Only In Penang. Promosi Arak Besar-Besaran sempena Aidilfitri. Syabas Pakatun!

Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.

Presidennya S M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria"."Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras."Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di Georgetown, hari ini.Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim gagal dihubungi Bernama bagi mendapatkan maklum balas mengenai isu berkenaan.- Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.6

Diana Amir diintai Ustaz Pas?

Hampir setahun rasanya Diana Amir berhijrah dan semakin hari gadis ini tampak semakin manis dalam imej Islamik yang di’pilih — para ustaz juga bersetuju.

Dalam temubual terbaru bersama Kosmo!, pemilik sebenar nama Nurdiyana Amir Hashim ini mengakui ada beberapa orang lelaki bergelar ustaz mengajak untuk berkenalan.Namun anehnya, Diana Amir terus tidak membalas SMS ustaz berkenaan yang mengambil inisiatif untuk memulakan langkah perkenalan atau taaruf, istilah mereka.

“Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup & tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri”Diana Amir bagaimana pun berkata beliau tidak menolak jika di’jodohkan dengan lelaki bergelar ustaz asalkan mempunyai peribadi yang baik & boleh membimbing.
Meletakkan lelaki yang beriman dan bijak dalam membimbing keluarga sebagai kriteris, Diana Amir mensasarkan untuk berkahwin pada tahun hadapan kerana ingin zuriat.“Saya mahu cepat-cepat dapat zuriat.

Kalau dulu saya mahu kahwin sebab mahu mempunyai suami, tetapi sekarang saya begitu mengimpikan untuk mempunyai cahaya mata sendiri kerana saya terlalu sukakan kanak-kanak,” jelas Diana Amir.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Subhanallah. Bayi dalam kandungan memegang tangan doktor! (2 Gambar)

Gambar menakjubkan ini dirakamkan oleh jurugambar akhbar USA Today ketika proses kelahiran seorang bayi yang baru mencecah usia kandungan 21 minggu.

Bayi lelaki itu yang diberi nama Samuel mengeluarkan tangan kecilnya dari lubang bedah rahim ibunya. Ketika doktor mengangkat tangannya, Samuel memberi reaksi terhadap sentuhan dan meramas jari doktor. Seolah-olah memohon kekuatan untuk dikeluarkan dari rahim ibunya.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Oh Tak Mungkin! Kalipah Guan Eng takkan berkata begini!

GUAN ENG: DAP TETAP TOLAK HUDUD

DAP mengulangi pendirian bahawa parti tersebut tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini dan perlaksanaan undang-undang hudud seperti yang disarankan Pas dan Umno.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah, namun menegaskan DAP dan Pas bersama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan  kuasa.

“DAP dan Pas boleh dan harus bekerjasama untuk masa depan rakyat berdasarkan prinsip bersama yang menyatukan kita daripada membiarkan perbezaan ini untuk memecah belahkan kita.

“Jelas, ‘dasar bersama’ tersebut tidak menyebut tentang perlaksanaan negara Islam atau undang-undang hudud dalam kerajaan persekutuan PR masa depan,” katanya.

Kata Guan Eng lagi, atas sebab ini, DAP dan Pas telah menandatangani dasar bersama yang menyatakan kerangka kerjasama dan dasar membina negara-bangsa kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat (PR) masa depan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Apa Yang Hang Meroyan Tak Habis-Habis Lagi Ni Hairie Oii??

Sejak sokong PAS, aku tengok ni makin kronik segala tutur katanya yang meraban tak ketahuan hala.


Ya ALLAH jadikanlah Hambamu yang BERAGAMA islam menjadi sepakat menegakkan segalanya...

Berkemungkinan Hairie jadi macam ni pasai kurang pendidikan..tapi ada hati nak cakap soal politik.
Penuhkan ilmu di dada dulu..belajar sejarah...baru boleh nak pengaruhi orang...

Ada Paham!!

Nuar Jangan Suka Sangat! 16 Kerusi Parlimen Disandang PKR Mungkin Terlepas!

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak kecut untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Kolej TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. 


Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata malu menjadi Melayu. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi membela Melayu ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ëMelayuí sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1. working class yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 dan 45 tahun,

2. golongan muda yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 dan 25 tahun serta 

3. pengundi India yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. 

Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap diberi mukaí sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa kem dan peningkatan rasa curiga serta dingin di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya. 

Ustaz Kazim Kata Kat Sapa Ni?

Pencacai Pakatan jangan panas hati pulak!
Apa yng Ustaz Kazim cakap tu tiada yang tidak benar melainkan benar-benar belaka.
Kalau tak betul, jangan ada yang melenting pula!
Nanti dicopnya pula Usataz Kazim ni Ustaz UMNO..
Ala.. Tipikal Pencacai Pakatan..

Tu Dia! Bukti Syiah Dah Sebati Dalam PAS!


ps: Sedarkah kita betapa terpesongnya syiah?
Kenapa pemahaman syiah dibiarkan bermaharajalela di dalam pas?


Adakah PAS ada agenda nak menerapkan fahaman syiah di malaysia.. 
Cuba kita lihat di negara seperti Syria, iran, Iraq dan beberapa negara yangbermazhab syiah yang kuat,.. adakah kita izinkan pemerintah negara adalah dikalangan syiah?


Sembelih dan berbunuhan sesama muslim antara sunni dan syiah tidak mustahil berlaku di Malaysia jika bilangan penganut syiah angkanya makin meningkat dari hari ke hari dan Pas pula dilihat membiarkan sahaja hal ini terus disebarkan.

Yang nyata pas dilihat semakin syiah!

Maulidur rasul tak boleh sambut... tetapi sambutan maulid zainab qubro boleh pula?


Ya Allah kau lindungi kami semua dari kejahatan syiah... amin

Gempar! UFO Berlegar-Legar Di Sunway Mentari? (video)


Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai.
Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam.

Artis Hot Shila Hamzah Mengekori Jejak Abby Abadi? (Bergambar)


  
Shila Hamzah, anak kepada Andy Lala pula berhijrah? 
Namun Shila dikatakan hanya mencuba mahu berubah di bulan Ramadhan. Ikhlasnya, Shila nampak manis bertudung berbanding personalitinya sebelum ini.

Gambar Protes Pelacur Minta Di Layan Secara Baik

PELACUR dan anggota Kesatuan Pekerja Seks (STRASS) berarak di dataran Pigalle, Paris kelmarin.
Sejumlah pelacur dan anggota Kesatuan Pekerja Seks (Strass) mengadakan satu demonstrasi di sini kelmarin. 


Mereka berhimpun di dataran Pigalle di pusat bandar raya ini dengan membawa kain rentang dan sepanduk dengan menuntut layanan lebih baik dan bermaruah diberikan kepada pelacur dan pekerja seks. Mereka juga meminta supaya aktiviti pelacuran diterima sebagai satu bidang pekerjaan. – AFP


**********

Bagaimana pula di Malaysia?
Ada berani buat tuntutan ini?
Namun ia tidak mustahil berlaku jika sekiranya pakatan haram memerintah kerana pakatan mementingkan kebebasan dan hak kesamarataan. 
Tak terkecuali juga denga perjuangan LGBT yang dibawa oleh mereka.

Senarai pemenang harga bidaan no plat AJA1 hingga AJA10. Lee Chong Wei Pun Ada!






Nombor pendaftaran bagi negeri Perak untuk AJA sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Perak di Ipoh. Senarai bidaan bagi no plat AJA 1 hingga 10 menunjukkan bidaan awam tertinggi ialah AJA 1 dengan nilai RM RM 112,200 dan bidaan terendah ialah AJA 10 dengan nilai RM 13,660.



Ramai orang Melayu yang kaya sekarang ni.
Alhamdulillah. Kemakmuran di bawah kerajaan UMNO/BN.
Tapi malangnya ramai orang melayu sendiri yang dengki dan iri hati!
Nizar jangan meroyan pula sebagaimana apa yang dia kata kepada Sultan Johor.

Kita tak tau orang Islam diatas tu dah spend banyak mana duit mereka ke arah kebaikan dan kebajikan, baik kita diam saja untuk mengelakkan fitnah!

Gamba-Gambar 'YB' Leman Yang Bermuka-Muka Dan Memang Lawok..




