Pemimpin UMNO/BN, bagilah perhatian sikit kepada blogger yang pro ANDA!

Tidak dinafikan tulisan blogger 'The Flying Kick' ada kebenarannya Pemimpin-pemimpin UMNO/BN tidak memberi perhatian kepada blogger-blogger pro BN/UMNO. klik

Ini bermakna bloggers pro UMNO/BN menulis secara sukarela tanpa sebarang sokongan moral, idea mahupun bantuan material. Oleh kerana kita masih sayangkan UMNO/BN kita terpaksa menulis dan menghabiskan tidak kurang 2 - 3 jam sehari untuk mencari bahan/maklumat dan menulis. Sumbangan yang lebih besar jika kita bandingkan dengan peranan seorang Ahli Jawankuasa UMNO Bahagian yang hadir mesyuarat sekali dalam masa dua bulan atau tiga empat kali dalam masa tempoh setahun.

Bloggers pro-UMNO/BN sentiasa menulis dan sentiasa memastikan blognya mengikuti perkembangan politik semasa pada setiap hari dan ketika. Tidur lewat malam sudah menjadi perkara biasa bagi blogger yang aktif menulis dan kadang-kadang mengambil peluang masa rehat di hari-hari bekerja.

Tapi apakah pemimpin-pemimpin UMNO/BN sedar tentang perkara ini. Atau mungkin pemimpin-pemimpin UMNO/BN masih tidak percaya dan yakin dengan peranan media baru ini. Kemenangan parti-parti pembangkang dalam PRU12 yang lalu banyak dibantu oleh peranan blogger-blogger pro pembangkang yang menguasai dunia media baru ketika itu.

Pemimpin UMNO/BN masih mengharapkan akhbar perdana dan media elektronik seperti TV untuk menyampaikan mesej kerajaan BN dalam setiap kempen pilihanraya mereka. Apakah sikap dingin pemimpin UMNO/BN seperti ini akan berterusan hingga ke PRU13 akan datang?

Kita lihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mulai mengumpul semula bloggers pro-Pakatan Rakyat klik akan mulai membuat serangan secara agresif dan pantas ke atas bloggers pro-BN/UMNO. Jika bloggers pro-BN/UMNO tak ada kekuatan mental dan juga fizikal, apatah lagi tidak mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, kemungkinan bloggers pro-BN/UMNO akan 'tutup kedai'.

Kita bersabarlah kerana kita masih sayangkan perjuangan UMNO/BN. Jangan sampai suatu masa bloggers pro-UMNO/BN bertindak menongkah arus. Jika berlaku begini, pasti calon UMNO/BN dalam PRU13 akan datang menghadapi masalah untuk menang!

ANTARA LUAHAN DEMI LUAHAN DARI BLOGGER PRO UMNO BN YANG MERASAKAN BAHAWA MEREKA TIDAK MENDAPAT PERHATIAN YANG SEWAJARNYA. AS YAKIN, MEREKA TAK MENGHARAPKAN IMBUHAN MATERIAL SEMATA-MATA JAUH SEKALI WANG RINGGIT. TAPI KALAU RASA PERLU DAN MEREKA INI PENTING, TOLONGLAH TENGOK APA YANG PATUT.
NAMUN APA SALAHNYA PEMIMPIN-PEMIMPIN DIATAS AMBIL INSIATIF TURUN BERTEMU MEREKA MINUM KOPI SEKALI, BERBICARA DARI HATI KE HATI, TANYA MASALAH DAN BERI SUNTIKAN SEMANGAT KEPADA MEREKA INI, SUSAH SANGAT KE?

3 comments:

eM JaY... said...

jolor sengokti tuh.ambo sokong 200% kenyataan demo nih.wajar jugak perhatian dan galakan moraL utk kita menyalurkan pendapat dan sumbangan selagi berkemampuan berbuat begitu.
cubalah bayang kalau kita blogger's yang cuba luahan pendapat dan keluhan,maka amaran dan tindakn yang akan d ambiL.

apapun tahniah,mantoPP..!!!

blogenstarz said...

