Terowong Rahsia Muammar Ghadaffi (Pics)

Terowong rahsia Muammar Gaddafi berjaya dijumpai dan dibongkar oleh pihak pemberontak Libya. Operasi memburu Gaddafi masih buntu walaupun lebih 10 apartment persembunyiannya sudah digeladah termasuk terowong-terowong rahsia turut diserbu masuk.

Sementara itu harta-harta dan wang Libya dibekukan. UN meluluskan £1 billion dilepaskan bagi tujuan perubatan manakala Libya diangarkan memerlukan £4 billion untuk ekonominya kembali beroperasi.
  • £12 billion di Britain – beku
  • £22.5 billion di Amerika – beku
Sekurang-kurangnya £100 million hartanah Libya di London, emas simpanan rasmi negara bernilai £3.6 billion dan dipercayai £80 billion emas simpanan yang tidak dicatatkan secara rasmi.


Serangan udara dari NATO
Mayat pengikut Gaddafi yang setia mengorbankan nyawa
Terowong rahsia Gaddafi dijumpai
Geledah dalam terowong rahsia
Kemudahan telekomunikasi dalam terowong rahsia
Terowong gelap
Alat bantuan pernafasan digunakan bagi tujuan keselamatan

Kereta ini digunakan untuk bergerak dalam terowong rahsia

Populariti Najib Ikut Kajian Merdeka Centre: Kencing Je Tu!


AS rujuk pada artikel penyangak malaysianinsider yang mana ketepatan kaji selidik ini boleh dipertikaikan. Sampel yang diambil nyata tidak mewakili dan menggambarkan keseluruhan populasi rakyat Malaysia.

Tapi kalau AS petik komen Dr datuk rahman Dahlan, mempunyai seorang PM yang memiliki lebih 50 peratus sokongan merupakan pencapaian besar mengikut senario politik semasa dalam negara kita. Adakah Datuk rahman (MP) Kote Belud seorang yang mudah berpuas hati?

Apa yang nyata, kita jangan terlalu risau atas momokan pakatan haram yang mempergunakan mempergunakan Merdeka Centre untuk melakukan propaganda murahan. Anwar Brahim sendiri dah angkuh kononnya 'rakyat' dah tak suka Najaib, padahal dia tak cermin muka dia sendiri yang mana majority rakyat memang dah lama jelak, benci, meluat dan melugai dengan dia!

Beberapa pemimpin Sabah hari ini mempersoalkan ketepatan sebuah kaji selidik yang menunjukkan tahap populariti atau puas hati rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merosot.

Mereka berkata populariti di kalangan rakyat lebih meningkat daripada sebelum ini dan beliau dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Maklum balas tersebut diberi ekoran kajian Merdeka Centre For Opinion Research yang melaporkan penarafan Najib menurun enam peratus dari 65 peratus pada Mei 2011 kepada 59 peratus pada Ogos ini. Dalam reaksi spontan semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meragui kaedah persampelan digunakan dalam kaji selidik itu, sambil berkata ianya tidak menimbang perspektif komuniti luar bandar, masyarakat India dan penduduk di Kuala Lumpur yang menyokong padu perdana menteri itu.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berdasarkan interaksinya dengan rakyat, perdana menteri mempunyai penafaran populariti yang tinggi. Perdana Menteri adalah seorang yang 'simple' sekali yang dekat di hati rakyat dan memahami masalah mereka supaya dia boleh memperoleh maklum balas yang cukup apabila membuat sesuatu perancangan, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan barisan kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, di sini hari Rabu.

Lebih 40,000 orang mengunjungi rumah terbuka itu dari pukul 10 pagi hingga 2 petang tadi. Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata Najib merupakan seorang pemimpin berinovasi yang memastikan semua pembangunan dalam negara ini membawa manfaat sehingga ke peringkat akar umbi termasuk di kawasan luar bandar.

Ketua MIC Sabah, Datuk V. Jothi bersetuju dengan Dr Rais bahawa hasil kaji selidik itu tidak mencerminkan sentimen komuniti India kerana golongan itu sebenarnya mula memperbaharui sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) selepas melihat usaha Najib menyatupadukan semua masyarakat di negara ini.
"Dia (Najib) sentiasa bertolak-ansur. Dia mahu memberi lebih peluang kepada setiap kaum dan tiada yang terpinggir. Masyarakat India amat menyokong perdana menteri dan kerajaan pada masa ini. Mereka sebenarnya kembali semula kepada BN. Mereka sedar hanya BN sahaja boleh membawa kemajuan kepada mereka," katanya.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kajian populariti itu amat bergantung kepada isu-isu semasa.
"Seperti kita ketahui, sejak beberapa bulan lepas, pembangkang menggerakkan kempen menentang Najib bermula dengan Bersih 2.0 dan ianya sedikit sebanyak memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran negara dan perdana menteri. "Tetapi secara serius, mempunyai seorang perdana menteri yang memiliki lebih 50 peratus sokongan merupakan pencapaian besar mengikut senario politik semasa dalam negara kita. "Saya fikir beliau adalah konsisten sejak dulu dalam pendekatan ketika kita mendekati pilihan raya akan datang. Saya fikir sokongan sebenar untuk perdana menteri akan menjadi kenyataan dan itu yang amat penting," kata Anggota Parlimen Kota Belud itu.

Pengerusi Gerakan Sabah Datuk Gordon Leong berkata apabila melihat keadaan sekitar, pada hakikatnya rakyat memang sayangkan perdana menteri. "Sekiranya anda lihat reaksi rakyat setiap kali Najib melawat Sabah, ianya jelas beliau amat dihormati. Di mana sahaja beliau melawat, ramai yang berpusu-pusu untuk berjabat tangan. "Konsep 1Malaysia diterima secara meluas di Malaysia dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebenarnya telah banyak menghasilkan manfaat," katanya. Leong berkata adalah silap untuk menyatakan populariti Najib telah merosot kerana beliau sedang melakukan sesuatu untuk membangunkan rakyat dan negara dan ia memerlukan masa.