Mengambil maklumat warga miskin

Apa punya Dol, masuk kg pakai suit.. YB Betul pun tak buat keje lagu ni

Merapatkan hubungan dengan pengundi muda
Selepas sesi kaunseling bab perniagaan beg kulit
YB melihat parit yang tersumbat
YB mengira berapa keping atap untuk rumah mangsa ribut
YB bertanyakan saham FGV naik atau jatuh
YB makan tak kira tempat janji tie dan coat cendoi mesti pakai
YB selesai ditemu ramah oleh TV Siam
Baru ada class


Undi Umno Dapat Lebih Pahala Berbanding Pas?

Pemuda Umno Kelantan menyifatkan pengundi yang akan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang akan mendapat lebih pahala daripada apa yang mereka peroleh berbanding mengundi Pas.
Ketuanya, Anuar Safian berkata, pihaknya memberi jaminan jika Pas tidak berbuat apa-apa kemajuan dalam Islam dan bangsa Melayu di negara ini, mereka tidak boleh mendabik dada dengan mengatakan rakyat akan mendapat pahala apabila mengundi parti itu.
“BN terbukti banyak mengotakan janji dan menggerakkan syiar Islam di negara ini.“Apabila bandingan dibuat terhadap tahap pencapaian Pas yang banyak menabur janji berbanding mengotakannya, malah mengatakan dengan memberi sokongan sudah membuahkan pahala, tentu rakyat yang mengundi BN mendapat ganjaran lebih daripada itu.
Pada 29 Jun lalu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membuat kenyataan dengan mencabar Umno mengundi parti itu atau BN pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan pahala jika Umno percaya perjuangannya selari dengan apa yang dikehendaki Islam.
Anuar berpendapat, pahala itu boleh diibaratkan orang yang solat sunat Tarawih lapan dan 20 rakaat pada bulan puasa, jika solat lapan rakaat boleh mendabik dada dengan mengatakan mendapat pahala besar, sudah tentulah Terawih 20 rakaat lagi besar pahalanya.
Pada masa sama, beliau berkata, rakyat seharusnya membuat penilaian sebenar mengenai kemajuan syiar Islam yang dicapai sepanjang 12 dan 22 tahun pemerintahan kerajaan Pas Kelantan.
“Mereka (rakyat) perlu memikirkan sama ada ia (Pas) layak atau tidak diberi pengiktirafan demikian.“Apa hukumnya pula jika mengundi sebuah parti yang hanya pandai berjanji yang penuh dengan retorik, iklan dan saling memfitnah kerana apa yang dirisaukan, melaluinya takut ia boleh menambah dosa,” katanya.-SH

Published with Blogger-droid v2.0.6

[Bergambar] Mufti Saudi ini menangis teresak-esak... Mengapa?

Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:

Wanita Islam dirogol sampai mati.


Berita Terkini dari Burma;
1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu

Kerajaan BN tak pernah saman kami, mana janji PAS Kedah? (Pics Pasar Ramadhan)

MANA JANJI KERAJAAN PAS KEDAH??!!...

Cina DAP Rasis Tunjuk Belang: Kerana Filem Tanda Putera, Nama Muhammad Dipermainkan!

Rahmat Ekamatra Berhijrah Jejaki Langkah Abby Abadi?

Abby? Sorilah.
Tidak sama sekali!!

Penang: Boikot Je Restoran Ni! Makan Katak Di Dapur,Jamu Orang Islam. Kurang Ajar!



Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hi
Tukang masak di kopitiam ini disyaki makan dan memasak katak di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan.
JELUTONG - "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak, tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur,"

Cadangan 7 Logo Baru Sambutan Hari Kebangsaan Yang Lebih Mengancam. Mana Satu Pilihan Anda? @NajibRazak


Logo sambutan hari kebangsaan pada tahun ini dikecam oleh pelbagai pihak. Kalau yang mengecam dari segi tema iaitu 'Janji Ditepati', biasalah itu dari pihak pembangkang. Mereka sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri dimana mereka lebih popular dengan slogan JANJI DITABURI.

Dalam hal tema, aku tiada masalah untuk sokong 100% terhadap tema tersebut. JANJI DITEPATI ternyata memang sesuai dan tepat sekali.

Yang menjadi polemik ialah rekabentuk logo yang terlalu ringkas, kelihatan tidak kreatif dan dilihat terlalu mudah untuk dihasilkan waima pelajar-pelajar sekolah pun mampu menghasilkannya dengan teknik suntingan.

