Ops Daulat Terkini! Tiada Had Masa?


Kita menentang Pkr bukan kerana...


Fakta Sebenar Yang Tidak Didedahkan Oleh Khalid Ibrahim


Wajah Cina DAP yang bangsat



Jaga Market Pun Fail, ada hati perintah negara


Sebentar tadi aku berkesempatan bersama-sama Dato Zainal Abidin bin Osman
turun padang bersama orang ramai di Pasar Awam Sungai Bakap.
Tok Non beramah mesra bersama orang ramai serta mengedarkan apron 1 Malaysia untuk dipakai oleh peniaga-peniaga di pasar terbabit.
Alhamdulillah, respon dari rakyat cukup positif terhadap kehadiran Tok Non di sana.

Suatu perkara yang cukup menarik perhatian aku ialah luahan seorang peniaga cina yang kesal dan kecewa dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan pasar tersebut dengan baik.

Masalah ketiadaan penutup lubang dan longkang  yang diutarakan terhadap Adun Pkr Sg Bakap, YB Makhtar nampaknya langsung tidak diambil peduli lebih dari 5 bulan seperti yang dinyatakan oleh peniaga terbabit.

Mereka cukup kesal dengan MPSP dibawah kerajaan negeri yang dilihat gagal menguruskan permasalahan yang membahayakan orang ramai ini. Mereka juga kesal dengan pemimpin pakatan yang gagal menyelesaikan masalah sekecil ini yang membabitkan perbelanjaan yang kecil sahaja.
Peniaga-peniaga juga mengakui pemimpin pakatan hanya pandai sembang politik saja, tapi hasil kerja cukup mengecewakan.

Macam ni ka gaya nak perintah negara?
Lupakanlahhh...

Watikah terbaru Raja Nusantara @ White Spiritual Boy yang korang harus baca


Anwar; Antara Dalang dan Jalang


Terkini. Seorang pengganas Sulu berumur 60an mati ditembak kerana menetak anggota keselamatan


 
hiasan
Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di
Kampung Simunul, Semporna, hari ini.
   Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.
  
"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.
  
"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
  
Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.
  
Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.
  
Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.
  
Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.
  
Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.
  
Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya. - Bernama

Terkini !!! Kiram Ajak Sultan Indo Serang Malaysia?


Apek ni memang terbaiklah!! Jom baca apa luahan dia.

PAS Kedah Hancurr!! Kurung Mengurung Antara MB dan Exco?


Inikah Kia Spectra Diguna Untuk Meliwat?

hiasan

Terkini; Keadaan di Lahad Datu 27 Mac 2013 (pics)


Alert!! 10 Perkara Yang Mungkin Anwar & Pecacainya Lakukan Menjelang PRU13 #TolakPR


Video Hot! Penceramah Lobai Pas Meracau Maki Hamun Sebelah Ceramah Umno

br />
Lokasi ceramah maki hamun tahap dewa ini berlaku di suatu majlis ceramah Pas yang hambar, bersebelahan dengan ceramah anjuran Umno yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Samah di Tikam Batu Kedah yang mendapat sambutan ramai hadirin baru-baru ini.

 Korang lihat dan nilaikanlah akhlak puak pas yang cukup keji. perkataan bodoh dan maki hamun hanya mainan di mulut. lobai malang hampas ini tidak dapat menerima kebenaran dan fakta yang disampaikab oleh Ustaz Abdullah yang bikin dia jadi meracau sebegitu.

Sadis! Akibat Langgar Bai'ah Pas


Ahli Majlis MPAJ Terima Peluru!

hiasan
Ahli Majlis Ketua Zon 21 Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Supiramany Sinnapayal menerima sebutir peluru dalam sampul surat di pejabatnya di Kampung Cheras Baru, di sini, jam 9.30 pagi semalam.

Difahamkan, setiausaha ahli majlis itu, Roslin Bala yang membuka pejabat pada pagi hari kejadian menemui sampul surat berkenaan yang dimasukkan di bawah pintu dipercayai pada awal pagi.

