lucah dipercayai sebagai bahan tontonan untuk pelanggan. “Dalam serbuan sama, kita tahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis serta dua pelanggan berusia 30-an.

Pemeriksaan lanjut mendapati wanita asing itu menjalankan kegiatan haram terbabit sejak sebulan lalu dan mengenakan bayaran RM150 sehingga RM200 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks,” katanya. Beliau berkata, premis dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) itu, tidak mempunyai lesen sah untuk beroperasi, manakala siasatan terhadap empat wanita terbabit mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial.-HM

18sx.. Gambar-Gambar Muka Kantoi. Tapi Bukan Di Swiss Garden Ye!

Kisah dinihari ni takde kena mengena dengan si hidup atau si mati samada yang lama ataupun tengah diperkatakan sekarang. hehe

Korang tengoklah pelbagai reaksi dan muka pasangan masing-masing yang kantoi semasa 'projek'..

Harap jadi iktibar, janganlah berbuat maksiat walau dimana saja anda berada hatta walaupun di hotel 5 star jam 2 pagi sekalipun anda sedang bertazkirah..

Bila dah kena, seduit pun guna, nama pun busuk, jangan pula disalahkan orang lain pula!





HIHIHIIII........



SIAP BOLEH MARAH LAGI TU.....

Sempat lagi ke kensel Erika Badut ni? Cukup Ke STAR minta maaf?


Dalam hal penyanyi ni, adakah masih sempat untuk KDN batalkan konsert ni?
Rasanya macam dah dekat sangat.
Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal ni lain kali tolong peka sikit dalam hal sensitif macam ni.
Rakyat Malaysia boleh mati ke kalau halang dia buat konsert di sini?

Tengok tatu dibadan dia tu, tidakkah ia menghina Islam?
Jangan disebabkan hal macam begini, ada segelintir rakyat marahkan kerajaan dan secara tak langsung mengurangkan undi yang akan diterima BN dalam pru13 nanti!

Yang akhbar the Star pun satu hal, buat artikel letak gambar yang tak sepatutnya!
Bila ramai bising, baru kelam kabut menggelabah nak pohon maaf! thestarpohonmaaf
Si editor star tu bukak mata skit, tapis la la setiap artikel yang dikeluarkan dengan mengambilkira sensitiviti agama..
Ni semua punca nak bagi rakyat marah kat BN!

Aku tension bukan apa, dah la blogging satu hal. Takpe la, ni insiatif aku sendiri. Hehe

Di luar duk buat kerja untuk parti tunggang terbalik punya nak bagi menang, tapi disebabkan hal-hal yang kononnya remeh seperti ini, letih gak nak berjawab.

Tu aku tak mau bukak pasal NFC lagi, berbuih mulut nak bagi penjelasan! Pui!!



Bukti bahawa dah lama Badul Amin sekor 'ulat bulu' yang suka naik daun?


Ini antara ulasan yang pernah dikeluarkan oleh blogger pakatan haram sendiri berkenaan perangai Badul Amin. Perlakuan ini dikesan semasa majlis rumah terbuka hari raya Adilfitri PKR yang lepas di Petaling. Jaya.

Ni bukan aku reka, ni pemerhatian puak mereka sendiri yang komen bahawa Badul Amin ni memang kaki 'meqenyih'!
Apabila 'tragedi Februari' di Swiss Garden berlaku, ia bukanlah satu kejutan bagi mereka.

"'Usetat' Badrul Amin (penjual keset ugama) pun bersembang juga dengan tetamu. Daripada banyak meja kosong, usetat ini pilih untuk duduk makan dan bersembang di meja perempuan wakil-wakil dari Kelana Jaya.
Saya ingatkan 'usetat' tu memang dah kenal biasa dengan mereka, tapi bila diselidiki... rupanya usetat tu sesaja 'syiok' dok situ.-kerajaan rakyat-

Camnalah pads boleh ada dalam minyak masak?


"Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan. “Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

 “Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya. Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.-HM

Siapakah Wanita Yang Ke JAIP Ni?