Oleh yang demikian,, dengan rasa rendah dirinya, aku beri cadangan kepada Perdana Menteri Malaysia jika masih ada ruang, DS Najib Razak untuk memilih mana-mana dari logo berikut untuk ditukarkan dengan logo asal. Ini semua adalah hasil kerja rakyat Malaysia yang kreatif dan prihatin. 

Namun jika kepimpinan atasan merasakan logo yang sedia ada sudah memadai dan sudah cukup terbaik, aku sebagai pendokong kuat kerajaan BN akur dengan segala keputusan yang telah diputuskan. 
Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan logo sedia ada itu dipilih secara rasmi. 


Nota: Semua 7 rekabentuk diatas adalah hak cipta terpelihara pereka yang berkenaan. Kepada yang tak tahu rupa logo asal,logonya adalah seperti dibawah.

Sadis! Kucing disimen sehingga paras kepala. (video)



Aku tak paham betul manusia yang tergamak buat tindakan macam ni pada haiwan.

Wanita Selamba Badak Turun Patahkan Penghadang Parkir (Video)


Woman vs Parking Barrier Wanita ‘Sempoi’ Patahkan Penghadang Parkir

Ini video yang kita boleh katakan jarang dilihat di mana-mana sama ada di pusat membeli-belah atau pun kawasan parkir rumah.

Kajian Terhadap 10,000 Orang Ini Membuatkan Khalid Ibrahim dan Ostad Zizan Tak Lena Malam


Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula negeri Selangor dan Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat (PR), menurut kajian dari Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

KP Pas Merengek Merayu-Rayu Minta Tolong padam gambar Fathul Bari sedang disolek

Sebab tu KP Pas buat rayuan sebegini sebab kedua-dua mereka sama-sama disolek, bukan seorang saja. Cuma gambar KP Pas saja tak sempat disnap.
Kalau isu dimainkan lebih lama, keluar pula muka dia disolek, tak ke malu balik dan naya kepada puak hamPAS kan?
Kekadang Kesian tengok mentality puak pecacai PAS kan? Dosa pahala depa belakang kira!
Parti Islam Konon!! Phuii!!!


***********
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan merayu kepada semua pihak khasnya penyokong Pakatan Rakyat agar jangan menyebarkan gambar Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang sedang disolek oleh wanita.

Ini berikutan ada pihak-pihak yang menyebarkan gambar itu untuk memalukan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu) itu.

Gambar itu diambil ketika Fathul Bari dan Nasrudin disolek oleh jurusolek wanita ketika kedua-duanya menyertai debat anjuran Sinar Harian baru-baru ini.


"Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.


"Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.


"Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa," kata Nasrudin.


Nasrudin membuat gesaan ini melalui facebooknya yang sehingga kini sudah mendapat 41,986 likes dan 13,840 orang bercakap tentang perkara ini.


Dalam catatan itu, Nasrudin mengingatkan semua bahawa sekarang adalah bulan Ramdhan, bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.


Justeru itu, katanya, beliau harap sangat - sangat agar tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk "PRU 13, Orang Muda Pilih Siapa?" baru - baru ini.

Menurut Nasrudin, beliau bersetuju bahawa juru solek wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya.

"Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru solek lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang," katanya.

Teguran itu, katanya, dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai.

"Penganjur bersetuju dengan teguran saya," beritahu Nasrudin.

Menurut Nasrduin, beliau sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas 'touch up' muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini.

Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi beliau.

"Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium.

"Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]," tulisnya lagi.

Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali, katanya.

"Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati," katanya lagi.

Aduhai.. Apa Punya Iklan Lucah Daa..

Apa crita ni? Dah tadak modai sangat ke nak melariskan produk?
Punya lah banyak perkataan elok boleh guna..
perkataan toottt tu jugak nak guna..
Aduhai manusiaaa.. mengejar duniawi sehingga tidak memikir akibatnya.


p/s: ada orang kata ni gambar edit.
dapat kat lobai PAS, mau terbang kopiah depa.. Hehe

Apa Yang Rosmah Mansur Sedang Buat Tu? Jahatnya??

Begitulah persepsi negatif yang sering bermain dikepala pecacai pakatan haram terhadap DS Rosmah. Semoga beliau memperolehi lebih banyak pahala lagi.
Alhamdulillah. DS Rosmah sedang bertadarus rupa-rupanya, Ingatkan tengah buat apa tadi.

