Benarkah Berita Ini? Jika benar,apakah alasan,asas dan pertimbangan kerajaan dalam menaikkan harga petrol ron97 ini. AS faham, sudah pasti kerajaan ada alasan kukuh dan tindakan ini sudah tentu perlu dalam merencanakan ekonomi negara.
Tambahan pula ron97 hanya digunakan untuk kenderaan berprestasi tinggi sahaja. Tak perlulah rakyat yang tiada kaitan dan yang hanya guna ron95 nak melenting tak tentu pasal!
Tetapi bagaimana harus kami selaku kepimpinan kecil di peringkat cawangan dan bahagian mahu berdepan dengan masyarakat yang sudah pasti menjadikan ini sebagai suatu isu politik?
Tambahan pula baru semalam BN mengecapi kemenangan bergaya di Tenang, sudah pasti dan sudah berbunyi pun suara-suara sumbang ini adalah hadiah dari kerajaan diatas kemenangan PRK Tenang! KITA TAK MAHU LAGI ISU INI DIPOLITIKKAN! TAK SEDAR LAGIKAH APAKAH SALAH SATU PUNCA UTAMA TSUNAMI PRU12 MENIMPA KITA DULU ??
MOHON PIHAK YANG BERKENAAN JAWAB ISU INI SEKIRANYA BENAR !!
Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter
January 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.
Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter.
Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.
“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber ketika dihubungi The Malaysian Insider.
sini