Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

Banner Luahan Hati Orang Umno Yang Wajib Dilihat Oleh Pok Nik


Inilah manifestasi luahan orang Umno yang begitu terkesan dengan apa yang Pas telah lakukan dalam doa mereka.

Hayatilah wahai Nik Aziz. Hayatilah wahai orang Pas.
Sesungguhnya kalian semua sudah jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Pemimpin Pas Ditangkap Khalwat.....

Isu mendoakan parti Melayu hancur dan musnah telah mengakhiri muktamar PAS semalam... Umum mengetahui, ianya sentiasa dilakukan oleh PAS semenjak dahulu lagi...

Namun, dengan kekuasaan Allah UMNO\BN terus memerintah tanah Malaysia ini.. Doa ini termasuk semasa anwar berada dalam UMNO...

Dulu Anwar pernah berbicara sebagaimana kenyataannya di atas.
Kepada siapakah Anwar tujukan?
Aku yakin ramai yang tahu jawapannya.

Umno masih memerintah Malaysia dan InsyaAllah pada masa akan datang terus akan memerintah kerna ia adalah parti yang paling mudhorat berbanding parti komponen dalam pakatan..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Gambar Kebosanan melampau perwakilan terhadap Mat Sabu dalam muktamar


Gambar yang dirakamkan semasa perasmian muktamar pemuda Pas Pusat yang disempurnakan oleh Mat Sabu semalam di Kota Bharu.

Walaupun Mat Sabu terkenal dengan ucapan yang berapi penuh maki hamun dan kuat mengata, itu tidak menghalang seorang perwakilan pemuda Pas tetap bosan dengan Mat Sabu hingga terlentok terlelap.
Ahlipas mungkin dah bosan sangat dengan telatah dan kelakuan Mat Sabu agaknya.

Kesian Pas dapat timbalan presiden macam hampeh. Mentality low class serta ilmu agama jauh sekali. Patutlah pas sekarang dilihat semakin hamPas!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tu Dia! Hassan Ali Dah Tubuhkan rangkaian TV dan Radio!

Nawaitu yang baik sekali dari Hassan Ali dan semoga Allah memberkati niat dan perjuangan beliau didalam memartabatkan institusi Islam, melayu dan raja.
Semoga diredhai oleh Allah.

Hassan Ali adalah insan terpilih yang telah tersedar dari lamunan mabuk kuasa PAS yang hanyut dan tenggelam bersama rakan pakatan kafir harbi DAP


Pecacai Pakatan Suka Bila Lihat Restoran Cheng Ho Milik Amy Terpaksa Ditutup!

Mengapa blogger pecacai DAPig tak kata Restoran Amy terpaksa ditutup kerana suwei dari Nik Aziz yang merasmikannya 4 tahun dulu? Hehe

Nizar lambai akui bukan mudah nak laksanakan hudud.

IPOH - Timbalan Pesuruhjaya I Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan cadangan Adun Kemelah berkaitan pelaksanaan hudud di Johor, satu kenyataan berani.

Bagaimanapun katanya, proses melaksanakan hukum hudud tidak semudah yang diperkatakan dan beliau merujuk kepada keinginan Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini yang mahu melaksanakan hudud di negeri itu.

“Sebut memang mudah, tetapi pelaksanaannya itu memakan masa, perlu ada perbincangan dan kelulusan yang melibatkan pelbagai pihak,” katanya.Menurut Nizar, pelaksanaan hukum ‘hudud sebenar’ yang dimaksudkan perlulah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

A.S KATA SEPATUTNYA PAS MENYOKONG PENUH CADANGAN INI BUKANNYA DENGAN MENGELUARKAN KENYATAAN YANG TAMPAK MENYUSAHKAN UNTUK DILAKSANAKAN HUDUD.

TAU PUN PAS YE NAK MELAKSANAKAN HUDUD BUKAN SEMUDAH YANG DISANGKA. ATAUPUN PAS NAK TUNJUKKAN SECARA TERSIRAT KEPADA DAP YANG MEREKA AKAN MENJADI PECACAI SEUMUR HIDUP DENGAN MENJADIKAN HUDUD INI SEBAGAI UMPAN POLITIK SEMATA-MATA.


Di Muar Pula. Pasberg dan Carlsberg berpisah tiada..