Supiramany berkata, selepas menemui sampul surat yang mencurigakan setiausahanya menghubungi dia dan ahli jawatankuasa penduduk lain dan sebaik membuka sampul itu, mereka menemui sebutir peluru hidup.

“Saya percaya peluru itu dihantar bertujuan menakutkannya dan saya berjanji tidak takut untuk mati dan terus berkhidmat untuk rakyat,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, dia enggan membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah bagi membolehkan polis membuat siasatan mengenai kejadian itu.HM


A.S KATA, KITA SERAHKAN KEPADA POLIS UNTUK MENYIASAT. JANGAN DITUDUH KERJA ORANG BN PULA, KERANA SESAMA MEREKA DALAM MPAJ/PAKATAN PUN BERTELAGAH TERUK. TAK MUSTAHIL KAN?

Gempar! Anwar Ibrahim Diugut Bunuh?

Panass.. Filipina Bakal Tuntut Sabah!!


Kisah Sebenar Vat69 Bravo Yang Selamatkan Lebih Ramai Anggota Dari Terkorban #LahadDatu


VAT69 Bravo selamatkan lebih ramai anggota daripada terkorban

"Ibarat hujan peluru." Itulah ungkapan anggota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.

 Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata, terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.

 Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.

"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

 "Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripada komander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberi amaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana kami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama semalam.

"Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata serta melepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter," katanya.

Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polis iaitu ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabaruddin Daud, 46. Pasukan keselamatan menembak mati 15 musuh. Azwanazlee berkata, dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpaya itu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupun ditembak bertubi-tubi.

"Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telah ditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh. Arahan untuk menembak di bahagian kepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu," katanya.

 Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diatur gerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo berkata, beliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kira dua meter.

 "Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Februari dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo," kata anak bekas komando itu.

 Beliau berkata, pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas. "Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapa sawit dengan binaan rumah yang tidak banyak.

Pemandangan menjadi lebih luas dan ia mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketika itu. "Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesan tembakan.
 Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidak mengenai saya," katanya.

 Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliau bangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara. - Bernama

Tiga Ulama' Kembali ke Rahmatullah pada 25 Mac 2013


Terkini. Dr Uthman El Muhammady Kembali Ke Rahmatullah

Al Fatihah - Dr Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi Al Fatihah. Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Uthman El Muhammady telah pulang ke Rahmatullah sebentar tadi di rumahnya di ISTAC, IIUM KL Campus, Taman Duta, Kuala Lumpur.


Gempar! Wartawan Malaysiakini Nyaris Ditembak Di Pulapol??

Tajuk artikel yang gempak ini didedikasikan khas kepada pecacai pakatan yang terkenal dengan kelakuan asasi 'terpuji' mereka iaitu memfitnah dan auta..

Inilah gambar sebenar. Semuanya muka tersenyum dan keriangan beramah mesra dan bergurau bersama Polis dalam majlis sambutan ulang tahun polis ke 206 di Pulapol pagi tadi. Polis sememangnya selama ini menghargai media. Tapi bukan media pembelit dan kaki auta.

Tian Chua. Kau harus dengar luahan Lans Koperal Zariman Ini


Tian Chua mau duk rasa apa yang si Zariman lalui ini. Mampukah dia harunginya? Aku yakin memang Tian Chua mampus je sementara nak tunggu tiga jam itu.Nantikan pendedahan yang bakal menggemparkan tanah air penglibatan sebenar Anwar, Tian Chua dan Sivarasa dalam menjadi dalang isu Lahad Datu ini.



Kisah PDRM Yang Tidak Didendang. Serangan Kapalronda PX27

Serangan keatas Kapalronda PX 27Pada 29 Jun 1976 jam 0600 hrs, kapalronda PX 27 yang pada ketika itu dalam rondaan rutin telah berlepas dari Pulau Berhala Sandakan menuju ke perairan Pulau Tambisan.

Pada waktu itu, rondaan berkonsepkan rondaan rutin yang memakan masa 1 minggu. Tiada sebarang Kod Operasi digunakan untuk sebarang rondaan pada ketika itu. Rondaan pada ketika itu lebih kepada menjaga keselamatan dari kemasukan tentera MORO dari selatan Filipina.

