Selamat datang ke wad bersalin Dr Jose Fabella Memorial Hospital di Manila. Pada satu-satu masa terdapat lebih kurang 300 ibu dan anak mereka ditempatkan didalam wad ini. Jika korang nak tahu Filipina merupakan negara Asia Tenggara yang mempunyai kenaikkan populasi tertinggi iaitu 2% setahun.
Di hospital ini, purata kelahiran bayi seharian ialah 60 orang. Rekod tertingginya ialah 100 orang bayi dalam masa 24 jam! Purata kelahiran bayi sehari di negara ini pula ialah 200 orang sejam! Akibatnya di Dr Jose Fabella Memorial Hospital , sebuah katil akan dikongsi oleh 3 orang ibu baru pada satu-satu masa.
AS cuma nak para pembaca renungkan betapa daif dan azabnya para ibu-ibu baru yang bersalin di hospital kerajaan di Filipina. Jika di Malaysia, InsyaAllah keadaan seperti ini tidak berlaku. Layanan yang diberi oleh hospital kerajaan terhadap rakyatnya bertaraf 5 bintang dengan harga paling minima. kalau pesakit luar hanya perlu bayar RM Seringgit!
Tidakkah cai-cai pakatan haram dapat buka minda dan menginsafi bila melihat keadaan sebegini? Bayangkan 1 katil dikongsi oleh 3 orang pesakit.
Jika di Malaysia, Kementerian Kesihatan akan bertindak untuk mencadangkan pembinaan hospital baru atau wad baru bagi menjamin keselesaan rakyatnya jika perkara sebegini difikirkan akan berlaku.
Jika berlakulah keadan sebegini di Malaysia, sudah tentu meraunglah NGO-NGO pro pakatan haram yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia bertopengkan mencari populariti dalam politik. Tapi Tidak, kerajaan Malaysia takkan biarkannya berlaku.
Konklusinya di sini, bersyukurlah, kita sebagai rakyat dilayan dengan cukup baik oleh kerajaan Malaysia. Janganlah kufur nikmat pabila kita dah satu tahap yang sudah baik, tapi kita mau lebih baik lagi walhal itu belum pasti berlaku dengan jayanya!
1 comment:
Salam...
Nanti puak pakatan merapu tu akan kata UMNO/BN berkonspirasi dengan hospital kat Manila tu untuk mengada-adakan cerita dan gambar ni...
It's not easy to convince them. Sebab apa? Sebab dia orang tu batu dan kayu...
Post a Comment