Ezam Nak Bakar Betul-Betul ??

Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.

Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk
"membakar" Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad.

Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat.

Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam".

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan itu.

1 comment:

arai said...

Dulu lain sekarang lain mendefinasikan Ezam kepada Senator Ezam Mohd Nor dan sikapnya juga harus prejudis dan senantiasa opportunis. Harini suaranya melantang macam perwakilan parti. Episod dan dailognya terubah sepertimana beliau harus merubahnya kerana karier politik. Atau kalau tidak pastinya beliau belum berpijak dikemuncak lantai ini. Bolehkah umum meyakini apa yang beliau ucapkan terhadap Malaysia Kini kerana dengan semudah itu juga beliau pantas memutar isi kata-kata yang diluahkannya. Malaysia Kini tidak ada masaalah untuk teruskan tindakannya !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...