Pagi yang cerah itu tidak menduga akan berlaku satu malapetaka yang akan menimpa kapalronda PX 27 dan krewnya. Seperti biasa laluan dari Sandakan ke Tambisan akan melibatkan laluan Sandakan – Outer Bouy – Royal List dan kemudian ke Tambisan.

Pada pagi itu jurumudi bertugas adalah Konst Awang Jinin sementara Konst. Jarkata bertugas sebagai Look Out. Setibanya dikawasan perairan antara Kuala Segama dan Kuala Meroup pada jam lebih kurang 0900 hrs, look out telah melapurkan bahawa terdapat 1 speedboat yang mengandungi lebih kurang 7 orang dan 1 buah pumboat bersayap yang mengandungi lebih kurang 15 orang sedang merapat antara satu sama lain.

Kpl Sadikul yang menjadi OOD pada ketika itu mengarahkan Konst Jarkata supaya memanggil kedua-dua buah bot tersebut menggunakan Adlis Lamp untuk tujuan pemeriksaan.Selepas konst Jarkata memanggil bot tersebut, didapati pumpboat tersebut telah melarikan diri kearah laut sementara sebuah lagi speed bot masih kekal dikedudukan asal.

Kapalronda PX 27 terus bergerak menghampiri speed bot tersebut. Ketika ketiga-tiga bot yang terlibat itu dalam kedudukan 3 segi, orang-orang di pumpboat tersebut mula melepaskan tembakan kearah PX 27.

Begitu juga dengan orang-orang di speed boat tersebut turut melepaskan tembakan. Tembakan dari kumpulan penjenayah tersebut disedari oleh Kpl Sarikul apabila cermin tingkap dikedua-dua belah kapal pecah ditembusi peluru.

Beliau kemudian berteriak “Kapal diserang” sambil membunyikan loceng kecemasan. Kpl Ustin Bajau yang pada ketika itu bertugas di MCR adalah orang pertama yang terkena tembakan dipunggung. Tembakan dari 2 penjuru itu telah menimbulkan suasana panik. Badan kapal yang diperbuat daripada kayu jati ditembusi peluru dari arah kiri dan kanan.

Konst Rabani yang pada ketika itu bertugas sebagai tukang masak terpaksa menggunakan lesung batu untuk melindungkan kepalanya dari terkena peluru musuh. Konst Shahbudin Ahmad terus naik keatas Open Brige dan melepaskan tembakan di sebelah Port.

Dalam keadaan bersemangat membalas tembakan itu beliau telah ditembak ditangan kanannya. Selain itu juga beliau nyaris terbunuh apabila sebutir peluru telah melalui antara rambut dan cuping telinga sebelah kiri menyebabkan luka diatas telinganya.

Memandangkan Konst Shahbudin telah tercedera, tempatnya telah diambil alih oleh Kpl Sadikul dan beliau terus melepaskan tembakan GPMG kearah pump bot tersebut.Konst Usop Etin yang pada ketika itu sedang memanjat tangga untuk ke open brige telah ditembak dikakinya dimana sebutir peluru telah menembusi lutut kiri dan kanannya.

Konst Jarkata yang baru sahaja mengambil senjata jenis Carbine dan berada dibelakang Konst Usup Etin turut terkena tembakan di bahu sebelah kiri. Konst Omar Amit juga telah terkena tembakan dibahagian belakang badan.

Pegawai Pemerintah pada ketika itu adalah K/Insp Ahmad Matali yang lebih dikenali sebagai Tn Mat Janggut mengarahkan semua mempertahankan kapal disamping mengarah supaya kapal dikendalikan keluar dari kedudukan bahaya.

Senjata yang digunakan oleh Polis Marin pada ketika itu adalah GMPG, Carbine dan Oerlikon. Namun senjata Oerlikon tidak dapat digunakan disebabkan mengalami kerosakan makenikal. Pentempuran berlaku selama lebih kurang 10 minit dan penjenayah memberhentikan tembakan apabila kedudukan ketiga-tiga kapal adalah selari dimana PX 27 ditengah-tengah.
Namun anggota polis meneruskan tembakan.

