Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memburuk-burukkan negara sama ada di dalam atau luar negara sudah menjadi darah daging dan akan terus dilakukan sehingga cita-citanya tercapai.
Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo menyifatkan apa yang dilakukan oleh Anwar itu jelas menunjukkan sifatnya yang tidak pernah berpuas hati dan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan kebencian terhadap negara ini.
“Apa yang hendak kita hairankan dengan perangai Anwar ini, dah menjadi tabiatnya suka memburuk-burukkan sesiapa yang menentangnya walaupun mereka itu adalah kawan rapatmya sebelum ini, perkara itu sudah lama terserlah untuk insan bernama Anwar Ibrahim.
“Kita flashback (renung kembali) dengan apa yang dilakukan oleh Anwar, masa dalam UMNO dahulu beliau sentiasa memuji Tun Mahathir, tetapi apabila dia disingkirkan keadaan sudah terbalik, nama Tun Mahathir masih sentiasa di mulutnya tetapi untuk mengutuk dan membuat menfitnah, malah tidak cukup dengan itu dia turut menyaman Tun Mahathir,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, apa yang berlaku di negara ini adalah tidak baik bagi Anwar jika perkara itu tidak memihak kepadanya, malah dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun mengadaikan bangsa dan agama untuk kepentingan diri.
“Orang yang sudah desperate (terdesak) akan sanggup lakukan apa sahaja, akal fikiran sudah ditinggalakan, apa yang penting baginya hanyalah untuk mendapat kepuasan atau kemahuannya dipenuhi.
“Macam penagih dadah, kalau mereka dah kemaruk untuk dapat dadah, keluarga mereka sendiri sanggup dicederakan atau dibunuh seperti yang kita baca dalam akhbar.
“Saya tak kata Anwar penagih dadah, tetapi perangainya itu ibarat seperti orang kemaruk dan sememangnya Anwar memang pun kemaruk, kemaruk untuk jadi Perdana Menteri, itulah cita-citanya yang tidak pernah padam tanpa menilai kemampuan diri yang dilanda pelbagai masalah peribadi,” katanya.
Ismail berkata, apa yang dilakukan oleh Anwar di Filipina seperti dilaporkan sebenarnya bukanlah satu masalah kepada negara, malah membuka pekong dirinya yang sebenarnya terpaksa menggunakan orang luar untuk dapat sokongan.
“Nama Malaysia sudah terkenal seluruh dunia dengan pelbagai kejayaan dan kemajuan yang dilalkukan oleh pemimpin terdahulu dan sedia ada ada, malah negara luar juga sanggup untuk belajar dan berkongsi pengalaman dengan apa yang kita nikmati, jadi apa yang dilakukan oleh Anwar itu tidak menjadi kudis kepada kita.
“Malah apa yang dilakukannya itu sebenar ada baik kerana mempromosikan Malaysia walaupun cara dilakukan itu memburuk-burukkan negara, mungkin ada kesannya tetapi saya rasa lebih banyak membawa sudut positif kepada negara kita,” katanya.
Katanya lagi, berikutan apa yang dialkukan Malaysia makin terkenal kerana kalau dulu mungkin ada yang tidak mengenali tetapi sudah acap kali dikatakan ia menjadi penarik untuk dijadikan kajian termasuk memperbandingkan dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar dengan apa yang berlaku sebenarnya.
“Perlu diingat, mereka yang hadir itu bukannya calang-calang orang, dan bukan mudah untuk menerima apa sahaja yang dikatakan Anwar kecuali penyokong setianya, apa saja Anwar cakap semuanya betul, kalau bunga tahi ayam Anwar kata wangi, penyokong akan turut cakap wangi,” katanya.
Beliau berkata, apa yang dilakukan itu tidak seharusnya menjadi halangan, malah menjadikan negara kita semakin dikenali kerana apa yang diperkatakan oleh Anwar itu hanya lebih kepada kepentingan dirinya.
Sedangkan rakyat negara ini menikmati kehidupan selesa tanpa sebarang masalah, malah ia turut dinikmati oleh warga asing termasuk rakyat Filipina yang mencari rezeki di sini hasil kemakmuran serta kestabilan ekonomi dan keselamatan Malaysia.-umno-online
No comments:
Post a Comment