Showing posts with label pemuda. Show all posts
Showing posts with label pemuda. Show all posts

Sapa Kata KJ Sorang Yang Elit?

Gambar KJ bersantai bersama anaknya meronda kampung di Rembau hanya dengan menaiki motor EX5..


Shamsul AMK Jeles Tengok KJ Jadi Cover Maskulin! (Gambar-Gambar)

A.S bawakan khas sisipan dari majalah maskulin yang menampilkan ketua Pemuda UMNO sebagai cover untuk majalah tersebut bagi edisi Januari 2012.

Pada hemat A.S, tindakan sebegini boleh dianggap baik untuk menempatkan KJ sebagai ikon atau idola anak muda untuk secara tak langsung untuk suka pada UMNO. Mungkinlah..

Tindakan ini amat bertepatan dan sesuai dengan slogan 'BN UNTUK ORANG MUDA' yang ditampilkan bagi menarik minat orang muda kepada BN.

Syabas KJ, benda yang baik A.S akan puji selagi ia mampu untuk menarik minat golongan muda kepada BN walaupun secara tersirat.
Tak sabar nak tengok Sam ketot beraksi pula sebagai cover mag ni. Layak ke?





klik pada imej untuk besarkan

Halatuju Pemuda UMNO, Persediaan Menghadapi PRU13 & Jawapan Fitnah Terhadap Kak Mah


Wawancara Khas bersama Lokman Adam, Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN & Arman Azha, Ketua Penerangan UMNO Bahagian PJ Utara sempena Perhimpunan Agung UMNO, 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, Kuala Lumpur. Antara lain mereka menyentuh isu mengenai halatuju Pemuda UMNO semasa serta persedian menghadapi pilihanraya.

sila ke

http://mobtv.my/public_events-509.html

Takat Rafizi, Keri Sebelah Mata Saja!


Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin hari ini berkata beliau tiada masaalah dan sedia menerima cabaran debat oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mengenai isu yang menjadi kontroversi iaitu National Feedlot Corporation (NFC), tetapi yang menjadi halangan baginya ialah masa dan kepentingan debat tersebut diadakan.

Bagaimanapun menurutnya beliau belum menerima sebarang surat atau jemputan untuk debat tersebut.

Katanya bila beliau menerima jemputan rasmi, beliau akan membincangkan tarikh dan masa untuk diadakan debat.

BAB NI A.S PUJI KERI WALAUPUN TUJUAN SEBENAR DAN AGENDA BELIAU BERANI BERDEBAT ITU KITA SENDIRI TAK PASTI..

MANA PI KEPIMPINAN WANITA LAIN? KEPIMPINAN PUTERI?
KENAPA DIBIARKAN KAK IJAT KESEORANGAN DALAM ISU NI?

Pendedahan Berani Mati Keri. (video baru)



Tajuk Mau Gempak!

Dalam isu ni A.S salute sama Khairy yang very outspoken dalam menepis fitnah-fitnah pembangkang dengan fakta yang sangat reliable. Isu beli kondo mewah tu sebenarnya mudah sangat ditepis.

Mana pak pi menteri lain?

Ramai-ramai pakat hentam la balik puak pakatan haram tu especially Saipudin Nasution yang memang kita ketahui hatinya sangat hitam dimana kerjanya hanya tahu memfitnah sahaja!

Keri Jadi Model Lagi!

YB Khairy Jamaludin kini sedang mengadakan sesi fotografi di studio Kumpulan Media Karangkraf sebagai muka depan majalah Maskulin.
Nampaknya Keri terus mencari populariti ke melalui cara ini setelah pelbagai majalah dia muncul.
Harap-harap ada la impak tak banyak pun sikit jadi la untuk anak muda minat kepada UMNO melalui beliau.

Boleh ka?

Hot! Khairy Jamaluddin Jadi Pelakon Drama 'Beret Hijau'! (Video)


Ikuti klip ini dan perhatikan pada minit ke 1:19 watak penampilan khas ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang turut berlakon dalam drama bercorak ketenteraan ini!

Berlakon-berlakon jugak! Halatuju Pemuda UMNO jangan sesekali dilupa. banyak lagi ruang kosong yang perlu diperkemaskan lagi. Perjuangn masih belum selesai!

Nampak drama ini agak menarik untuk ditontoni! Apa komen kalian semua?