Mat Sabu Makin Kritikal!


Mat Sabu Bakal didakwa dibawah Akta hasutan Kerana Menghasut Menyokong Komunis Dan Memutarbelit sejarah negara.

Mat Sabu Juga Bakal Berdepan siasatan SPRM berhubung kes Penyelewengan Tuntutan Rawatan Kesihatan Dengan PBA

Bersiap sedia lah wahai Mat Sabu.lak!
Putar Jangan Tak Putar. Jangan duk buat lupa pu
Nik Aziz Dah Ready dengan Pelbagai Fatwa Merapu.
Harakah Siap Sedia Nak Memfitnah.
Pencacai Siap Sedia Menyalak......

ADUN cina PKR menyertai takbir Raya rumah ke rumah! Ok Ke? (Pics)

ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk.
Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir. Apa yang kita fikirkan bila melihat situasi begini?

Bagi AS, Takbir merupakan puji-pujian kepada Allah.
Boleh ka seorang yang bukan islam buat amalan sebegitu?
Kalau dia betul-betul ikhlas baguslah. Jangan pula nanti memperbodohkan orang melayu saja demi untuk meraih undi!
Ini yang AS risaukan.
Mereka bertakbir ini hanya lakonan semata sahaja bagi mereka untuk meraih sokongan orang melayu.








Santai Raya AS: Kolej Termewah Di Dunia! (Pics)

ermewah Di Dunia










Pagi raya ni AS nak bersantai dengan para pembaca tinggal jap bab politik dimana masa utnuk kita bermaaf-maafan. AS nak kongsikan sesuatu yang agak menarik dengan kalian.

Jangan salah faham ye ! Ini bukan pusat beli-belah,hotel atau pun tempat sejenisnya di mana orang bersenang-senang,tapi ini adalah bangunan sekolah,tempat orang belajar, menimba ilmu. Orestad College, di Denmark, menjadi satu satunya bangunan sekolah termewah dengan berbagai kemudahan kelas satu.

Kolej ini dirancang senyaman mungkin untuk para siswa supaya mereka boleh menghasilkan prestasi maksima.Dikalangan akademikDenmark percaya bahawa sinar matahari dapat membangkitkan semangat belajar para pelajar.
Bangunan kolej direka sedemikian rupa untuk memaksima kemasukan cahaya matahari.

Tidak seperti kolej biasa yang serba sederhana,maka rekaan bahagian dalam dibuat serba terbuka, sehingga lantai bahagian atas boleh melihat bahagian-bahagian di bawahnya.Selain sambungan internet di setiap tempat, setiap siswa juga mendapat laptop.
Juga ada bantal orange pelbagai
fungsi yang boleh digunakan untuk
santai, belajar, atau tidur untuk melepas kepenatan.Tidak hairanlah rekaan unik kolej ini berhasil mendapat pengakuan antarabangsa melalui beberapa penghargaan.

Melihat semua yang ada di Orestad College, rasanya memang tidak ada alasan untuk tidak cemerlang.

PDRM Kena Saman RM5 Juta! Camne Spark Plug Diguna Pecah Cermin Kereta! (Vid)


AS:Amboi, senangnya kerja! Senang-senang nak kaya cepat nak saman polis RM5 juta woo! Polis tangkap budak-budak tu sebab ada barang kes untuk dijadikan budak-budak tu sebagai suspek!

PDRM buat kerja dia. Kalau dia buat lembut lembai habislah semua penyamun penyangak bermaharaja lela di Malaysia ni!

Jangan jadi macam tipikal juak pakatan hram, semua apa yang polis buat serba tak kena! Esok kalu penyamun dan berlakunya kes jenayah, polisss jugak yang dicari!

Dua keluarga dekat sini mengemukakan saman RM5 juta terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berikutan penahanan anak mereka yang dituduh terlibat dalam kegiatan samun dan pecah kenderaan.

Dalam pertemuan semalam, kedua-dua keluarga itu menyatakan rasa tidak puas hati berikutan penangkapan reman ke atas anak mereka.

Dalam kejadian 9 Ogos lalu kira-kira jam 1 pagi, Khairul Azani Mohd Lazawi, 21, Mohd Amir Anwar, 20, dan Mohd Khairul Liza Mohd Lazawi, 25, ditahan lima anggota polis menaiki motosikal berikutan penemuan dua palam pencucuh diubahsuai di dalam raga motosikalnya.
Mohd Lazawi Abdullah, 50, berkata, anaknya ditahan tanpa bukti kukuh.

“Sepanjang 17 hari ditahan anak saya dan rakannya dibawa ke Balai Kota Damansara sebelum dibawa ke Shah Alam, Bukit Jalil, Kepong, Pelabuhan Klang, USJ Subang Taipan yang menyaksikan mereka dipaksa mengaku terlibat dalam beberapa siri kes samun dan kecurian yang berlaku di kawasan terbabit,” katanya.

Menurutnya, akibat gagal mendapatkan pengakuan anak saya, polis kemudiannya cuba memohon kepada mahkamah untuk menambah reman namun ditolak majistret.

“Saya yakin permohonan tersebut ditolak kerana ketiadaan bukti yang boleh mensabitkan anak saya malah berita tentang kejayaan polis menahan Geng Bob Belacan yang disiarkan secara meluas oleh media juga tidak benar,” katanya.

Difahamkan, Khairul Azani dan Mohd Amir dibebaskan pada 26 Ogos lalu manakala Khairul Liza masih ditahan.