Beberapa orang penjenayah dilihat terpelanting jatuh kelaut dari pump bot akibat terkena tembakan GPMG. Namun telah ditarik naik ke atas pump bot. Kedua-dua bot penjenayah kemudian telah melarikan diri kearah laut lepas.

Bantuan pada ketika itu sukar diperolehi memandangkan perhubungan yang ada terhad pada kawasan tertentu sahaja dan permohonan bantuan dari pasukan sahabat sukar dilakukan.Memandangkan hampir separuh dari anggota polis telah mengalami cedera parah, Pegawai Pemerintah PX 27 dengan segera meneruskan perjalanan ke Pulau Tambisan bagi tujuan rawatan anggota yang tercedera.

Sampai sahaja di Pulau Tambisan, kesemua yang cedera telah menerima rawatan kecemasan di Klinik Bidan Pulau Tambisan. Turut membantu merawat anggota yang cedera adalah Doktor Askar yang berpangkalan di Kem Tambisan.

5 orang anggota polis marin yang cedera telah diterbangkan dari Tambisan balik ke Sandakan menggunakan helikopter Sabah Air dan telah mendarat di SMK St Mary dan kemudian telah dibawa ke Hospital Duches of Kent Sandakan.

Kesemua yang cedera berjaya dirawat kecuali Konst Jarkata dimana sebutir peluru telah menembusi tulangnya hingga mengenai urat sarahnya dan doktor menyatakan sekiranya peluru itu dicabut berkemungkinan besar Konst Jarkata akan mengalami lumpuh. Peluru tersebut masih terseimpan di tulang sebelah kiri beliau hingga ke hari ini. Kesemua yang terlibat dengan kejadian tersebut telah pun bersara kecuali konst Jarkata.

Kini Konst Jarkata bertugas di PGM Sandakan sebagai SI Panduarah PX 30 sebelum kapal tersebut dipindah milik kepada APMM dan akan bersara pada 12 Oktober 2012.Kejadian serangan keatas kapalronda PX 27 merupakan kejadian yang agak besar yang melibatkan pegawai dan anggota PGM selepas peristiwa Bukit Kepong yang turut mengorbankan 3 anggota Polis Marin selain rakan-rakan polis yang lain.

Sejarah serangan keatas kapalronda PX 27 ini ibarat Syair yang tidak didendangkan dan pergi begitu saja bersama-sama masa. Kepada semua yang terlibat, diucapkan Syabas kerana mempertahankan kapal dari ditawan dan mungkin dilarikan.

Kecekapan pegawai dan anggota dalam menilai situasi perlu dipuji. Semoga paparan ini dapat mengingatkan satu peristiwa yang hampir kesemua warga PDRM tidak mengetahuinya berbanding peristiwa Bukit Kepung.

Mereka yang terlibat dalam pentempuran tersebut.K/Insp Ahmad MatliSI Hj BulatSM Yusof ApoKpl SarikulKpl Ustin BajauKonst Omar AmitKonst HasmatKonst TaslimanKonst Awang JininKonst Shahbudin AhmadKonst Usop EtinKonst Rabani BalimbangKonst Jarkata Malinking

Published with Blogger-droid v2.0.8

Mohd Farizal! Lu Memang Kamjat!!

Tak lain tak bukan ni lah hasil doktrin dan didikan pakatan haram jadah..Ko tunggu je rumah Farizal, nanti ada le orang jemput kau naik kereta ke balai.. Memang ko hero lah Farizal..Malu aku ada orang melayu berperangai buruk macam kau!





Dr Mazlan Hampir Pasti Jadi Calon Permatang Pauh Bikin Anwar Kecut?

