Jaga Market Pun Fail, ada hati perintah negara


Sebentar tadi aku berkesempatan bersama-sama Dato Zainal Abidin bin Osman
turun padang bersama orang ramai di Pasar Awam Sungai Bakap.
Tok Non beramah mesra bersama orang ramai serta mengedarkan apron 1 Malaysia untuk dipakai oleh peniaga-peniaga di pasar terbabit.
Alhamdulillah, respon dari rakyat cukup positif terhadap kehadiran Tok Non di sana.

Suatu perkara yang cukup menarik perhatian aku ialah luahan seorang peniaga cina yang kesal dan kecewa dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai sebagai pihak yang bertanggungjawab menguruskan pasar tersebut dengan baik.

Masalah ketiadaan penutup lubang dan longkang  yang diutarakan terhadap Adun Pkr Sg Bakap, YB Makhtar nampaknya langsung tidak diambil peduli lebih dari 5 bulan seperti yang dinyatakan oleh peniaga terbabit.

Mereka cukup kesal dengan MPSP dibawah kerajaan negeri yang dilihat gagal menguruskan permasalahan yang membahayakan orang ramai ini. Mereka juga kesal dengan pemimpin pakatan yang gagal menyelesaikan masalah sekecil ini yang membabitkan perbelanjaan yang kecil sahaja.
Peniaga-peniaga juga mengakui pemimpin pakatan hanya pandai sembang politik saja, tapi hasil kerja cukup mengecewakan.

Macam ni ka gaya nak perintah negara?
Lupakanlahhh...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...