Khairy Feeling Ala-Ala Artis lagi..(Pics)

Pagi-pagi buta ni AS nak ajak hangpa semua layan gambar Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni sempat lagi berphotoshoot untuk kosmo hari raya. Dibawah ni Khairy bergambar dengan hero Malaya yang meningkat naik iaitu Remy Ishak.

Sempat lagi Keri ye! Banyak lagi agenda perjuangan yang perlu pemuda perjuangkan, hang boleh lagi bergambar sana-sini feeling ala-ala artis nak berphotoshoot bagai untuk akhbar. Macamana la ramai blogger tak meluat kat hang kalu hang duk berperangai begini. AS ni kot mana pun boleh, kalau hang buat elok AS sokong, kalu hang duk merapu lagu ni, AS pun tumpang sekaki nak bantai.

Tapi kalau hang rasa dengan berfeeling ala model ni dapat meredakan tekanan hang, carry on ye lah. Mana tau dapat idea untuk perkasakan lagi pemuda lepas ni.

Ummi Menghentam Anwar Al-Juburi di Tasek Gelugor !


Selepas Ummi hafilda datang ke Nibong Tebal pada bulan lepas, kali ni beliau meneruskan roadshownya untuk menceritakan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Kehadiran orang Tasek Gelugor pada majlis Pentas Pemuda di Perkarangan Dewan Perda Permatang Tok Jaya agak memberangsangkan dimana dianggarkan 1000 orang hadirr bagi mendengar pendedahan siapa sebenarnya Anwar Al Juburi ini yang disampaikan oelh Ummi Hafilda.

Orang Tasek Gelugor semalam yang mai mesti terkejut dengan pelbagai gelaran dan pendedahan tentang Anwar oleh Umi Hafilda . Dari kisah Azizan kena balun 17 kali oleh Anwar , surat kepada Tun M sehingga lah kepada skandal Shamsidar dengan Anwar . Berani sungguh Umi membuat tuduhan terhadap Anwar termasuk lah keluarga abangnya Azmin - Shamsidar .

Umi jawab mudah saja... dalam dunia ini hanya 2 orang sahaja Anwar tidak berani ambik tindakan atau saman iaitu Umi Hafilda dan Datuk Nalakaruppan . Kerana mereka ini mempunyai bukti dan tahu tembelang siapa sebenarnya Anwar Raja Drama ini .


Teruskan Cikgu Hasbul selaku Ketua PPUBTG bagi meneruskan misi menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat agar tidak tertipu dengan agenda jahat pakatan haram!

Bab Ni Pujian Harus Diberi Kepada Pemuda!


Benda bagus kita kena puji bagus. Melihat kepada senario hari ini, antara elemen penting yang didambakan oleh golongan muda dan pelajar ialah peluang-peluang pekerjaan yang baik. Ternyata usaha ini membuktikan UMNO/BN bukan beretorik semata-mata. Mereka telah kotakan apa yang dikata.

Tindakan pemuda BN menawarkan peluang-peluang pekerjaan untuk anak muda wajar dipuji. 5 lokasi yang dipilih merangkumi hampir ke seluruh negeri Malysia mencerminkan usaha gigih pemuda untuk mendekati akar umbi. Secara tak langsung, pengundi muda dah buka mata bahawa pemuda BN mengambil insiatif bagi wujudkan peluang pekerjaan dan membuktikan keprihatinan terhadap keperluan yang paling penting bagi graduan baru. Kita kena rasional dalam hal ini.

Hal KJ kita letak tepi dulu, yang penting usaha untuk mendekati dan memenuhi keperluan anak muda adalah agenda paling penting mengatasi segalanya kerana mereka inilah pengundi yang sukar dijangka ke arah manakah pilihan mereka dalam PRU nanti.

Keri main Gila! Halau Mugabe & 'Hentam' Tun M!


Mesej Twitter Oleh Keri Seperti Ini,

"Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni,"

Apa agenda Keri mahu dialog antarabangsa yang dihoskan oleh DS Najib Razak supaya dihentikan? Tambahan lagi beliau dengan berani menghentam pemimpin asing yang datang ke Malaysia!

Ini hanya pandangan peribadi dari AS. Umum tahu bahawa Langkawi International Dialog diilhamkan oleh Tun M pada 1995 untuk menghimpunkan negara selatan-selatan yang kali ini pertama kali ia diadakan di Luar pulau Langkawi iaitu Putrajaya. Difahamkan juga Tun M yang juga rakan karib Mugabe telah menyampaikan ucapan dasar di Dialog tersebut.