Khalwat : Wanita, Badrul Amin Hadir Ke JAIP Beri Keterangan

Wanita yang turut ditahan bersama Dr Badrul Amin di sebuah hotel awal pagi kelmarin tiba di pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira jam 3.05 petang ditemani oleh seorang ahli keluarga yang tidak dikenali untuk memberi keterangan berkenaan kes khalwat tersebut. Sementara itu, pasangannya, Badrul Amin seperti dilaporkan Antarapos tiba lebih awal kira-kira jam 2.40 petang dengan berjaket hitam diiringi isteri beliau dan peguamnya, Ahmad Nizam Abbdul Hamid yang juga aktivis PKR Pahang.

Mereka telah dipanggil oleh JAIP untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan JAIP di bawah Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Badrul Amin seperti dilaporkan Mstar menuduh kesnya itu sebagai perangkap terancang yang didalangi Umno. Menurutnya, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya. “Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

“Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,” katanya. Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu. “Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan. “Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini,” katanya Menjawab mengenai arahan kerajaan negeri yang memberi cuti kepadanya, Badrul yang juga Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan perkara itu sudah terlintas dalam fikirannya sebelum arahan dikeluarkan.

Malah beliau turut mempertimbangkan untuk bercuti dari Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sehingga kes membabitkannya selesai. “Saya juga mempertimbangkan bercuti dari MPP PKR sehingga selesai kes. “Setakat ini saya belum ada keputusan. Dan jika saya bercuti ia adalah atas pilihan saya sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak,” jelasnya.

Published by AIDC on February 27, 2012 |

Kolej Komuniti Rompin Sahkan Zatiwani ditangkap Khalwat dengan Badrulamin


Kolej Komuniti Rompin sahkan bahawa seorang stafnya yang bernama Zati Wani telah ditangkap berkhalwat dengan Badrulamin. Pihaknya menunggu laporan penuh daripada Jabatan Agama Islam Pahang untuk meneliti kes ini.

Pihak Jabatan tidak teragak-agak akan mengambil tindakan sewajarnya kepada staf yang terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Sebelum itu Badrulamin menafikan dia berkhalwat sebaliknya dia hanya membantu dengan menyediakan tempat tidur kepada Zati Wani dalam satu bilik bersamanya.

Badrulamin menuduh ini adalah konspirasi UMNO dan JAIP untuk memerangkapnya sedangkan dia hanya memberi tazkirah kepada Zatiwani.

Mengapakah Bini Orang? Apa Pasal Tidak Janda! Anak Dara! Suatu Analisa














Pembaca yang budiman,

Kita merasa hairan, mengapa puak-puak agama ini suka sangat kepada BINI ORANG untuk melempiaskan NAFSU SERAKAH mereka. Tentu ada sebabnya,bukan? Mari kita imbau kembali peristiwa-peristiwa  yang melibatkan BINI ORANG dengan puak-puak agama ini.


Sebelum saya mengupas mengenai tajuk di atas,elok rasanya saya membuat pengakuan bahawa tajuk dipilih adalah suatu ANALISA SAHAJA dan BUKAN ANJURAN/SYOR terhadap satu pilihan alternatif untuk membuat MAKSIAT.


Pada postings saya yang lepas-lepas,saya ada membicarakan tentang perbandingan antara ORANG AGAMA dengan ORANG BERAGAMA. Istilah orang agama adalah orang-orang yang belajar dalam ALIRAN AGAMA; diperingkat rendah atau menengah atau tinggi, suatu proses pembelajaran dalam hidup mereka. Mereka ini; walaupun melalui proses pembelajaran agama, belum tentu dikurniakan HIDAYAH oleh Allah SWT.


Bagi orang beragama pula diistilahkan kepada orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk mendapat petunjuk dalam beragama. Mereka ini boleh datang dari SEBARANG ALIRAN PEMBELAJARAN termasuklah yang datang  DARI ALIRAN AGAMA. Orang beragama jugak mempunyai ASAS AGAMA melalui pembelajaran secara tidak FORMAL.


Tidak terkecuali,termasuk jugak ke dalam ORANG AGAMA adalah orang-orang yang bercakap pasal agama,yang penampilan mereka jugak berunsur agama;ada janggut,pakai serban dan jubah serta mendakwa memperjuangkan agama.


Berbalik kepada tajuk,terbukti; dengan pencemaran yang dilakukan oleh orang-orang agama,mereka ini iaitu orang-orang agama, belum tentu memiliki HIDAYAH walaupun mereka disebut sebagai ORANG AGAMA.


