Kerajaan DAP Penang makin menekan melayu!


Baru-baru ini kedai makanan laut di Gold Coast (hammer bay) berhampiran Queensbay Mall hendak diruntuhkan tapi ditangguhkan atas rayuan peniaga-peniaga yang sebelum ini dapat berniaga dengan selesa dan membuat keuntungan semasa kerajaan BN memerintah Penang,
Cafe Do Re Mi di rumah pokok milik melayu yang telah lama berniaga yang menjadi tumpuan pelancong di Tanjung Bungah pun telah dirobohkan dengan alasan tanah milik kerajaan Negeri. saudara kita yang menjadi mangsa itu sendiri mengakui bahawa beliau selesa berniaga di bawah kerajaan BN yang amat prihatin terhadap peniaga melayu.

Gerai-gerai di tepi laut di Pantai Miami di Batu Feringgi juga tak lama lagi akan mengalami nasib yang sama. Sungguh Menyedihkan.

Maklumat yang baru diterima, beberapa kedai/gerai makan milik melayu diperkarangan Bukit Jambul kompleks pun kena jugak... Semua pemiliknya adalah melayu juga. Ini hanya sebagai beberapa contoh, masih banyak lagi yang boleh dibongkarkan.

Tapi sebaliknya nasib-nasib penjaja dan peniaga cina terus dijaga. Penjaja ini terus berniaga dengan aman tanpa diganggu pihak berkuasa. Yang bubuh meja sampai atas jalan raya besar di Jalan Perak pun sampai ke la ni pun tak amik tindakan, penjaja cina yang bersepah di sekitar Georgetown terus mengaut untung hari demi hari tanpa diganggu oleh pihak berkuasa.
Bukalah mata wahai sahabat, semua ni taktik licik LGE nak meminggirkan melayu. jangan terus terpedaya dengan lakonan kalipah musibat ni. Pecacai DAP yang duduk bawah PAS dan PKR jangan terlalu mudah ditipu dengan retorik-retorik LGE yang memualkan.

Apa dah jadi dgn kerajaan negeri Pulau Pinang?Inikah kerajaan kesayangan rakyat Penang? Langsung tiada perasaan belas dan kompromi dengan peniaga melayu!

2 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

syabas pentas opera !! kita sama2 berjuang bongkarkan kezaliman kerajaan sosialis DAP !!

MymassaVoice said...

kalau kita peratikan isu ini dengan teliti, kita akan dapati banyak peniaga/usahawan melayu di negeri-negeri tadbiran DAP (PP dan S'gor) sedang ditindas. ambil contoh di kajang, tempat makan yang popular yang digelar Pemadam kini telah dipindahkan ke satu lokasi yang terpencil (tepi longkang besar di prima Saujana, kajang), akibatnya sehingga kini kita dapat perhatikan tiada satu pun peniaga pemadam yang asal dulu dapat memulakan perniagaan mereka kembali. padahal kalau dulu zaman BN memerintah, sesiapa yang datang berkunjung ke Kajang, pasti tidak akan lupa untuk singgah ke Pamadam untuk merasa nasi lemaknya yang popular. jika mereka tiadak dapat menghapuskan terus punca rezeki perniagaan orang Melayu (mungkin takutkan bantahan besar-besaran), mereka akan cuba control pula semua hasil jualan perniagaan yang diperoleh.kini semua hasil jualan pasar malam di selangor (dan mungkin juga di PP)perlu diserahkan bulat-bulat kepada PBT yang du bawah kuasa mereka, untuk ditentukan berapa banyak pula yang mereka dikembalikan semula kepada mereka.ingatalah kawan-kawan, kita ni sebenarnya sedang dijajah kembali, cuma kita yang terlalu lalai dan leka untuk menyedarinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...