Keri sejak kebelakangan ini tampak semakin lantang. pada minggu lepas, beliau dengan lantang mempertahankan dan membidas pemimpin Pakatan haram berkaitan isu pemergian PM ke Kazakhstan yang kononnya untuk menguruskan perkahwinan anak beliau menggunakan duit rakyat.

Keri juga dalam mesyuarat Pemuda UMNO Pusat telah membuat keputusan untuk mengadakan perhimpunan juga pada 9 Julai ini bagi menandingi himpunan 'kotoq'.

Mutakhir ini Keri nampak seolah-olah mahu mencuri perhatian lagi. Ramai pemerhati politik beranggapan tindakan Keri mempertahankan DS Najib sebagai satu usaha 'kipas@bodek' agar dicalonkan lagi dalam PRU13 akan datang dan seterusnya boleh dilantik menjadi Menteri Kabinet.

Kenyataan Keri mahukan LID diberhentikan seolah-olah cuba menghentam Tun M. Beliau sedar, Tun M lah punca yang mana beliau tak dilantik menjadi Menteri kabinet kerana kononnya DS Najib dipengaruhi oleh Tun M dalam tidak melantik dia sebagai menteri kabinet.

Tindakan Keri seolah-olah memperkecilkan Penganjuran LID yang diilhamkan oleh Tun M. AS lihat keri macam beranggapan LID ini sudah tidak relevan kerana mahukan dialog ini dihentikan. Tapi Keri kena la pikir, banyak manfaat dan output yang terhasil dari Dialog ini.

Namun AS setuju dengan Keri dalam hal memperlekehkan Robert Mugabe datang ke Malaysia. Kita tau, dia dah lama sangat, dan ekonomi Zimbabwe sekarang berada dalam kehancuran kerana kadar inflasi Zimbabwe telah melonjak hingga ke paras 231,150,888.87 peratus! Mugabe dah tak relevan keran dah terlalu lama dan AS nampak Mugabe gagal menguruskan negaranya sendiri. Oleh yang demikian tak perlulah Mugabe datang ke Dialog ini.

AS bersifat neutral dalam hal keri ni. Nak kata menyokong pun tidak, membenci pun tidak. mana yang baik AS sokong, yang buruk AS hantam. Tapi sejarah masa Keri jadi menantu PM pada masa tu ramai yang tak lupa dan sekarang pun ramai masih beranggapan keri merupakan liabiliti kepada UMNO/BN!

Pemuda UMNO Tak bagi Chance Kat Puak 'Bersih'!

Nampaknya Kuala Lumpur bakal riuh habis pada 9 Julai ini.Setelah Bersih kemudiannya Perkasa hendak adakan perhimpunan, pterbaru Pemuda UMNO Malaysia/Pemuda BN akan turut turun ke jalan.

Keputusan mengadakan perhimpunan berkenaan dibuat sebulat suara dalam mesyuarat Exco Pemuda UMNO petang Khamis.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat di PWTC itu,Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin berkata keputusan itu dibuat kerana pihak pembangkang masih lagi berdegil untuk adakan demonstrasi mereka.

“Kita nak tunjuk bahawa suara rakyat ini bukan hanya dimonopolikan oleh pembangkang,”tegasnya.

Dengan nada sinis beliau berkata, “kita setuju dengan kebebasan bersuara, kita setuju dengan kebebasan berdemo…jadi kita pun buat benda yang sama.”

Katanya mereka akan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi menzahirkan sokongan terhadap sistem demokrasi sedia ada serta usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperberbaiki lagi sistem pilihan raya yang ada pada hari ini.

Khairy berkata mereka akan memohon permit polis namun jika tidak dapat perhimpunan itu akan diteruskan.Beliau memberi jaminan perhimpunan itu akan berlangsung dengan tertib.

“Kita sanggup menerima apa saja tindakan daripada pihak berkuasa, kita bertanggungjawab, kita tahu sekiranya tidak dapat permit tapi semua Pemuda UMNO hari ini kata kita nak buat, kita akan buatlah.

“Kalau tak ada permit maka kita terimalah apa saja tindakan daripada polis, kita berfikiran matang jangan pula kita kena tindakan kita kata kita tak tahu, kita tahu dan kita buat,” tambah Khairy.

