Hot! Kisah Anwar Nyamuk!


Anwar! Apa ni? Jawab la secara gentleman? nafikanlah atau bersumpah laknatlah jika hang tak buat perkara seperti yang telah dituduh oleh Ummi tu!

Bila hang ajak DS najib berdebat, macam-macam hang kata kat DS Najib bila dia tak mau layan hang! Nih Ummi dah ajak debat senang-senang hang main kona kata dia nyamuk.. Aduhai.. Ternyata hang masih sembunyikan sesuatu Nuat!

KEMAMAN:15 Jan – “Itu hanya soal nyamuk”, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis “Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno” di Kampung Geliga, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lepas itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata: “Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab”.

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata, saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat

3 comments:

Anonymous said...

DIA BKN GENTLEMAN..DIA GENTELMAN KEHKEHKEH

aminarlisy said...

takkan tak kenai Bung Nuar lagi kot?
selagi buleh konar, dia akn terus konar sampai baring cecah telinga punya!
duit berjuta, umoq dah 63, Haji pun tak buat lagi!

blogenstarz said...

Loghat betui Anwaq ni.Awat dia jadi lagu tu.Tak takut kah pada saman 700juta tu....
his his his.... melampau !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...