Entry ni AS buat bukan sebab nak bodek atau puji melambung jauh skali harap Dato Non atau Haji Rashidi KP Pemuda Bhgn Nibong Tebal bagi token kat AS.. huhuhu
Untuk makluman para pembaca yg budiman sekalian, AS tinggal di DUN Sungai Bakap dibawah Parlimen Nibong Tebal. AS terima jemputan untuk kedua-dua program yg dijalankan tersebut pada 24 Oktober lalu. Dari hemat AS sebagai ahli akar umbi, AS lihat Pemuda Nibong Tebal jauh sekali berbeza dengan dahulu.
(gambar dari blog pemuda nibong Tebal,http://pemudaumno-nibongtebal.blogspot.com/)
Jika kita lihat gambar diatas nampak benar kesungguhan dan keihklasan Pemuda Nibong Tebal buat kerja untuk mendekati dan memenangi hati rakyat. AS perhatikan dalam Blog dan Facebook pemuda sudah berpuluh-puluh kali program seumpama ini diadakan. Blog mereka dulu aktif dan disabotaj kata mereka, tp AS melihat mereka tak putus asa hidupkan balik blog mereka. AS harap pemuda bahagian lain turut menuruti jejak Pemuda Nibong Tebal ini. Buat Hj Shidi atau AJK Pemuda Ntebal, kalau terbaca entry ni jgn bangga plak! huhuhu
Jangan mudah berpuas hati, truskan lagi dekati anak muda, Ramai lagi anak muda yg tak jadi ahli UMNO dan daftar mengundi di Nibong Tebal.
Pemuda Bahagian di bawah Hj Rashidi, AS lihat perubahan yang terlalu ketara. Sistem penyampaian hebahan maklumat sebarang program memang mantap berbanding zaman Shafie Kassim dan Foad Mat Isa. Kalau zaman Hj Foad dan Shafie Kassim nak dengar Pemuda Bahagian buat program sebulan sekali pun susah, info pun org akar umbi macam AS pun tak dapat, Tup-tup, dah habis.Tu pun bila pemilihan pemuda bahagian yang lalu, 2-2 orang ni yang duk kalut atur barisan pelapis depa. hahaha
AS sendiri pun selalu terima SMS program dar Sdr Amir, S/U Pemuda walaupun kami ni tak begitu rapat dan AS sendiri pun hanya AJK Pemuda Cwgn sahaja. AS juga nak puji Sdr Norhiesam yg org panggil Cikgu Sham, Ketua Penerangan yang baru dilantik yang dilihat begitu agresif menggerakkan program di peringkat akar umbi. Barisan AJK pemuda bahagian juga dilihat bergerak mantap sebagai satu pasukan. Teruskan usaha anda. Buat Hj Rashidi, anda yg AS kenal tetap tak berubah. Walaupun cakap banyak dan mulut laser sampai ramai Ketua Cawangan marah kat anda, tapi takpa, anda buktikan yg anda bergerak, bukan sembang kosong. Kalau nak jadi calon ADUN Sungai Acheh pun AS setuju, tapi biar pi la kot kat Dato Mud yang AS lihat sungguh baik hasil usaha kerja dia selama ni.
Cuma AS dengar-dengar, mantan ADUN Sungai Acheh yg juga Naib Ketua Bahagian yang sekarang 'ditendang' jadi Penyelaras DUN Sungai Bakap, sedang bekerja keras melobi nak jadi calon ADUN Sungai Acheh Balik. Hj Foad duk la Sungai Bakap tu jadi calon pun takpa, mana tau kot menang dengan YB Ustat Maktar. Lebihkan turun padang di Sungai Bakap ni. Dah buka pejabat setentang dengan Pusat Khidmat Ustad Maktar tu lebihkan lagi turun padang biar depa gerun sikit. hehe. Ini cuma teguran saya saja wahai Hj Foad.
Kpd Dato' Non Panjang Ketua UMNO Bahagian, kerapkanlah lagi duk kawasan. AS lihat Dato Non pun bergerak dan selalu di nibong Tebal tapi lebihkan lagi. AS lihat UMNO Nibong Tebal ditadbir baik oleh beliau, cuma pikirkanlah cara terbaik macamana nak rampas balik kerusi Parlimen Nibong Tebal dan DUN Sungai Bakap. Fikirkan strategi terbaik bagaimana kita nak tarik keyakinan kaum Cina dan India mengundi BN.
Apapun, kepada semua tak kira sesiapapun, buangkanlah sikap buruk hasad dengki yang ada pada hangpa, UMNO Nibong Tebal takkan maju jika masih amalkan politik kotor, cantas mencantas, sabotaj mensabotaj diantara satu sama lain. Namun dari mata kaca AS lihat kesepaduan dan kesepakatan pemimpin-pemimpin UMNO bahagian masih ditahap yang masih baik berbanding bahagian-bahagian lain,Duduklah sebagai satu team yg kuat, tekadkan azam merampas Kerusi parlimen Nibong Tebal dan DUN Sungai Bakap.
1 comment:
AS, apa komen hang bila Dato Noordin jual syer Idaman Bersih kat Dato Yeoh yang dikenalpasti sebagai penyumbang kewangan DAP?
Takkah dikira sebagai pengkhianatan ka tu pasai dia dapat projek tu atas usaha UMNO.
Post a Comment