“Perhimpunan kita pada hari tersebut dengan tujuan untuk bersama SPR memperbaiki sistem sedia ada dan kita sokong usaha SPR.

Sebab itu saya ingin tegaskan bahawa kita telah pun ada perbincangan awal dengan SPR tentang bagaimana kita dapat perbaiki lagi sistem ini dan ada beberapa perkara yang perlu kita sampaikan kepada pengetahuan Yang Dipertuan Agong.

“Manakala satu lagi himpunan yang diadakan pada hari yang sama dianggap bukan bertujuan untuk baiki sistem tetapi tujuannya untuk politikkan isu ini untuk mencari kesalahan kerajaan dan SPR dan untuk berkonfrontasi dengan kerajaan,” katanya.

Sebagai contoh untuk memperbaiki sistem, kata Khairy, “isu pemindahan pengundi, banyak kes pemindahan pengundi yang berlaku pada hari ini, antaranya kita dapati pemindahan pengundi dibuat oleh parti pembangkang. Mereka memindahkan pengundi dari kawasan mereka menang dengan besar pada kawasan yang mereka kalah, contohnya mereka pindahkan pengundi mereka dari kawasan Parlimen Batu Gajah, Ipoh Timur, Ipoh Barat kepada kawasan Parlimen Tambun.”

Tambah Khairy, “banyak kes yang berlaku, di kawasan saya sendiri pun telah dikesan beberapa kes pemindahan pengundi yang berlaku dan tidak masuk akal, contohnya pengundi yang datang dari kaum Cina yang dipindahkan kepada kampung tradisi Melayu.”

Katanya, “kita sokong usaha SPR yang sedang jalankan untuk membaiki lagi sistem yang sedia tapi kita juga ada beberapa perkara yang perlu sampaikan kepada pihak dan pengetahuan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, oleh sebab itu pada hari yang sama kita akan adakan himpunan.”

“Saya harap himpunan ini bermakna, kita akan umumkan dalam masa terdekat temanya dan yakin akan mendapat sambutan daripada generasi muda yang tidak mengambil sikap mempolitikkan isu ini,” kata Khairy.

Menurut Khairy mereka bersimpati dengan peniaga kecil dan sebagainya yang akan terkena tempias ekoran perhimpunan pada hari berkenaan.

“Kita masih bersimpati dengan mereka tetapi akhirnya kita dapati walau pun kita terus buat laporan Polis, tetapi kita nampak pihak pembangkang masih lagi berdegil untuk adakan demonstrasi mereka.”ujarnya.

Bagi menguruskan demontrasi tersebut, Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican telah diberi tanggungjawab untuk berbincang dengan pihak NGO lain yang ingin turut serta dalam demontrasi tersebut termasuk PERKASA dan pihak polis.

Menurut Khairy, perhimpunan tersebut tidak berniat untuk bertembung dengan mana-mana pihak samada PERKASA ataupun parti pembangkang dan sebagaimana PERKASA yang mahu bertembung dengan kumpulan Bersih itu.

“Kita buat atas semangat anak muda dalam UMNO, kita nak pertahankan sistem yang ada dan mahu kerjasama dengan SPR untuk baiki sistem yang ada...kita nak zahirkan semangat anak muda kepada pihak yang berkenaan,” jelas Khairy.

Khairy juga menjelaskan bahawa Pemuda UMNO tidak boleh bekerjasama dengan kumpulan Bersih kerana ianya telah dipolitikkan oleh parti pembangkang.

Mengenai kerjasama dengan PERKASA, Khairy berkata, “niat kita dengan PERKASA berbeza, kalau NGO itu tukar niat untuk tidak turun untuk menghalang dengan bermati-matian mungkin boleh kita bekerjasama. Ini niatnya nak bergaduh, kita nak buat nak tunjuk kekuatan kita bukan niat untuk bertembung. Kita terbuka dengan sesiapa yang nak bersama dengan kita.”