“Persoalannya ialah anak saya seorang lagi ditahan tanpa sebarang perintah reman yang sah dan hanya diberitahu terpaksa ditahan atas arahan daripada Setiausaha Kementerian Dalam Negeri namun sehingga kini kami tidak langsung ditunjukkan surat rasmi atau dokumen berkaitan tentang perkara ini.

“Lazimnya reman hanya dibuat selama 14 hari tetapi dalam kes ini reman sudah jadi 17 hari dan saya juga mempertikai cara reman tersebut dibuat kerana kalau diikutkan yang dibenarkan mahkamah hanya 12 hari sahaja,” katanya. -SH

Mat Sabu Nak Saman Utusan! Video Dah Ada Hang Tak Leh Ngelat Dah!

Pesanan dari AS untuk Mat Sabu. Hang pikiaq habis-habis sebelum nak saman. Sejarah tak menipu. Video juga tak diedit untuk memutarbelitkan fakta yang hang cakap. Kalau hang rasa hang betui, silakan saman segera. Hang tau tak berjuta orang tunggu masa nak ludah muka hang wahai Mat Sabu!

AS teringat satu fakta bahawa komunis pernah cederakan wanita dan kanak-kanak.
Mat Sabu kata komunis pejuang kemerdekaan dan bukan pengganas. Adakah sifat pejuang kemerdekaan membunuh serta mencederakan wanita dan kanak-kanak?
Hanya pengganas yang tiada sifat kemanusiaan macam komunis dan Mat Sabu sahaja cakap mereka ini adalah pejuang.

Mat Sabu, bersedialah. Jawatan Timbalan Presiden PAS yang hang pegang akan menyebabkan lebih ramai rakyat akan membenci pakatan haram. Teruskan Mat Sabu!



KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.-haprakdaily

Tesco Kalau Nak Promosi 12 Ekor Ayam Biaq Tak Payah Promosi!!!

Raya punya pasal, sebab ayam pun boleh jadi gaduh. Itu yang terjadi pada pagi tadi semasa promosi ayam di Tesco. Pelanggan tak puas hati dengan pihak Tesco apabila ayam yang dikatakan promosi hanya dikeluarkan sebanyak 12 ekor.

Promosi kononnya hebat sangat, sekilo ayam hanya rm3.99, tapi kalau hanya 12 ekor, baik tak payah hebahkan. Cuba bayangkan, pelanggan ada yang tunggu dari pukul 9am lagi untuk membeli ayam. Tesco buka pukul 10. Bila pintu buka saja, tak sampai 5 minit, ayam dah habis. Siapa tak meradang.

Aku pun ada hati nak beli ayam murah ni. Bila tiba saja, dah ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tengah naik angin pada Manager Tesco terbabit. Untuk mengetahui punca dan musababnya. Aku pun cuba la soal.. jawapannya seperti apa yang dikata la. Promosi, tapi yang dikeluarkan hanya 12 ekor. Apa pun turr laa..

Pada pihak Tesco.. kalau setakat 10 atau 20 ekor.. baik tak payah sebarkan.. staff korang beli pun dah habis..mana sempat pelanggan nak beli..

Azmil Setan Bakal Kena Cekop??

AS setuju sangat Si Ali Setan ini dikenakan hukuman yang sewajarnya berdasarkan akta yang ada dalam perlembagaan. Perbuatan Azmil adalah sangat melampau dimana akan menyebabkan permusuhan dan pecah belah sesama Islam.

Kalau kerajaan tidak bertindak tegas terhadap 'ostad' macam ni, berkemungkinan akan lahir lagi ramai 'ostad' bercelaru yang akan menghasut & kafir-mengkafirkan diantara satu sama lain dan seterusnya mampu mewujudkan suasana dan keadaan yang tak tenteram!


SHAH ALAM – Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pelakon yang kini menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa, didakwa mengkafirkan kerajaan dan sistem diguna pakai ketika menyampaikan tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada Azmil Rabu lalu dan dia disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai tindakan yang akan dikenakan terhadap Azmil.

“Saya tidak boleh beritahu tindakan yang akan kita ambil selepas ini. Sampai masanya, kita akan ambil tindakan ikut undang-undang sedia ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan, Azmil didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah di hadapan 300 jemaah.-sh-

Kepala Hotak Nizar Berjambul!


Kepala hotak lu lah Nizar. Semua hang nak salahkan gomen. Hang pegang lilin dah boleh jatuh murtad tu awat tak salahkan gomen pulak?

Bagi AS Nizar lambai tak payah lah asyik nak salahkan kerajaan. Tuhan dah sempurnakan agama islam sebagai agama syumul.Tuhan dah kurniakn semua insan dengan akal yang sempurna.

Isu murtad bukan salah kerajaan.Tetapi salah org yg murtad sendiri.Sama saja jadi macam zaman Abu Bakar.Ramai yg murtad. Siap ada nabi palsu. Kita jadikan panduan zaman tu.

Abu Bakar lantik Khalid Saifullah.Perangi nabi palsu. apa kata PKR ,Pas dan Umno.gabung tenaga.Perangi org Murtad!ada berani ka?
Tolak bab parti politik.fikirkan agama islam!

Kerajaan digesa melaksanakan prinsip Islam sebenarnya untuk mengatasi isu murtad di negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Perak, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berkata, umat Islam semakin terdedah dengan isu murtad kerana berpunca daripada kerajaan yang memerintah tidak mengamalkan prinsip Islam sebenar.

Menurutnya, semakin ramai orang Islam mencari konsep Islam sebenar tetapi tidak menemuinya menyebabkan mereka mula tersesat hingga berlaku murtad.

