Kesiann.. Rumah Rocky Bru dipecah masuk! kereta dilarikan


Rumah Penasihat Editorial Kumpulan Malay Mail Datuk Ahirudin Attan yang juga dikenali sebagai blogger Rocky's Bru dipecah masuk dan kereta jenis Peugeot 470 miliknya dicuri awal pagi ini di Taman Damai Utama, Puchong.

Ahirudin, 49, yang juga Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku sekitar 3 pagi ketika beliau, isteri dan ibu mentua, dan tiga anak serta tiga anak saudara, sedang tidur.

"Kejadian itu disedari apabila ibu mentua saya bangun kira-kira pukul 5 pagi dan melihat pintu utama rumah terbuka luas," katanya.

Ahirudin berkata bahawa sebaik menyedari perkara itu, ibu mentuanya memanggilnya dan beliau mendapati keretanya yang bernilai lebih RM100,000 dilarikan penjenayah.

Turut dibawa lari jam tangan isterinya yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.

"Mungkin barang rumah kami tak banyak, jadi bila nampak kunci kereta mereka terus mengambilnya. Saya bertanya kepada pengawal keselamatan di kawasan perumahan ini dan mereka nampak kereta saya dibawa keluar pukul 3 lebih," katanya.

Ahirudin berkata kawasan perumahannya itu yang terletak dalam Bandar Kinrara baru tiga bulan menggunakan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk menjaga kawasan itu.

Ketua Polis Dearah Serdang Supt Abdul Razak Elias ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kes itu.


AS simpati dan kesian pun ada. Mungkinkah ini balasan Allah swt atas perbuatannya yang memulakan cerita memfitnah DSU Rais Yatim? Kebetulannya hari yang sama dengan penafian amah yang dikatakana dirogol. Wallahualam..

7 comments:

aminarlisy said...

bro, ada ke kete peugeot 470? hehe
wa sokong sama lu..
mamat ni tak dpt projek terus nak londeh abis rais yatim!
dah tu fitnah pulak!
bloger mcm ni yg rosakkan imej bloger2 mcm korang yg susah payah berjuang!
tarik je title dato' dia tu balik!

melor45 said...

Awas semua rakyat 1 Malaysia,jangan kau robekkan hati pemimpin kami,pasti buruk padahnya.

Anonymous said...

jenglot tak bertuan ni ..habisla robengah dah menaku tak dirogol mana nak letak muka

blogenstarz said...

Ada sumber yang memberitahu berkenaan kereta tu sudah 6 bulan tak berbayar.Jadi pihak penarik kereta gunakan cara sedemikian untuk mengambil kereta tersebut.

PepatDiLuarRencongDiDalam said...

Pemilihan Pakatan Rakyat akan datang sure nampak muka dia bertanding...:P

Klik Di Sini said...

saya rasa ini mungkin balasan Allah kepada dato rocky...

mimview.blogspot.com

salam.. mohon link di blog tuan...

Anonymous said...

Rocky Bru agen Singapork.Mcm mana bolih dapat Datuk........bodohnya Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...