Gambar ini diharapkan dapat membuka mata, membuka hati juak-juak berhati hitam yang selama ni menganggap Datin Seri Rosmah seolah-olah mempunyai keperibadian yang teruk sangat. Terima kasih kepada hamba Allah kerana telah berkongsikan gambar ini bersama kami. 

Kalau aku tak dapat gambar ini aku pun tak tau Datin Seri Rosmah akan bertadarus setiap pagi di bulan Ramadhan. Berbimbingkan seorang Ustaz pulak tu!
Terima kasih Ya Allah.. Semoga ramadhan tahun ni dapat menyatupadukan kita semua. Amin


p/s: Juak Pecacai pakatan yang bajet alim pun ramai yang tak bertadarus di bulan Ramadhan.
Bab tudung, sama-samalah kita doakan beliau cepat lagi dapat hidayah untuk bertudung litup.
Kita doakan yang terbaik, bukannya mencaci dan mengeji. InsyaAllah.. 

Sadis! Abby Disihir Dan Frust Menonggeng!

Ikutilah kisah sedih dan pilu pengalaman pahit Ustazah Abby abadi yang pernah melalui saat-saat getir beberapa bulan sebelum menyertai PAS. 

Kisah Disebalik Kemalangan Yang Melibatkan @rozaidijamil (Zed Zaidi)

Zed Zaidi kemalangan jalanraya.
Betul ke berita ni? 
Setelah diselidiki melalui mat Google, baru lah tau rupa-rupanya ia hanyalah satu adegan kemalangan dalam satu babak lakonan saja. 
Dengaq kat Aaron Aziz tak ke dia terharu? Hehe


Zed Zaidi, aku nak pesan satu, teruskan perjuangan hang bersama membantu UMNO selagi  mana yang hang mampu. Usah peduli apa orang kata.
InsyaAllah. Kejayaan Milik Kita. Allah sentiasa bersama di pihak yang benar.

Muka-Muka Cybertrooper Pakatan Haram Sedang Berkursus


Sebahagian dari gambar cybertrooper-cybertrooper PKR dan DAP KAFIRUN sedang menjalani kursus cybertrooper di PKOM. Sudah pastinya agenda menanam kebencian kepada kerajaan UMNO/BN menjadi agenda utama puak-puak ni.
Tak mustahil la kalau mungkin depa ni anti ISLAM dan MELAYU. 


Buat keyboardwarrior pakatan yang baca blog ni, tarik nafas panjang-panjang dan fikirkan semasaknya.

Adakah Malaysia ni dah terlalu teruk?
Tiadakah secebis nikmat yang korang perolehi sejak dari rahim ibu hingga dah besar panjang sepanjang BN memerintah?
Apa lagi yang korang mahukan di Malaysia ni??

Benda yang salah tetap salah dan aku pun sokong mereka dihukum..
Jangan kerana beberapa kekhilafan kecil, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan di Malaysia ni korang nak perjudikan!

Pengsan Secara Live! Di Kaca TV! KP PAS? (Video)



Ankara – Pembaca berita jelita terkenal Turki, Seda Selek, pengsan ketika siaran langsung berita harian stesen Kanal 24, semalam.

Dia pada awalnya kelihatan seperti tidak selesa ketika siaran berita itu apabila sering memandang ke bawah dan seperti panik.

Selek kemudian dilihat seperti cuba mengubah kedudukan kerusi sebelum tersungkur. Seorang petugas berdekatan segera mendekati pembaca berita itu bagi memberi bantuan.



Bagaimanapun, doktor yang memberi rawatan mengesahkan tiada apa yang perlu dibimbangkan, menurut laporan.

“Doktor memberitahu bahawa tekanan darah saya terlalu rendah. Sekarang saya sudah kembali baik,” kata Seda selepas itu.

Rakannya dipetik sebagai berkata: “Seda sudah sihat. Dia cuma malu kerana pengsan disaksikan semua penonton di seluruh negara.” Klik Sini

Macam-macam perkara boleh berlaku dan nasib baik insiden pengsan ni berlaku di Turki.