Laaa lagu tu kaaaa.
Awat depa buat bodo ja.Depa tau tak.Kita blogger nih cuma nak tolon depa ja.Bukan pasal kebuloq duit depa.
Tapi takpa laaa,chek cuma menulis bukan kerna nama,pasai apa,pasai nama dok ada .... tapi paneh gak !

Groom said...

Yelah...selama ni rakyat berharap info pada bloggers je...kalau nak harap kebanyakan pemimpin2 UMNO..huh!

Misalnya, aku respect dan ucap tahniah kepada bloggers yang pantas dan tepat menjawab fitnah2 Anwar. Cuma apa yang menyakitkan hati saya dan meluat (dan mungkin ramai lagi yang diluar sana) ialah kenapa apabila timbul fitnah Anwar dan konco2nya, pemimpin2 UMNO yg dituduh ataupun yang lain tidak jawab atau menangkis atau menyerang balas Anwar? Mereka kelihatan sangat lesu dan pengecut! Kalau adapun yg cuba menjawab, jawapannya mesti klise dan hanya berbentuk penafian je.Menyampah sungguh dengan pemimpin-pemimpin macam ni..Dalam kes dakwaan nepotisme kontrak Kem.Pertahanan, Dato' Zaid Hamidi, apa lagi, jawablah! seranglah! samanlah! Kalau dulu bukan main Zaid Hamidi nilah yang sibuk dlm Perhimpunan Pemuda menuduh Dr.Mahathir amal kronisme & nepotisme.Sekarang kalau berani, jawab dan seranglah ANwar..cehh...lembam!

Kepada Pemimpin UMNO...cuba contohi Dr. Mahathir dan para bloggers...dalam Perhimpunan UMNO,bila Anwar tuduh dia kronisme dalam AGM UMNO, Mahathir terus serang balik, pantas dan garang jam-jam tu jugak dgn hebahkan senarai syarikat2 kroni Anwar yang dapat tender berbilion2 dari Kem. Kewangan. Dan hari ni,usaha Mahathir disambut pula oleh para bloggers dgn siarkan balik senarai kroni2 Anwar..syabas!

Semalam, ahli parlimen bebas Australia yg dibawa oleh ANwar mengatakan parlimen Malaysia lebih teruk dari Kangaroo court...dalam parlimen Malaysia tu, bukannya kat parlimen Australia dia berani buat kenyataan menghina mcm tu..biadap sungguh!Mana ahli parlimen Malaysia? Jangan kata nak kasi halau itu Mat Saleh bangsat,sorang YB pun tak berani jawab .Semua kecut telor! Maka rakyat mcm kami ni pun akan rindulah dgn keberanian Dr.Mahathir yang dulu telah me'laser' & menyerang PM Australia, tanpa rasa takut dan gentar...beliau laser depan-depan Beb! ada sape yg berani mcm Mahathir?

Dan hari ni, Mahathir laser lagi SUARAM...gosh! padat! tepat! dan pedas! Kenyataan Mahathir kritik SUARAM disiarkan dlm internet dan boleh dibaca di seluruh dunia! Mana pemimpin2 UMNO lain? senyap je...Nah! Tgk serangan Dr.Mahathir.Macam tulah pemimpin yg dikagumi oleh rakyat!Bloggers pro Kerajaan ni mcm Mahathir jgklah..bila aku baca fitnah Malaysiakini, terus tukar siaran kat blogs GAP, dah boleh baca jawapan & serangan balik..PANTAS & CEKAP!

Ni pemimpin2 UMNO lain..lembik dan lemau je...contohnya:ari ni ADUN BN Penang ni, dulu beriya-iya kata nak saman HARAKAH..dah la ni..tarik balik pulaaaaaakkk...nape? takut? Hello...Politik ialah persepsi, maka persepsi rakyat akan kata apa yg Harakah lapor tu benar jika tidak diajar Harakah penipu tu.. kenapalah ko ni boleh jadi Adun BN ye..kalau mcm nilah rakyatpun makin termakan dgn hasutan Anwar & Harakah serta meluat tengok UMNO...

Anyway..kesian plak aku tgk blogers, Mahathir,Najib & Muhyiddin yg mati-matian pertahankan UMNO...yang lain buat dek je...meluat! para bloggers...tahniah dan bersabarlah ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...