“Semua ini akan berterusan disebabkan oleh dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah tidak berbalik kepada pegangan Islam sebenar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang menubuhkan Unit Selamat Akidah sebagai platform menerima aduan dan permohonan bantuan daripada umat Islam di negeri itu.

Kata Nizar, tidak ada gunanya jika pihak-pihak berkenaan termasuk Jabatan Agama Islam menubuhkan unit seumpama itu jika kerajaan tidak mengamalkan prinsip Islam sebenar.sh


Info AS: Hujan lebat di jangka turun pada hari raya tahun ini!

Negeri di utara dan pantai timur Semenanjung serta ibu kota, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka meraikan Aidilfitri dalam suasana hujan yang diramal turun esok sehingga Rabu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia memberitahu Bernama di sini hari ini, hujan berterusan itu bagaimanapun pada amnya tidak akan menyebabkan banjir.

Akan tetapi kejadian banjir juga bergantung kepada kawasan di negeri terbabit, katanya.

Sementara itu, laporan pada laman web jabatan tersebut menyatakan Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan mengalami hujan di beberapa tempat pada sebelah petang esok.

Negeri-negeri lain diramal mendung dengan ribut petir pula dijangka melanda Perak, Pahang dan Johor Timur pada sebelah petang, kata laporan itu.

Pahang dan Terengganu Selatan dijangka mengalami hujan di satu dua tempat manakala cuaca di tempat lain diramal baik pada sebelah malam.

Bagi umat Islam di Sabah dan Sarawak, mereka dijangka dapat meraikan Aidilfitri dalam keadaan cuaca baik pada sebelah pagi untuk tempoh dua hari akan datang.

Ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di Kuching, Samarahan, Miri, Limbang dan Kapit, manakala bahagian lain dijangka hujan, sementara cuaca di Sandakan, Tawau dan Kudat di Sabah diramal baik.

Maklumat lanjut mengenai cuaca boleh diperolehi menerusi www.met.gov.my -BERNAMA

Pesanan AS: Sediakan Payung Sebelum Hujan. Rancang Perjalanan Anda!

Mat Sabu Dah Layak Kena ISA!


SHAH ALAM 28 Ogos - Sebanyak 20 laporan polis dibuat bagi mendesak Mohamad Sabu disiasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung kenyataannya yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang baru-baru ini.

Sebelas laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada sebelah pagi, tujuh laporan dibuat di Balai Polis Seksyen 6 di sini petang ini dan dua lagi dibuat di IPD Klang Selatan dekat sini.

Laporan di IPD Shah Alam dibuat oleh UMNO Bahagian Shah Alam yang diwakili Pergerakan Pemudanya diketuai Azhari Shaari dan disertai 11 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya, Persatuan Belia 19 Bersatu, Persatuan Belia Tujuh Utara dan Persatuan Belia Kampung Kuantan Selatan.

Sementara itu, laporan di Balai Polis Seksyen 6 dibuat oleh tujuh anggota Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) diketuai Presidennya, Hamidzun Khairuddin dan laporan di IPD Klang Selatan dibuat oleh UMNO Bahagian Klang serta sebuah NGO.

Menurut Azhari, ceramah yang dibuat oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu telah membangkitkan sentimen kebencian dan perkauman terhadap pasukan polis yang telah berkorban nyawa dalam peristiwa berdarah tersebut.

Sehubungan itu, pihaknya dan 11 NGO lain meminta polis menyiasat kenyataan Mohamad Sabu itu mengikut Akta Hasutan dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya termasuk ISA.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan biadab dan menghina oleh Mat Sabu itu. Kenyataan yang amat dangkal serta buta sejarah ini sangat keji dan hina di kala rakyat negara ini ingin menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 tahun," katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Hamidzun pula berkata, Mat Sabu telah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menipu fakta sejarah dan memartabatkan perjuangan komunis.

"Saya berpendapat kenyataan Mat Sabu ini boleh menyebabkan rakyat keliru dan sangat marah. Sentimen menjadikan komunis sebagai hero boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat di negara ini.

"Ia juga boleh mengundang kacau bilau, huru-hara dan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini. Jadi saya berpendapat Mat Sabu telah melakukan kesalahan di bawah ISA, Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan undang-undang lain yang berkaitan," katanya.

Guan Eng Kena Perjelas Isu Belanja Perubatan Mat Sabu! Jangan Main Wayang!

Kerajaan DAP P.Pinang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan wang rakwat apabila bil rawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab mengenai tuduhan yang didedahkan menerusi beberapa laman blog mengenai kos rawatan yang dituntut iaitu berjumlah lebih Rm8,000.

Bagaimanapun menerusi dokumen yang didakwa merupakan bil rawatan sebuah hospital terkenal di Selangor kos rawatan sebenar adalah berjumlah RM5060.55.

"Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.

"Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan...beliau perlu jawab," katanya pada sidang media pada Sabtu.

Selain itu menurut Reezal, walaupun Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.

Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.

"Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

Julai lalu Mohamad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam untuk bagi menjalani pembedahan ekoran ligamen kaki kanannya terkoyak.

Terdahulu, pada 14 Julai lalu, Mat Sabu membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi yang mengatakan beliau dikepung dua Proton Waja polis dan sebuah Pajero polis berwarna gelap.

Dalam laporan polis yang dimuat naik dalam blognya, Mat Sabu mendakwa Proton Waja polis itu melanggar motosikal diboncengnya sewaktu dalam perjalanan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

AS kata, tu pasai la Mat Sabu claim komunis sebagai wira malaya, sebabnya wira malaya tu yang tolong bayaq duit ubat dia di hospital swasta! Murahnya harga diri mat sabu!

PRU13 Berlangsung November Ini ?