“Kita tidak dapat membuat anggaran berapa ramai tetapi ianya akan mencecah angka puluhan ribu,” ujar Khairy menjawab soalan jumlah kehadiran untuk demontrasi tersebut.-AD-

KP UMNO Negeri PP Hero Rakyat! Gambar-Gambar Beliau 'Bersemuka' Dengan LGE Musibat! (update with news)

AS ucapkan syabas diatas keberanian Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin bersemuka dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung isu janji DAP untuk menghapuskan Tol di Laluan Sungai Nyor, Seberang Jaya di sini dan isu berhubung penganjuran pertemuan paderi didakwa menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan ketika ketua menteri itu mengadakan sidang media selepas merasmikan projek pembinaan jalan penghubung yang menghabiskan duit rakyat RM5.7 Juta (rujuk entry AS sebelum ini di SINI) di Jalan Bagan, Taman Bagan.

Tahniah Shaikh, keberanian anda memang dipandang tinggi. Semenjak anda dilantik menjadi ketua pemuda negeri 3 bulan yang lalu, anda begitu agresif dalam melawan penindasan dan penipuan LGE, ketua Menteri paling celaka dalam sejarah.

Kami Pemuda Pulau Pinang tetap berdiri gagah dibelakang anda!
LGE Terus Putar!
Orang Pertama "Beramah Mesra' dengan KM
LGE Muka Nak Teriak Dimalukan Depan Rakyat Di Kawasan Parlimennya Sendiri
Sahabat AS, Shahril antara yang dibawa Ke Balai Untuk Beri Keterangan Terhadap Polis

BUTTERWORTH: Belum pernah berlaku pada sidang media Lim Guan Eng, Pemuda UMNO Pulau Pinang dapat bersemuka dengan Ketua Menteri untuk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang gagal menunaikan janji pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin, mendapat peluang itu ketika Guan Eng mengadakan sidang media selepas merasmikan pembukaan jalan penghubung di Jalan Bagan 29/Jalan Siram, semalam.
Shaik Hussein yang juga Ketua Pemuda UMNO Bagan tidak melepaskan peluang untuk mempersoalkan kenapa Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, tidak menunaikan janji untuk menghapuskan tol Sungai Nyiur jika dapat memerintah negeri ini.
Sambil mengalu-alukan kerajaan negeri membina jalan alternatif kepada penduduk bagi mengelak dikenakan tol, Shaik Hussien berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menunaikan janji kepada rakyat ketika kempen pilihan raya lalu.
Bagaimanapun, Guan Eng dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng, mendakwa mereka tidak berjanji, sebaliknya meminta bukti daripada Shaik Hussein.
"Kalau berjanji mesti tunaikan dan sekarang mesti mengakui sudah silap membuat janji. Lain kali, jangan berjanji kalau tidak dapat tunaikan," kata Shaik Hussein yang turut memperkenalkan dirinya kepada Guan Eng.
Pada kesempatan itu, Shaik Hussien mencabar Guan Eng supaya mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun atau Jeff Ooi, yang dikatakan menganjurkan majlis perjumpaan paderi seluruh Malaysia di sebuah hotel di Georgetown, beberapa hari lalu, yang membincangkan menjadikan Kristian agama Persekutuan dan melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Guan Eng pula mencabar supaya tindakan diambil ke atas Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita berkenaan yang dianggapnya sebagai satu fitnah.
"Kalau berita itu benar, ambil tindakan ke atas Jeff Ooi, dan kalau berita palsu, ambil tindakan ke atas dua blog yang menyiarkan laporan itu," kata Shaik Hussien kepada Guan Eng yang bangun dari sofa dan menuju kenderaan rasminya sebelum meninggalkan majlis.
Shaik Hussien juga turut bersalaman dengan Guan Eng dan Hock Seng dan mengiringi Ketua Menteri ke kenderaan rasmi.
Terdahulu, kira-kira 100 penduduk sekitar Taman Bagan terutama anak muda mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah kerana kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji untuk menghapuskan tol Sungai Nyiur dan isu menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.
Demonstrasi bermula sebaik Guan Eng melakukan perasmian jalan penghubung itu. Beberapa sepanduk turut dibawa untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.
Tiada kekacauan dilaporkan berlaku tetapi polis menahan lima orang peserta demonstrasi bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketika kempen pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang berjanji akan menghapuskan kutipan tol jika menang pilihan raya. Bagaimanapun, kerajaan negeri gagal menunaikan janji dengan alasan kutipan tol di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.
Sebagai alternatif bagi membolehkan penduduk sekitar mengelak membayar tol, kerajaan negeri membina jalan sepanjang satu kilometer dengan kos RM5.7 juta termasuk bayaran pengambilan balik tanah.