Dr Mazlan. Berkopiah putih
Alhamdulillah, kehadiran belasan ribu rakyat Pulau Pinang dalam Program di Padang Kota yang diadakan dalam notis yang singkat petang tadi adalah satu manifestasi kebencian membuak-buak warga Pulau Pinang terhadap pemerintahan regim Dap yang cukup menindas jiwa dan raga.

 aku suka mengikuti senario politik permatang Pauh yang terlalu kuat mainan politiknya dan pernah menulis satu artikel di SINI 
 berkaitan Dr Mazlan Ismail, bekas orang kuat TM yang menjadi calon favourite di Permatang Pauh. Artikel ini mencapai view yang tinggi kerana banyak datang dari google dengan keyword Dr Mazlan Ismail.

 Berbekalkan nama yang kurang popular dan tiada sebarang jawatan dalam parti, Dr Mazlan diberi penghormatan untuk mengepalai bacaan doa memohon bantuan dan keredhaan Allah untuk Bn kembali merampas Pulau Pinang. Alhamdulillah, doa yang dibacakan cukup menyentuh perasaan aku pabila mengaminkannya. Jelas terpancar keihlasan dan ketulusan hati Dr Mazlan jelas sifat Islamiknya.Umno P.Pinang memang buat pilihan tepat jika Dr Mazlan jadi calon Parlimen Permatang Pauh.

 Jelas pada aku, inilah calon yang dicari-cari menentang Anwar Al Juburi tapi malangnya Anwar pula nak angkat kaki mencicit lari kononnya nak bertanding di Perak atau Selangor kerusi yang melayu bukan majority. Ini kerana orang melayu makin ramai yang nampak perangai buruk sebenar Anwar Al Juburi. (Mat Sabu Kata)






Percayakah Anda ? Kekuatan Military Malaysia Nombor 10 Terbesar Dunia?? (Pics)

Percayakah Anda ?
Malaysia No. 10 Kekuatan Military Terbesar Dunia!!
Berdasarkan ukuran kekuatan jumlah personel..




Get Ready la Anwar al Jub. Masa kamu hampir tiba #LahadDatu


Muka Kulit Biawak. Gantung Bendera di Litar Sepang


Update! Komander tertinggi pengganas Filipina ditahan di Lahad Datu

LAHAD DATU - Pasukan keselamatan berjaya melumpuhkan pergerakan militan Sulu susulan penangkapan pemerintah tentera yang memimpin pencerobohan di Lahad Datu di Semporna awal hari ini.  

 Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an itu ditangkap bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada 1.30 pagi hasil maklumat orang ramai.  
 Beliau berkata selain itu, pasukan keselamatan turut menahan seorang rakyat tempatan yang bertindak menyediakan segala keperluan kepada militan pengganas sejak awal pendaratan mereka di Kampung Tanduo sehingga kini.  

 Tanpa menjelaskan butiran lanjut mengenai lelaki tempatan berusia awal 40-an itu, Khalid berkata suspek ditangkap bersama isterinya di satu kawasan di kampung tersebut pukul 10 malam tadi.   "

'Local coordinator' itu dikenal pasti sebagai individu yang bertindak mengatur makan dan minum, tempat tinggal, kenderaan serta perubatan kepada militan Sulu sejak daripada awal pencerobohan. 

"Dengan penahanan 'military commander' atau pemerintah tentera Sulu serta tali barut pengganas ini, saya berpendapat kumpulan militan kini lumpuh dengan tertangkapnya dua individu terbabit," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.  

 Khalid berkata dengan penangkapan dua individu terbabit, beliau percaya pergerakan saki-baki pengganas kini semakin terbatas dan lemah ekoran kehilangan arah selain tidak lagi mendapat bantuan daripada warga tempatan. 

  Sambil merakam penghargaan kepada masyarakat yang membantu memberikan maklumat sehingga tertangkapnya individu paling dikehendaki itu, Khalid berkata Operasi Daulat yang memasuki hari ke-19 hari ini tetap diteruskan dan membayangkan masyarakat sekitar Lahad Datu akan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa tidak lama lagi.

   Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang. 

  Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu. 

Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.  

 "Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.   

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.   Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya.  

 Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.  - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.8

Santai.. Kenapa Pengganas Sulu Tak Mahu Pulang?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...