Datuk Seri Najib Razak telah memberi isyarat yang jelas kepada Kabinetnya bahawa pilihan raya umum semakin dekat sambil berkata, beliau mahu bertemu dengan rakyat setiap hujung minggu - Jumaat hingga Ahad mulai bulan depan.

Perdana Menteri (kanan) menegaskan mahu berbuat demikian selepas sambutan Aidilfitri dan menilai persekitaran landskap politik semasa.

Sumber-sumber memberitahu bahawa Najib mahu Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi pilihan raya, yang kemungkinan diadakan bila-bila masa dalam tempoh enam bulan ini meskipun kebimbangan besar ialah beberapa bahagian masih belum bergerak sebagaimana diharapkan.

“Perdana Menteri memberitahu Kabinet bahawa jadual beliau mudah.

Isnin hingga Jumaat di pejabat, Khamis kerja politik dan Jumaat hingga Ahad di lapangan untuk bertemu dengan orang ramai dan mendapatkan maklum balas,” kata sumber.

Difahamkan beliau tidak akan menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel di Perth, Australia mulai 28 hingga 30 Oktober ini.

Bagaimanapun tindakan keras pihak berkuasa ke atas gerakan tuntutan pembaharuan pilihan raya Bersih 2.0 bulan lalu telah menjejaskan imejnya, memaksa beliau melakukan pembetulan termasuk membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen lima bulan kemudian.

Pun begitu katanya, pilihan raya umum boleh diadakan ketika jawatankuasa itu masih bersidang.

Momentum persediaan untuk pilihan raya umum ke-13 semakin meningkat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula sudah memesan peti undi dan mendapatkan maklumat mengenai penggunaan sekolah sebagai pusat pengundian November ini.

Pemimpin-pemimpin BN mula meninjau beberapa negeri sejak awal 2011 selepas Najib memberitahu partinya, Umno bahawa beliau akan mengunjungi setiap negeri bersama timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menilai fikiran rakyat bagi mendapatkan mandat baru.

Najib menjadi perdana menteri pada April 2009 dan mandat semasa berakhir April 2013.

Terdapat tekanan dari dalam partinya dan komponen perikatan agar memastikan BN memperoleh dua pertiga kerusi di Parlimen dan mendapatkan balik beberapa negeri yang ia kalah pada Mac 2008.

Bagaimanapun difahamkan, kepimpinan BN bimbang dengan 40 kerusi persekutuan yang disandang oleh perikatan itu memandangkan jentera peringkat bawah belum bergerak dalam mendaftar pengundi-pengundi baru ataupun mengadakan kempen.

“Mereka belum bergerak lagi.

Dan, pemimpin-pemimpin bimbang kerana ia akan mengambil masa enam bulan khususnya dalam memperkenalkan muka-muka baru,” katanya.

Akhirnya: Kumpulan Sepah Berpecah Kerana Tiada Persefahaman Antara Mereka

AS selitkan sikit ye baba artis lawak ni.
Sayang sekali, bila dah di puncak kegemilangan, perkara sebegini yang terjadi pada mereka.
Beringatlah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!

Kumpulan sepah maharaja lawak sah berpecah kerana tiada persefahaman antara mereka. Salah faham dan masalah peribadi merupakan punca kepada kumpulan sepah berpecah dan membawa haluan masing-masing. Difahamkan ahli kumpulan sepah sudah tidak bersefahaman sejak dari program raja lawak lagi dan mereka terus membina teguh nama sepah sehinggalah program maharaja lawak.

Menurut Jepp sebgai ketua kumpulan sepah. Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Kata shuib pula, Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Apapun, kumpulan sepah memang terbaik dan jika dilihat dari luaran jelas sekali mereka serasi bersama. Diharapkan agar mereka berganding semula dan lupakan kisah lampau.

Malaysia vs Somalia

AS doakan agar pemergian Kelab Putera 1 Malaysia yang diterajui oleh Datuk Azeez Rahim ke Somalia sentiasa didalam keadaan yang dirahmati Allah.
Semoga perjalanan mereka di sana sentiasa selamat.
Bersyukurlah dengan apa yang ada di Malaysia jika dibandingkan di Somalia.


Ahli falak yakin raya hari Rabu?

Mahkamah Agung Riyadh arah lihat anak bulan petang 29 Ramadan

JEDDAH: Mahkamah Agung Arab Saudi meminta umat Islam di negara itu untuk melihat anak bulan Syawal pada petang Isnin yang jatuh pada hari ke-29 Ramadan (29 Ogos) dan melaporkan perkara itu kepada mahkamah terdekat jika sesiapa melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau bantuan teropong.
Mahkamah mengarahkan mereka yang mahu melihat anak bulan terbabit menyertai jawatankuasa itu di setiap wilayah.


Anak bulan tidak akan dilihat pada malam Isnin, 29 Ramadan, justeru Aidilfitri tidak akan disambut Selasa ini. - Majed Abu Zahra, Pengerusi Persatuan Astronomi Arab Saudi
Tamatnya berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri diputuskan dengan melihat anak bulan Syawal.

Bagaimanapun, pakar kaji bintang yang berselisih pendapat berhubung permulaan bulan suci Ramadan berdasarkan pengiraan astronomi, berdebat sekali lagi mengenai permulaan Syawal.

Mereka kini berhujah sama ada Aidilfitri, yang menandakan tamatnya bulan Ramadan, jatuh sama ada Selasa atau Rabu. Kontroversi berhubung permulaan Ramadan juga mencetuskan perdebatan.