Manusia yang berpewatakan agama yang memperlihatkan image agama tetapi berfikiran Iblis dan bernafsu Syaitan memilih BINI ORANG untuk melakukan maksiat. Berkemungkinan,dalam perkiraan mereka, melakukan maksiat dengan BINI ORANG memperolehi KESEDAPAN YANG MAKSIMA dengan  IMPLIKASI BURUK yang MINIMA. 


KESEDAPAN YANG MAXIMA dapat dikecapi apabila melakukan PERSETUBUHAN HARAM tanpa menggunakan KONDOM.Pemikiran Iblisnya itu memberitahu,jika TERMENGANDUNG HASILNYA boleh DISABITKAN kepada SUAMINYA.


Keduanya,PENJIMAK agak selesa kerana SKANDAL seperti ini mengikut fikiran Iblisnya tidak akan sama sekali didedahkan oleh WANITA itu( BINI ORANG), walaupun mereka tidak sehaluan lagi pada masa mendatang. MAKA, HUBUNGAN ITU AKAN TERUS BERPANJANGAN. Apabila hal ini berlaku maka  SI SUAMI dapat menghidu DRAMA SONGSANG ISTERINYA.


Oleh sebab implikasi hasil perbuatan maksiat itu MINIMA membolehkan perhubungan maksiat itu berpanjangan DEK KERANA KESEDAPAN MAKSIMA YANG DIPEROLEHI ( BOLEH BERJIMAK SEPERTI SUAMI ISTERI ) tanpa ada perasan takut sikit pun kalau-kalau TERMENGANDUNG. Mereka akan bekerjasama seperti suami isteri dalam melayari bahtera nikmat persetubuhan dengan mengambil pil perancang atau pengiraan putaran haid iaitu MASA SELAMAT. Jika segala pengawasan telah diambil tetapi masih jugak termengandung,hasil itu dapat dihelahkan dengan menyabitkan HASIL JIMAK kepada HASIL JIMAK BERSAMA SUAMINYA.


Pembaca yang budiman,


Sesungguhnya, perbuatan BERJIMAK DENGAN BINI ORANG adalah suatu kesalahan yang sangat serious dalam Islam.Jika disabitkan dengan kesalahan itu ISLAM membenarkan NYAWA MEREKA diambil secara HAK. Apalah nasib bagi pelaku bagi kesalahan ini jika MEREKA DIREJAM SAMPAI MATI.


MAJORITI KES mengenai PERBUATAN BERJIMAK DENGAN BINI ORANG berjaya dikesan oleh Sang Suami,disalurkan info kepada pihak berkuasa untuk tindakan oleh Sang Suami dan banyak jugak yang ditangkap sendiri oleh Sang Suami. Apakah sebab kepada kejayaan itu? Tentulah jawapannya kerana LAMANYA PERHUBUNGAN SULIT yang menghasilkan KESEDAPAN MAKSIMA DAN KEBURUKAN MINIMA ITU sahingga terkesan oleh SANG SUAMI. 


Perbandingan PERSETUBUHAN HARAM dengan JANDA ATAU ANAK DARA memberi suatu RISIKO YANG BESAR dan MODAL YANG JUGAK BESAR. Jika hubungan mereka putus ditengah jalan boleh mengakibatkan suatu pendedahan oleh si wanita yang akan memberi impak besar kepada PENJIMAK. Berkemungkinan,pengeluaran modal yang lebih besar bagi menutup skandal atau bersedia untuk mendapat malu di mata dan telinga umat manusia.


Akhir kata,apa yang dapat disimpulkan daripada ANALISA kepada TAJUK INI,bahawa puak-puak yang mendakwa dakwi bahawa merekalah perjuang Islam dengan memperlihatkan image Islam sebenarnya, menggunakan AGAMA untuk kepentingan DUNIA;HARTA,KUASA DAN WANITA. Perbuatan mereka ini telah banyak merosakan umat Islam di negara ini.


Maka,tinggalkan puak-puak ini kerana bersama,membantu, dan menyokong mereka sebenarnya mencampakkan diri kita ke dalam jurang-jurang Neraka.




Panas! Pengakuan Saksi (Pekerja Hotel Swiss Garden). Badrul Memang Ditampar Suami?

pic hiasan
Saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...

kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...

yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Ain
Pengakuan ini diambil dari komen dalam blog sebelah 'sana' dari sorang staff Swiss Garden bernama Shukur..

