Nak terus berlawan dengan Malaysia, nampaknya lanun-lanun Sulu sudah mati akal. Dah habis air liur baca serapah dan jampi, dah habis segala macam tangkal dan azimat dipakai tetapi penemuan mayat-mayat lanun Sulu terus meningkat saban hari. Nak minta bantuan daripada jin, puaka dan jembalang pun, makhluk-makhluk
Apakan tidak, tetiba sahaja Malaysia mengeluarkan aset-asetnya yang kurang diketahui dan dimiliki seperti bom pintar dan drone.
Jadi, Jamalul Kiram III yang sudah pun terputus bekalan duit ringgit apabila dalang operasi lanun-lanun tersebut didedahkan secara meluas, terpaksa mendapatkan bantuan pihak asing. Nak minta bantuan daripada Amerika, negara yang menyokong keganasan terhadap umat Islam itu pun, tak berapa nak berani atas alasan-alasan tertentu terutama selepas Malaysia menggunakan jet F-18 Hornetnya dengan sebebas-bebasny
Nak harapkan negara sendiri, Filipina pula dah nak tangkap dia. Akhirnya Jamalul Kiram III terpaksa beralih kepada Indonesia. Kononnya, Indonesia juga mempunyai hak ke atas Sabah dan Sarawak. Tidak cukup dengan itu, dia menawarkan Kesultanan Sulu berada di bawah Republik Indonesia sekiranya Indonesia mahu membantu lanun-lanunnya berperang dengan tentera Malaysia.
Tapi bab yang paling best tu, bila dia kata, Islam Malaysia hanya pada nama sedangkan amalannya tidak. Maka dibandingkan pula Islam Malaysia dengan Islam Indonesia....
Manusia yang syirik dengan Allah Taala tetiba nak kata orang lain tak cukup Islam berbanding dengannya?
Indonesia nak bantu Kiram serang Malaysia? Bagaimanalah agaknya dengan nasib jutaan rakyat Indonesia yang mencari makan di Malaysia? Bagaimanalah pendapatan Indonesia kalau rakyatnya di Malaysia tetiba dihalau balik dan tidak dibenarkan bekerja di Malaysia lagi?
No comments:
Post a Comment