Persatuan Astronomi Arab Saudi menjangka Ramadan berlanjutan selama 30 hari tahun ini dan dalam kes itu, ia akan berakhir pada Selasa, 30 Ogos, dengan lebaran jatuh pada Rabu, 31 Ogos.
Persatuan itu berkata anak bulan tidak akan dilihat pada malam Isnin, 29 Ramadan, justeru Aidilfitri tidak akan disambut Selasa ini.
Pengerusi persatuan itu, Majed Abu Zahra berkata anak bulan pada Isnin, 29 Ogos, akan kelihatan sebelum matahari terbenam, justeru tiada sesiapa dapat melihatnya.

Beliau menjelaskan pada hari berkenaan, bulan akan bertukar gerhana di semua bahagian pentadbiran kerajaan sebelum matahari terbenam sekurang-kurangnya tiga hingga enam minit justeru menjadikannya mustahil untuk melihat anak bulan terbabit.

Katanya pada malam Selasa, 30 Ogos, bulan dapat dilihat dengan jelas tanpa bantuan teleskop sekali gus memberi petunjuk Aidilfitri akan jatuh pada hari berikutnya, Rabu, 31 Ogos.

Abu Zahra berkata ada dua pilihan yang diambil pihak berkuasa Arab Saudi iaitu pertama menjadikan Selasa, 30 Ogos hari pertama Aidilfitri dengan penduduk berpuasa selama 29 hari menurut kiraan astronomi.

Kedua, menjadikan Rabu, 31 Ogos, hari pertama lebaran ketika bulan dapat dilihat dengan mata kasar pada malam Selasa. – Agensi

Tok Non Menziarahi Pesakit Di Hospital Daerah, Sungai Bakap

Sempena Aidilfitri yang menjelang tiba, kepimpinan UMNO Bahagian Nibong Tebal yang diketuai oleh Dato' Zainal Abidin Bin Osman telah mengunjungi Hospital Sungai Bakap bagi menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit yang sedang terlantar di wad hospital tersebut.

Turut hadir bersama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian merangkap ADUN Sungai Acheh, Dato' Mahmud Bin Zakaria, Puan Tan Cheng Liang penyelaras BN DUN Jawi bersama kepimpinan UMNO Bahagian Nibong Tebal yang lain.

Rata-rata pesakit yang dikunjungi oleh Tok Non berasa amat berbesar hati dan amat terharu diatas kesudian beliau menyampaikan sumbangan walaupun beliau bukanlah wakil rakyat yangb dipilih disitu. Amat malang sekali wakil rakyat yang dipilih mukanya langsung tak nampak.!

Pesanan AS kepada pengundi pada PRU13 Parlimen Nibong tebal, jangan silap memilih lagi. Bertindaklah dengan bijak!






Pembantu Rumah MASAK SUP Majikan Dengan DARAH HAID!


Seorang warga Singapura baru-baru ini telah mewujudkan halaman Facebook yang dikenali sebagai "Dangerous Maids" untuk rakyat Singapura berkongsi cerita 'menakutkan' tentang pembantu rumah.

Pencipta halaman tersebut, "Hylda Low", berkata bahawa pembantu rumahnya telah mengumpulkan darah haid untuk dibuat sup untuk keluarga mereka.

Menurutnya lagi, darah itu akan dipungut dengan pad kapas muka dan dimasukkan ke dalam beg teh yang telah digunakan untuk membuat sup. Beliau percaya bahawa pembantu rumahnya itu berbuat demikian untuk melakukan sihir ilmu hitam ke atas keluarga.
Gambar Dewi Hermina di dalam profil agensi pembantu rumah

Beliau juga mendedahkan nama pembantu rumah, "Dewi Hermina" yang berasal dari Jawa Barat, Bogor.

"Hylda Low" menyatakan bahawa tujuan halaman itu diwujudkan untuk mendedahkan pembantu rumahnya yang melakukan "amalan keji dan jahat terhadap majikan mereka". Beliau berharap ia dapat memberi amaran kepada orang ramai mengenai pembantu rumah ini, dan membiarkan orang ramai tahu bahawa bukan semua pembantu rumah selalu menjadi mangsa.

YB Ustad Maktar Akan Bertanding Guna Tiket DAP Pada PRU13 Nanti ??

ADUN Sungai Bakap di bawah parlimen Nibong Tebal sekarang adalah YB Ustad Maktar Shafiee, dari parti PKR, orang kuat Anwar Ibrahim yang tidak dipandang sebelah mata pun oleh Guan Eng untuk menjadi Exco Negeri.

Nampaknya, demi untuk mengekalkan survival politik untuk menjadi seorang ADUN lagi pada masa akan datang, tak mustahil YB ini akan bertanding atas tiket DAP/jadi ahli DAP demi menghormati permintaan rakan pakatan haramnya itu yang mahukan kerusi PKR diberikan kepada DAP.

Kesian PKR..
PKR dilihat lemah dan tidak menarik keyakinan pengundi untuk memilih parti mereka
.Agak malang jika kita masih ada melayu yang lupa diri rela diperkosa oleh DAP!
Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (kiri), berkata partinya "tiada pilihan" tetapi memohon untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen dan lima kerusi dewan undangan negeri dari PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Sekiranya DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada pilihan raya akan datang, ia akan dilihat sebagai parti "anti-Melayu dan cauvinis", kata Zulkifli, yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Beliau berkata parti itu akan dilabelkan sedemikian walaupun sejarah telah membuktikan bahawa DAP pernah mengemukakan calon-calon Melayu yang bertanding dai 13 kerusi pada pilihan raya negeri sebelum ini.

"Beberapa pilihan raya, misalnya di Sarawak, telah menunjukkan, pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR," katanya pada sidang media semalam.

"Itulah sebab mengapa DAP perlu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon-calon Melayu." - UtaraNews

Gempar ! : Adik Lady Gaga Umum Nak Masuk Islam

Ramai yang kenal Lady Gaga, tapi tak ada siapa yang kenal adiknya Joey Germanotta. Baru-baru ini adiknya buat satu sidang media dan membuat satu pengumuman yang menggemparkan bahawa dia ada hasrat nak masuk Islam.