Benar atau tidak, biarlah hakim yang menentukannya semasa ia diadilili nanti..

Namun jika diteliti setiap bait komen di atas, tetap ada kemungkinan ia sesuatu yang benar-benar berlaku..

Jika benar apa yang dinyatakan, diharapkan sdr 'Shukur' dapat tampil ke depan bagi memberi kerjasama membantu siasatan untuk  membuktikan si 'dia' memang bersalah!

Untuk si 'dia', menafikan memang mudah tapi biarlah ia sesuatu yang logik dan boleh diterima akal.
Hanya orang yang takde akal dapat menerima bulat-bulat kenyataan yang hanya bersifat penafian semata-mata sedangkan fakta sebenar kes cukup mencurigakan..

Wallauhalam bissawab..

Video Aznil Sokong BN Yang Buat Pecacai Meroyan

Ada pecacai yang marah dan naik hangin dengan Aznil sebab video ni.. Rilek la brader! Apahal ada yang nak marah pulak? Biarlah dia nak cakap begitu, bukannya dia maki hamun orang macam juak PAS..

Kesian.. Sorang Gadis Melayu Menjadi 'Lauk' Cina DAP


Apa perasaan korang tengok gambar diatas?
Dalam himpunan hijau anti lynas di Padang Kota Penang petang tadi yang 99% kehadirannya adalah cina dap, terselit sorang awek melayu ditengah-tengahnya.
Tidakkah dia punyai otak untuk memikirkan situasi sebenar yang sedang berlaku?
Anak sapa la ni??

Ops Lendir Bukti Selangor Lubuk Sundal?


Masalah ini perlu ditangani segara.
Selamatkan Selangor dari masalah gejala sosial yang semakin kronik.
Selangor makin jahanam di bawah pakatan.
Pasir habis, sampah bertaburan tak diurus dengan baik, 'ayam' bersepahan di seluruh Selangor..

Kenapa Gunakan? Jualkan Ajelah!

A.S: kalau makcik ni bijak, lebih baik jualkan sajalah.
Jual kereta mewah ini, akan dapat tunai yang banyak,
kalau ye pun nak pakai kereta, guna yang murah-murah sudahlah.
 Selebihnya simpan wang tunai itu untuk kegunaan dan tujuan lain di masa depan.
Kereta ni, once dia dah guna, value nya akan jatuh berbanding jka tak digunakan lagi.
 Jadilah orang yang bijak, janganlah mudah gelap mata..  
Takkan nak pi menoreh naik merz kot?


************
 

Rezeki terpijak. Itu ungkapan yang sesuai diberikan kepada Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang, apabila memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz E200 CGI.

Sapiah yang bekerja sebagai penoreh getah, memenangi hadiah kereta mewah itu, hasil menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.

“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.

“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.

Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.

“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya.-SH

Anwar:Taktik Kotor UMNO Yang Tak Senang Kejayaan PKR lawak Tak?

Badrul Amin tidak salah kerana beliau mahu menyelamatkan wanita itu dengan memberi tazkirah", kata Anwar Ibrahim sewaktu diakhir ceramahnya di Kuantan sebentar tadi.

 Kata Anwar lagi, "Ini semua permainan kotor UMNO yang cuba memerangkap Badrul Amin dalam kes khalwat supaya menjadikan PKR tidak diterima oleh rakyat." Apabila saya menerima SMS bahawa Badrul Amin ditangkap pukul 3 pagi dalam bilik hotel, saya sudah menjangka ini semua taktik kotor UMNO yang tidak senang dengan kejayaan parti PKR.

Walaupun kes ini sedikit sebanyak memberi kesan langsung kepada parti tetapi persahabatan antara kami semakin kukuh

Info Pagi Buta; PKR Negeri Desak Anwar Pecat Badrul Amin


Menurut info yang diterima, PKR negeri Perlis telahpun membuat memorandum kepada Anwar Ibrahim agar memecat tertuduh yang disyaki berkhalwat, Badrul Amin dari  parti PKR dengan serta merta.

Mungkin tak tahan menanggung asakan dan menanggung malu ya amat, maka terpaksalah PKR Perlis bertindak sedemikian demi menyucikan tahi yang terpalit kepada mereka.

