Lagi tabika Kemas dipolitikkan talibarut DAP di Penang!



Akibat kerana bil air naik , 30 murid Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas Bayan Lepas yang memulakan sesi prasekolah Isnin lalu bertukar derita apabila bekalan air ke premis itu sudah dipotong.

Ini menyebabkan setiap hari guru-guru di tadika berkenaan terpaksa mengangkut air dari Pusat Kesihatan Barat Daya kira-kira 50 meter dari situ untuk kegunaan mereka.

Dikhabarkan tindakan pemotongan itu dibuat kerana perasaan tidak puas hati JKKKN yang diterajui penyokong tegar Pakatan ini mendakwa operasi tadika itu menyebabkan bil air dewan JKKK mereka naik mendadak sehingga mencecah RM1,000 sebulan.

Tadika itu terletak bersebelahan dengan dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan berkongsi meter air yang sama dan tindakan pemotongan dibuat bagi menghentikan bekalan air ke tadika berkenaan.

Menurut beberapa sumber penduduk di situ , sebenarnya bil air naik mendadak disebabkan aktiviti dewan berkenaan seperti kenduri kahwin yang dijalankan semasa cuti sekolah lalu .

Oleh kerana Tabika KEMAS ini adalah di bawah kerajaan persekutuan , maka puak-puak Pakatan ini mempolitikkan isu ini sehingga sanggup menggunakan alasan bil air untuk menindas tabika berkenaan dengan memotong bekalan air .

Tak logik la operasi tabika yang hanya memiliki 30 anak murid berkenaan menyebabkan bil air naik sehingga RM 1000 . Diharap selepas ini pihak KEMAS akan membuat meter air sendiri untuk tabika berkenaan supaya tidak ganggu lagi dengan puak2 bangsat Pakatan ini

Memang angkuh dan zalim betul puak2 Pakatan ini bila berkuasa hingga perkara kecil ini mereka hendak politikkan.

PEJUANG BANGSA

1 comment:

Unknown said...

DAP memang kurang ajar, biadap dan angkuh..!! Racist...!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...