Apa sebenarnya yang berlaku di LARKIN semalam? (With Video)


25 AUG 2013 KUALA LUMPUR : Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Tengku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan sekali lagi berang dengan mutu pengadilan pengadil perlawanan bolasepak diantara pasukan Johor Darul Takzim menentang pasukan Felda United di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin, Johor malam tadi. 

Tindakan Tengku Mahkota Johor itu, yang dilihat turun ke kawasan laluan masuk ke bilik persalinan dan memarahi pengadil perlawanan, dirakamkan oleh peminat Johor Darul Takzim dan di naik turun di laman youtube sejak dari malam tadi.

Jelas, tindakan Tengku Mahkota itu yang pernah dihukum oleh Persatuan Bolasepak Malaysia kerana kelantangannya dalam mengkritik mutu pengadilan bolasepak di Malaysia dianggap tidak professional. Tindakan Tengku Mahkota itu bukan sahaja boleh menyebabkan keadaan lebih buruk ke atas keselamatan pegawai perlawanan malah menyukarkan lagi situasi pegawai perlawanan untuk mengadili perlawanan JDT pada masa akan datang. 


Ibarat kata pepatah, Pengadil ibarat mentimun, TMJ ibarat durian, apalah yang mampu dilakukan oleh Pengadil perlawanan bila berhadapan dengan situasi seperti ini. Bila TMJ sendiri gagal mengawal amarahnya, rakyat jelata pasti akan mengikut rentaknya, sebagai tanda taat setia. Mampukah disaat itu kita menjamin keselamatan pegawai perlawanan ?

Namun jika di lihat dari prespektif yang lebih besar, sudah pasti, setiap pengadil perlawanan yang ditugaskan untuk mengadili perlawanan JDT pada masa akan datang menghadapi "sindrom TMJ" yang pasti akan menyebabkan mereka tergugat dalam membuat keputusan. Apakah kita mampu menjamin keputusan yang lebih telus dalam keputusan pengadil pada perlawanan JDT pada masa akan datang? Atau keputusan yang lebih memihak kepada JDT kerana bimbang TMJ akan murka selepas perlawanan ?

Harus diingat, Pengadil juga adalah insan biasa yang tidak lari membuat keputusan. Apatah lagi keputusan perlu dibuat dalam sekelip mata mengikut pengamatan undang-undang bolasepak. Dalam situasi ini, pasti setiap insan boleh melakukan kesilapan. Namun tindakan memarahi pegawai perlawanan itu secara terbuka, apatah lagi dari seorang individu yang berpengaruh dilihat tidak wajar.

Sudah pasti ada saluran yang lebih baik boleh digunakan sekiranya isu pengadilan di pertikaikan. Dan sebagai individu paling berpengaruh, Tengku Mahkota Johor seharusnya menggunakan saluran tersebut.-sumber

Punca Sebenar Tragedi Bas Kemalangan Di Genting Highlands Didedahkan Oleh Rakan-Rakan Sekerja sendiri! (Gambar-Gambar)


8 Alasan Mahkamah Membebaskan Azilah dan Sirul Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu..



Rumah Terbuka Zahid Hamidi Pun Dikacau Samseng!!

Pic hiasan

Memalukan! Wajah Wajah Penyamun Betina Bertudung Yang Dicekup Ketika 'buat kerja' Di Rumah Kenduri Tersebar.. (Gambar-Gambar)

Assalamualaikum kepada warga kepala batas.. berwaspada la anda semua sekiranya ada menghadirkan diri ke majlis rumah terbuka.. majlis kenduri kendara... baru tadi kami dapat tangkap satu sindiket mencuri di rumah kenduri.. sindiket yang menhantar dengan kereta jenis MyVI di tepi jalan.. 2 orang lagi pergi wat kegiatan mencuri di rumah kenduri.. modus operasi mereka.. berbaju kurung... muka manis..buat buat mcm kenal tuan rumah.. dan memakai beg tangan besar.... awas semua....

niat bukan untuk mengaibkan orang itu..tapi sekiranya anda nmpak muka org ni.. berhati hati la.. mungkin ada org lain lagi.. pemandu kereta MyVI itu berjaya melarikan diri.. kes ini berlaku di satu majlis kenduri di PAYA KELADI TENGAH Kepala Batas. bertarikh 18/08/2013..

mereka adalah sindiket yang menyasarkan rumah kenduri tepi jalan... di dalangi oleh orang tempatan... menggunakan kereta perodua MyVI... tip untuk kenal mereka senang je... no 1, salam dengan tuan rumah tak kasi duit.... no 2... sibuk tanya di mana bilik pengantin, no 3. duduk relex di ruang tamu sambil jeling jeling kiri kanan... jaga jaga.-sumber fb

ni pulak gambar bertarikh bulan mac tahun ni...suspek kes mencuri di rumah kenduri beralamat di tanjung malim...bulan 3 tahun ni.. cuba tengok.. ada persamaan tak? satu malaysia depa pusing...


Kes ni memang diketahui berlaku di seluruh negara dengan modus operandi yang hampir sama. Pesanan aku kepada tuan rumah yang nak mengadakan majlis kenduri kahwin tu, simpanlah barang barang berharga di tempat yang selamat dan sukar untuk dicapai oleh sesiapapun. 
Jadikan kes ini sebagai pengajaran. Tahniah juga aku ucapkan kepada pihak yang berjaya cekup dua ekor penyamun betina ini.

Pertemuan sulit Anwar Ibrahim dengan artis-artis Malaysia didedahkan..


Gambar sedang asyik menapau makanan di rumah terbuka Tun tersebar....



Kesah Terbaru Mahfuz dan Lampu Ajaib???


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...