Bayangkan sekiranya ianya berlaku dalam program Debat Sinar Harian baru-baru ni,nak jadi cerita yang pengsan tu Nasrudin Hassan Tantawi mesti juak-juak Pakatan Haprak tuduh UMNO punya angkara.

KehKeh.. Pembangkang Takut Slogan ‘Janji Ditepati’ Kerana Mereka Amal ‘Janji Ditaburi’

KUALA LUMPUR, 24 Julai – “Pembangkang tak perlulah nak sibuk politikkan slogan Hari Kemerdekaan ke 55 iaitu ‘Janji Ditepati’.

Penjelasan Duit Baru Malaysia Sama Dengan Duit Cina Mati

Mesti ramai pelik kenapa duit keluaran baru Malaysia 2012 sama dengan duit cina bagi orang mati. Disini, kami ingin beri penjelasan bahawa duit cina tersebut dikenali sebagai Hell Money telah meniru rekaan duit Malaysia.

Untuk pengetahuan, duit kertas terbaru telah direka bermula pada tahun 2005 dan dibuat berdasarkan konsep negara ini. Pada akhir tahun 2011, kesemua gambar duit baru ini telah dipaparkan kepada umum melalui media blog mahupun akhbar.

Ada kemungkinan besar bahawa rekaan duit tersebut telah ditiru oleh duit bagi orang cina yang telah meninggal.-Suara People

Penyamun Dikehendaki!

Anda kenal lelaki ini tolong hebahkan. 
Kes samun bersenjata kedai emas di Carefour seberang Jaya, P.Pinang..

Anwar Nyanyi Sorang-Sorang Di Hadapan Puluhan Ribuan Hadirin!



Kesian tengok mamat Anwar ni..
Dari video yang dilihat, dapat kita simpulkan ceramah menipu rakyat ini mendapat sambutan yang cukup hambar dari rakyat Kuching, Sarawak. Paling kuat ratusan orang saja.
Ceramah pun diadakan hanya di belakang lorong gelap.

Lagu trademark Anwar sekarang  ini iaitu Madu dan Racun boleh dikatakan dinyanyikan dalam hampir kesemua  tempat ceramahnya dan boleh dikatakan jarang mendapat perhatian penonton.
Aku yang tengok dia nyanyi pun rasa geli. Apa yang syok sangat lagu tu tak tau le..
Nak ikut dia nyanyi pun tak lalu disebabkan senikata yang cukup bodoh sekali.

Orang Sarawak pun mesti terpinga-pinga apa la lahabau ni duk ngarut menyanyi sorang-sorang tak ketahuan punca. Kesian Kat Nuar..

Video eksklusif serangan puak Rakhine di Myanmar



Kasihan sekali melihat penderitaan mereka..

Tiada sebarang tindakan/usahakah dari Malaysia atau negara Islam bagi membantu nasib umat Islam di sana?

Ya ALLAH Ya TUHANKU...Engkau turunkanlah bencana kepada mereka yang telah menindas orang-orang islam.

 Walaubagaimanapun, aku bersyukur yang teramat sangat dapat tinggal di bumi bertuah Malaysia ini..

Gambar-Gambar Ulamak Syiah Yang Mati Yang Perlu Kita Insafi

Seorang Ulama Syiah Rafidhah Yang paling di Gemari oleh pengikutnya Pernah berkata Sebelum Ia Mati :

"Seandainya Saya Mati dan masuk Surga, lalu saya jumpai Umar bin Khattab ada di dalam surga, maka saya meminta kepada Allah untuk mengeluarkan ku dari surga" .

Lalu kemudian Tokoh Syiah ini Wafat, dalam keadaan yang aneh, Wajahnya Hangus, seoalah-olah terbakar, Padahal ia mati bukan karena kebakaran. dan lihatlah pada Gambar di bawah ini.

Semoga ini menjadi pelajaran bagi para penganut syiah yang lain untuk segera bertaubat..!!,



Macamana pula yang ini?
Sapa nak jawab?
Bertaubatlah puak-puak PAS yang telah diserapi fahaman syiah tu..

Bongkar! ZZ Dedahkan Pula Dalang Fitnah Rosmah?


Syabas aku ucapkan kepada zamzarinazambri diatas hasil usaha beliau yang bersama-sama membantu membersihkan fitnah yang dijaja oleh puak pakatan haram. 