Sama-sama lah kita tunggu apa yang Nuar akan lakukan..

Video Bahana Main Dengan Bini Orang

Orang yang berkhalwat/main dengan bini orang selayak-layaknya diharia beramai-ramai sebegini rupa!
Baru dia tau langit tinggi ke rendah!
Kalau ikut hukum Islam dah boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati!
Yang salah tetap salah dan selayaknya dihukum!
Ini sebagai pengajaran kepada sesiapa sahaja agar jangan sesekali berani main cintan dengan bini orang!

Adakah Ini Zati Iwani Yang Ditangkap Berkhalwat Dengan Badrul Amin ???


Adakah ini wajah isteri orang yang ditangkap berkhalwat bersama Badrul Amin yang bernama Zati Iwani??? Kalau benar ini orangnya. nampaknya kita boleh agaklah taste si badrul ni..

Wajah pun tak jauh lari dengan bini kedua yang dinikahinya tak lama dulu.Hehe..

Ingat, ini hanya persoalan sahaja, jauh sekali nak memalukan mana-mana pihak..



Pemimpin PKR Cuba Rasuah Penguatkuasa JAIP Nak Setel Kes Badrul Amin? Sakan-Sakan..


Maklumat terkini berkenaan kes tangkapan ustaz PKR badrul Amin. Difahamkan pihak Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menanti hampir setengah jam sebelum pintu dibuka.

Apabila disiasat didapati Badrul Amin yang hanya bertuala bersama pasangannya isteri orang yang bernama Zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti Rompin. Difahamkan kejadian ini dilaporkan oleh suami wanita tersebut yang bernama Fazli Pungut.

Berlaku sedikit kekecohan apabila beberapa pemimpin PKR cuna merasuah pegawai penguatkuasa supaya kes khalwat ini didiamkan demi parti mereka. Namun Pegawai penguatkuasa tidak menghiraukan rayuan beberapa pemimpin PKR itu. Kini pihak jabatan agama sedang menyoal siasat Badrul Amin dan Zatiwani.

 Sumber

Baju diselak penjual karpet

“Saya hanya mampu menangis dan merayu agar dia melepaskan saya. Saya cuba melawan, tapi kudratnya terlalu kuat,” kata Yana (bukan nama sebenar), 19, dari daerah ini yang dicabul oleh penjual karpet di rumahnya kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.

Kejadian berlaku ketika Yana berada bersendirian di rumahnya sebelum dikunjungi oleh seorang lelaki yang menjual karpet datang untuk mengutip hutang kain.

Menurut gadis malang itu, ketika kejadian dia sedang mengemas rumah dan hanya seorang diri di rumahnya, manakala ibunya keluar berniaga sementara adiknya ke kedai berdekatan.



“Bila penjual itu datang saya cakap mak tiada di rumah, tapi dia tetap masuk dengan alasan nak minum air. Namun, saya rasa risau bila penjual itu asyik pandang saya.

“Saya suruh dia keluar tapi dia tidak mahu. Bila saya hendak masuk bilik, saya rasa seseorang tiup telinga saya dan bila pusing ke belakang, lelaki itu terus memeluk saya,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayu, kelmarin.

Menurutnya, dia cuba melawan tetapi kudrat lelaki itu terlalu kuat dan dia tidak mampu melakukan apa-apa selain menangis.

Yana berkata, apabila dia menjerit, penjual itu menutup mulutnya sebelum mengangkatnya dan meletakkannya di atas sofa.

“Lelaki itu kata, dia hendak cium sedikit saja, tapi saya terus mengelak. Dia tidak berpuas hati dan menyelak baju saya, namun saya terus mengelak sehinggalah terdengar bunyi enjin motosikal adik di luar rumah.

“Bila saya dilepaskan, saya terus berlari ke luar rumah dan mendapatkan adik. Namun, penjual itu sempat melarikan diri,” katanya.

Anak keempat dari tujuh adik beradik itu berkata, dia dan keluarganya sememangnya mengenali lelaki itu kerana pernah berurusan dengannya sebelum ini.

Menurutnya, setiap bulan lelaki itu datang ke rumahnya untuk mengutip hutang.

“Saya dan mak memang kenal sangat penjual itu,” katanya.

