Jahanam AS,Uk dan France!

Aku mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini.
Walaupun Gadafi teruk tapi dengan campurtangan US keadaan lagi huruhara..
sama-samaa kita mintak pertolongan dari Allah membantu saudara muslim. Allahuakbar!


Lebih 110 roket Tomahawk AS, Britain dibedil ke Libya

WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat dan Britain menembak sekurang-kurangnya 110 roket jenis Tomahawk ke arah Libya bagi melumpuhkan pertahanan udara rejim Presiden Muammar Gaddafi.

Naib Panglima Angkatan Tentera Amerika, William Gortney memberitahu pemberita roket Tomahawk itu dilancarkan oleh kedua-dua kapal perang dan kapal selam milik Amerika dan Britain ke arah 20 sistem penyelarasan pertahanan udara bersama dan kemudahan pertahanan pesisir Libya.
"Roket pertama ditembak jam 1900 GMT diikuti serangan udara yang dilancarkan pesawat pejuang tentera Peranchis," kata Gortney, yang juga pengarah staf bersama tentera Amerika Syarikat.
"Ia adalah fasa pertama daripada pelbagai peringkat operasi serangan," katanya.

"Oleh kerana ketika itu waktu malam di sana (Libya), ia mengambil masa untuk kita mengetahui lebih lengkap kejayaan serangan ini," katanya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...