Keri Kembang Juboq Dah Ka?

Ini komen yang AS terima berkenaan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN yang berakhir semalam di mana rata-rata media telah memaklumkan ia mencapai sasarannya.
Bagi AS mudah saja, benda baik kita kena la puji. Sedangkan budak-budak yang anti BN seperti komen dibawah pun puji dengan penganjuran karnival ini, mengapa kita tidak.

Bab suka atau tidak pada kerry itu nombor 2, yang penting kepentingan parti melebihi kepentingan mana-mana individu sekalipun.

Diharap Sdr Kerry janganlah mudah berpuas hati dan seronok hingga kembang juboq dengan kejayaan program ini. Banyak lagi onak dan duri yang perlu dilalui selepan ini dalam meningkatkan lagi kepercayaan anak muda untuk menyokong UMNO/BN.
"aku pegi tdi,so far mmg takde pe mslah bnde ni,dah anjuran pemuda BN,lantak die laa nak letak name BN,takkn nak letak pemuda PAS plak,n aku puji sngt2,sistematik,die bagi barkod sorng satu pastu pegi company mane2 apply scan je,sngt2 sistematik,dpt ke tak belakng kire yng pntng kite usehe,n aku sokong tindkn n usehe serte penganjuran die,even aku mmg anti BN tp karnival ni aku sokong,klau ssape dah pegi tau laa nak judge cm ne,klau tak pegi gi,aku rase baik tak pyh judge pape,hahahaaa....."
p/s:Betui ka Kery nak mai rasmi Mesy Pemuda Bhgn Nibong Tebal pada tahun ni?

KJ Nak Jadi Popular Pun Biaq Bertempat!


Cadang saman ekor diganti sistem lebih adil

Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar sistem saman yang lebih adil diperkenalkan bagi menggantikan saman ekor yang didakwa tidak memberikan keadilan kepada pengguna jalan raya.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat banyak keraguan yang timbul ekoran daripada tindakan mengeluarkan saman tersebut.

“Kita sudah bangkit lama mengenai isu ini dan saya harap kerajaan dapat lihat semula satu sistem yang lebih baik kerana saya lihat banyak keraguan dari segi keadilan.

“Kadangkala memang betul juga orang cakap notis itu bukan saman tapi sebenarnya notis dan mereka tidak dituduh di mahkamah atau dibawa ke mahkamah menyebabkan tidak berpeluang untuk bela diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan promosi Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional di sini semalam.-kosmo

KJ, secara peribadi AS setuju dengan cadangan anda. Tapi jangan anda biarkan mentaliti anda macam puak pakatan haram. Bangkang sana, bangkang sini, tapi solusinya dimana? Berikanlah satu cadangan mekanisme dan sistem yang lebih efektif dalam polemik saman ekor ini!

Jika ada kaedah yang dicadangkan oleh Pemuda UMNO dan digunapakai oleh PDRM barulah rakyat salute sama pemuda UMNO. KJ jangan hendak bersikap populis semata-mata dengan terikut juak pakatan haram yang diterajui oleh Mahpus Omaq. Nak tunjuk hero baguih, tapi biaq bertempat!

Khairy, Hassan Tantawi dan Shamsul AMK Lulus Terjunan Paracut Bersama!

Gambar KJ bersama keluarga di Majlis Penutup Kursus Ahli Paracut Statik Siri APS/1/2011 di Zon Guguran (DZ) Padang Sanai, Padang Terap di Kuala Nerang,.

Syabas AS ucapkan pada KJ atas usaha beliau ini.
Usaha beliau wajar mendapat pengiktirafan ketrampilan seumpama KJ ini amat diperlukan
dalam dunia politik malaysia dewasa ini.

Sebagai ketua pergerakan pemuda, langkah beliau amat bertepatan bagi mengisi dada dengan segala persiapan termasuk menghadapi ancaman grup puaka
yang banyak menentang program pertahanan negara. Baru ada gaya pemimpin pemuda...

Ketua pemuda PKR & PAS bila pulak nak buat aktiviti-aktiviti macamni?
Tapi maaf cakaplah, kalau tengok fizikal ketua pemuda pas pusat & ketua AMK ni, AS tak yakin depa mampu buat aktiviti-aktiviti ekstrim macam KJ ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...