Gambar-Gambar: Ribuan Menyembahyangkan Jenazah Pemuda2 Yang Mati Ketika Rusuhan Di England




Ribuan umat Islam Birmingham yang hadir untuk pengkebumian dan
menyembahyangkan jenazah 3 orang pemuda Islam yang terbunuh ketika rusuhan yang berlaku di England 10 Ogos lalu. Di Birmingham Haroon Jahan (21) serta dua orang adik beradik Shazad Ali (30) dan Abdul Musavir (31) meninggal dunia setelah dirempuh kereta perusuh yang cuba melakuka kekacauan.

Ketiga-tiga orang mangsa pada ketika itu sedang melakukan kawalan keselamatan
berhampiran kawasan perumahan mereka. Semalam jenazah mereka akhirnya dikebumikan di Birmingham. Majlis pengkebumian dan solat jenazah mereka dihadiri ribuan penduduk
Birmingham dan dilakukan di Summerfield Park.
Al-fatihah.

Lagi berita dan gambar-gambar di
http://www.dailymail.co.uk/news/article-2027505/Birmingham-riots-2011-Thousands-gather-Haroon-Jahan-Shazad-Ali-Abdul-Musavir.html




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...