Punyalah luas bumi Allah ni, tepi banner arak juga yang depa ni pilih utk menghebahkan program depa. Pas sendiri yang suka buat perkara yg mendatangkan fitnah dimana hijau pas dan hijau carlsberg seiring sejalan cantik sepadan.

Sensitif la skit hal ini! Nak jilat pengundi cina sekalipun bukan begini caranya. Islam akan makin hancur di Malaysia ini dibawah pas dan pakatan jika mereka memerintah putrajaya.

Percayalah!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Renungan petang: 5 dosa Dr Hassan Ali kepada PAS

Bila dibuat ilustrasi sebegini, lebih mudah untuk rakyat menilai betapa Pas sekarang sudah jauh terpesong dari landasan sebenar mereka.


Individu seperti Hassan Ali yang jelas perjuangkan islam, disingkirkan dari parti hanya kerana pas mahu jaga hati rakan sebantal mereka iaitu dap & pkr.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Anwar Ibrahim Sure Hangin Tengok Apa Hassan Ali Kata Ni!


Siapa yang sebenarnya gila kuasa?
Hassan Ali atau Anwar Ibrahim?

Tak Paksa Pun Hang Hadir Program PM!


Ini merupakan satu contoh dari beberapa pemimpin PAS yang pandai bermuka-muka di depan orang,tetapi dibelakang kutuk bukan main lagi.Kedatangan Mujahid Yusof Rawa ke program PM di Parit Buntar bagi menunjukkan mukanya sebagai MP di kawasan tersebut tidak lebih sekadar gimik bodoh sahaja kerana kemudiannya mengeluh di laman facebook kerana terpaksa pergi ke program PM.Yang bodohnya itu siapa pun tak jemput dia datang,apatah lagi itu program kerajaan BN ,kemudian syok sendiri mengeluh di facebook,pathetic betul lah MP PAS ini...



Depan rakyat memang pandai bermuka-muka,tetapi belakang baik punya kasi taruk ,inilah wajah depan belakang pemimpin PAS yang laung-laungkan islam,buat sesuatu perkara tak pernah nak fikir
keikhlasan ,baik jangan duk tunjuk muka kalau rasa tak ikhlas,kesian sungguh MP PAS ini,mengeluh tak kena tempat,last2 kena balun balik...
Kalau dari hamPAS, serba-serbi tak ikhlas..

SUmber

Kesian.. Baju-Baju PAS Dibuat Kain Buruk! (Pics)

Begitulah gambarannya apabila masing-masing membuang baju pas tanda mereka meninggalkan parti mereka.

KUALA LUMPUR: Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS.

Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu.

Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA



DAP Terus Pujuk PAS Agar Setia Menjadi Keldai Mereka!


Dalam Ucapan pembukaan konvensyen pakatan haram yang hambr pagi ini, Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim seorang melayu pembelot,kata Pas harus meneruskan gandingan DAP dan PKR, bukannya bersatu dengan Umno.

Walaupun berulangkali dengan angkuh PAS menegaskan takkan bersatu dengan UMNO, DAP tetap gusar dengan kemungkinan PAS dalam diam-diam akan bekerjasama dengan UMNO.

DAP tetap tak senang duduk kalu melayu dan Islam bersatu.

Mereka tetap mahukan PaS terus menjadi keldai tunggangan mereka agar memudahkan kerja mereka menghakis keistimewaan melayu, Islam dan institusi diraja.





Azhar Idrus Adik Beradik Dajjal ?



Ni bukan A.S kata, ni perumpaaan yang diberikan oleh Ustaz Fathul Bari. sapa makan cili, dia yang rasa pedasnya!

Tonton sampai hadis video ni.
Begitulah intipati respon Ustaz Fathul Bari terhadap fitnah dan tuduhan liar Ustaz Azhar Idrus terhadap beliau dan rakan ulamak muda UMNO.
Janganlah mudah sangat menentukan syurga dan neraka seseorang..

Orang yang berbeza pendapat dengannya mudah dia kecam orang sesat!

Imam Al Bukhari juga dikecam sebagai dajjal Oleh Azhar Idrus apatah lagi kita sebagai manusia biasa?

PAS bukan sekularkah sekarang semenjak bercampur gaul dalam pakatan rakyat?
Adakah dalam buku jingga dan manifesto terkandung perancangan penubuhan negara Islam?

Mengapa Pok Nik Tak pecat Hadi, Sebaliknya Hassan Ali Yang Jadi Mangsa?


