Keri main Gila! Halau Mugabe & 'Hentam' Tun M!


Mesej Twitter Oleh Keri Seperti Ini,

"Robert Mugabe tiba di Malaysia. Apa yang kita dapat dengan menjemput pemimpin macam dia? Dah lama dah... patut berhenti dialog cam ni,"

Apa agenda Keri mahu dialog antarabangsa yang dihoskan oleh DS Najib Razak supaya dihentikan? Tambahan lagi beliau dengan berani menghentam pemimpin asing yang datang ke Malaysia!

Ini hanya pandangan peribadi dari AS. Umum tahu bahawa Langkawi International Dialog diilhamkan oleh Tun M pada 1995 untuk menghimpunkan negara selatan-selatan yang kali ini pertama kali ia diadakan di Luar pulau Langkawi iaitu Putrajaya. Difahamkan juga Tun M yang juga rakan karib Mugabe telah menyampaikan ucapan dasar di Dialog tersebut.

Keri sejak kebelakangan ini tampak semakin lantang. pada minggu lepas, beliau dengan lantang mempertahankan dan membidas pemimpin Pakatan haram berkaitan isu pemergian PM ke Kazakhstan yang kononnya untuk menguruskan perkahwinan anak beliau menggunakan duit rakyat.

Keri juga dalam mesyuarat Pemuda UMNO Pusat telah membuat keputusan untuk mengadakan perhimpunan juga pada 9 Julai ini bagi menandingi himpunan 'kotoq'.

Mutakhir ini Keri nampak seolah-olah mahu mencuri perhatian lagi. Ramai pemerhati politik beranggapan tindakan Keri mempertahankan DS Najib sebagai satu usaha 'kipas@bodek' agar dicalonkan lagi dalam PRU13 akan datang dan seterusnya boleh dilantik menjadi Menteri Kabinet.

Kenyataan Keri mahukan LID diberhentikan seolah-olah cuba menghentam Tun M. Beliau sedar, Tun M lah punca yang mana beliau tak dilantik menjadi Menteri kabinet kerana kononnya DS Najib dipengaruhi oleh Tun M dalam tidak melantik dia sebagai menteri kabinet.

Tindakan Keri seolah-olah memperkecilkan Penganjuran LID yang diilhamkan oleh Tun M. AS lihat keri macam beranggapan LID ini sudah tidak relevan kerana mahukan dialog ini dihentikan. Tapi Keri kena la pikir, banyak manfaat dan output yang terhasil dari Dialog ini.

Namun AS setuju dengan Keri dalam hal memperlekehkan Robert Mugabe datang ke Malaysia. Kita tau, dia dah lama sangat, dan ekonomi Zimbabwe sekarang berada dalam kehancuran kerana kadar inflasi Zimbabwe telah melonjak hingga ke paras 231,150,888.87 peratus! Mugabe dah tak relevan keran dah terlalu lama dan AS nampak Mugabe gagal menguruskan negaranya sendiri. Oleh yang demikian tak perlulah Mugabe datang ke Dialog ini.

AS bersifat neutral dalam hal keri ni. Nak kata menyokong pun tidak, membenci pun tidak. mana yang baik AS sokong, yang buruk AS hantam. Tapi sejarah masa Keri jadi menantu PM pada masa tu ramai yang tak lupa dan sekarang pun ramai masih beranggapan keri merupakan liabiliti kepada UMNO/BN!

4 comments:

TiS said...

Salam,
KJ dah nampak, dia akan karam. Kat tempat aku Johor, orang bukan sukapun dia. Lepas ni tentu dia join PKR.

P/s
mohon pautkan
http://dtenggara.blogspot.com
terima kasih.

Wake UP! said...

Betul tu. Hentikan saja LID. Buat saja Dialog baru. Gay International Dialogue. Sesuai sangat la tu. Tak pun Beruk International Dialogue.

Jebon said...

KJ memang tak layak pun menjawat apa-apa jawatan Menteri. Jadi Ketua Pemuda Malaysia tak begitu menyerlah apa tah lagi nak jadi Menteri....Malam sikit le KJ. Ketua Pemuda UMNO??? apa yang berjasa sangat KJ dengan Pemuda UMNO???

Cukuplah Pak Mertua KJ (Pak Lah) seorang menjadi PM yang lembap. jangan menantunya pun lembap jugak.

Anonymous said...

KJ bodoh baghal..

Dia hanya mau/ tahu jual malaysia kpd Singapork yang bakal bankrup..


Dialog2 dia tak tau..dia tau merusuh di Masjid negara..

Bulan depan dia ajak pemuda umno merusoh lagi..lawan Bersih.


BODOH betul Si Kitol babi ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...