AS tak tau nak kata apa lagi. Kerajaan BN dah bantu beri netbook percuma kepada rakyat Malaysia. Tapi demi keuntungan singkat, dijualnya pulak demi nak hadap duit sekelepuk. Banyak mana la sangat? Teruk betulla sikap bangsa kita ni,dah dapat subsidi,benda free.Lagi mau jual.tidak tahu menghargai benda percuma.
Nampaknya kerajaan kena pantau balik senarai pelajar yg layak terima bantuan ni. Samada bebudak ni tak perlukan laptop ataupun ade alternatif lain yg lebih menarik dgn jual laptop ni....dapat duit boleh subcribe tm package yg cover both netbook and internet connection...tak boleh nak salahkan bebudak u ni juga.
Zaman sekarang ni kalau laptop tanpa internet macam makan tanpa nasi ruji. Kerajaan pun kadang-kadang tak detail bila membayar kontrak yang tak munasabah kat kontraktor kroni and dapat laptop spec 2-3 tahun lepas. Ini hanya pandangan yang AS terima dari rakan-rakan. Cuba kerajaan kaji balik what is the best bantuan skim yg boleh bagi kat bebudak ni....
- Bernama melaporkan satu siasatan akan dijalankan hasil laporanramai pihak mengenai berleluasanya penjualan komputer riba percuma
oleh Kerajaan dalam Program komputer 1 Malaysia. Tujuan asal pemberian
komputer tersebut adalah bertujuan memperluaskan penguasaan IT
di kalangan pelajar-pelajar yang kurang kemampuan untuk memiliki
komputer tersebut.
dibawah artikel berkaitan;
- Bernama melaporkan satu siasatan akan dijalankan hasil laporanramai pihak mengenai berleluasanya penjualan komputer riba percuma
oleh Kerajaan dalam Program komputer 1 Malaysia. Tujuan asal pemberian
komputer tersebut adalah bertujuan memperluaskan penguasaan IT
di kalangan pelajar-pelajar yang kurang kemampuan untuk memiliki
komputer tersebut.
dibawah artikel berkaitan;
1.2 juta komputer riba diagih percuma
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
pengarang@utusan.com.my
JELEBU 28 Mei - Kerajaan akan mengagihkan sebanyak 1.2 juta komputer riba secara percuma kepada rakyat berpendapatan rendah dan juga pelajar sekiranya mereka melanggani pakej perkhidmatan jalur lebar dengan Telekom Malaysia Berhad (TM).
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) yang bertujuan meluaskan penembusan akses jalur lebar kepada umum.
''Inisiatif pengagihan komputer berkenaan akan dijalankan secara berfasa iaitu bagi fasa pertama sebanyak 200,000 unit bakal diagihkan dan disasarkan selesai pada hujung tahun ini.
''Bagi fasa kedua pula, sebanyak 1 juta unit komputer berkenaan akan diagihkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya pada sidang akhbar majlis Pelancaran Pakej Jalur Lebar dan NetBook Kos Rendah Terkini Untuk Isi Rumah Berpendapatan Rendah anjuran TM di sini hari ini.
Katanya, antara syarat dan golongan yang layak untuk mendapat pakej itu adalah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan, pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
Jelasnya, setiap individu yang layak diwajibkan melanggan perkhidmatan jalur lebar dengan TM secara kontrak selama 24 bulan bagi memiliki komputer riba berkenaan.
''Sekiranya permohonan memiliki komputer itu berjaya, mereka diwajibkan membayar yuran langganan sebanyak RM38 sebulan selama dua tahun kepada TM.
''Lebih menarik, bagi pelajar sekolah, mereka hanya dikenakan yuran langganan sebanyak RM20 berbanding pakej yang ditawarkan kepada isi rumah iaitu sebanyak RM38." katanya.
Dalam pada itu, Rais berkata, bagi memastikan kelancaran pengunaan pakej jalur lebar itu, TM sedang giat memasang Pusat Akses (AP) bagi meningkatkan isyarat penerimaan jalur lebar.
''Dengan wujudnya AP ini orang ramai boleh mengakses Wifi iaitu akses Internet tanpa wayar dengan radius sejauh dua kilometer dari pusat AP," jelasnya.
Rais juga mencadangkan pakej berkenaan diberikan kepada semua pengamal media di seluruh negara sebagai langkah menghargai peranan media dalam menjalankan tugas mereka.
''Saya akan berbincang dengan SKMM untuk memberi komputer riba ini kepada semua pelapor media yang merupakan warganegara ini. Perkara ini akan dibincang dalam tempoh terdekat," ujarnya.
No comments:
Post a Comment