Polemik Dalam PKR Semakin Haru Biru, Ramai Ahli PKR Akan Keluar!!!

Polimik Dalam PKR Semakin Haru Biru, Ramai Ahli PKR Akan Keluar!!!Semalam lebih kurang 4:15 petang Anwar memanggil satu mesyuarat ringkas dengan wakil-wakil rakyat dan jawatankuasa biro politik PKR di rumahnya di Taman Bukit Segambut, Kuala Lumpur.
Perjumpaan di ruang tamu itu dihadiri oleh lebih kurang 30 orang membinc.angkan beberapa topik dalaman parti yang semakin serius. Antaranya adalah tindakan sesetengah wakil rakyat yang tiada semangat setia kawan dan berhasrat untuk meninggalkan PKR menjadi wakil rakyat bebas.Dalam pertemuan yang berlangsung hampir satu jam sesetengah, Anwar telah memberikan amaran keras kepada yang hadhir.
Apa dia boleh buat jika mereka jadi wakil bebas? macam Hishamuddin pula, mahu beri amaran-amaran.Menurut sumber kami, perpecahan dalaman yang sedang melanda PKR semakin serius dan wakil2 rakyat berpecah kepada dua kelompok - kumpulan Anwar dan kumpulan Khalid Ibrahim.Yang dimaksudkan mungkin sekali adalah wakil-wakil rakyat Selangor. Adakah kumpulan Azmin itu kumpulan Anwar?Mungkinkah ini ada kaitan dengan Azan, Timbalan Pengerusi PKR Pahang yang baru meletak jawatan? Atau ada perpecahan dalam PKR Selangor? Atau ada kaitan dengan Zulkifli Nordin?
Mesyuarat itu bersambung kepada pukul 8:30 malam di pejabat PKR. Jeng jeng jeng ...Sementara itu, Mesyuarat Biro politik PKR telah mengadakan mesyuarat juga. Dalam kenyataan yang dibaca oleh Saifuddin Nasution, mereka menyatakan kekesalan di atas tindakan Zulkifli Nordin berhubung pertelingkahannya dengan Khalid Samad hingga membuat laporan polis.Mesyuarat mengambil keputusan merujuk kes Zul ke Lembaga Disiplin parti yang diminta bersidang secepat yang mungkin.

Sebolehnya, Biro meminta Lembaga kalukan dalam masa tidak lebih dari sebulan untuk kaji, menyiasat aduan, dan mendengar penjelasan dari Zul. Lembaga diminta membuat keputusan berupa amaran, atau menggantung keahlian atau memecat keanggotaannya. Zul diminta tidak membuat sebarang kenyataan media.Dari kedua-dua mesyuarat itu, nampak macam Anwar sedia lakukan apa saja untuk memastikan semua ahli2 PKR ikut barisan. Beranikah Anwar lakukan terhadap Zul Nordin? Bukankah tindakan yang bakal dikenakan ke atas Zul mempercepatkan ramai untuk keluar jadi bebas?
Perletakan jawatan Timbalan PKR Pahang, Azan jangan dilihat sebagai enteng. Dia adalah sealiran dengan Zul dalam kumpulan Islam. Azan adalah bekas Bendaharai GPMS pasukan Dato Suhaimi yang dikalahkan pasukan Reezal Merican secara haram.Zul juga adalah salah seorang ahli pasukan peguam syariah Anwar.

Jeng jeng jeng ...Kalau ikut cakap YB Hamidah sini, dah retak menanti belah. Ramai nak tinggalkan PKR.Berdoa banyak2 pada Allah, Anwar Ibrahim. Kes belum start PKR akan pecah bila-bila masa saja. Pemilihan akan datang. Masa pemilihan lepas, Nallakarupan lari.
-ApC-

1 comment:

Anonymous said...

aku pn x tau la apa nk jadi ngan pkr ni... sbnrny bkn slh parti tp salah ahli2nya... begitu juga dgn umno... bkn salah umno tp slh ahli2nye... pening2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...