Sehubungan itu, laporan polis dibuat di Balai Polis Baling dan tindakan pantas polis berjaya mengumpulkan beberapa lelaki yang bekerja sebagai penjual karpet di daerah ini untuk sesi kawad cam.

“Namun begitu, dia itu tidak berada dalam sesi kawad cam tersebut,” kata Yana.

Difahamkan, kejadian hitam hampir 20 minit itu mengakibatkan Yana mengalami ketakutan dan trauma sehingga terpaksa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan semangatnya.

Khalid Aniaya Orang Bantura!

Ramai penduduk Bandar Tun Razak mempunyai alasan kukuh merasa kecewa dan marah dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mereka anggap gagal sebagai Anggota Parlimen mereka.

"Mana saya tak marah. Isu rakyat di sini banyak lagi yang tak selesai seperti isu penjaja, isu perumahan dan kemudahan lain. Kalau macam inilah gaya kerja wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat, memang takkan mampu parti ini nak tadbir negara.

"Ini baru satu kawasan Parlimen, belum negara lagi. Kalau negara, saya rasa hancurlah agaknya," kata penduduk Nordin Che Wan, 65.

Katanya penduduk di situ memilih Khalid dengan harapan beliau dan PKR dapat membawa kemajuan dan pembangunan yang lebih pesat ke Bandar Tun Razak, namun ternyata harapan itu meleset.

Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional, terlepas ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008 apabila Khalid menewaskan Datuk Tan Chai Ho daripada MCA dengan majoriti 2,515 undi.

Nordin, seorang pesara Dewan Bahasa dan Pustaka, berkata sepanjang pengetahuannya, Abdul Khalid pernah datang dan berjanji untuk membina semula kedudukan perumahan di Bandar tun Razak, dengan membawa model rumah contoh.

"Dia beri penerangan kononnya penduduk Bandar Tun Razak akan dapat duduk dalam rumah yang agak mewah berbentuk 'townhouse'. Dia janji lepas tiga bulan akan datang semula untuk beritahu kemajuan yang dicapai," katanya.Namun, menurut Nordin, beliau dan penduduk lain sudah lebih setahun menunggu janji itu tetapi sehingga kini Abdul Khalid tidak muncul seperti dijanjikan.

Seorang lagi penduduk, Md Shah Abdul Ghani, 65, berkata selama hampir sepenggal Abdul Khalid mewakili kawasan itu, belum ada apa-apa pembaharuan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor itu.
Ketika wakil rakyat BN baik di peringkat negeri atau Parlimen lain kini rancak membantu menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing, Bandar Tun Razak masih berdepan masalah seperti ketiadaan kawasan gerai makanan yang teratur atau setempat dan tiada kawasan pertumbuhan baru yang terancang.
"Ahli Parlimen PKR ini, jumpa kita pun tidak, apatah lagi nak bertanya khabar dan berusaha selesaikan masalah masyarakat di Bandar Tun Razak ini.

"Dia hanya datang bila dijemput kelompok dia, sedangkan ini kawasan dia dan kami pun pengundi dalam kawasan dia, tak perlulah nak jemput berjemput," kata Md Shah, seorang pesara DBKL.
Beliau berharap BN memenangi semula kawasan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ustazah Rajaah Abdul Hamid, 65, pula berkata seingat beliau yang telah menetap di Bandar Tun Razak selama 33 tahun, penduduk di situ hanya mendapat pembelaan sepenuhnya ketika diwakili oleh BN.
"Dengan Ahli Parlimen PKR, tak pernah dapat apa-apa, malah saya tak kenal pun dia sebab tak pernah berjumpa. Kalau Tan Sri Khalid datang pun ke Bandar Tun Razak, mungkin dia hanya datang di kawasan-kawasan tertentu," katanya.

Wakil belia, Mohd Hisham Hamidi, 40, pula berkata kebanyakan program bagi golongan muda di kawasan itu dianjurkan oleh Pemuda Umno Bandar Tun Razak, yang juga menjadi tempat bagi mereka mengadu hal.
"Pembangunan belia di Bandar Tun Razak bukan bermula tahun-tahun terdekat ini tetapi sebenarnya telah lama diusahakan oleh BN menerusi pembinaan kompleks sukan seperti di Bukit Jalil, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan Pusat Belia Antarabangsa," katanya.

