Ranking Top 20 Blog-Blog PRO Kerajaan :- Apa Ada Pada Blog!

Apa ada pada ranking? Yang penting kualiti presentation sesuatu blog. AS pun tak nafikan yang content blog AS taklah sehebat mana. Banyak entry blog AS bersumberkan laporan akhbar, portal berita internet, FB dan forum-forum. Selain itu ada juga nukilan AS hasil dari penyertaan ke program-program dan pergaulan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dan masyarakat.

Namun, inilah komitmen yang AS mampu beri demi membantu tak langsung di dunia maya bagi menegakkan kebenaran, menghancurkan kepalsuan demi memastikan walaupun sedikit sekalipun sesuatu info itu tetap sampai ke golongan sasaran. Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers dan semua readers yang banyak membantu dalam perjalanan blog AS ini.

AS juga berjuang di dunia reality yang mana terlalu banyak onak dan duri yang telah AS hadapi demi untuk memperjuangkan parti keramat ini diterima oleh masyarakat khususnya golongan muda. Perjuangan yang menuntut kesabaran dan pengorbanan masa, tenaga dan harta benda ini AS perlu hadapi walau seteruk mana sekalipun demi memastikan kuasa Melayu dan Islam tetap tersemat di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Berundur tidak sekali. Di Nibong Tebal lah bermula segalanya.



Kredit kepada blog 1peluru

3 comments:

Admin said...

Salam,

All the best. Teruskan perjuangan.

Unknown said...

Slm Doc, Thanks

Wake UP! said...

Apa ada pada nama? Apa ada pada ranking?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...