Hot! Ramasamy TKM2 Penang bolot projek kerajaan negeri! Sungguh CAT sekali Kerajaan Penang!


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy kini seperti cacing kepanasan dengan tuduhan dan dakwaan amalan kronisme dan nepotisme.

S Deventhiran dan T Manogaran telah meminta Lim Guan Eng untuk mempercepatkan siasatan dalaman terhadap P Ramasamy yang telah menerima terlalu banyak projek kerajaan negeri untuk pembangunan sekolah Tamil, membekal komputer dan tender Penang Water Supply Corporation dan Dewan Wakaf Hindu.

Surat aduan tersebut diberi kepada Karpal Singh, Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan Jagdeep Singh Deo.

Kedua dua pengadu tersebut memberi tempoh sehingga akhir bulan Januari 2011 kepada DAP, untuk menyiasat dakwaan dan tuduhan atau berhadapan dengan tindakan membawa kes tersebut kepada SPRM.

S Deventhiran dan T Manogaran mendakwa seramai 2,000 ahli DAP Batu Kawan akan berada di belakang mereka untuk membawa isu tersebut melalui demonstrasi jalanan jika aduan mereka diabaikan sama sekali.

Surat aduan tersebut menjelaskan amalan nepotisme dan kronisme P Ramasamy yang melobi hampir keseluruhan projek bagi masyarakat India di Pulau Pinang. Mereka juga mendakwa terdapat 16 rakan kroni P Ramasamy mendapat habuan termasuk pembantu peribadi beliau, Jayabalan dan M Satees.

Walaubagaimanapun, P Ramasamy menolak dakwaan tersebut dan mendakwa kedua duanya adalah dari serpihan DAP, bukannya ahli DAP yang sebenar. Beliau turut mencabar S Deventhiran dan T Manogaran untuk membawa isu tersebut ke pihak SPRM.

Marah dengan jawapan P Ramasamy, kedua dua ahli DAP tersebut menempelak beliau dengan mengatakan surat tersebut mengandungi butiran peribadi mereka sebagai pengadu kes.

P Ramasamy turut mendakwa projek yang dianugerahkan kepada beliau adalah berdasarkan merit dan melalui tender terbuka.

1 comment:

Jeffry said...

KIT SIYAL KHALIFAH TELUS KE KHALIFAH TELOW? KENE BTG IDONG SENDIRI PANDAI PLAK DIA KONA SANA SINI. BARU DIA TAU PENANGAN RASUAH KRONI SENDIRI KEHKEHKEH HARKK PTUIHHH!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...