18SG! Gambar tangan pemuda yang putus ketika cuba pecah rumah



BESUT: Seorang lelaki putus tangan akibat ditetak ketika cuba memecah masuk
rumah seorang penternak ikan kolam di Kampung Pengkalan Gaduh, Limbongan, dekat sini awal pagi tadi.

Tangan kiri pemuda berusia 28 tahun itu putus akibat dilibas dengan parang oleh tuan rumah berkenaan dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata sebelum kejadian pemilik rumah berumur 49 tahun itu tersedar daripada tidur dan ternampak bayang seseorang yang cuba memasuki rumahnya melalui tingkap.

"Dengan bersenjatakan sebilah parang, secara senyap-senyap, tuan rumah itu keluar daripada rumahnya dan menghampiri suspek yang sedang leka mengumpil tingkap rumah berkenaan dengan sebatang besi.

"Suspek yang terkejut dengan kehadiran tumah rumah itu cuba menyerang dengan besi berkenaan, namun tangan kiri suspek sempat dilibas dengan parang oleh tuan rumah berkenaan," katanya di tempat kejadian.

Suspek yang didapati berasal dari Setiu terus melarikan diri manakala tangannya yang terputus dari paras pergelangan tangan tertinggal di tempat kejadian.

Kamaruddin berkata, tuan rumah tersebut kemudiannya membuat laporan polis.
Polis yang dikejarkan ke tempat kejadian telah menjumpai tangan suspek yang putus itu dan menghantarnya ke Hospital Daerah Besut.

"Seterusnya melalui kesan darah dari tangan suspek yang cedera, suspek akhirnya ditemui berada di sebuah chalet di Bukit Keluang dalam keadaan lemah dan berlumuran darah beserta seorang remaja perempuan berumur 15 tahun yang sedang menangis ketakutan," katanya.

Suspek dan tangannya yang putus kemudiannya dihantar ke Hospial
Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Kamaruddin berkata, suspek sebelum itu telah menyewa chalet berkenaan
yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah yang mahu dicerobohinya.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Remaja itu yang berasal dari Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan mendawa dia adalah isteri suspek.



AS: Kita beralih ke isu semasa sebentar.Kesian dan rasakan. Semoga menjadi teladan kepada kaki-kaki pecah rumah yangmakin sakan sekarang ni. Muda-muda dah kudung. Dah tu, kudung sepanjang hayat pulak sebab pecah rumah orang. Agaknya, parang yang digunakan tu untuk korban baru-baru ni.

1 comment:

usin said...

kesian, tp itulah pengajaran. kalau ikut hukum hudud, tangan sipenjenayah itupun akan dipotong. peringatan kpd yg masih x tobat nk pecah masuk rumah org, anda akan menerima nasib yg sama..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...