Video Panas Pekerja KFC Pengotor Di Dapur!


Pertama sekali AS pohon maaf kepada pihak pengurusan KFC jika menonton video. Bukan sekali-kali niat untuk menjatuhkan reputasi KFC.
Tapi AS yakin, video ini akan tersebar lebih luas lagi. AS harap pihak KFC dapat mengesan budak ni cari sampai lubang cacing dan ambil tindakan sewajarnya.
Tergamak sekali budak ni buat tindakanyang pengotor sebegitu, dan kemudiannya ayam itu dimakan sehingga menjilat jari oleh para pelanggan.
Ini yang kita nampak! Yang tak nampak?

3 comments:

Anonymous said...

Pengurusan KFC patut pasang cctv untuk monitor para pekerja mereka. Ambil tindakan serius sebab macam2 yang kita dengar. Sekarang ni ayam diselet ditapak kasut pula. Macam dah biasa buat.

Kpada pekerja tersebut : Awak tahu tak apa hukum menghidangkan makanan kotor? Awak ingat apa hukum gaji yg awak dapat tu?

Anonymous said...

tapak kasut dia ada taik ka...yuks

KFC Malaysia said...

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...