Majlis Syura Pas yang diketuai oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya memecat presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, Abdul Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Dilaporkan, beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.

"Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Kalau bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat maka Nik Abdul Aziz sewajarnya memecat Abdul Hadi kerana membelakangi parti. Nik Abdul Aziz adalah Mursyidul Am Pas yang mengetuai Majlis Syura dan kedudukannya lebih tinggi daripada Abdul Hadi.

"Sebab itu saya melihat tindakan Pas pecat Hasan tidak mengikut syariat tetapi mengikut kepentingan parti selepas ditekan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Pas memecat Hasan kerana mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar parti itu.- AD

Azhar Idrus Wajib Bertaubat Kerana Telah Memfitnah & Buat Tuduhan Liar!

Azhar Idrus (Kanan) semasa muda


Bismillah, Diharap Ust. Azhar Azhar Idrus hadahullah (Semoga Allah memberinya petunjuk) dapat menarik kembali perkataan beliau yang mengatakan:

Minit 3: 43 - “Ulama muda ulama gila, masuk parti sekuler, masuk berenang dalam air najis, boleh 15K dengar khabar seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekuler. Sekuler ni keluar dari Islam, sesat dunia akhirat.”

Minit 4: 13 - “Mu terjun dalam tong najis terus, sign borang, isi borang, 40 Ulama Muda menyertai parti dulu kini dan selamanya, sesat dalam api neraka...”

[*] Perkataan Ust. Azhar ini adalah ayat takfir (pengkafiran) dan Ust. Azhar menegaskan secara pasti bahawa UMNO, ILMU, dan orang-orang yang isi borang menyertai UMNO bakal ke Neraka.

[*] Ingatlah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda (maksudnya), “Tidaklah seseorang menuduh kepada yang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Minit 4: 30 – “(Ulama Muda) dia baham 15k sebulan sign borang. Pastu jadi boneka...”

[*] Sekali lagi kami tegaskan di sini, pernyataan ini adalah fitnah dan dusta ke atas kami (ILMU). Maksud firman Allah Ta’ala, “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia di sisi Allah adalah besar.” (Surah an-Nuur, 24: 15)

Wallahu a’lam...
Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada kita semua agar berjalan di atas jalan yang benar, iaitu jalan yang ditempuh oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya.

Al-Quran menegaskan lagi An-Nur (24:15) -

“Ketika kamu menerima fitnah tersebut dengan lidah kamu dan kamu menyambungnya dengan pertuturan mulut kamu sesuatu yang kamu sendiri tidak tahu, malah kamu menyangkanya perkara kecil (menyambung cerita fitnah) pada hal di sisi Allah perkara itu adalah suatu yang amat besar.”

Al-Quran memberikan pertunjuk yang cukup indah - Alangkah baiknya ketika mula kamu mendengar fitnah itu, kamu mengatakan "tidak wajar kita menghebahkan perkara ini. Maha suci Allah. Ini semata-mata pembohongan yang besar”.

Allah SWT menegaskan dalam surah An-Nur (24:16-17) -

Di mana Allah SWT mengingatkan : “Alangkah baiknya ketika kamu mula mendengar khabar angin atau fitnah seperti itu kamu lantas berkata: Tidak wajar kita membicarakan perkara seperti ini; Maha suci engkau (Ya Allah!) Ini memang pendustaan dan pembohongan yang besar. Allah menasihatkan kamu agar jangan sekali-kali mengulangi perbuatan seperti ini buat selama-lamanya, seandainya kamu benar-benar orang yang beriman."

Dalam ayat berikutnya Allah SWT berfirman (an-Nur 24:18) -

”Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat hukumnya. Allah Maha Mengetahui Maha Bijaksana”.

Kes pertuduhan seperti ini adalah suatu yang serius dan besar dalam ajaran syariat Islam; lebih-lebih lagi terhadap orang Islam. Perbuatan melemparkan pertuduhan palsu seperti ini menurut Islam adalah merupakan dosa besar dan haram hukumnya!
Azhar Idrus Wajib Bertaubat!!

Mesti Tau! Senarai 12 Kalimah Munajat Muslimah hampAS..


DR Mariah kata nyanyian Muslimat PAS tu Munajat ; aku cuba untuk memahami munajat apa yang dikatakan itu melalui Video tu ;

Sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.

Dr Mariah ajak kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan.


