Pagi tadi, AS berkesempatan untuk hadir ke Program Konvensyen Barisan Nasional Pulau Pinang Yang telah diadakan di Dewan Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas. Mengikut senarai kehadiran yang didaftarkan, hampir 900 orang pemimpin parti komponen-komponen di peringkat bahagian dari semua golongan telah menghadiri Konvensyen ini.
Pada hemat AS, tujuan penganjuran konvensyen ini amat tepat pada masanya. Setiap pemimpin parti komponen di Pulau Pinang seperti UMNO, Gerakan, MCA, MIC dan PPP telah diberikan ruang untuk bercakap berkenaan halatuju untuk merampas kembali Pulau Pinang.
Namun apa yang menarik pada pemerhatian AS, konvensyen ini bertambah panas pada sessi soal jawab dan luahan pendapat kepada peserta-peserta konvensyen. Rata-rata berani bercakap secara terbuka untuk memberi solaan dan meluahkan pendapat masing-masing. Tahniah AS ucapkan kepada penganjur yang memberi sepenuh ruang kepada peserta untuk memberi soalan dan pendapat. Sikap keterbukaan ini amat AS puji walaupun ada yang 'makan hati'.
Tapi bagi AS ini amat penting, sampai bila kita harus bermuka dan menjaga hati seseorang pemimpin sedangkan BN dalam keadaan yang kritikal di Pulau Pinang terutamanya Pemimpin parti komponen BN sendiri (tak mau sebutkan nama) mengakui secara terbuka dimana mereka tidak mendaftarkan pengundi baru kerana mereka sedar, golongan muda kaum cina yang pertama kali mengundi akan memberikan undi kepada parti lawan terutamanya DAP.
Kesimpulannya, biarlah kita bertekak dan berhujah sesama sendiri daripada menyesali di kemudan hari menggigit jari melihat Pulau Pinang terus diterajui oleh DAP para PRU13 nanti.
5 comments:
bro , aku tak dapat pergi sana sbb buat coverage mesyuarat bahagian ..
ramai juga la komponen BN hadir ...Hidup BN !
Sapa wakil pemuda NTebal ke konvokesyen tersebut? Jangan gaya je lebih..tapi tanya diri sndiri program biro sendiri di bahagian buat ka? Asyik2 biro penerangan,agama dan sukan saja yg buat krja..yg lain mana p???lena ka??jgn nk glamer lebih tapi idea nk bangunkan pemuda NTebal tarak..lu pikiaq la sndiri...
Sapa wakil pemuda NTebal ke konvokesyen tersebut? Jangan gaya je lebih..tapi tanya diri sndiri program biro sendiri di bahagian buat ka? Asyik2 biro penerangan,agama dan sukan saja yg buat krja..yg lain mana p???lena ka??jgn nk glamer lebih tapi idea nk bangunkan pemuda NTebal tarak..lu pikiaq la sndiri...
patut tgk muka PB takde tadi. hehe
tp panas gak bab slide show tadi bilamana ada yg pertikaikan kewajaran sesetengah isi tayangan
sdr anon1001
wakil pemuda ntebal ada 5 org.
ajk PUNT masing2 ada peranan masing2
tak perlulah kot nak pertikaikan org smd lain buat kerja atau lena.
tiada istilah nk cari glamer dlm berkhimat utk parti..
sila masuk blog pemuda nt link di sebelah..
Sdr Blogger AS,sy setuju dgan Anon 1003...sy akui kpimpinan pemuda nt ari ni nampak hebat dan aktif brbanding zaman pemuda sbelum ini..namun tidak mnjadi makna skiranya kkuatan ini hanya trletak kpd pak aji cdz dan bbrapa ajk yg lain..sy tabik dgan chegu sham dan rakan2 yg all out trun ke akar umbi belia mndekati golongan ini dgan bnyak siri penerangan dan agama tanpa mngira masa.Sy kagum dgan awey biro sukan yg hampir setiap mnggu adakan futsal utk golngan belia..begitu jugak dgan prgam kebajikan yg mndapat mklumbalas baik dari masyarakat..persoalannya..mana dia biro2 lain spt biro daftar pemilih,latihan,kebudayaan,ekonomi dan jugak ict..semuanya biro yg pnting..contohnya diperingkat akar umbi sering brtanya tiada ka kursus blogger utk pemuda NTebal??kita nk lahirkan bnyak blogger spt Anak Seberang..tapi malang pndedahan tiada ..selaku pemerhati dalam politik pemuda..wakil pemuda yg hadir prlu bg maklumat kpd pringkat akar umbi..jgn hanya p konvokesyen tapi tiada program yg dilaksanakan...sekadar pandangan..tq
Post a Comment