43 Tahun Kerja Tanpa Cuti Sakit! Tak macam Cikgu Maarof!

TAK KENAL LELAH...Owen sentiasa bersemangat bekerja walaupun kadang-kadang kurang sihat.

LONDON: Jim Owen mempunyai alasan sangat kukuh untuk berbangga setiap kali bercakap mengenai kerjanya sebagai juru ukur pihak berkuasa tempatan (PBT) di Britain.
Sejak bertugas di kerajaan tempatan Basildon, Essex, pada 1968, Owen tidak pernah mengambil cuti sakit walaupun sehari.

Owen yang mempunyai dua anak dan tiga cucu mengaitkan amalan kerja baik dan keturunan sebagai penyumbang kesihatan hidupnya.
Pada usia 66 tahun kini, Owen masih berkhidmat sepenuh masa dengan PBT berkenaan dan tiada rancangan untuknya bersara.

Kata Owen, memang pada hari tertentu dia pernah berasa kurang sihat atau tidak selesa apabila bangun pagi dan boleh berehat di rumah.
“Tapi saya sangat sukakan kerja ini dan tak mahu mengecewakan rakan yang lain.
“Apa yang penting adalah memberikan usaha terbaik untuk tugasan saya,” katanya.

Menurut Owen, dia dibesarkan oleh ibu bapa yang hidup pada zaman perang dan mereka sentiasa mengajarnya untuk berusaha gigih setiap hari tanpa sebarang pengecualian.
Katanya, dia juga sentiasa mementingkan amalan pemakanan sihat, tidak merokok serta sering membuat tugasan di luar pejabat.

“Keadaan itu memberi peluang saya menghirup udara segar,” katanya.Owen turut menganggap dirinya sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang sihat.

Sementara itu, pemimpin Parti Liberal Demokrat, Nick Clegg, berkata Owen adalah petugas berdedikasi dan tidak pernah mengeluh.
Owen mula bekerja ketika masih budak dengan menjadi penghantar akhbar di sekitar tempat tinggalnya di Southend, Essex.

Pada 1968, dia mula berkhidmat di PBT Basildon sebagai jurunilai.
Disebabkan ketekunannya bertugas, majikan Owen memberi kenaikan pangkat dengan melantiknya menduduki jawatan pengurusan. -

AS Teringat Cikgu Maarof laki Cikgu Mala yang walaupun sihat walafiat tapi masih mampu MC 21 hari..
Syabbas Isle Ala Pas, mentekedarah duit haram bagi anak bini makan!

2 comments:

Anonymous said...

kalau tang depa tu, kot mana pun kena kat depa..

kmurungan krn notis tukar konon. hari tu kata isu tu dah selesai

Anonymous said...

RESPECT LAH.. CIKGU MALA TU PANDAI BETUL BERDALIH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...