Tu dia, puak muslimah ni dah sesat buat satu perbandingan jauh panggang dari api untuk dibandingkan dengan sirah Rasulullah untuk menghalalkan setiap perbuatan terkutuk mereka.
sungguh mengaibkan sekali.

Inilah munajat mereka:

1. Jaga2 Putrajaya !
2. Auuuuwwwwwwww !!! (menjerit)
3. Reformasi
4. Rakyat bangkit
5. Sumpah UMNO
6. UMNO MAMPUS !
7. Rakyat Menang !
8. Putrajaya Kita Punya !
9. Tumbang BN
10. Terima Kasih Dato Hakim !
11. Terima Kasih Abang Polis !
12. Auuwwwwwwww !!!! (Menjerit)

Itu saja senarai MUNAJAT MUSLIMAT PAS....berdasarkan kepada senarai munajat-munajat yang dinyatakan di atas hangpa pikir la..ini ka yang dikatakan MUNAJAT KEPADA ALLAH ???...

Ya Allah, aku mohon pada kurniakanlah petunjuk MU kepada mereka yang kelupaan, Amin

Sebahagian komen dari GPB

Must Read! Luahan Kekecewaan Pemimpin PAS Terhadap Perbuatan Tak Bermaruah Muslimah PAS Di Mahkamah!


Merujuk kepada video Entry A.S yang mana muslimah PAS 'berjoget sakan' meraikan pembebasan Anwar di SINI , ni A.S kongsikan bersama luahan kekecewaan yang amat sangat dari penyokong kuat PAS terhadap tindakan murahan dan tak bermaruah yang dilakukan oleh muslimat PAS tersebut.

Layanzz...

"Sejak kebelakangan ini banyak perubahan yang berlaku di dalam PAS. Boleh dikatakan banyak yang positif lagi bermanfaat berbanding yang negatif. Cuma kali ini penulis ingin menyentuh perubahan negatif yang wajib ditegur. Selaku anak jati PAS, penulis berasa amat tersinggung dengan apa yang berlaku terhadap muslimat-muslimat PAS.

Video yang dimuat naik memaparkan muslimat-muslimat PAS bersorak menyanyi dengan lirik yang tidak manis apabila DSAI diumumkan tidak bersalah. Sehingga bersorak riang menyanyikan "mampus UMNO dll". Belum lagi dibahaskan perbuatan terkinja-kinja bersalam dengan abang polis. Dari sudut feqh bagaimana? Dari sudut reputasi akhlak sebagai pendakwah bagaimana? Dari sudut millage politik bagaimana? Pening juga Aiman Athirah Al-Jundi nak jawab tu.Ya Aiman, anda antara yang terlibat!
Aiman Athirah: Ketua Porn-Porn Girl

Tidak pasti salah siapa dan apa punca sebenar yang mencemarkan imej muslimat kita. Yang pasti muslimat perlu dengar muhasabah ini. Saya pun benci UMNO juga, tapi coverlah sikit perangai tu supaya kredibiliti kita sebagai pendakwah tidak tercalar. Selepas ini jangan salahkan orang jika orang memperlekeh perjuangan Islam kita. Itu semua berpunca dari korupnya etika dan akhlak kita berda'wah.

Mungkin mursyidul am mereka DSAI kot, seronok sakan DSAI bebas sampai lupa batasan agama sendiri.

Tidak kira anda semua yang terlibat mahu berhujah bagaimana sekalipun, perlu diingatkan politik berdasarkan persepsi . Jika dahulu walaupun orang benci pada kita, orang masih hormat pada kita kerana kita masih lagi menjaga akhlak dan etika. Usah disebut pendekatan da'wah dan macam-macam lagi sekiranya anda sendiri tidak menghalusi sirah dan feqh gerakan Islam.

Melihat kepada video yang dimuat naik sejak semalam, ramai yang dislike dan memberikan komen yang negatif. Selalu je video da'wah kita didislike, tapi tidaklah seteruk ini. Itu merupakan indikator bahawa perbuatan tersebut sangat tidak setaraf dengan panggilan sebagai 'muslimat PAS'.

Ingat, kita gerakan Islam bukan parti politik yang mabuk kuasa sehingga lupa nilai2 agama yang diperjuangkan.-Abu Zaim

A.S NAK KATA LAGI, MEMANG HANGPA DAH LUPA BANYAK DAH NILAI-NILAI AGAMA!
PEMBOHONG DAN RETORIK SAJA LEBIH!!
GELI A.S NAK PANGGIL MUSLIMAT PAS LEPAS NI!