Bila dia nak memeluk Islam tidak pula diumumkannya tapi dia berjanji akan memberitahu orang ramai apabila dia buat keputusan nanti.

Dia nampaknya bosan dengan Lady Gaga yang mendapat liputan hebat sehingga sidang medianya tersebut diajukan soalan tentang Lady Gaga membuatkannya mengamuk dan berkata ini bukan sidang media Lady Gaga tetapi sidang media dirinya.

Dia harap dengan kemasukannya dalam Islam bakal meneggelamkan bayangan kakaknya dalam kehidupannya. sumber

Lisa Surihani & Juliana Evans: Calon FHM 100 Most Wanted Carlsberg!


AS 100% yakin yang Lisa Surihani dan Juliana Evans tidak tahu menahu tentang pencalonannya di dalam FHM 100 Most Wanted yang dibawakan oleh sebuah jenama arak terkenal, Carlsberg. Hanya mereka berdua sahaja calon yang beragama Islam di dalam hal ini.

Tapi bagi AS memang nampak tak sesuai dan kurang sensitivi untuk Lisa Surihani dan Juliana bagi dicalonkan di dalam satu anugerah yang ditaja oleh sebuah syarikat gergasi arak ini.

Diharap pihak penganjur dapat menarik balik pencalonan ini demi untuk mengormati sensitiviti orang Islam ataupun pihak Lisa atau Juliana sendiri yang memohon kepada majalah FHM untuk meminta nama mereka sendiri digugurkan.
Itupun jika mereka sensitif!

Ali Rustam timbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan !

Kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menempatkan calon UMNO atau MCA di kawasan tunggal Parti Gerakan di Bacang, Melaka untuk meraih kemenangan umpama membangkitkan satu peperangan kepada parti itu.

Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu seharusnya menjaga perpaduan parti-parti komponen terutama ketika menghadapi pilihan raya akan datang.

“Cara beliau (Mohd Ali) bangkitkan isu ini akan menimbulkan deklarasi peperangan dengan Gerakan.

“Sebagai Pengerusi BN, beliau bertanggungjawab menyatukan parti-parti komponen serta memajukan kawasan masing-masing dan bukan menjejaskan perpaduan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek peruntukan kepada Sekolah Menengah Yuk Choy, Persatuan Wai Chow dan Pertubuhan Kebajikan Tabung Pemindahan Sum-sum Tulang Ipoh bernilai RM4,000 di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, niat mengambil alih kerusi kawasan itu akan membawa kesan negatif BN Melaka.

“Dalam masa tiga tahun, apa yang dibuat di kawasan Bacang? Banyak perkara dirujuk kepada beliau namun, 99 peratus tidak mendapat jawapan.

“Lebih baik isu yang berbangkit di bawa dalam satu mesyuarat dan bukan di dalam akhbar untuk deklarasi. Sikap ini akan menjadi satu perpecahan dalam BN,” jelasnya.

Sementara itu, Ko Youn berkata, Gerakan juga berusaha untuk menambah keyakinan rakyat di Pulau Pinang dengan menumpukan pelbagai program sekali gus memenangi kerusi yang telah kalah.

“Pengambilalihan UMNO di Pulau Pinang tidak seharusnya dibangkitkan sebaliknya biar diputuskan pada pilihan raya akan datang.

“Usaha Gerakan penting bagi memulihkan imej BN terutama di kalangan pengundi cina. BN bersatu dalam mengadakan program bagi menarik sokongan di Pulau Pinang,” jelasnya.SH

Siapa Pemimpin PR Penang yang dah jadi Jutawan itu Abg Ghani?

Menurut Pengerusi Suara Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman pemimpin UMNO mengambil masa lebih dari 50 tahun berkuasa untuk membolehkan mereka memiliki rumah yang mewah.

Tetapi ada Pemimpin Pakatan Rakyat mampu memiliki rumah yang mewah hanya setelah tiga tahun Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pulau Pinang.

“Pemimpin UMNO memerlukan lebih 50 tahun untuk memiliki rumah sebegitu tetapi ada pemimpin sekarang yang hanya memerlukan satu penggal sahaja untuk menjadi jutawan, Saya ada bukti untuk menyokong tuduhan ini” kata Ghani.

Jika benar bagai dikata kemukakan saja bukti dan nyatakan saja siapakah pemimpin tersebut. Rakyat pakat nak tau dan nak lihat siapakah gerangan penyamun dari Pakatan Rakyat ini. Pemimpin PR nampaknya seperti kera dapat bunga, kuasa yang dapat secara mengejut, makan harta yang dikaut juga dikebas dengan cara yang amat jijik sekali.

Abang Ghani sila dedahkan cepat rakyat nak kenal siapa pemimpin PR yang pelahap ini.
PR= Parti Rasuah..
Kata Dulang Paku Serpih, Ngata Orang dia Yang Lebih!

Hot! Khairy Jamaluddin Jadi Pelakon Drama 'Beret Hijau'! (Video)


Ikuti klip ini dan perhatikan pada minit ke 1:19 watak penampilan khas ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang turut berlakon dalam drama bercorak ketenteraan ini!

Berlakon-berlakon jugak! Halatuju Pemuda UMNO jangan sesekali dilupa. banyak lagi ruang kosong yang perlu diperkemaskan lagi. Perjuangn masih belum selesai!

Nampak drama ini agak menarik untuk ditontoni! Apa komen kalian semua?

Gempar! Gaddafi Bersembunyi Bersama Binatang di Zoo

Surat kabar The Washington Post menyatakan pada hari Kamis kemarin (25/8) bahwa di ibukota Libya, Tripoli, upaya para pejuang oposisi Libya hanya terfokus pada perburuan diktator Muammar Gaddafi yang telah menghilang.