Beliau menganggap belia di Bandar Tun Razak sekarang sebagai golongan malang kerana potensi mereka diabaikan walaupun berada dalam kawasan yang wakil rakyatnya bukan calang-calang orang tetapi seorang Menteri Besar.

Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang meliputi keluasan 3,832 kilometer persegi, mempunyai 84,000 orang pengundi terdiri 52.73 peratus Melayu, 39.47 peratus Cina, 7.17 peratus India dan 0.61 bangsa-bangsa lain.-AD

Berita Baik Untuk Orang Makan Gaji.11 April Cuti Umum!




KUALA LUMPUR - Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (gambar) pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini semalam.



Info A.S: Gadis 13 tahun alami masalah payudara terus memanjang seperti lengan


Gadis 13 tahun alami masalah payudara terus memanjang seperti lengan Kesian!! Payudara Membesar Sepanjang Lengan.. Kelainan Genetik, Payudara Membesar.Nia Kurnia (13), gadis berasal Subang, Jawa Barat, mengalami pembengkakan payudara atau giant mamae displasia. Kedua payudara Nia membesar hingga sepanjang lengan.

”Payudara Nia membengkak hanya dalam enam bulan terakhir. Pembesarannya sangat cepat. Sekarang payudara yang kanan lebih besar daripada yang kiri,” ucap Imas, ibu Nia ketika ditemui di RS Cipto Mangunkusumo (RSCM). Nia yang selama ini tinggal di Kampung Bojongloa mengaku tak merasakan sakit ketika terjadi pembengkakan. Payudara yang membengkak ini membuatnya merasa berat untuk berjalan walaupun belum sampai membuatnya tidak masuksekolah.

Nia lebih sering tidur sehingga bebannya terasa lebih ringan. Sebelum ke RSCM, Nia telah menjalani pengubatan di tiga hospital di Subang dan Bandung. Bahkan, rumah keluarga di Bojongloa sudah dijual untuk membiayai pengubatan Nia. Namun, belum ada kemajuan dari penyakit yang dideritanya. Ketika diperiksa di RSUD Subang, doktor setempat tidak menemukan penyakit yang menyebabkan pembengkakan payudara Nia. Dokter kemudian merujuk Nia ke RSCM. Di RSCM Dr Antaria mengatakan, sementara ini Nia akan menjalani rawatan.

 ”Dia akan memeriksa kesihatan Nia secara menyeluruh meliputi cek darah, USG, mamografi, dan rontgen. Hal ini diperlukan untuk memastikan penyebab pembesaran payudara, sekaligus diambil tindakan yang tepat,” ucap Antaria. Kemungkinan besar, Nia akan menjalani pembedahan pengecilan ukuran payudaranya. Tindakan ini akan dilakukan setelah ada pemeriksaan menyeluruh. Apabila melihat keadaannya, Nia diperkirakan tidak mengalami kanser ganas atau tumor ganas karena keadaan pesakit masih relatif segar. ”Kemungkinan, Nia mengalami kelainan genetik,” kata Antaria lagi. (ART)

Akhbar Cina Sahkan Guan Eng Bacul!

Aku la ni slalu jugak duduk dengan cina yang rajin baca paper bahasa depa.

Aku tak mau ulas apa dia cakap dalam paper cina tu, cuma nak bagitau ini penjelasan Guan Eng dalam soalan debat yang dikemukakan oleh Soi Lek tempohari.

Guan Eng nampaknya otak tumpul, tak berani dan kecut untuk menjawab secara spontan didalam debat sebaliknya terpaksa ambil masa balik fikir dulu untuk dijawab dalam akhbar.
Ini menunjukkan kelemahan otak Guan Eng yang sangat ketara.

Apa yang dijawab tu bukan betul sangat pun, spin je lebih...

p/s: lawak plak jadinya muka Guan Eng apek tongkang sebelah kanan atas tu.. haha...

Lagi Persoalan Demi Persoalan Yang Membelenggu Guan Eng



Skandal RM10billion yang membabitkan Lim Guan Eng dan Ivory Sdn Bhd semakin menyesakkan.Sehingga sekarang Guan Eng masih tidak mampu menjawap segala persoalan yang dibangkitkan .

