Lihatlah Dunia! Betapa Zolimnya Kerajaan DAP pada orang Islam P.Pinang!


Saya ingin menarik perhatian tuan/puan kepada masalah yang dihadapi penduduk Islam di Taman Mewah Fasa 2, Batu Maung. Surau di taman ini telah sekian lama berfungsi dengan baik. Tetapi berada dalam keadaan tidak sempurna akibat tidak mempunyai ruang solat yang mencukupi dan tiada kemudahan wudhuk serta tandas. Oleh yang demikian, surau ini telah diubahsuai dengan perbelanjaan orang ramai dan telah siap sepenuhnya. Malangnya surau ini tidak dapat digunakan. Pintu surau dikunci. Sumber air untuk ke surau ini juga dikunci. Ini menyebabkan surau ini tidak berfungsi langsung dan penduduk terpaksa solat di surau berhampiran iaitu Surau Taman Iping.

Apa yang pelik ialah pemaju iaitu Lip Sin Development Sdn. Bhd. tidak memberi kebenaran untuk menggunakan surau ini dan telah memberi amaran untuk merobohkan surau ini. Pelik dan hairan juga apabila pemaju melantik pengerusi persatuan penduduk daripada kaum Cina sedangkan 80% penduduk taman Mewah adalah kaum Melayu. Mereka telah melantik kaum cina menjadi pengerusi tanpa mendapat persetujuan orang ramai. Dengan ini akan memudahkan kerja mereka untuk merobohkan surau ini kononnya telah mendapat persetujuan dari persatuan penduduk, sedangkan pengerusi persatuan adalah kaum Cina. Jelas perlakuan pemaju adalah keji dan bersifat dangkal.

Kami penduduk Islam di Taman Mewah telah menghubungi YB Malik Kassim dan menyatakan masalah ini. Tetapi malangnya beliau hanya memekakkan telinga dan membutakan mata serta sanggup melihat urusan agamanya sendiri dipermainkan oleh kaum Cina. Beliau selaku ADUN Matu Maung dan memegang portfolia exco hal-ehwal agama kerajaan Pulau Pinang telah gagal melaksanakan tugas dalam menyelesaikan kemelut antara penduduk Islam Taman Mewah, Persatuan penduduk dan Pemaju. Hal ini langsung tidak menggambarkan slogan "CAT" yang dilaungkan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Kami berasa amat kecewa, terasa dihina, dipermainkan serta dianiayai di tanah tumpah darah kami sendiri. Apakah kami tidak mempunyai hak menggunakan surau untuk solat 5 waktu? Apakah kami mahu dihalang dari menjalankan urusan agama kami? Apakah akan terjadi kepada nasib anak-anak kami jika mereka tidak mendapat pelajaran Al-Quran yang sekian lama diajar di surau kami? Apakah kami telah jadi lebih hina daripada kaum Cina. India yang membina kuil di merata-rata walau di atas tanah milik orang melayu? Apakah YB Malik Kassim mahu menadah air liur kaum cina/india dan menyapu ke muka kami? Sudah lah tanah milik Melayu dirampas, orang Melayu diusir dari bahagian pulau, apakah saki-baki orang Melayu Islam yang tinggal di pulau tercinta ini tidak dapat hidup dengan aman?

Saya amat berharap agar semua pihak yang terlibat dapat turun melihat, berbincang dan menyelesaikan masalah SEGERA supaya laungan azan dapat kedengaran semula di SURAU TAMAN MEWAH FASA 2.

Ingatlah, apabila anda sekat orang-orang Islam daripada menunaikan solat dan melaungkan azan, kerajaan negeri anda akan hancur. Kepincangan akan wujud dalam pentadbiran negeri anda serta anda jangan menangis sekiranya anda gagal mempertahankan kerajaan negeri anda di masa akan datang. Kerana anda bukan sahaja menganiayai dan mendatangkan kesusahan kepada orang Islam Pulau Pinang, sebaliknya anda juga telah mengundang kemurkaan dari PENCIPTA LANGIT dan BUMI.

Sekian.
Penduduk Taman Mewah Fasa 2

AS: LIHATLAH KANDUNGAN ISI SURAT INI YANG DILUAHKAN OLEH PENDUDUK ISLAM TAMAN MEWAH FASA 2 DI BATU MAUNG, PULAU PINANG. DAPAT DIBUAT KESIMPULAN YANG SEAKAN-AKAN ADA SATU AGENDA HALUS UNTUK MELEMAHKAN DAN MENAFIKAN HAK ORANG ISLAN DI TAMAN TERSEBUT DAN PULAU PINANG AMNYA. BAYANGKANLAH JIKA DAP MEMERINTAH MALAYSIA, APALAH NASIB KITA? NAUZUBILLAH. MOHON DIJAUHKAN DARI BALA INI.

credit to Parpukari atas surat ini

4 comments:

Anonymous said...

Saya nasihatkan saudara tak perlu bimbang terlampau. Pilihanraya Umum maksima 5 tahun sekali. Hak mutlak agama ialah berada ditangan raja-raja melayu. Tak puashati kita kalih. Kita yang jadi raja sebenarnya, bukan parti. Jgn terpedaya dengan pemimpin yg takut kehilangan macam2 apabila kalah, dan sanggup jadi 'sikitol' dan penghasut rakyat dgn berlindung dibalik isu kaum. Mad Baling.

Anonymous said...

Memang kita ni raja tapi sehari saja...nak seksa 5 tahun sapa suruh...la ni mau tak mau kena tanggung la dulu...apa pun berjuang untuk agama,bangsa dan tanahair ini...berbanggalah jadi melayu...jangan lupa daratan...berpijak d bumi yang nyata...semua kena ambik tau jangan dok tak tau saja...jeng...

Anonymous said...

SAUDARA
BOLE CITE SIKIT PASAL SURAU TAMAN MEWAH FASA 2 .APA SAUDARA TAHU TENTANG ASAL USUL SURAU NI BOLE SYER SAMA TAK?

Anonymous said...

SAUDARA BOLE CITER CITER PASAL SURAU NI
BOLE KITA KONGSI CITER NI
APA ANDA TAU CITER SURAU TAMAN MEWAH 2. SAYA ADE CITER BOLE KITA SYER

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...