Muslimat PAS Gila Salam Dengan Jantan!




AIMAN ATHIRAN AL JUNDI - KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT. SI TUKANG PEGANG HAILER TU! ANDA LIHAT DAN NILAIKAN SENDIRI PERILAKU BURUK MUSLIMAH PAS TERSEBUT.

MENYANYI DI KHALAYAK RAMAI, TERKINJA-KINJA MACAM KERA KENA BELACAN..

INILAH ISLAM ALA PAS YANG MENGHALALKAN SEMUA PERBUATAN DI ATAS.

DAN DITENGAHH VIDEO INI TAK SEMENA-MENA MUSLIMAT PAS MENERPA POLIS PEREMPUAN DAN LELAKI BUKAN MUHRIM MENUNJUKKAN SIKAP MURAHAN MEREKA TANPA MENGIRA BATASAN AURAT.

INILAH SEBENARNYA PERILAKU SEBENAR MUSLIMAH PAS KALAU HANGPA NAK TAU!

Saari Sungip Kena Warning Dengan PAS!

Ketua Penerangan Pas Selangor, Saari Sungip diberi amaran kerana mengeluarkan kenyataan mendahului parti berhubung soal senarai bakal calon pilihan raya umum, bulan lalu.

Amaran itu telah dikeluarkan pada satu pertemuan dengan empat pemimpin kanan Pas di ibu negara, kelmarin.

Beliau telah membuat satu kenyataan berkenaan soal percalonan Datuk Dr Hasan Ali, di mana bekas pesuruhjaya Pas Selangor itu dikatakan tidak menerima pencalonan yang mencukupi untuk dipilih sebagai calon mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Hasan dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa kelmarin.

Dimaklumkan pagi ini Saari telah dipanggil bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan parti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Beliau diingatkan agar lebih berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan imej buruk ke atas parti," kata.

Tuan Ibrahim menjelaskan, Saari telah dipanggil kelmarin, hari Pas mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan memutuskan tindakan tegas ke atas Hasan.

"Kami memanggil beliau pada hari yang sama jawatankuasa kerja memutuskan untuk memecat Datuk Hasan Ali, kami memberi amaran agar tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan mendahului kepimpinan pusat," katanya.

Hassan Ali Dibayar ??

Komen yang diterima dalam blog A.S dari puak pakatan membuktikan mereka sedang kepanasan dan terpaksa mengkaver line untuk menyedapkan hati mereka dan menghalalkan perbuatan menzalimi pemimpin mereka. Rujuk komen mereka diSINI.
Hassan Ali bukannya keluar dari parti pas secara sukarela namun beliau dipecat oleh pemimpin yang menjadi keldai pkr/dapig tanpa diberi peluang untuk membela diri!

Rata-rata mereka melihat seolah-olah Hassan Ali terlalu miskin semasa hidup dalam PAS dan memfitnah Hassan Ali kononnya tidak sanggup susah dalam PAS.

Sungguh jahat dan busuk hati puak-puak pas ni.
Mereka ini terpaksa menyediakan satu alasan untuk menipu rakyat dengan pemecatan yang dilakukan dengan mengadakan cerita yang bukan-bukan.

Tidakkah mereka sedar Hassan Ali memang seorang yang berharta walaupun sebelum bersama PAS lagi?
Jika Hassan Ali sibuk nakkan harta, kedudukan dan pangkat, dah lama dia akan bermatian bersama UMNO dan bukannya menjadi pemimpin PAS.

Sikap tawadduk Hassan Ali ini nampaknya dipermainkan dan dipandang sepi oleh puak hamPAS!

Puak pas yang masih taksub ini tidak dapat menerima hakikat dan mata mereka dibutakan untuk melihat kebenaran bahawa tragedi pemecatan ini adalah kerana perjuangan suci Hassan Ali yang tak hipokrit dalam menegakkan Islam.

Satu contoh jelas, Himpunan Umat Islam yang diketuai oleh Hasan Ali dilarang keras oleh PAS, manakala himpunan bersama kafir harbi dan untuk menyelamatkan manusia paling buruk akhlaknya dihalalkan!

Malah demo 901 esok diisytiharkan oleh pas sebagai jihad perhimpunan untuk menyelesaikan masalah moral dan akhlak seorang pemimpin yang sudah jahanam!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...