Seluruh pemimpin DAP diarahkan tutup mulut,malah media haprak pakatan juga tidak menyiarkan skandal 10billion ini. Kesemuanya semata mata untuk menyelamatkan Guan Eng.

Berikut adalah soalan yang masih tidak dijawap oleh Guan Eng,menurut sumber Guan Eng sudah mengambil pendekatan mendiamkan diri memandangkan isu ini benar benar membabitkan ramai kroni kroni DAP. Malah dikhabarkan komisen daripada penjualan tanah ini dikhabarkan mencecah ratusan juta ringgit.


Menjadi persoalan mengapa tanah yang dijual kepada Ivory Sdn Bhd yang di nilai oleh regim DAP ditetapkan hanya RM200 kaki persegi. Bilakah kali terakhir tanah tersebut dinilai oleh jurunilai bertauliah?



Seperti biasa Guan Eng yang terkenal dengan putar belit,bohong dan perasuah sudah terperangkap apabila beliau sendiri gagal membuktikan kenapa tanah tersebut tidak dinilai semula seperti mana perlu dibuat setiap 6 bulan.
Lim Guan Eng,kenapa lu diam? Jawap la..sudah takut ka? Kenapa sekarang banyak dokumen sudah dikeluarkan dari PDC? Jawap la!

Apakah Kejutan Yang Akan dilakukan Oleh Ostad Zizan Pada 28 Februari Ini?



A.S: Apalah agaknya kejutan itu ye? 
PAS sekarang makin tenat. 
PAS sekarang makin kronik.
Masalah dalaman PAS yang berkocak teruk tidak dapat disembunyikan lagi nampaknya.
Inilah akibatnya jika kejar jawatan untuk kepentingan diri, bukannya untuk kepentingan rakyat. 
Bila sesuatu perkara tidak memuaskan hati mereka, maka pemberontakan pun akan terjadi.
PAS is Dead!
BN Menang, Kedah Senang!
****************************
Di sebalik spekulasi dua Exco Kerajaan Kedah dikatakan akan menolak tawaran menyambung jawatan sebagai tanda protes kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, beliau sendiri membayangkan akan ada kejutan pada hari angkat sumpah Exco baru 28 Februari ini.
"Tunggu 28 Februari, saya pun ada nak buat kejutan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, sama ada berlaku rombakan ataupun tidak, semua persoalan akan terjawab pada hari itu.
Mengenai isu dua anggota Exco disebut-sebut akan menolak jawatan sebagai tanda protes terhadap beliau, Azizan mengaku hairan kerana surat tawaran pelantikan belum lagi dihantar.
"Surat lantikan belum dihantar, macam mana pula boleh ada yang tolak," katanya.

Menurutnya, selagi pelantikan tidak dibuat, tidak wajar untuk mendedahkan senarai nama anggota Exco, sama ada yang sedia memegang jawatan akan dikekalkan ataupun diganti dengan muka baru.
Mengulas desas-desus mendakwa kedua-dua Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, iaitu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Exco Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga) dan Dr Ismail Salleh (Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi) menolak dilantik semula sebagai Exco, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri menyifatkan itu hanya khabar angin.
“Rramai orang sebelum ini pun bercakap perkara tidak betul berkenaan Kerajaan Negeri. Banyak dakwaan sebelum ini pun tak betul, tapi mereka cakap juga,” katanya.
Sementara, Penolong Setia­usaha Kerajaan (Pengurusan Korporat), Noor Akmar Mohd Omar mengesahkan senarai anggota Exco penggal 2012 belum dikeluarkan.
“Sehingga hari ini, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri belum menerima senarai siapa yang dilantik sebagai Exco. Senarai itu akan diberikan kepada media, sebelum bermulanya majlis pelantikan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Anak Bukit, 28 Februari ini,” katanya.
 Phahrolrazi ketika dihubungi, berjanji membuat kenyataan apabila tiba masanya.
“Buat masa ini, lebih elok saya tidak buat sebarang kenyataan. Sampai masa nanti saya sendiri akan berikan kenyataan,” katanya.
Bagaimanapun menurutnya, perkara itu lebih elok dijelaskan sendiri oleh Menteri Besar, bukannya melalui spekulasi atau sumber tidak rasmi.
Ismail pula mengakui tidak tahu menahu mengenai spekulasi itu kerana beliau tidak tahu apa yang berlaku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...