Insiatif yang si ZZ lakukan semalam(Video di SINI) dengan mengadakan rakaman eksklusif bersama Farid Ismeth Amir sekurang-kurangnya dapat menepis tohmahan jahat dari puak pakatan yang tak takut dosa memfitnah dan mengadu domba orang itu.

Kali ni si Zamzarina keluarkan satu entry lagi membongkarkan dalang yang memanipulasi dan memasukkan info palsu didalam wikipedia dan kemudian djaja ke serata alam. Teruskan usaha anda Zamzarina membongkar kepalsuan menegakkan kebenaran.


WIKIPEDIA

Disinilah antara punca hal ini berlaku.. Ramai yang tak pasal-pasal dapat dosa kering menyebarkan fitnah yang mereka percaya ia perkara sahih! Jom kita baca skit tentang Wikipedia..


Maafkan ZZ andai penjelasan ZZ ini kurang tepat.. Almaklumlah ZZ bukan seorang yang arif dari segi teknikal dan internet.. Apa yang ZZ cuba jelaskan adalah berdasarkan bacaan dan pemahaman sendiri..

Jika dilihat daripada penerangan di atas.. Wikipedia adalah 'Open Source' yang mana artikelnya disumbangkan oleh 'volunteers'.. Justeru, rujukan di sini tidak semestinya tepat dan diragui.. Bak kata orang, 'dengar boleh percaya jangan'..

Berbalik kepada emel yang ZZ terima, menurut pengirim Dalang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah di Wikipedia terdiri daripada beberapa individu yang sengaja nak memutarbelitkan fakta.. Lihat gambar dibawah..

 
'Screen shot' di atas menunjukkan tiada maklumat 'Farid Ismeth' seperti yang telah diubahsuai pihak tertentu.. Walaubagaimanapun, maklumat di Wikipedia tersebut telah diubah sebanyak lebih 60 kali dengan memasukkan beberapa fakta 'negatif'.. Menurut pengirim, beliau telah membetulkan fakta yang sebenar bagaimanapun pihak satu lagi akan menukarkannya kembali.. Baca seterusnya di

Panas! Rosyam Nor Bakal Kahwini Rita Rudaini??

Pelakon cantik, Rita Rudaini mengakui ada terfikir untuk berhijrah imej menjadi seorang wanita yang bertudung. Bagaimanapun, Rita yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Balistik di sekitar Lembah Klang mahu berhijrah dengan kerelaan hati.

"Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berhijab. Terus-terang, saya ada terfikir untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah saya bertudung atas kerelaan hati tanpa ada paksaan orang lain," kata beliau.

Dalam pada itu, Rita Rudaini memberitahu, lamaran untuk menjadi isteri Rosyam Nor dalam filem Balistik diterima kerana dia tahu produser hebat ini seringkali memberikan watak yang terbaik buat dirinya.

"Sebenarnya, sebelum ini Rita ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain. Namun, Rita tidak terima tawaran berkenaan kerana berasakan ianya tidak bersesuaian dengan Rita.

"Namun, Rita setuju untuk terima berlakon dalam filem Balistik kerana Rita tahu Rosyam tidak pernah mengecewakan Rita.

"Buktinya, setiap kali drama yang Rita berlakon di bawah syarikat produksinya, pasti ianya akan memberikan impak yang bagus buat diri Rita. Lagipun, Rita pun serasi bekerja dengan dia," jelasnya.-Murai


**************


Alhamdulillah, Rita memang dah memasang niat untuk berhijrah memakai hijab. Janganlah tangguh-tangguh lagi Rita.


Cuma aku nak pesan, bila dah berhijrah tu Rita tak kena 'kejutan budaya' sepertimana Mak Janda Anak 3 Artis PAS sorang tu yang menggelabah tak ketahuan punca.



Solat Dipersenda?

Kalau orang sekali pandang, memang nampak kelakuan ni biadap dan seolah-olah cuba nak permainkan tiang agama Islam. Aku yang tengok gambar ni mula-mula pun hangin jugak. Tapi bila diselidiki,mamat yang dalam gambar tu tunjuk ajar orang lain cara-cara solat islam. Lebih kurang macam dakwah la.,
Lebih gambar dan detail sila pi kat

Tapi pakaian yang dibelakang tu macam kurang sesuailah kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...