PRU 13- PRU paling kritikal dalam sejarah

1. PRU 13 adalah PRU paling kritikal dalam sejarah kerana ia menentukan nasib bangsa Melayu secara muktamad. Sebarang kesilapan, akan membawa kepada kerumitan yang lebih kompleks atau kegagalan sebenar bangsa Melayu.

2. Kenapa PRU13 dikatakan kritikal? Kerana PRU13 memberikan jawapan sama ada perpecahan yang ada sekarang semakin bertambah teruk atau membawa kepada kehilangan kuasa secara total. Orang Melayu yang dilihat berpecah akan menjadi bangsa yang tidak dihormati dan diperkotak-katikkan. Kita menyaksikan Melayu kini dipanggil sebagai kaum pendatang oleh segelintir pihak, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

3. Parti komponen BN yang dulunya menghormati atau respect kepada UMNO tidak lagi menghormati UMNO kerana tahu UMNO tidak lagi sekuat dahulu. Sesetengah isu dengan sengaja dan sudah berani ditimbulkan oleh mereka untuk dijadikan sebagai "test market" dan menarik populariti kepada parti komponen yang berkenaan.

4. Di luar BN pula, DAP tahu ini adalah peluang yang harus diambil kerana Melayu telah berpecah pada kumpulan-kumpulan dengan falsafah yang berbeza hasil dakyah hebat Anwar Ibrahim. Mereka tahu itu, ini adalah satu-satunya peluang, sementara Melayu sedang mengalami perpecahan.

5. Anwar dan PKR pula menjadikan Perlembagaan dan hak kedudukan dan istimewa orang Melayu sebagai acahan, bahan untuk menguji populariti dari kalangan pro Malaysian Malaysia. Undi Melayu sudah tidak dianggap penting lagi kerana sudah berpecahbelah.

6. Sebarang penjelasan berkaitan untuk mempertahankan hak orang Melayu berhubung provokasi Anwar dan PKR maka orang Melayu tersebut akan dianggap rasis sedangkan orang Melayu atau pertubuhan Melayu yang bersuara hanya bersifat responsif semata dan bukan provokatif.

7. Kebanyakan orang Melayu, majoriti mereka tidak sedar akan kuasa politik yang bakal terhakis. Apabila kuasa politik sudah tiada lagi, bermakna mereka tiada apa-apa lagi. Sementara kuasa ekonomi sudah dipegang oleh orang lain, kuasa politik di negara ini juga sudah dipegang oleh orang lain.

8. Ada yang berkata, tidak mengapa jika kehilangan kuasa kerana kita boleh mendapatkannya kembali dalam PRU yang seterusnya. Kenyataannya, bukan mudah untuk mendapatkannya kembali. Akan ada percaturan, pertemuan sulit dan perancangan lain oleh pihak tertentu untuk menghalang sebarang kebangkitan.

9. Ada juga yang berkata, "Melayu" tidak penting, yang penting adalah "rakyat Malaysia". Mereka mengatakan demikian kerana percaya sesiapa saja yang mendapat kuasa nanti akan menjaga hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

10. Tapi adakah mereka percaya pihak yang dikatakan menjaga hak mereka sebagai rakyat Malaysia itu akan melakukan demikian?

11. Ini kerana sehingga kini golongan ini tidak mencerminkan pandangan sebenar mereka terhadap aspirasi bangsa Melayu dan Islam. Apa yang kita lihat adalah puing kepada penghinaan bangsa Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu. Itu cuma puing, tapi sudah cukup menakutkan. Bagaimana mereka hendak menyatukan bangsa jika tidak memahami sensetiviti sesuatu bangsa?

12. Apabila Melayu kehilangan kuasa, mereka tiada daya untuk mengubah sebarang perbuatan, polisi atau pembaharuan yang tidak menepati aspirasi bangsa mereka. Pada masa ini, mereka hanya menerima saja. Ada yang menyesal, tetapi sudah terlewat. Selepas kehilangan kuasa, kita akan mendengar tentang perkara-perkara baru yang tidak pernah kita dengari sebelum ini.

13. Golongan tertentu menganggap artikel ini sebagai momokan. Namun adakah mereka dapat menepis kenyataan bahawa PRU13 adalah PRU paling kritikal dalam sejarah bagi bangsa Melayu ini?

3 comments:

Anonymous said...

MENTADBIR NEGARA DENGAN AMAN SENTOSA INI DISEBABKAN KITA PERLU BERDOA SUPAYA DIJAUHI DARI GOLONGAN YANG SUKA MEMBUAT KACAU SELEPAS PRU12 UNTUK MENGHURU HARAKAN NEGARA YANG TERCINTA INI INSHAALLAH SAYA YAKIN DENGAN INI NEGARA TERUS AMAN DENGAN DOA DARI SEKELIAN RAKYAT MALAYSIA YANG SUKA KEAMANAN DAN KEDAMAIAN YAKINLAH DENGAN KEBESARAN YANG MAHA ESA DAN BERDOA LAH KITA SUPAYA BN/UMNO MENDAPAT KEJAYAAN PADA PRU13 NANTI

Pak Abu said...

Kata Orang dulu dulu ;Kayu yang di gunakan untuk menebang kayu.... Ada tepatnya Bila mrlayu dah tak suka melayu mentadbir, Macam hulu kapak menjadi pemegang menebang pokok..
Sekarang kita tak tahulah sebab kini zaman yang mempunyai mesin hebat... Mungkin sebenarnya kayu tak berguna langsung untuk menebang pokok'' Dah gunakan besi plastik dan minyak...PERTAHANKANLAH MELAYU

Anonymous said...

yeah kalau bn vs tunggul kayu , aku undi tunggul kayu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...