Bab Ni Pujian Harus Diberi Kepada Pemuda!


Benda bagus kita kena puji bagus. Melihat kepada senario hari ini, antara elemen penting yang didambakan oleh golongan muda dan pelajar ialah peluang-peluang pekerjaan yang baik. Ternyata usaha ini membuktikan UMNO/BN bukan beretorik semata-mata. Mereka telah kotakan apa yang dikata.

Tindakan pemuda BN menawarkan peluang-peluang pekerjaan untuk anak muda wajar dipuji. 5 lokasi yang dipilih merangkumi hampir ke seluruh negeri Malysia mencerminkan usaha gigih pemuda untuk mendekati akar umbi. Secara tak langsung, pengundi muda dah buka mata bahawa pemuda BN mengambil insiatif bagi wujudkan peluang pekerjaan dan membuktikan keprihatinan terhadap keperluan yang paling penting bagi graduan baru. Kita kena rasional dalam hal ini.

Hal KJ kita letak tepi dulu, yang penting usaha untuk mendekati dan memenuhi keperluan anak muda adalah agenda paling penting mengatasi segalanya kerana mereka inilah pengundi yang sukar dijangka ke arah manakah pilihan mereka dalam PRU nanti.

1 comment:

Anonymous said...

AS masti seledikkan juga dalam orang2 yg kena temuduga tu berapa2 orang yg sudah dapat kerja- yg saya tahu 3 orang kawan saya yg ada kelulusan BSc dan BBA sampai sekarang tidak response atau jawapan pun dari majikan2 tu. Ada ke ini retorik sahaja untuk mendapat political milage?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...