KPI Anwar Terlalu “Istimewa” Di Dalam PKR

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip menyifatkan Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di dalam parti sehingga beliau dinobatkan sebagai Ketua Umum PKR, Ketua Pembangkang dan pemimpin yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa.

Menurut beliau KPI untuk Anwar cukup berbeza dengan mana-mana pemimpin lain dan ianya adalah terhad dan istimewa untuk Ketua Umum PKR itu sahaja sehingga beliau dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Antara KPI untuk Anwar ini ialah kaitan dengan kes liwat, membohongi rakyat, menjual Islam, sanggup buat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri dan sebagainya.

Mana ada pemimpin lain di dalam PKR yang boleh buat benda-benda sebegini. Hanya beliau sahaja yang boleh buat. Sebab itu saya katakan Anwar telah melepasi KPI yang terlalu tinggi, katanya secara sinis sebagai mengulas cabaran Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong kepada PKR untuk menetapkan KPI tertentu terhadap Anwar.

Zahid seterusnya menegaskan PKR tidak akan berani untuk menetapkan KPI tertentu untuk Anwar kerana kalangan kepimpinan PKR sendiri sudah tahu dan arif KPI untuk Ketua Umum mereka itu.

Saya yakin, mereka tidak akan tetapkan dan kalau tetapkan pun sekadar lakonan dan “movie” yang akan disertai dengan pelbagai skrip yang menarik dalam usaha mencapai “box office” lakonan berkenaan. Tunggulah nanti,” katanya.

1 comment:

TESLAMARIN said...

mohon link ngan blog tuan.
http://dan-teslamarin.blogspot.com
terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...