Laporan yang disampaikan oleh Washington Post mencantumkan beberapa rumor tentang keberadaan Gaddafi, yang paling terbaru adalah Gaddafi dilaporkan menyembunyikan dirinya di kebun binatang Tripoli, yang terletak di dekat dengan salah satu pintu masuk dari kompleks Bab Al-Aziziya. Area di mana kebun binatang terletak dan saat ini masih di bawah kendali loyalis Gaddafi.

Sebelumnya Dewan Transisi Nasional telah mengumumkan hadiah sebesar $ 1,7 juta untuk kepala Gaddafi dan surat perintah penangkapan telah dikeluarkan untuknya oleh Pengadilan Pidana Internasional atas kejahatan terhadap kemanusiaan.

Beberapa pejabat Amerika juga telah menyatakan bahwa mereka menduga Gaddafi masih di Tripoli. Ada hampir 40 tempat yang berbeda yang dicurigai sebagai tempat bersembunyi Gaddafi, dan sebagian besar dari tempat persembunyian itu berada di ibukota.(fq/alahram)[eramuslim.com]

Syabas Pemuda UMNO yang Tak bagi Muka Pada Fuziah kaki Hasut!!

AS berikan sekalung peghargaan kepada Pemuda UMNO Indera Mahkota yang bertindak tegas dengan tak beri muka kepada setan besar pengadu-domba yang mampu memecahbelahkan masyarakat ini.

Biar Minah penghasut ni rasa goyang sikit. selama ni kita diam, tak melawan dan tak 'mengajar' dia nampaknya makin hari dia makin besar kepala!

Biar Polis siasat dan kalau ada kes sumbatkan je ke dalam atas kesalahan menghasut dan memecahbelahkan masyarakat!
Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota membuat laporan polis berhubung tindakan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh membuat tohmahan berterusan berhubung pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Lynas Corporation Ltd di Gebeng.

Laporan dibuat Ketua Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota Suhaimi Sulong di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada kira-kira 4 petang hari ini.

Suhaimi berkata Fuziah dilihat masih membuat tohmahan berhubung pembinaan kilang itu dalam beberapa siri ceramahnya di sekitar bandar ini.

"Tindakan beliau perlu dihentikan kerana ia boleh mencetuskan suasana tidak tenteram kepada penduduk Kuantan. Tindakan Anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk di daerah ini mengenai tahap keselamatan mereka berdasarkan fakta yang tidak benar," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Isu kilang itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak membantah pembinaannya kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan kilang berkenaan selamat, namun syarikat dari Australia itu perlu melaksanakan pelbagai langkah penambahbaikan sebelum meneruskan operasi.

"Apa yang dilakukan anggota Parlimen terbabit ialah mahu mengalih perhatian rakyat dan penduduk Kuantan menerusi fakta yang tidak benar, serta bertujuan mengalih perhatian terhadap kebajikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional kepada rakyat," kata Suhaimi.

Awas!! Perancangan DAP Untuk Menjadi PM & Menteri Besar Bejalan Dengan Lancar!

Mengapa AS letakkan tajuk seperti diatas? Umum tahu bahawa perlembagaan negara dan negeri-negeri selain PP menetapkan bahawa kerusi PM dan MB mestilah disandang oleh individu yang beragama islam dan kaum melayu!

Maka kesempatan yang terbaik inilah yang diambil DAP untuk mengukuhkan lagi cengkaman mereka di bumi Malaysia ini. Maka akan lahirlah si kitol atau 'Mr Puppet' orang melayu yang boleh di'remote' oleh DAP dalam apa jua keputusan dan tindakan seandainya mereka DAP sudah memegang 2 jawatan besar terbabit seterusnya pasti akan menguntungkan mereka dan meganiaya orang melayu tanpa disedari.

Awas kalian, jangan mudah tertipu dan terpedaya dengan propaganda murahan DAPIig yang kononnya mereka tak rasis walhal keadaan semasa membuktikan sebaliknya.

Contoh di penang sudah le, peniaga dan penjaja cina meniaga di tepi dan atas jalan tidak dikenakan sebarang tindakan pun oleh pihak PBT sedangkan penjaja melayu dilayan seperti pendatang di bumi sendiri. Ini sudah membuktikan bahawa cukup rasisnya DAP ini. Perbuatan meletakkan calon Melayu mewakili DAP hanya sebagai 'wayang' @ gimik politik murahan yang kita sudah boleh jangka ke mana hala tujunya!

DAP: Calon Melayu satu kepastian

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi jaminan bahawa parti itu akan meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya umum ke 13.
“Kita pasti mempunyai calon Melayu untuk pilihan raya umum,” kata Lim ketika ditemui di dalam majlis iftar DAP yang diadakan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Walau bagaimanapun, jumlah calon Melayu tidak didedahkan.

Mengulas lanjut perkara ini hari ini, setiausaha publisiti DAP dan ahli parlimen Petaling Jaya (Utara) Tony Pua berkata, “Calon Melayu akan dipilih berdasarkan merit dan kebolehan individu.”

Tony turut ditanya samada calon Melayu akan dicalonkan di negeri pimpinan Pakatan Rakyat – Selangor dan Pulau Pinang

“Perkara ini belum diputuskan kerana rundingan pembahagian kerusi belum dimulakan.”FMT

DESAKAN HIDUP' PUNCA RAMAI MOHON BANTUAN DARI GEREJA

Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.

Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”

Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.

Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.

“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.

Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”

Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”

Dia mempunyai tiga orang anak.

“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.

“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.

Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.

Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”

“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.

Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.

“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.

Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.

“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.

“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.

Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.

Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.

“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”

Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”.

“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...