Kalau berani, cubalah! Nada Azizan dengan angkuh!


Menjawab kepada "raungan" Nik Aziz yang mendakwa di"cas keting", Azizan Razak yang merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah, menafikan "dakwaan" Mursyidul Am PAS itu turut "berlaku" di Kedah. Malah dengan angkuhnya Azizan Razak berkata "Nak buat? Marilah kalau berani...". Nampaknya kenyataan MB Kedah ini begitu keras kepada "musuh-musuh" politik dalaman PAS Kedah yang cuba mengatur strategi men"cas keting"kan dirinya. Garang sungguh Azizan Razak. Maklumlah. Baru setahun dua dia menjadi MB, takkanlah nak beri laluan kepada orang lain pula? Jalan di Sungai Limau baru saja di"tar"kan dan di naik taraf. Baru nak rasa "senang" sikit...

Setahu Azizan, tiada budaya "cas keting" di Kedah. Menurutnya, "kalau ada pun, itu adalah di luar pengetahuan"nya. Janganlah nak salahkan Azizan pula. Selama menjadi MB Kedah, apa sangat yang dia tahu? Orang curi balak di Kedah, dia tak tahu. Orang PAS berebut projek kecil untuk diri sendiri, dia tak tahu. Pemimpin PAS "dok mengutuk belakang" pun, dia tak tahu. Apa yang dia tahu? Naikkan "signboard" yang ada "muka" dia besar-besar, itu dia tahu. Rasmi projek pembangunan BN, dia tahulah!

Nampaknya, Azizan Razak begitu yakin "tiada yang berani" menyanggah "kerusi MB"nya di Kedah. Yakin sekali! Baguslah begitu. Bukan apa, saya terkenang kenyataan Azizan yang pernah berkata, "jadi pembangkang lebih mudah menjadi kerajaan, kira nak bangkang saja. Payah jadi kerajaan ni...". Pada pendapat saya, mengapa jika Azizan tahu "susah menjadi Kerajaan", maka dia nak teruskan jadi MB Kedah? Kenapa tak beri laluan pada Phahrulradzi saja? Taulan Rasul pun ada. Bagilah peluang "depa pening kepala" pula. Lagipun, kesihatan Azizan Razak pun bukannya elok sangat. Takkan nak tunggu muntah darah macam Nik Aziz kot?... Paparan Lanjut

Yang pastinya, mungkin ada beberapa pemimpin PAS Kedah yang "kecut perut" dengan "ancaman" dan "ugutan" boss besar PAS Kedah ini. Sudahlah sebelum ini mereka sering di"kondem" di dalam mesyuarat, sekarang Azizan "bantai depa" lagi! Kalau macam tu, pastinya "suara depa" takkan ber"bunyi" langsung dalam mesyuarat. Kalau nak ber"suara" pun, mereka akan pakai "body language" atau "memek muka". Kalau "tak puas hati" sangat pun, "depa" akan ber"bunyi" di"belakang"! Setakat itu sajalah. Maka jadilah "depa tu" bagaikan "burung kakak tua", "burung belatuk" atau "Mr. Yes Man"! Heheheh...KALAU BERANI, CUBA LAH!
-APC-

3 comments:

matrengganu said...

Jadi ayam jantan pun boleh juga..berkokok jer , tapi telur tak ada..

iKAnBUNtal said...

senang lah tuh..x tau ape2...mana pening kepala..
ya tak?

Anonymous said...

cas keting ke cah keting?tak tau jgn sebut..kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...