Setelah bergelar isteri kepada Putera William, Kate Middleton kini memikul tanggungjawab yang cukup besar - melahirkan seorang waris kepada putera diraja Britain itu.
Mulai minggu depan, Kate akan mula mengikuti suaminya pulang ke utara Wales di mana William bertugas sebagai juruterbang helikopter menyelamat dan mencari dengan Tentera Udara Diraja Britain (RAF), ujar Andrew Morton, penulis biografi mendiang ibu William, Puteri Diana, yang baru selesai menulis buku baru tentang pasangan diraja yang baru berkahwin itu.
"Jika Kate tidak hamil dalam tempoh sembilan bulan akan datang, dia akan melanggar tradisi Diraja Britain selama 200 tahun," ujar Morton.
Walaupun Kate dan William menangguhkan rancangan mereka untuk berbulan madu, namun pasangan itu dilaporkan akan menghabiskan masa bersama bercuti selama seminggu di satu lokasi yang dirahsiakan sekitar Britain, sebelum memulakan kehidupan berumah-tangga di pulau Anglesey di utara Wales.
Selepas beberapa tahun menunggu lamaran daripada putera itu, Kate dijangka perlu bertindak cepat untuk mendapatkan seorang waris seterusnya memegang takhta bagi memastikan susur-galur keturunan Diraja Britain tidak terputus.
Wanita-wanita terdahulu yang pernah berada di tempatnya tidak membuang masa - William sendiri selamat dilahirkan selepas 11 bulan Puteri Diana berkahwin dengan Putera Charles pada 1981.
Charles, bapa William pula dilahirkan tepat setahun ibu bapanya, Ratu Elizabeth II dan Putera Philip berkahwin pada 1947.
Ketika ditanya tentang rancangannya mendapatkan anak pada November lalu ketika dia baru sahaja bertunang, William berkata, dia dan Kate mahu menumpukan perhatian kepada perkahwinan mereka dahulu sebelum memikirkan soal anak.
"Namun, semestinya kami mahukan sebuah keluarga lengkap, jadi kami juga perlu memikirkan tentangnya," ujarnya. - AFP
AS: FUH, DAH MACAM JADI SATU TEKANAN PULAK KEPADA WILLIAM DAN MIDDLETON. HARAP-HARAP CEPAT LA DAPAT ZURIAT SEPERTI YANG DIHARAPKAN OLEH SEMUA PIHAK.
2 comments:
ko ni blog politik ke blog artis ...apa hal pulak cite Kate nak hamil pulak
sdr, ni bkn pasal artis.
Ini kes pasal istitusi beraja di England.
Saya rasa tiada masalah kadangkala sekali sekala saya selitkan isu lain selain dari isu politik Malaysia.
Takkanlah 24 jam asyik nak meratib bab isu Anwar pulak? hehe
Terima kasih atas komen anda:)
Post a Comment